CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3703|Reply: 9

Atlantis; resort/taman tema terbesar di dunia kat UAE

[Copy link]
Post time 4-10-2008 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Atlantis lengkapkan cita-cita UAE


PEMANDANGAN kompleks resort Atlantis pada waktu
petang di Palm Jumeirah, Dubai baru-baru ini.



CITA-CITA Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk menjadi lokasi pelancongan terunggul semakin menjadi kenyataan apabila sebuah resort dan taman tema laut yang dianggap antara terbesar dan termahal di dunia mula dibuka.

Resort yang dinamakan Atlantis itu menerima kedatangan pelancong pertama pada minggu lepas dan setiap pengunjung perlu membayar sebanyak AS$25,000 (RM86,978) untuk satu malam.

Atlantis yang dianggap sebagai taman tema laut paling unik di Timur Tengah dibina di pulau buatan manusia berbentuk pokok kurma yang dinamakan Palm Jumeirah.

Presiden dan Pengarah Urusan Atlantis, Alan Leibman berkata, taman tema eksklusif itu mendapat inspirasi daripada legenda benua hilang Atlantis.
Taman tema unik itu mempunyai beberapa tarikan istimewa seperti taman permainan air, habitat marin dan berpuluh-puluh restoran eksklusif milik beberapa chef terkenal.


DUA pelancong melihat akuarium gergasi di Atlantis, Dubai baru-baru ini.

Antara chef bertaraf dunia yang membuka restoran di taman tema itu termasuklah pakar sushi dari Jepun, Nobu Matsuhisa dan tukang masak terkenal dari Perancis, Michel Rostang.

"Atlantis layak bersaing sebagai destinasi hiburan yang sangat berlainan dengan resort-resort yang wujud di rantau ini," kata Leibman.

Resort yang menelan belanja AS$1.5 bilion (RM5.22 bilion) itu juga mempunyai sebanyak 1,539 bilik hotel berharga daripada AS$700 (RM2,435) hingga AS$25,000 (RM86,978).

Menurut pengurusan resort itu, semua bilik hotel telah penuh ditempah sebelum ia di buka lagi.

Walaupun, Dubai dianggap sebagai hab pelancongan dan perniagaan tetapi ia mensasarkan pasaran dari Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Asia, bukannya dari rantau itu sendiri.

Pelawat yang ingin memasuki taman tema air yang mempunyai 18 juta liter air itu boleh berbuat demikian dengan membayar harga tiket daripada AS$52 (RM180.9) untuk kanak-kanak dan AS$60 (RM208.74) untuk dewasa.



SEORANG kanak-kanak bermain air di kompleks resort
Atlantis di Dubai baru-baru ini.



Pembukaan taman tema itu merupakan selari dengan wawasan dan cita-cita Dubai untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan paling eksklusif serta terkenal di dunia.

Atlantis juga dianggap sebagai pelengkap kepada kemasyhuran Dubai yang terkenal dengan beberapa mercu tanda menakjubkan seperti bangunan tertinggi dan hotel paling eksklusif di dunia.

Dubai ialah salah satu daripada tiga wilayah yang membentuk UAE sudah terkenal dengan hotel paling eksklusif di dunia iaitu Burj al-Arab dan pencakar langit paling tinggi di dunia iaitu Burj Dubai.

Ketaksuban bandar raya itu untuk menawarkan mercu tanda tertinggi dan terbesar turut membawa Dubai untuk memiliki pusat membeli-belah paling besar di dunia.

Dubai mensasarkan kedatangan pelancong sebanyak 15 juta pada 2015 ke wilayah iaitu meningkat dua kali ganda daripada jumlah sebelum ini. Pembukaan resort itu ketika kerja-kerja pembinaan masih rancak berjalan di Palm Jumeirah menunjukkan kesungguhan Dubai untuk mencapai sasaran tersebut.

Beberapa projek mega juga sedang berjalan di Dubai termasuklah Dubailand yang merupakan siri projek hiburan dan santai bernilai berbilion-bilion dolar serta sebuah taman tema Universal Studio. - AFP




hanimun aku next year ngan beri  nak pi sini !!  ko jgn marah beskot!!... kalu nak ikut... bayaq sundirik wokey...    lepas pi atlantis bley kitorang pusing2 pi al burj ngan bangunan pusing tu!!!...   mesti best punyer nih!!    kalu ko tak leh pi... aku bawak balik khorma usop toyyub ajer ler kat ko  ekk..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2008 09:30 PM | Show all posts
giler mantap dubai..tapi satu malam 50k usd..
fuyoh..
tunggu kaya macam bill gate ar baru leh gi..


[ Last edited by  EAStudent at 4-10-2008 09:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2008 09:31 PM | Show all posts
tapi kenapa kat board ni..
ni myth, mitos or history??
huhuhu
rasa macam benda baru jer untuk dunia kiter ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2008 10:24 PM | Show all posts

Balas #3 EAStudent\ catat

aku rasa ni satu sejarah pada dunia...    bukan calang2 nak tempa sejarah theme park bagak camni...   aku mmg lama dah saspek ngan uae nih...  depa kalu nak buat something tu.. mmg depa buat.. bukan hot hot chicken poop!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2008 11:34 PM | Show all posts
Bestttnye satu hari nanti nak gi jugak. All the gigantic mega project yang di buat di sane memang stunnings and marvelous.Infact UAE is the most developed Islamic country in the world and very happening also.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2008 12:11 AM | Show all posts

Reply #5 lizz_7777's post

lizz kalu gi dubai... jgn lufe ajak aku wokey...   biaq si beskot tu meleleh ayaq liuq  tee hee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2008 12:37 AM | Show all posts
wokeyy dun worry be hepi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 11:31 PM | Show all posts
cantik architecture dia. abg aku keje dubai tinggal kat palm jumeirah. rm 22,000 sebulan rent kat situ. tu pon dh dekat 2-3 bulan dia tak balik sane, ulang alik keje between kt malaysia n dubai. tapi bulan2 lepas dia mmg cube menghindar dubai.naseb baek job kt malaysia pulak. yelah...summer beb. tak hengat nye panas. sampai sakit2 kulit..ruam bagai. korang jgn la pegi sane waktu2 tu. bf aku, Qatari pon tak tahan... siap ckp rase mcm nk jln dlm bubble yg ade aircond  bile nk jln antara indoor ke kete

ape2 pon, dubai sangat best. the world, snow world.. etc is very impressive.

[ Last edited by  stokin at 5-10-2008 11:41 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2008 01:36 AM | Show all posts
Betul gak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 01:20 AM | Show all posts
Originally posted by stokin at 5-10-2008 11:31 PM
cantik architecture dia. abg aku keje dubai tinggal kat palm jumeirah. rm 22,000 sebulan rent kat situ. tu pon dh dekat 2-3 bulan dia tak balik sane, ulang alik keje between kt malaysia n dubai.  ...


yg feliknyer,
fenduduk tempatan pkai jubah plak..
xker panas tuh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.195417 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list