View: 5399|Reply: 5
|
Kerahan Atau Simpanan Sukarelawan
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum...
Lazimnya, dalam banyak negara didunia ini, selain dari pasukan keselamatan regular, terdapat barisan kedua pertahanan negara berkenaan. Banyak contoh negara didunia ini yang mengamalkan konsep kerahan dan tidak kurang juga yang mengamalkan konsep pertahanan dengan mengwujudkan pasukan simpanan sukarelawan. Baik pasukan polis mahupun tentera, barisan kedua ini wujud di negara ini.
Disebabkan tiada pernah satu thread khusus dibuat bagi membincangkan perkara ini, saya mencadangkan untuk kita untuk membincangkan segalanya tentang pasukan ini dari segala sudut dan segi.
Dalam PDRM sendiri, pasukan ini sudah wujud sejak sekian lama. Special Constable dan Home Guard adalah contoh-contoh pasukan simpanan sukarelawan polis. Sebelum Allahyarham Tun Mohamed Salleh Ismail mengwujudkan kemudiannya pasukan Simpanan Sukarelawan Polis - PVR atau sesetengahnya orang panggil SP. Pasukan ini wujud hingga hari ini disetiap kontijen negeri.
Tentu sahaja ada perbezaan antara 'kerahan' seperti yang diamalkan di Singapura dan Thailand atau simpanan sukarelawan seperti yang diamalkan di Malaysia.
Mari kita bincangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
kerahan mcm kena paksa jer. tak sepenuh jiwa. terpaksa. badan kat sini, hati kat sana. quality wise boleh dipertikaikan.
voluntary dengan penuh jiwa raga. semangat. patriotisma. berani maut. quality wise juga boleh dipertikaikan kerana bukannya hari-hari lari keliling padang.
dari segi indoctrination, mungkin voluntary lebih berkesan utk memupuk semangat setia kawan dari kerahan. |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia pun ada kerahan sepenuh masa dulu. seperti thailand juga yang mana kerahan sepenuh masa dah tamat.
dalam situasi genting mcm dulu banyak threat, kerahan mungkin terpaksa dibuat dalamana keperluan pertahanan memerlukan resources yang lebih tinggi. demand was more than supply. |
|
|
|
|
|
|
|
as i know...
kalau kat msia nie utk askar....mula2 dia org masuk yang sukarela dulu...
then minat jadi askar, apply jadi kerahan...kerahan nie mmg regular coz dia org ada BatC10.
tp dia org x dek pencen, x leh wat pinjaman perumahan...
kebiasaannya askar kerahan nie boleh dijumpa di siri 500 dan 300.
macam siri 300 tu...skang dah covert jadi rejimen sempadan...dah xdek kerahan lagi dah... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa plkn merupakan medan terbaik latih remaja mengenali kerjaya dlm atm ngan pdrm, cuba buat program berlainan , iaitu gol ni diberi pilihan menjalani latiha asas tentera atau polis selain plkn, mrk yg memilih latihan asas atm ngan pdrm ni mestilah dpt elaun lebih sikit selain kemugkinan diserap secara terus dlm unit sipanan, |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa plkn merupakan medan terbaik latih remaja mengenali kerjaya dlm atm ngan pdrm, cuba buat program berlainan , iaitu gol ni diberi pilihan menjalani latiha asas tentera atau polis selain plkn, mrk yg memilih latihan asas atm ngan pdrm ni mestilah dpt elaun lebih sikit selain kemugkinan diserap secara terus dlm unit sipanan,
Takyah kerahan ala tentera. Kementerian Dalam Negeri kena main peranan sikit, absorb jer kurikulum Ikatan Sukarelawan Rakyat (RELA), pun kira OK. Ada sikit asas ketenteraman awam, kawad & tempur tanpa senjata, asas pengawalan jenayah, asas persenjataan (M-16), asas tempur, asas ikhtiar hidup & lain2 lg.
3 bulan cukup apa utk semua tuh. Time perang, RELA ler yg bakal jd gerila bila ATM ngan pasukan simpanan ATM kena ganyang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|