CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3795|Reply: 2

hallux valgus

[Copy link]
Post time 27-10-2008 03:56 AM | Show all posts |Read mode
Kaki adalah salah satu anggota badan yang paling penting kepada setiap individu tetapi kepentingannya sering dianggap remeh. Masalah-masalah yang berkaitan dengan kaki dan sendi pergelangan kaki adalah satu perkara yang lazim berlaku di mana masalah-masalah ini kebanyakannya berpunca daripada kesakitan dan kecacatan.

Masalah seperti pemakaian kasut tertentu, bisul atau barah akan memberi kesan kepada keupayaan seseorang untuk berjalan dan menyeimbangkan badan.

Masalah-masalah ini kebanyakannya disebabkan oleh pemakaian kasut berfesyen tumit tinggi dan majoritinya adalah kaum wanita berbanding dengan kaum lelaki.

Selain pemakaian kasut yang kurang sesuai, punca-punca lain yang menyumbang kepada kecacatan kaki ini adalah arthritis, trauma, kecacatan sejak lahir dan radang saraf otot.

Penyakit radang sendi seperti sengal-sengal tulang, gout, psoriatic arthritis, systemic lupus erythematosis (SLE) dan bengkak synovium tidak spesifik adalah tanda-tanda kepada kecacatan jari kaki.

Trauma yang berulang atau pun berasingan juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti mallet toe, hammer toe atau frieburg infarction. Kecacatan sejak lahir adalah seperti jari kaki bersilang, jari kaki terkeluar dan metatarsus primus varus.

Penyakit saraf juga boleh menyebabkan kecacatan Hallux valgus. Antaranya adalah muscular dystrophy, Charcot-Marie-Tooth dan poliomyelitis (polio).

Jari kaki terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hallux (ibu jari kaki) dan lesser toes (jari kaki kecil). Kecacatan biasa daripada ibu jari kaki termasuklah hallux valgus, hallus varus dan hallux rigidus.


Apa itu Hallux valgus?

Hallux valgus adalah keadaan di mana ibu jari kaki terpesong ke arah jari kaki kecil dan terputar. Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan tekanan terhadap ibu jari kaki yang dipanggil ‘bunion’. Kecacatan ini akan lebih ketara apabila ada keradangan akibat pergeseran tapak jari kaki dengan kasut.

Secara umumnya kecacatan Hallux valgus ini terjadi dalam dua hingga empat peratus populasi sesebuah negara. Peratusan ini adalah sama untuk populasi yang memakai kasut dan berkaki ayam.

Walau bagaimanapun, peratusan ini meningkat kepada 48 peratus bagi mereka yang memakai kasut bertumit tinggi dan bermuncung kecil. Kecacatan Hallux valgus ini adalah lebih tinggi di kalangan wanita.

Ianya juga boleh terjadi semasa kanak-kanak di mana sebanyak 72 peratus keadaan ini diwarisi daripada ibu yang mempunyai kekerapan perubahan genetik.

* Langkah-langkah pencegahan

Beberapa langkah boleh diambil pada peringkat awal untuk melambatkan proses terjadinya Hallux valgus iaitu:-

*Mengelakkan pemakaian kasut bertumit tinggi

*Mengelakkan pemakaian kasut yang bermuncung kecil

*Untuk mereka yang berkaki leper/pipih (Flatfoot) hendaklah menggunakan plantar orthosis yang melengkung yang memberi sokongan kepada kaki.

Walau bagaimanapun, di peringkat yang seterusnya, akan timbul kelukaan tendon yang mengakibatkan penarikan secara perlahan-lahan ibu jari kaki menyimpang atau melencong keluar.

Individu dinasihatkan untuk memakai kasut yang bermuncung lebar yang menyamai saiz lebar sebenar hujung kaki.

Kasut yang diperbuat daripada kulit yang lembut adalah yang paling selesa. Kasut ini juga boleh dibesarkan dan dilebarkan. Adalah penting untuk mengelakkan kasut yang mempunyai kelim pada bunion.

Pada peringkat awal Hallux valgus, kesakitan mungkin berpunca daripada kerenggangan kapsul sendi. Ini boleh dikurangkan dengan pemakaian pemisah jari kaki pada waktu malam.

Untuk keadaan yang lebih rumit, kapsul merenggang terlalu banyak sehingga kaki tidak akan merasa sakit atau sensitif.

Kadangkala bunion akan menjadi bengkak disebabkan pergeseran dengan kasut. Dalam keadaan ini, pemakaian kasut yang baru dan ais juga boleh mengurangkan bengkak jari kaki.

Kaedah pembedahan masa kini telah menunjukkan hasil yang memberansangkan. Pembedahan dapat memulihkan kecacatan, menghilangkan kesakitan dan membolehkan penggunaan kasut biasa.

* Rawatan pembedahan

Pembedahan untuk Hallux valgus sebelum ini kurang mendapat liputan yang baik. Untuk masalah Hallux valgus ini sahaja terdapat lebih 150 jenis pembedahan di mana sesetengahnya lebih berjaya daripada yang lain.

Pelbagai faktor perlu diambil kira untuk menghasilkan pembedahan yang berjaya dan mengurangkan kebarangkalian kecacatan ini berulang.

Antaranya ialah:

*Tahap klinikal

*Umur pesakit

*Tahap kecacatan ibu jari kaki

*Sudut antara tulang metatarsal yang pertama dan kedua

*Perbezaan panjang tulang metatarsal

*Kecerunan kepala metatarsal yang pertama dan anatominya.

*Osteoartritis

*Hypermobility metatarsal pertama

*Kecacatan jari-jari kecil

Secara prinsipnya, pembedahan melibatkan pembetulan ketidakseimbangan tisu dan meluruskan tulang supaya ibu jari kaki boleh kembali lurus dan rata. Satu contoh pembedahan yang boleh dilakukan ialah pembedahan Scarf dan Bunion.

Hallux valgus satu keadaan ibu jari kaki yang boleh menjejaskan kehidupan harian dan pekerjaan seseorang.

Dengan perkembangan sub-kepakaran Ortopedik dalam Kaki dan Pergelangan Kaki, banyak kecacatan yang tidak diketahui sebelum ini seperti Hallux valgus boleh dirawat melalui pembedahan.

Adalah penting bagi pesakit didedahkan dengan pengetahuan ini supaya rawatan boleh dilakukan mengikut kecacatan yang dialami individu itu sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2008 10:47 AM | Show all posts
thanx 4 da info...

ibu jari kaki aku dua2 senget. senget ke jari no 2. mayb mase kecik2 dulu suke pakai kasut skolah ketat2. tp bile da besar ni cam susah gak nak carik kasut yg sesuai. kene pakai kasut yg tertutup kat depan. klo terbukak amat lah buruk ghopernyerr
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 11:45 PM | Show all posts
no picx??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.039510 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list