CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2668|Reply: 4

war: usa vs syria

[Copy link]
Post time 28-10-2008 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Tentera AS serang Syria

Khemah dalam sebuah bangunan yang menjadi sasaran
serangan tentera Amerika Syarikat dekat sempadan Syria-Iraq kelmarin.



DAMSYIK - Helikopter-helikopter tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu serangan yang amat jarang dilakukan ke wilayah Syria dekat sempadan Iraq kelmarin menyebabkan lapan orang terbunuh.

Kerajaan Syria kemudian mengutuk serangan itu dengan menganggapnya sebagai satu pencerobohan serius di mana serangan itu dilakukan beberapa hari setelah seorang komander AS di barat Iraq menyatakan askar-askar Amerika meningkatkan usaha untuk menjamin keselamatan sempadan di Syria.

Kementerian Luar Syria memanggil Kuasa Usaha AS dan Iraq bagi mengemukakan bantahan berhubung serangan itu.

Satu kenyataan kerajaan Syria menyatakan beberapa buah helikopter menyerang Ladang Sukkariyeh dekat bandar Abu Kamal, lapan kilometer dalam sempadan Syria.

Sebanyak empat buah helikopter menyerang sebuah bangunan awam yang dalam pembinaan menjelang senja dan melepaskan tembakan, kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, antara yang terbunuh itu adalah seorang lelaki dan empat anaknya serta seorang wanita.

Bagaimanapun, menurut beberapa pegawai tempatan, tujuh orang terbunuh manakala dua lagi cedera termasuk seorang wanita.
Namun, seorang pegawai tentera AS menjelaskan pasukan khas menyasarkan pejuang-pejuang yang mempunyai kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda di mana mereka bergerak melalui Syria ke Iraq.



IMEJ ini menunjukkan seorang wanita yang cedera dalam
serangan tentera Amerika Syarikat (AS) ditemu ramah
oleh seorang wartawan dekat sempadan Syria-Iraq.



Seorang pegawai tentera AS di Washington mengesahkan bahawa sebuah pasukan khas mengendalikan satu serbuan di Syria dengan menjadikan pejuang-pejuang asing yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda sebagai sasaran.

Seorang penduduk di kampung Hwijeh berkata, beberapa buah helikopter mendarat dan sejumlah askar keluar sebelum melepaskan tembakan ke arah sebuah bangunan.

Di Sukkariyeh, seorang penduduk kampung, Jumaa Ahmad al-Hamad memberitahu dia sedang berjalan ketika melihat empat buah helikopter, dua daripadanya mendarat.

"Tembakan kemudian kedengaran lebih 10 minit," katanya.

Selepas helikopter itu meninggalkan kawasan itu, dia dan beberapa penduduk lain menemui mayat seorang bapa saudaranya dan empat anaknya.

Sementara itu, seorang jurucakap kerajaan Iraq menyatakan, serangan itu menjadikan satu lokasi pejuang-pejuang yang mahu menyerang negaranya.
"Iraq menghubungi Amerika berhubung laporan serangan di sempadan Syria.

"Wilayah itu merupakan tempat aktiviti pejuang menentang Iraq dengan menggunakan Syria sebagai pangkalan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2008 08:47 AM | Show all posts
Tindakan AS jenayah   
                              
  LONDON:Serangan Amerika sehingga menceroboh wilayah Syria adalah tindakan jenayah dan keganasan, kata Menteri Luar Syria yang turut memberi amaran yang tindakan balas akan dilakukan sekiranya kejadian itu berulang lagi.

“Jika kejadian serangan ini berulang, kami akan mempertahankan wilayah kami,” kata Menteri Luar Walid al-Moallem pada sidang akhbar di London kelmarin.

Dalam kejadian Ahad lalu, Syria berkata, empat helikopter Amerika menceroboh masuk ke wilayah negara itu sebelum askarnya membunuh lapan orang termasuk empat kanak-kanak.

Tentera Amerika memberi alasan kononnya mereka mensasarkan serangan kepada pejuang asing yang memasuki Iraq menerusi Syria.

Al-Moallem berkata, mereka yang terbunuh bukan pejuang tetapi rakyat biasa antaranya seorang petani, tiga kanak-kanak dan seorangnelayan.

“Semua mereka orang awam, tidak bersenjata dan berada di wilayah Syria. Membunuh orang awam dalam undang-undang antarabangsa bermaksud keganasan kejam; kami mengambil berat terhadap jenayah dan tindakan pengganas ini,” katanya.


Beliau turut percaya  orang awam itu dibunuh bukan secara tidak sengaja.

“Tentera Amerika menyerang waktu  siang, ini bermaksud ia bukan satu kesilapan,” katanya.

Al-Moallem menyangkal dakwaan yang Amerika bertegas untuk bertindak sehingga ke dalam wilayah Syria kerana negaranya tidak berusaha menangani kebanjiran pejuang asing yang memasuki Iraq menerusi negara itu.

“Mereka (Amerika) tahu yang kami juga menentang al-Qaeda,mereka tahu kami cuba mengetatkan sempadan dengan Iraq,” katanya. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 11:52 AM | Show all posts
pada pendapat saya, serangan US terhadap Syria pada hari Isnin adalah bermotifkan ekonomi. Semua sedia maklum bahawa, pada hari Jumaat Arab Saudi dan negara OPEC yang lain telah mengumumkan pakej menurunkan pengeluaran minyak bagi menaikkan harga komoditi itu dipasaran dunia. Pasaran hanya dibuka kembali pada hari Isnin.

Apabila harga minyak melonjak, ia akan menguntungkan US kerana Arab Saudi selaku pengeluar utama melakukan dagangan minyak menggunakan US dollar. Jadi sesuatu perlu dilakukan pada hari pembukaan pasaran untuk mewujudkan 'sentimen kebimbangan' di kalangan para pelabur yang akan melonjakkan harga komoditi tersebut.

Akan tetapi, jika harga minyak mula menurun di dalam minggu ini (let say kenaikan harga minyak dunia cuma bertahan sehingga Jumaat) maka ada kemungkinan US akan bertindak lebih liar lagi.........mungkin menyerang Iran. Walahualam bissawab.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 12:53 PM | Show all posts
Kalau la negara islam yang berbuat demikian..seluruh dunia mengutuk dan dikatakan kejam.... OIC terus diam membisu.... selagi tidak diwujudkan angkatan tentera islam ala PBB atau NATO selagi itu lah negara islam akan dibuli dan ditindas...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 11:19 AM | Show all posts
Syria arah sekolah, pusat kebudayaan AS ditutup

DAMSYIK 29 Okt. - Kerajaan Syria semalam telah mengarahkan sebuah sekolah dan sebuah pusat kebudayaan Amerika Syarikat (AS) di sini ditutup sebagai tindak balas terhadap serangan tentera AS ke atas sebuah perkampungan di wilayah negara ini berhampiran sempadan Iraq,pada Ahad lalu.

Syria juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan bagi mengelakkan berulang serangan tersebut dan mendesak AS bertanggungjawab.

AS enggan mengesahkan atau menafikan secara rasmi penglibatan tenteranya dalam serangan di kawasan tersebut, namun beberapa penduduk dan pegawai Syria menyatakan askar AS dibawa dengan helikopter sebelum mendarat dan membunuh lapan orang awam pada Ahad lalu.

Di luar Sekolah Komuniti Damsyik atau lebih popular sebagai "Sekolah Amerika" di Maliki kawasan berdekatan, segalanya berjalan lancar dengan pemandu menunggu untuk mengambil pelajar asing dan tempatan.

Beberapa pelajar dan guru warga asing menyatakan bahawa mereka tidak tahu mengenai arahan penutupan tersebut dan enggan mengulas lanjut.

Tiada tanda-tanda kawalan keselamatan lebih ketat dan hanya kontinjen polis biasa seramai tiga anggota berkawal di pintu pagar sekolah.

Seorang pekerja tempatan di pusat kebudayaan AS juga menyatakan bahawa kakitangan akan tetap hadir esok kerana mereka tidak mendapat sebarang arahan berbuat demikian.

Sekolah dan pusat kebudayaan yang mempunyai kaitan dengan Kedutaan AS itu menyediakan kemudahan kepada komuniti kecil warga AS di Syria dan warga asing lain.

Kabinet Syria mengutuk serangan tersebut dan menyifatkan ia sebagai "tindakan pengganas."

"Jenayah kejam ini merupakan kemuncak kepada keganasan yang diamalkan oleh AS," demikian menurut sebuah kenyataan Kabinet.

Keputusan mengarah sekolah dan pusat kebudayaan AS itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri Naji Otaro.

- Agensi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.052320 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list