|
Melayan telatah haiwan
Oleh SUBASHINA RAJANDRA
Di The Koala Park Sanctuary, Australia anda berpeluang mengenali habitat haiwan ikon negara tersebut seperti kanggaru, koala dan beberapa haiwan lain.
KOALA hanya menikmati daun pokok kayu putih
DIWUJUDKAN di atas sebidang tanah seluas 10 ekar dan dikeliling hutan hujan, The Koala Park Sanctuary merupakan usaha murni pengasas Noel Burnet pada tahun 1930.
Perjuangannya hanya dirasai sejak tahun 1920-an sebaik beliau menyedari bahaya dan ancaman yang menimpa haiwan ikonik seperti kanggaru, koala dan beberapa haiwan yang hanya ditemui di Australia.
Perjuangannya diteruskan oleh ahli keluarga beliau dengan melindungi, menjaga dan membiak haiwan tersebut dalam habitat semula jadi.
TAMAN koala ini dibina atas tanah keluasan 10 ekar.
Selama tiga generasi, kajian dan penyelidikan dijalankan di Koala Research Hospital bagi mewujudkan persekitaran yang selamat.
The Koala Park Sanctuary yang bergantung kepada sumbangan orang awam, pelancong dan kemurahan hati syarikat-syarikat tempatan, mempunyai kira-kira 20 ekor koala, tidak termasuk anak kanggaru.
Di samping itu, pusat perlindungan ini juga menyimpan wedge-tailed eagles (sejenis helang), wombat, dingo (anjing liar), burung kakak tua, merak, emu dan lain-lain haiwan menarik.
Dibuka sepanjang tahun kecuali pada hari Krismas, sesetengah haiwan tidak dikurung dalam kandang. Misalnya, haiwan noktural seperti koala. Ia kurang aktif pada waktu pagi tetapi bebas bergerak pada waktu malam.
Kanggaru yang ditempatkan di sebuah kawasan yang luas, juga boleh didekati oleh para pengunjung mengikut masa yang ditetapkan.
Makanan kanggaru juga dijual di kios untuk menyeronokkan lawatan bersama keluarga.
Semasa berada di pusat ini, penulis dan rakan-rakan terkilan melihat seekor koala dengan mudah memanjat sebatang pokok setinggi 50 kaki.
Koala secara amnya adalah haiwan mamalia yang berasal dari keluarga kanggaru dan wombat. Bagaimanapun, ia seringkali dirujuk sebagai beruang kerana bentuk badannya yang hampir serupa dengan spesies itu.
Koala memanjat dan bergayut dari satu pokok ke pokok lain setinggi 150 kaki. Ia hidup dengan memakan daun pokok kayu putih atau eucalyptus. Di The Koala Park Sanctuary, haiwan ini diberi makan jagung manis, lobak merah atau akar pokok. Orang ramai juga dibenarkan untuk memberi makan dengan pengawasan penjaga.
Jika anda terlepas sesi pagi pada pukul 10.20 pagi atau 11.45 pagi, anda masih dapat memberi makan pada pukul 2 atau 3 petang. Sebarang perubahan waktu makan Koala akan ditunjukkan di papan kenyataan Hunny Bear Feeding Times.
Pada masa yang sama, saksikan persembahan burung penguin yang comel pada pukul 11 pagi dan 3.30 petang.
Kata Nathan Jones, seorang penjaga di situ, koala bernama Mitalda yang dipegangnya tidak suka diganggu pengunjung. Ia lebih selesa duduk seorang tanpa teman untuk jangka masa panjang.
Bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini, pengunjung dinasihat supaya menyentuh bahagian badan yang lain kecuali bahagian kaki dan muka.
Jangka hayat Koala adalah dalam lingkungan 13 hingga 18 tahun. "Hunny Bear di sini hidup sehingga 12 tahun dan secara tidak langsung terselamat daripada aktiviti pemburuan haram bagi mendapatkan bulu dan dagingnya," ujar pemandu pusat, Fran Cuthbertson.
Buat masa sekarang, hanya 2,000 hingga 8,000 koala terdapat di habitat liar dan populasinya jatuh secara mendadak di Australia. Dalam tempoh sedekad, bilangannya turun sebanyak 90 peratus. Antara faktor yang menggugat survival haiwan terlindung ini ialah penggondolan hutan secara tidak terancang untuk pembangunan ekonomi, pertanian dan sebagainya.
**************************************************************************************
masa pergi ke melbourne zoo last year - koala ni dibiarkan aje berkeliaran - tak ada
pun dalam kurungan.. dan boleh pulak kita pegang badan dia sekejap2.. - bulu dia
lembut sangat some koalas just so small - species ni tak banyak kat dunia so it is a
protected animal kat australia.. --
[ Last edited by dexa at 13-2-2009 02:26 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 dexa's post
Dexa, koala bukan berasal dari family bear...penggunaan koala bear adalah salah, just guna koala saja |
|
|
|
|
|
|
|
BERUANG koala dirawat di klinik haiwan di Gippsland,
170km ke timur Melbourne semalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 dexa\ catat
tempat ni jauh tak dari melb?
[ Last edited by a.ceCCo at 13-2-2009 06:09 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
comel sgt koala ni..
mata dia mcm sedih je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|