View: 4716|Reply: 1
|
muzium pulau besar kumpul khazanah!!
[Copy link]
|
|
Muzium Pulau Besar kumpul khazanah
Oleh Nasir Abd Wahab
Kompleks dua tingkat bernilai RM2 juta berhampiran makam ulama dibina
MELAKA: Kerajaan negeri akan membina sebuah muzium khas di Pulau Besar khusus menempatkan khazanah sejarah bernilai pulau itu yang dikumpulkan individu bagi membolehkan ia menjadi rujukan sambil membetulkan salah faham mengenai misterinya.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sebuah kompleks dua tingkat bernilai RM2 juta dirancang dibina berhampiran makam ulama di Pulau Besar mulai 2009.
"Saya berharap pembinaan muzium itu akan dapat menempatkan ratusan artifak dan khazanah yang ditemui di Pulau Besar untuk rujukan,'' katanya selepas merasmikan Pameran Menyingkap Sejarah dan Misteri Pulau Besar, di Dewan Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), di Jalan Kota, di, sini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Seet Har Cheow; Timbalan Pengerusi Perzim, Datuk Abd Azis Abd Ghani; Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas dan pemilik Koleksi Nurul 'Ala, Ustaz Ana Fakir.
Mohd Ali berkata, selain membina muzium, Perzim juga diminta membina sebuah terowong masa sepanjang satu kilometer berdekatan Gua Yunus bagi membolehkan bahan pameran berkaitan agama Islam dipamerkan.
Katanya, bahan dan artifak Pulau Besar kini banyak dalam simpanan individu termasuk pemilik Koleksi Nurul 'Ala di Kuang, Selangor.
Sementara itu, Ana Fakir menyambut baik cadangan kerajaan negeri dan sanggup memindahkan lebih 1,000 bahan simpanannya di Kuang ke bangunan muzium Pulau Besar itu.
"Saya amat mengalu-alukan cadangan Mohd Ali itu kerana khazanah Pulau Besar perlu dipulangkan semula ke lokasi asalnya, lagipun Pulau Besar adalah lambang kebesaran Kesultanan Melayu Melaka sejak 600 tahun lalu.
" Pulau Besar menjadi lokasi awal kemasukan ulama yang menyebarkan agama ke Melaka sebelum berkembang ke Nusantara,'' katanya.
Pameran itu berlangsung sehingga 4 Januari 2009 dan orang ramai berpeluang mengikuti lawatan dua hari ke Pulau Besar dengan pakej istimewa anjuran Perzim dengan bayaran RM130 seorang.
Pakej lawatan berkenaan bermula pada 22 dan 23 November, 13 dan 14 Disember dan terakhir pada 27 dan 28 Disember ini.
Sempena pameran itu juga, Ana Fakir menjual buku berjudul "Menyingkap Misteri Pulau Besar" dengan harga RM35 senaskhah.
aku dah pi pulau besar!!! lama dah beberapa taon dulu... best pulau besaq nih... yg aku pasti ialah tanah perkuburan kat pulau besaq nih.... kubuq2 kat situ sumer besaq2... no kidding.., sampai yg 7 kaki punya kubuq... aku naik serem gak tengok.... skrg dah nak ada muzium nih... aku rasa besh ler... mmg aku nak pi lagi sekali bawak beri jalan sana next year!!! mesti best nih... beskot nak ikot pun bley.. tapi bayo sendrik wokey.... |
|
|
|
|
|
|
|
ni kat utusan meloya!!
Melaka cadang bina muzium di Pulau Besar
MELAKA 9 NOV. - Kerajaan negeri bercadang membina sebuah muzium yang akan mengumpulkan semua artifak sejarah yang ditemui di Pulau Besar di sini, Januari depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembinaan muzium dua tingkat dengan kos anggaran RM2 juta di pulau itu bertujuan memberi gambaran sebenar Pulau Besar yang banyak menyimpan sejarah.
"Saya lihat terlalu banyak bahan sejarah ditemui di pulau ini dan pembinaan muzium itu nanti diharapkan dapat mempamerkan semua artifak berkaitan Pulau Besar untuk tontonan masyarakat seluruh dunia.
"Dengan adanya muzium ini nanti, akan terkumpul sejarah Pulau Besar daripada artifak yang ditemui itu daripada membiarkannya tersimpan di tempat-tempat yang berasingan yang akhirnya mungkin akan menyebabkan kehilangan," katanya.
Mohd. Ali berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Menyingkap Sejarah dan Misteri Pulau Besar di Rumah Bastian, Banda Hilir di sini hari ini.
Hadir sama Pemilik Koleksi Muzium Nurul 'Ala yang merupakan pengumpul khazanah Pulau Besar, Ana Fakir.
Mohd. Ali pada masa sama, mengalu-alukan sektor swasta di negeri ini supaya membantu kerajaan negeri untuk bersama-sama mewujudkan lebih banyak muzium di Melaka, bersesuaian dengannya yang terkenal sebagai sebuah negeri bersejarah.
"Jika ada sektor swasta yang bercadang membina muzium, kerajaan negeri mengalu-alukan dan mereka boleh bina di atas tanah kerajaan tanpa membayar wang.
"Inilah kerjasama yang dapat hulurkan kepada sektor swasta ataupun agensi yang menerajui dalam bidang muzium," katanya.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Mohd. Ali berkata, pameran yang berlangsung sekarang hingga 4 Januari anjuran bersama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Muzium Koleksi Nurul A'la yang berpusat di Kuang, Selangor itu juga bertujuan mengikis pandangan serong masyarakat setempat mengenai misteri pulau berkenaan.
"Masyarakat perlu mengubah pandangan ini kerana Pulau Besar sebenarnya mengikut sejarah menjadi tempat penyebaran agama Islam di rantau nusantara di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
" Pada masa itu, ia menjadi tempat tumpuan di seluruh kepulauan Melayu kerana didiami oleh ramai ulama yang berperanan mengembangkan agama Islam," katanya.
Pada masa itu juga katanya, Pulau Melaka menjadi tumpuan pelaut dari China untuk berehat dan mendapatkan bekalan daripada masyarakat nelayan Selat yang mendiami di muara Sungai Melaka.
Dengan keadaan tersebut katanya, Pulau Melaka memainkan peranan yang penting dalam dunia maritim bagi membantu ekonomi masyarakat ketika itu.
Pameran Menyingkap Sejarah dan Misteri Pulau Besar di Rumah Bastian dibuka setiap hari dengan bayaran masuk RM5 dikenakan bagi setiap dewasa manakala RM3 untuk kanak-kanak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|