View: 7347|Reply: 1
|
MASTECTOMY - pembedahan buang payu dara
[Copy link]
|
|
Untuk survival mastektomi
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
Baju dalam ini direka khas untuk pesakit yang telah kehilangan payu dara selepas pembedahan dijalankan.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1111/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg)
MARGARET GOOI, 68, adalah salah seorang survival penyakit kanser payu dara di Malaysia. Beberapa bulan selepas didiagnos menghidap kanser paling digeruni dalam kalangan kaum wanita pada usia 39 tahun, dia terpaksa membuang kedua-dua payu daranya.
Kehilangan aset paling berharga bagi seorang wanita pada mulanya membuatkan dia berasa seperti hilang keyakinan untuk meneruskan hidup. Tetapi, berkat sokongan suami dan anak-anaknya, dia berjaya membina kekuatan baru untuk berjuang menghadapi dugaan yang menimpa.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1111/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg)
| COLI mastektomi mempunyai poket khas untuk menampung prostesis.
|
Malah, dia merupakan antara individu terawal yang menjadi ahli sukarela bagi Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA) pada 1986. Selepas itu, dia mula berjuang membantu mereka yang senasib dengannya menerusi sesi kaunseling.
Pada masa lapang, Margaret dan kumpulan terapi BCWA melakukan kerja-kerja kebajikan dengan mengajar mereka yang senasib membuat prostesis (buah dada palsu) dan membekalkan prostesis gentian daripada span serta mengubahsuai coli lama untuk diletakkan gentian prostesis.
" Pesakit kanser payu dara memerlukan sokongan padu daripada suami, keluarga dan anak-anak untuk menguatkan semangat mereka. Sekiranya, pembedahan membuang payu dara perlu dilakukan, jangan takut untuk berbuat demikian.
"Anda tetap seorang wanita biarpun anda mempunyai sedikit kekurangan. Tetapi, dengan pemakaian prostesis, ia secara tidak langsung dapat mengelak perasaan malu apabila berdepan dengan orang ramai," katanya ketika ditemui pada kempen kesedaran kanser payu dara Pink Care yang dianjurkan oleh Hospital Kanser NCI dan SKIVA (pengeluar pakaian dalam wanita) dengan kerjasama Pusat Beli-belah One Utama baru-baru ini.
Medisiamedic, syarikat swasta yang mengeluarkan pelbagai produk berkaitan kesihatan, turut mengambil inisiatif mencipta satu payu dara tiruan dan baju dalam khas untuk wanita istimewa ini.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1111/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg)
DUA bentuk prostesis iaitu segitiga (kiri) dan air mata (tear drop).
Menurut Penolong Pengurus Medisiamedic Sdn. Bhd., Sarah Seah, pihaknya telah pun mengeluarkan produk berupa payu dara gel silikon atau dikenali sebagai prostesis dan coli yang dipanggil baju dalam mastektomi sejak tujuh tahun lalu.
"Objektif utama kami mengeluarkan produk tersebut adalah untuk meyakinkan pesakit yang telah kehilangan payu dara agar tidak malu berdepan dengan orang ramai dan mahu mereka juga dilihat sama seperti wanita normal lain.
"Tidak dinafikan kehilangan payu dara bukan satu perkara yang kecil dan mudah dilupakan begitu sahaja. Setiap pesakit akan mengambil masa yang lama untuk menjadikan kehidupan mereka sama seperti yang telah dilalui satu ketika dahulu. Namun, jika mendapat sokongan daripada insan tersayang terutama suami, keluarga dan rakan-rakan, mereka sudah tentu dapat melalui proses pemulihan dengan pantas," kata Sarah ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1111/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.5.jpg)
MEDISIAMEDIC turut serta dalam kempen kesedaran
kanser payu dara di One Utama baru-baru ini.
Semua prostesis yang dikeluarkan oleh Medisiamedic diimport khas dari sebuah syarikat di Amerika Syarikat (AS), tetapi ia dibuat oleh kilang mereka yang beroperasi di Taiwan. Ia mempunyai jaminan selama dua tahun. Bagaimanapun, ujar Sarah di dalam rekod mereka, prostesis yang digunakan pesakit biasanya tahan sehingga empat ke enam tahun.
Terdapat dua jenis prostesis yang ditawarkan iaitu 100 peratus diperbuat daripada gel manakala yang kedua ialah separuh gel dan separuh mikro bit (serat halus). Payu dara palsu daripada gel dan serat halus dikenali sebagai Beanie dan ia merupakan produk terbaru yang ditawarkan.
"Beanie lebih ringan berbanding payu dara silikon gel yang agak berat. Selain itu, ia juga mempunyai aliran udara ketika dipakai dan memerlukan penjagaan yang teliti. Jika dibasuh, kami akan mencadangkan kepada pesakit supaya mencucinya pada waktu malam dan biarkan semalaman, sebelum dipakai semula.
"Ini kerana serat yang terdapat didalamnya perlu dikeringkan sepenuhnya bagi mengelakkan ia berbau masam atau tidak selesa ketika dipakai," jelas Sarah yang juga merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah Medisiamedic Sdn. Bhd.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1111/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.6.jpg)
PEMBEDAHAN payu dara dilakukan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
Bagi baju dalam mastektomi pula, kelebihan yang ada padanya ialah mempunyai poket untuk menampung payu dara palsu gel silikon yang dipakai pesakit. Ia merupakan satu-satunya baju dalam keluaran tempatan yang dicipta khusus untuk pesakit kanser payu dara yang telah dibedah.
Di samping itu, walaupun direka tanpa dawai, ia masih boleh memberi sokongan terhadap payu dara gel silikon kerana ketebalan pada bahagian bawah baju dalam tersebut.
"Terdapat beberapa jenis baju dalam mastektomi yang kami keluarkan iaitu Maia, Support & Slime khas untuk wanita yang bersaiz besar manakala Ella Range untuk wanita bersaiz kecil. Bagi pesakit yang baru sahaja menjalani pembedahan, kami turut menyediakan variasi baju dalam Anita yang mempunyai cangkuk di depan.
"Ini untuk memudahkan pesakit memakainya kerana selepas awal pembedahan, mereka sukar untuk mengancing coli di bahagian belakang dan ia untuk kegunaan sementara," ujar Sarah sambil menambah koleksi Anita baru sahaja dipasarkan sejak dua tahun lalu dan ia sesuai dipakai bersama prostesis daripada serat dan gel.
Kesemua baju dalam ini mempunyai empat pilihan warna iaitu biru lembut, hitam, putih dan merah jambu. Baju dalam mastektomi daripada Medisiamedic ini diperbuat daripada fabrik terpilih seperti satin di bahagian tali (under bass), lace (luar) dan kapas di bahagian dalam atau poket baju dalam.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1111/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.7.jpg)
ANTARA kesan yang dialami akibat kanser payu dara.
Sementara itu, menurut Sarah lagi, pesakit yang telah menjalani pembedahan sama ada membuang sebelah atau kedua-dua payu dara disyorkan memakai payu dara prostesis dan baju dalam yang bersesuaian bagi mengelakkan mereka mengalami keadaan fizikal di mana bahu kelihatan jatuh dan tidak seimbang. Jika ia berlaku, sukar untuk mereka memulihkan keadaan fizikal seperti sediakala.
"Biasanya, jika pesakit telah membuang sebelah payu dara mereka, bahagian bahu yang masih mempunyai payu dara akan jatuh sekurang-kurangnya empat inci daripada ketinggian. Ini menyebabkan seseorang individu akan kehilangan keseimbangan badan.
"Kesan sampingan lain pula ialah sering merasai kesakitan di bahagian tulang belakang berikutan keadaan bahu yang jatuh. Perkara ini juga boleh mengakibatkan kontraksi otot dan pengecutan salur pernafasan sekali gus menjejaskan fungsi jantung dan paru-paru," jelasnya.
Mengetahui bahaya penyakit ini, Pakar Perubatan Onkologi dari Hospital Kanser NCI, Dr. R. Kananathan menyarankan agar semua wanita sentiasa memeriksa perubahan yang dikesan pada payu dara.
"Maklumat daripada Laporan Daftar Kanser Kebangsaan menunjukkan, setiap satu daripada 19 wanita di Malaysia berisiko menghidap kanser payu dara dan setiap tahun, terdapat 11,952 kes wanita yang didiagnosis menghidap penyakit berbahaya ini.
"Justeru, kaum wanita tidak kira tua atau muda harus mempunyai kesedaran untuk memastikan mereka melakukan pemeriksaan payu dara sendiri (BSE) setiap bulan. Ia bertujuan untuk mengesan sebarang perubahan atau ketulan yang ada di payu dara dan dapatkan rawatan awal jika mempunyai tanda-tanda menghidap kanser tersebut. Pengesanan awal ini penting untuk menyelamatkan nyawa anda," tegas Dr. Kananathan.
Bagi wanita yang telah didatangi haid atau mereka yang berusia 17 tahun ke atas, mereka perlu melakukan BSE lima hari selepas haid pada setiap bulan manakala untuk wanita yang telah menopaus, anda boleh melakukan BSE pada satu tarikh yang sama pada setiap bulan.
kakak ipaq aku buat pembedahan mastectomy ni 3 taon dulu... insyaallah skrg nampak sihat dah... trauma gak dia aku rasa ler mula2 tu.. tapi abg aku releks ajer.. dan sapot bini dia... info ni baguih untuk pompuan2 yg buat mastectomy ni... jadi walu pun ko dah tak dak payudara tu.. still bley survive teruskan idop wokey...![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|