|
errmmm saya biasa dgr citer2 mcm ni....yg saya sentiasa pegang..."jgn jadikan kebetulan itu satu pegangan/kepercayaan" sbb org kita ni, especially melayu, kuat pegang pada adat dan kepercayaan. Bila dgr citer mcm ni...pastu berlaku sesuatu yg buruk...makin kuatlah percaya pada bende yg karut2 ni...Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #21 Sunor\ catat
betul tu...kdg2 org2 tua ni ckp ikut suka je, kita ni lak kdg2 terpecaya...kalu betul2 ada termaktub dlm alquran tu tak jadi masalah...kesian kat pokok2 yang tak berdosa |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 ev700\ catat
pokok ciku enie tanam depan rumah...so far alhamdulillah tak der apa2 yg ganjil berlaku.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan Tanam Pokok Sembarangan
Orang tua-tua seringkali mengaitkan perkara tahyul dengan pokok tanaman, pokok bunga, batang, daun dan akar kerana dipercayai memberi makna-makna tertentu kepada orang yang menanamnya. Ia memberi petanda samada keuntungan atau kerugian pada pemiliknya.
Dibawah ini perturunkan perkara-perkara tahyul itu sebagai sebahagian renungan atau kajian, sekurang-kurangnya sekadar untuk pengetahuan. Wallahua’lam
1. Disarankan menanam pokok bunga Cempaka. Kononnya pemilik rumah yang menanam pokok cempaka di halaman rumah akan merasa tenteram dan damai dalam kehidupan hariannya bersama keluarga.
2. Dilarang menanam bawang. Menanam bawang di halaman rumah akan memberi pengaruh yang menyedihkan iaitu pemiliknya akan selalu ditimpa kesusahan.
3. Dilarang menanam pokok lada. Pokok lada di halaman rumah akan memberi pengaruh kepada pemiliknya seperti pertengkaran dan perselisihan diantara ahli keluarga.
4. Disaran menanam pokok pinang merah. Orang yang menanam pokok pinang merah, dikatakan memperolehi keuntungan dan rezeki. Selain itu boleh dijadikan tangkal terutama kepada orang yang bermaksud tidak baik seperti ilmu hitam, tuju-tuju, ubat guna-guna dan sebagainya.
5. Disarankan menanam pokok bunga matahari. Kerana ia dapat memberi kebahagian dan kedamaian serta keharmonian rumahtangga kepada orang yang menanamnya.
6. Dilarang menunujukkan bunga pokok-pokok buah-buahan. Perbuatan itu akan membuatkan bunga-bunga tersebut berguguran dan pokok tidak akan berbuah.
7.Dilarang menanam pokok betik di halaman rumah. Menanam pokok tersebut di halaman rumah akan mengakibatkan pemilikya mendapat sial. Segala hasil usaha tuan rumah akan merosot hari demi hari.
8. Dilarang menanam pokok anggur di sekitar rumah. Perbuatan ini dikatakan akan membawa akibat pada tuan rumah iaitu kehilangan mata pencarian.
9. Dilarang menanam pokok belimbing. Pemilik rumah akan selalu diganggu roh halus yang jahat.
10. Dilarang menanam pokok jagung dihalaman rumah. Pemiliknya akan selalu dapat penyakit dan selalu bertengkar dengan tetangga ataupu keluarga sendiri.
11. Dilarang menanam pokok kemboja di halaman rumah. Selain daripada menimbulkan kesan yang menyeramkan seperti terasa berada di tanah perkuburan. Ia juga akan mengundang roh jahat datang menggangu.
12. Dilarang menebang pokok buluh waktu tengahari. Buluh yang akan digunakan akan cepat rapuh dan patah.
13. Disaran menanam pokok ciku kerana pemilik rumah akan selalu dihormati masyarakat.
14. Disaran menanam pokok kenanga, melor dan halia kerana ia berguna sebagai penangkal untuk ilmu hitam seperti sihir, tuju-tuju, guna-guna dan sebagainya.
15. Dilarang menanam pokok beringin di halaman rumah kerana dipercayai menjadi tempat bersemayam roh-roh jahat.
16. Disaran menanam pokok wijaya kusumah (terdapat di puncak gunung). Dikatakan memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah terutama jika sedang mekar.
17. Disaran menanam bunga mawar kerana ia dapat memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah.
18. Memiliki bunga kemboja yang berkelopak ganjil juga dikatakan dapat memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah.
19. Memiliki buluh tidak berubang dianggap sebagai penangkal kepada ilmu hitam.
20. Menggantungkan daun sirih ketika menghadapi seseorang. Khabarnya orang yang ditemui itu akan mendengar apa yang kita cakap.
21. Memasukkan daun sirih ke dalam kasut untuk dipijak ketika mengikuti ujian dapat menimbulkan ketenangan dan meninggalkan rasa simpati pada diri kekasih dan calon mertua.
22. Menanam pokok keladi besar di empat penjuru rumah dapat menghindari pencuri masuk rumah.
23. Jika anda seorang peniaga dilarang menanam anggur dihalaman rumah maknanya segala perniagaan anda akan jatuh bangkrap.
24. Disaran menanam halia di halaman rumah untuk tujun menghalau roh halus.
__,_._,___ |
|
|
|
|
|
|
|
Saya carik thread ni cos br smlm saya ditegur jiran apabila melihat pokok ciku yg br ditnm..tk baik katanya tp tk diberitahu sbbnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
isk.. banyak sgt pantangnyer.. mcm tak kasi nak tanam jer. anyway ira tak caya dgn mende2 nih.. sbb mungkin sesuatu insiden berlaku yg kebetulan pokok tu kat situ.. jadik ler mangsa keadaan.. seeloknyer tanam la kat tempat yg berpada2 dan tak nyusahkan diri dan org lain.. 
moral of the story.. tak elok percaya benda tahyul camnih.. nanti jadi khurafat.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rebecca_nur posted on 19-2-2013 12:11 AM 
Saya carik thread ni cos br smlm saya ditegur jiran apabila melihat pokok ciku yg br ditnm..tk baik ...
Assalamualaikum rebecca,
Kalau anak2 tak solat, di tegurnya.................o.k. gak.
Or keluar tanpa menutup aurat.............di tegur, alhamdullilah.
Manusia suker bebenor mendengar perkara perkara yg tahyul or kurafat ini.
Laen ler kalau miker tanam Pokok Yahudi.
Wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
ira79 posted on 20-2-2013 10:51 AM 
isk.. banyak sgt pantangnyer.. mcm tak kasi nak tanam jer. anyway ira tak caya dgn mende2 nih.. sbb ...
Betul la..saya ckp selagi tkda larangan dlm alquran dan hadith saya okey jer...
|
|
|
|
|
|
|
|
walaupon kita tak ambik pot pon pasal pantang larang orang2 tua nih, tapi kekadang ada sebabnya sasuatu pantang larang wujud. pokok ni pon dia ada aura dia sendiri...(wah macam cerita avata lak ) tapi dulu aku pon gelak bila suruh mandi bunga, tapi bila baca2 kat majalah dsb, rupanya bunga2 tu ada aura positif yang berkait rapat ngan tubuh badan manusia.. bukan cari jodoh but kaitan ngan caj positip ke hape ntah.. so, bagusla..
pokok pandan tu takleh sbb tajam kot.. kang dok depan umah, ada yang datang umah, terkena pokok pandan ke, dah luka.. gitula |
|
|
|
|
|
|
|
mak sy tanam nenas madu dlam pasu, then letak dpan umah, camner tu? 
tanggapan org je kot sal benda2 ni, contoh cam pantang larang jngan duduk atas bantal, nanti tumbuh bisul kat punggung... sebenarnya tak elok duduk atas bantal, sal bantal itu adalah tempat berlabuh nya kepala kita atas bantal itu... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya paling takleh terima bab tanam pokok bunga wangj tak boleh ..sebab takut ada benda menginap situ. Habis tu takkan nak tanam pokok bunga busuk hehehe.
Kan yang wangi dan bersih kita suka.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tanam jer apa2 yang aku rasa nak tanam..sebab aku berumah kat dalam kawasan perumahan, dan rumah aku adalah jenis semi D, so aku tanam betik, jagung kat tepi rumah...tapi kalo dah byk sangat betik, aku tebang jugak..
aku rasa kan, org kata takder rezeki ker..tak blh ker...sebab betik dan jagung nie mcm lalang...dan daun betik nie mudah gugur..kalo jiran yang tak reti nak jaga, blh kotorkan kawasan jiran...
pokok mangga aku ada dgr jgn tanam kat kawasan rumah sebab 1. byk kerengga..2. kalo takder kerengga, pokok mangga tua byk anai2...3. akar pokok buah besar2 mcm nie besar dan blh ganggu ground beam rumah..kang bocor pulak rumah |
|
|
|
|
|
|
|
ev700 posted on 14-11-2008 08:21 AM 
hmm... rupanya ramai gak yg pernah dengar... thanks for shraing yr views...
Buat masa ni mmg tak ...
pasal pokok ciku
rasanya tau kenapa...tanam depan rumah nnti rumah tak berseri lah, anak dara tak di pinanglah, sbb apa tau
pokok ni, if di biar, kejap ja merimbun penuh, taknampak umah tu terus! daun bersepah jenuh nak menyapu, time berbuah kekadang dahan berjuntai sampai sentuh tanah. mmg hilang seri sbb taknampah rumah tu dah, kalau rumah pun tak nampak, anak dara lagi lah kan hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
bru tingat arwah atok dulu kalu ada sayur menjalar cam timun ke petola ke berbunga hari selasa dia akan petik dan buang bunga dia sbb dia kate kalu jadi hasilnya akan terasa pahit...cam timun kengkadang kita bli pahit sebab tu lah kot!!!agaknya lahhhh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|