PASUKAN penyelamat mengusung mayat mangsa yang maut dalam kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Medellin, bandar yang terkenal sebagai pusat industri di Colombia, kelmarin.
- Reuters
MEDELLIN, Colombia 17 Nov. - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun terbunuh manakala 15 yang lain hilang dalam kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di El Poblado, di sini semalam.
Bandar industri ini kini dilanda musim hujan menyebabkan struktur tanah di kawasan berbukit itu tidak kukuh dan mudah runtuh.
Dalam kejadian semalam, runtuhan itu berlaku pada awal pagi dan meruntuhkan rumah-rumah ketika penghuninya sedang tidur, menurut seorang polis tempatan kepada wartawan.
El Poblado ialah daerah yang terkenal sebagai kawasan mewah.
Rumah Carlos Sanchez yang digunakan selama 37 tahun untuk mempromosi kopi Colombia sebagai watak mustachioed Juan Valdez terletak bersebelahan kawasan runtuhan lumpur itu.
Sanchez dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
- Reuters