CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5952|Reply: 3

KL Tower Animal Zone

[Copy link]
Post time 24-11-2008 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Spesies unik  di  puncak   kotaOleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
[email protected]


Ruang  yang asalnya adalah tempat letak motosikal diubahsuai menjadi sebuah taman mini  haiwan. Menarik bukan?




PERTAMA di dunia. Menara Kuala Lumpur (Menara KL) melakar sejarahtersendiri apabila memiliki sebuah mini zoo yang menempatkan pelbagaijenis haiwan eksotik khas buat tatapan pengunjung.

Lebih dikenali sebagai KL Tower Animal Zone, sejak dilancarkan pada14 November lalu, hingga kini ia telah berjaya mencatat kehadiran lebih2,000 pengunjung.


PELUANG untuk bermanja dengan pelbagai spesies haiwan di KL Tower Animal Zone tidak seharusnya dilepaskan.

Kepada salah seorang daripada tiga pemiliknya, Mohd. HussienAbdullah, untuk merealisasikan KL Tower Animal Zone ini bukan satutugas mudah kerana persekitaran menara yang agak sempit.

"Cabaran paling besar bagi kami ialah memanfaatkan ruang seluas6,000 kaki persegi bagi memberikan kepuasan maksimum kepada pengunjung.Asalnya, kawasan ini merupakan tempat meletak motosikal pekerja.

"Ruang yang terhad menyebabkan kami harus bijak mencipta satusuasana taman haiwan yang ringkas tetapi kelihatan santai danmenenangkan. Banyak aspek perlu diambil kira seperti jumlah haiwan,jenis, kesan terhadap pohon Jelutong yang terdapat di kawasan tersebutdan sebagainya.

"Justeru, projek ini pada mulanya memerlukan ketelitian danperbincangan daripada semua pihak terlibat termasuk Jabatan Perhutanandan Perhilitan Selangor serta Wilayah Persekutuan. Alhamdulillah,selepas hampir beberapa bulan

bertungkus-lumus akhirnya KL Tower AnimalZone berjaya dilancarkan," kata Hussien yang berkongsi dengan adiknya,Sofian Abdullah dan seorang lagi rakan, Paul Tai menguruskan tempattersebut.

ZULKIFLI MOHAMAD

Hussien yang mempunyai syarikat sendiri iaitu Reptiles Adventuremenambah, kebanyakan haiwan yang dipamerkan diimport dari seluruh duniatermasuk Amerika Selatan, Timur Tengah, Afrika dan negara-negara Asiayang lain.

"Dalam pemilihan haiwan untuk dipamerkan, kami melihat pada pasaransesuatu jenis haiwan tersebut. Contohnya, jika ia senang atau mudahdidapati di kedai-kedai haiwan peliharaan, kami tidak akan memilihnya.

"Jika orang ramai mengunjungi KL Tower Animal Zone, mereka akandapati hampir kesemua haiwan di sini terdiri daripada spesies yangjarang ditemui. Antaranya ialah spesies beruk putih yang kebarangkalianuntuk ditemui ialah seekor dalam sejuta," jelas Hussien, seorangindividu yang cintakan haiwan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Datuk ZulkifliMohamad berkata, setakat ini RM650,000 telah dibelanjakan untuk membinataman haiwan berkenaan. Jumlah itu mungkin akan meningkat dari semasake semasa.



Walaupun menelan belanja yang agak mahal, tetapi ia satu pelaburanyang berbaloi. Ini kerana perkhidmatan yang ditawarkan mampu mendidikpelancong untuk menyayangi haiwan.

"Menara KL bukan sekadar ikon negara, malah ia boleh dipenuhi denganpelbagai pengisian. Antaranya sebagai tempat beriadah bersama keluargadi samping menikmati keindahan flora dan fauna.

"Dengan wujudnya taman ini, para pengunjung akan dapat mendekatipelbagai jenis spesies haiwan yang dipamerkan dan memupuk kesedaranbetapa pentingnya menjaga alam sekitar serta hidupan liar. Kami jugaberharap pendekatan terbaru ini secara tidak langsung akan membantumenarik lebih ramai pelancong ke Malaysia dan menyumbang pada sektorpelancongan negara," tegasnya.

Selain itu, Zulkifli memberitahu, taman yang bertemakan Cultural(Kebudayaan), Adventure (Aktiviti Lasak) dan Nature (Alam Semulajadi)atau CAN itu, merupakan yang pertama di dunia.

"Tiada menara lain yang melakukan inisiatif serupa seperti yang kamilakukan di Menara KL. Itu semua dibuat untuk memastikan agar pengunjungakan merasai pengalaman berbeza di sini yang tidak dapat diperoleh darimana-mana menara di dunia."


ZOO mini di Menara KL ini hanya seluas 6,000 kaki persegi.

Menempatkan 100 spesies haiwan yang terdiri daripada reptilia,amfibia dan mamalia, KL Tower Animal Zone juga menyediakan pekerjamahir tentang haiwan untuk membantu pengunjung lebih mengenalinya.

Bagi salah seorang pekerja, Aireen Razali, 20, pengalaman bersamahaiwan-haiwan seperti ular sawa, arnab, monyet, burung kakak tua, rusa,iguana, itik labah-labah dan banyak lagi ini amat mengujakan dan penuhcabaran.

"Haiwan-haiwan ini juga sebenarnya sama seperti manusia. Adakalanyamereka perlukan perhatian dan belaian. Jika dikasari barulah merekaakan bertindak. Peluang bekerja di sini memberikan pengalaman yangmenarik dan sukar dilupakan," ujar Aireen tersenyum sambil tanganmulusnya ligat mengusap seekor anak rakun dengan penuh kasih sayang.

Dibuka setiap hari bermula dari pukul 9 pagi hingga 10 malam, KLTower Animal Zone boleh memuatkan 100 pengunjung pada satu-satu masa.

Harga tiket masuk untuk dewasa ialah RM10 dan bagi kanak-kanakadalah RM8. Bagaimanapun, semua pemegang MyKad layak menerima diskaunsebanyak 20 peratus. Kepada pemegang kad Rakan Muda, anda bakalmenerima diskaun 30 peratus daripada harga asal tiket.

Sistem giliran haiwan

MENJADI satu zon haiwan yang tetap di Menara Kuala Lumpur,membuatkan pemiliknya tidak boleh memandang ringan aspek haiwan yangakan dipamerkan.

Tambahan pula jika sepanjang masa haiwan yang sama menjadi santapanmata pengunjung, suasana ini sudah tentu mencetuskan rasa bosan.


PELANCONG terutama kanak-kanak dapat melihat spesies haiwan eksotik lebih dekat.

Justeru, Mohd. Hussien Abdullah dan dua rakan kongsinya mempunyaipelbagai perancangan untuk tempoh jangka panjang bagi memastikankelancaran fungsi KL Tower Animal Zone.

“Antara langkah yang bakal diambil ialah proses penggiliran haiwanuntuk dipamerkan. Insya-Allah, selain haiwan eksotik kami akanmembawakan beberapa spesies haiwan tempatan yang difikirkan sesuai.

“Kami juga akan sentiasa melakukan penambahbaikan taman inicontohnya dari segi susun atur dan hiasan dalamannya untuk keselesaanpengunjung pada masa akan datang,” jelas lulusan bidang perniagaan darisalah sebuah universiti di United Kingdom ini.

Salah seorang pelancong asing, Fatma El-Zahra dari Arab Saudi mengakui taman ini mempunyai keunikan tersendiri.
“Selain melawat dan menerokai keindahan pemandangan Kuala Lumpurdari puncak menara, kami juga berpeluang melihat dengan lebih dekatbeberapa spesies haiwan yang jarang ditemui dan bergambar dengan mereka.

“Anak-anak saya begitu gembira apabila memasuki taman haiwan ini.Walaupun kawasannya agak kecil, tetapi susun aturnya menjadikan iasesuatu yang istimewa untuk dikunjungi,” kata Fatma sambil memujilangkah yang diambil pengurusan pihak Menara KL dalam menyediakan satuplatform terbaik untuk pengunjungnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 11:36 AM | Show all posts
kalau tak salah dia ni lah yang buat kat 1 utama dulu....

banyak jugak haiwan yg dia ade. banyak ulaq yang berbisa ade yang tak berbisa pon ade.

[ Last edited by  FiRe_Fly at 24-11-2008 11:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 12:35 PM | Show all posts
eeee... ada rakun!!! comel nyer
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 09:30 PM | Show all posts
la..tak tau plak ade animal zone kat kl tower ni..leh la pg usha2...
tpt ni permenant ke?  dia kata jangka masa panjang...bagus la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.770302 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list