CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4446|Reply: 1

sejarah askar malaya di kongo!!

[Copy link]
Post time 27-11-2008 11:00 AM | Show all posts |Read mode
'Askar Malaya anakku'
Kongo yang kembali bergolak mengimbau kembali kenangan tiga askar negara yang pernah bertugas di sana.







SUDAH hampir lima dekad berlalu, namun bumi Republik Demokratik Kongo (Kongo) masih berpaksikan peperangan dan pertumpahan darah yang tidak bernoktah.

Kongo yang tidak pernah mengecapi kestabilan hingga ke hari ini merupakan negara di bawah tanah jajahan Belgium. Ia dikategorikan sebagai negara ketiga paling luas di Afrika yang kaya dengan khazanah bumi.

Pada pilihan raya umum pertamanya pada 31 Mei 1960, gerakan kemerdekaan Kongo di bawah pimpinan Patrice Lumumba menang dan diisytiharkan sebagai Perdana Menteri. Kongo diisytihar merdeka pada 31 Jun 1960.

Bagaimanapun kemenangan Lumumba mengundang rasa tidak puas hati pihak Barat, lantas menaja kumpulan pemberontakan.

Pada tahun yang sama, Malaya (kini Malaysia) yang baru tiga tahun mencapai kemerdekaan yang diterajui Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman membuat keputusan untuk menghantar tentera negara ini ke Kongo bagi membuktikan kesungguhan negara ini sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagi mengimbas kenangan ketika berada di negara itu, tiga orang veteran berkongsi pengalaman mereka ketika mencurah khidmat sebagai tentera pengaman PBB. Mereka dikenali sebagai Pasukan Khas Malaya selama lapan bulan bermula Oktober 1960.

Tergolong dalam senarai kumpulan pertama untuk menyertai misi pengaman PBB di Kongo, Sarjan Bakar Ismail, 75, menyahut cabaran itu dengan gembira.
"Ketika mendapat peluang itu hati saya teruja untuk ke sana. Ketika itu tidak ada istilah takut," katanya.

Perjalanan kumpulan tentera seramai 800 orang ke Kongo menaiki kapal bermula di Pelabuhan Klang menuju ke India, kemudian berlabuh di Mathadi iaitu sempadan Kongo.

SEBAHAGIAN pingat yang diterima Bakar Ismail sepanjang beliau berkhidmat selama 21 tahun sebagai anggota tentera.

Seminggu menetap di situ, kemudian ke Kasisi dan akhirnya menaiki kereta selama lapan jam untuk tiba di Goma, Kongo.

"Di sana saya ditugaskan untuk meronda dan menjaga kawasan tersebut. Pada masa itu Perdana Menteri Kongo Patrice Lumumba diikat dan dibunuh oleh askar yang berkuasa dan pergolakan berlaku," katanya.

Selama lapan bulan berada di Kongo, beliau dapat melihat kekejaman yang dilakukan tentera Belgium terhadap masyarakat Kongo.

"Masa saya pergi itu mereka bergolak sesama sendiri, Belgium sangat berkira soal warna kulit, orang Kongo tak boleh lalu di jalan tar, bas tak boleh naik, orang putih saja, sebab itu orang Kongo sakit hati, mereka dijajah sebegitu, mereka sangat marah pada Belgium," katanya.

Melihat keadaan Kongo yang kembali bergolak, mengimbau kenangan Bakar ketika di negara itu.

"Sedih bila dengar Kongo kembali bergolak, kemudian teringat saat saya bertugas di sana, saya lihat semula gambar-gambar kenangan di sana, di mana tempat saya berkhemah dan melakukan rondaan," katanya.

Dia turut melahirkan rasa sedih kerana menerima elaun saguhati sepanjang lapan bulan di sana hanya RM500 sahaja.
Sebagai anak kampung yang membesar di Kampung Sungai Jernih, Lubuk China, Melaka, Sarjan Mustafa Jantan, 70, tidak pernah termimpi untuk ke luar negara, jauh sekali untuk menjejakkan kaki ke benua Afrika.


MUSTAFA Jantan menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat sebagai tentera pengaman PBB.

Katanya, MSF telah menjalankan tugas pengamannya dengan cemerlang sehingga sangat dihormati oleh PBB, tentera pengaman dari negara lain seperti Indonesia, India dan Filipina serta penduduk tempatan.

"Fizikal askar kita yang agak kecil dan keramahan kita membuatkan kebanyakan wanita tempatan menganggap kami sebagai anak mereka sendiri dan sering menyebut 'askar Malaya anakku'.

"Ada juga yang menyangka kami adalah pelajar dan bukannya askar," katanya yang lebih dikenali sebagai Pak Mus dan kini berkhidmat sebagai pemandu teksi.

Mustafa berkata, kebolehan bertutur serba sedikit bahasa Lingala hanya setelah dua minggu berada di negara itu berjaya menyelamatkan seorang pegawai pasukannya.

"Semasa tiba di kem Kindu, pegawai saya (yang dikenali sebagai Leftenan Anwar) diacu benet di lehernya oleh seorang askar Armee Nationale Congolaise (ANC) sebaik keluar dari kereta.

"Saya terus menepis benet itu kerana saya bertanggungjawab mengiring pegawai saya itu dan berkata kepada pegawai ANC itu: 'Buat apa macam ni, aku kawan, bukan musuh.

"Selepas itu saya keluarkan rokok dan berikan kepadanya dan hisap rokok bersama untuk redakan keadaan. Kemudian kawan-kawannya juga saya berikan rokok dan kami berjabat tangan dan berdamai selepas itu," katanya.



LOW KONG MING menunjukkan gambar-gambarnya ketika
berkhidmat sebagai tentera pengaman PBB.



Pengalaman yang hampir sama juga dikongsi oleh Sarjan Low Kong Ming, 69. Dia sering mengumpul keratan akhbar mengenai pergolakan di Kongo hingga ke hari ini.

Beliau yang pada ketika itu berumur 23 tahun dan baru mendirikan rumah tangga tidak dapat melupakan penduduk Kongo akibat pergolakan yang tidak berkesudahan itu.

" Penduduk asli Kongo hanya menggunakan tombak dan panah bagi mempertahankan diri daripada serangan peluru pemberontak.

"Anak-anak kecil juga kelaparan sehinggakan ada yang menadah tangan ketika kami (tentera) ingin membuang lebihan makanan yang tidak habis dimakan ke dalam tong sampah," katanya.

Low yang kini menjalankan perniagaan makanan berkata, tentera Malaysia perlu dihantar kembali ke negara itu sebagai pengaman PBB seperti yang dilakukan 48 tahun lalu. - Bernama



tak sangka aku kuar lak citer pasai nih... sbb aku baru ajer last wiken  borak2 ngan kawan aku.. datuk dia askar malaya mcm ni ler.. yg pi kongo... aku tengok gak gambaq2 tok dia...  dan dgr sikit2 citer tu...  mmg mengerikan gak... pakkal depa berani !!  yg buat aku gelak tok dia kata   dia ni seasick.. dok termuntah2 kat kapai  masa nak gi kongo tuh!!   dia tak naik plane.. tapi  kapal besaq gak..  singgah kat india!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2008 09:48 PM | Show all posts
cerita asakar malaya kat kongo aku banyak baca dari arwah penghulu majalah gila-gila..
arwah kartunis rejabhad..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.034647 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list