CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1882|Reply: 6

Porsche 911 (coupe/cabriolet); update: Porsche GT3

[Copy link]
Post time 20-12-2008 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Godaan Porsche

Oleh Mohd Razlan Salleh


PENGELUAR jentera berprestasi tinggi terkemuka di dunia, Porsche memperkenalkan empat siri 911 terbaru yang bakal menarik perhatian peminat kenderaan generasi berkenaan.



PENGELUAR jentera berprestasi tinggi terkemuka di dunia, Porsche memperkenalkan empat siri 911 terbaru yang bakal menarik perhatian peminat kenderaan generasi berkenaan.

Empat model terbabit, masing-masing dua versi Coupe dan Cabriolet pacuan roda belakang berkuasa 3.6L dan 3.8L.

Keempat-empat model itu dilengkapi suntikan terus bersama Double-Clutch Gearbox Porsche-Doppelkupplung (PDK) yang pertama oleh Porsche.

PDK menjanjikan pemanduan Porsche 911 baru lebih sporty dan dinamik yang sukar digugat mana-mana pesaingnya.

Kotak gear berkembar PDK menawarkan pemanduan automatik atau tujuh kelajuan manual versi perlumbaan menggantikan kotak gear asal, Porsche Tiptronic S pada model terdahulu.

Kuasa yang tinggi turut dibantu dengan teknologi terkini Porsche yang membolehkan tahap penggunaan bahan api lebih menjimatkan.

Antara Carrera Coupe hanya menggunakan 9.8 liter minyak bagi perjalanan 100 kilometer berbanding model terdahulu 11 liter petrol untuk jarak perjalanan sama.

Selain itu, gas karbon monoksida berjaya dikurangkan sehingga 15 peratus.

Kelajuan tertinggi yang dicatatkan 911 Carrera 3.6L meningkat 20 kuasa kuda (bhp) kepada 345 bhp manakala bagi versi 911 Carrera S 3.8L pula, kuasa dipertingkatkan sehingga 385 bhp.

Ujian menunjukkan model berkenaan berjaya mencatatkan kelajuan melebihi 300 kilometer sejam (km/h) manakala pergerakan daripada kedudukan pegun kepada 100 km/j serendah 4.3 saat.

Daripada bentuk fizikalnya, Porsche masih mengekalkan bentuk klasiknya, tetapi dengan beberapa perubahan rupa yang lebih moden.

Salutan kulit mewah pada bahagian dalamannya menjadikannya sebuah jentera sporty tulen.

Teknologi LED berjaya menjadikan Porsche tampak bergaya selain penggunaan lampu Bi-Xenon sebagai lampu hadapan utamanya.




cayenne tak se sporty  911 nih...  yg ni kalu nak bawak kat s alam nih.. kira wokey lagi.. bley pecut... tapi kalu kat tgh bandar mcm KL.. sorry mkn kari ler ekkk... terhengguk hengguk mcm flamingo ler pulak nanti...          

[ Last edited by  amazed at 11-2-2009 01:16 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2008 07:22 PM | Show all posts
i still prefer 996 than 997 punya design...

anyway, porsche is designed for everyday use (since they have started using water-cooled)... no prob for daily drive even if u get stucked in traffic jam....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 09:42 PM | Show all posts
The Coupe is my choice...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 03:43 AM | Show all posts
keta ni ada main dlm game need for speed undercover tu kan..
mmg gempak. keta polis pun pakai keta ni dlm game tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 01:17 PM | Show all posts
Terbaru daripada PorscheOleh Mohd Razlan Salleh

PENGGEMAR kenderaan berprestasi tinggi, Porsche bakal menyaksikan kelahiran satu lagi model terkini, GT3 yang lebih berkuasa, pantas daripada pesaingnya.



PENGGEMAR kenderaan berprestasi tinggi, Porsche bakal menyaksikan kelahiran satu lagi model terkini, GT3 yang lebih berkuasa, pantas daripada pesaingnya.

Generasi kedua daripada siri 911 itu bukan saja dicipta untuk kegunaan perlumbaan, malah mampu menyusuri jalan raya tanpa perlu melakukan sebarang pengubahsuaian.

Model terbaru itu akan dipamerkan kepada umum pada Pameran Motor Geneva bulan depan dan pastinya bakal mencuri tumpuan pengunjung.

Porsche 911 GT3 menawarkan dua ciri pemanduan terbaik merangkumi pemanduan berkuasa dan ciri dinamik bagi mereka yang hanya mementingkan gaya serta kemewahan.

Model berkenaan dilengkapi enjin Boxer 3.8 L enam silinder yang berupaya menghamburkan 435 kuasa kuda (bhp), meningkat 20 bhp daripada model terdahulu.

Peningkatan kuasa itu disebabkan penggunaan sistem ekzos yang direka semula oleh VarioCam yang cukup dikenali dalam kalangan peminat jentera bertaraf Supercar.

Sistem terbaru berkenaan membolehkan GT3 dipandu pada kelajuan biasa dengan lebih santai tetapi itu tidak bermakna jentera terbabit tidak berkuasa.

Ia mampu memecut pada kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 4.1 saat selain mencatatkan kelajuan maksimum sehingga 312 km/j.

Selain enjin yang berkuasa tinggi, Porsche 911 GT3 dilengkapi sistem Porsche Stability Management (PSM ) yang membolehkan pemandu mengawal fungsi kawalan kestabilan (SC) dan kawalan kuasa (TC) secara manual.

Ini membolehkan mereka melakukan pelbagai aksi secara individu tanpa campur tangan komputer.

Selain itu, daya tekanan graviti juga dikurangkan bagi memberi lebih kawalan dan ciri aerodinamik terbaik dalam kelasnya.

Porsche 911 GT3 bakal dijual di Eropah dengan harga 98,100 Euro manakala RM392,700 (AS$112,200 - sebelum cukai) bagi penggemar Porsche di Amerika Syarikat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 11:46 PM | Show all posts
porsche my dream car
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-5-2009 01:35 AM | Show all posts
Porsche GT3 RSR paling berkuasa
Oleh Mohd Razlan Salleh



SELEPAS beberapa generasi Porsche 911, model berkenaan menerima satu lagi ahli keluarga baru edisi perlumbaan, GT3 RSR.

Hasil kajian terperinci selama beberapa tahun oleh jurutera Porsche, kelahiran GT3 RSR tepat pada masanya dan diiktiraf jentera paling berkuasa dalam ahli keluarga 911.

Perkara berkenaan terbukti apabila Porsche 911 GT3 RSR beraksi cemerlang dalam perlumbaan 24 jam American Le Mans Series, baru-baru ini.

Dalam perlumbaan kelas GT2 yang memerlukan pelumba menghabiskan jarak paling panjang, Porsche 911 GT3 RSR melepasi halangan berkenaan dengan mudah.

Kejituan dan ketahanan jentera berkenaan dibantu rekaan semula sistem masukan udara lebih besar pada bahagian hadapan GT3 RSR.

Selain itu, faktor berat lebih ringan menjadikan GT3 RSR lebih berkuasa dari segi pecutan dan kuasa tork dapat digunakan secara maksimum.

Malah, sistem aerodinamik GT3 RSR turut dipertingkatkan apabila pemecah angin belakang dilebarkan bagi memberi lebih cengkaman pada tayar dan kawalan lebih stabil di selekoh.

Dari sudut keselamatan, sistem brek juga dipertingkatkan apabila penggunaan bahan berkualiti tinggi membolehkan jentera menjadi lebih ringan dan secara automatik daya membrek menjadi singkat dan cekap berbanding model sama sebelum ini.

Porsche 911 GT3 RSR dibekalkan dengan enjin Boxer enam silinder 4.0 L yang berupaya menghasilkan 450 kuasa kuda maksimum pada 7,800 RPM.

Malah, kuasa tork turut dipertingkatkan apabila Porsche 911 GT3 RSR berjaya mencatat sehingga 430 Nm pada 7,250 RPM.

Paling menarik, enjin Boxer terbabit mampu diperah sehingga melepasi 9,000 RPM yang mengekalkan kelajuan enjin disamping penggunaan bahan api terkawal.

Ruang dalaman Porsche 911 GT3 RSR dilengkapi skrin pelbagai fungsi pada bahagian atas papan pemuka selain transmisi gear lebih mudah.

Untuk kegunaan litar, Porsche 911 GT3 RSR mudah diselenggara apabila dibekalkan dengan 'Air-Jack System' serta penukaran penapis minyak pada bahagian belakang memudahkan mekanik membuat penukaran lebih pantas.

Selain GT3 RSR, Porsche Motorsport turut mengeluarkan dua lagi versi perlumbaan iaitu GT3 Cup dan GT3 Cup S.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.529770 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list