|
Tinjauan Sahkan Sikap 'Tidak Apa' Akan Denggi
Oleh Ravichandran D.J Paul
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Di kala 96 peratus daripada penduduk bandar di Malaysia sedar akan bahaya demam denggi, satu tinjauan baru-baru ini mengesahkan masih ada sikap 'tidak apa' di kalangan mereka terutama yang melibatkan usaha pencegahan.
Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat penyelidikan pasaran terkemuka, Synovate, menunjukkan sikap ini berlaku kerana tanggapan salah yang sedia wujud dan kurangnya kefahaman mengenai bagaimana dan akibat demam denggi.
Jon-Paul Best, pengarah sekutu Synovate, semasa persidangan akhbar untuk mengumumkan penemuan tinjuan itu, yang dijalankan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu di sini hari ini, menyimpulkan bahawa sebilangan besar anggota masyarakat sememangnya tidak bimbang akan demam denggi.
Tinjauan itu yang berdasarkan kepada satu sampel 456 orang mendapati sehingga 34 peratus responden menyatakan bahawa langkah pencegahan tidak perlu atas alasan tiada nyamuk aedes di kediaman mereka (29%), kediaman mereka sentiasa bersih (11%), dan mereka tidak mempunyai masa untuk semua ini (6%).
Jon-Paul juga menunjukkan beberapa tanggapan salah berhubung demam denggi dalam minda warga Malaysia yang antara lain mereka tidak perlu bimbang kerana tinggal di bangunan tinggi (5%), nyamuk aedes membiak di luar kediaman sahaja (37%) dan nyamuk hanya menggigit pada waktu senja (29%).
Kajian telah menunjukkan hakikat sebenar yang nyamuk aedes boleh sampai ke tingkat 12, ia boleh membiak di luar dan di dalam rumah dan boleh menggigit pada bila-bila masa.
Tinjauan itu juga mendedahkan satu lagi mitos yang dipercayai warga Malaysia - demam denggi boleh dirawat (24%) dan terdapat vaksin denggi (31%) sedangkan tiada rawatan atau vaksin bagi demam denggi.
Walaupun media melakukan liputan meluas berhubung wabak denggi dan sehingga 7 peratus daripada responden mendakwa mereka mengetahui orang yang dijangkiti denggi, majoriti (76%) memilih untuk menyisihkan diri daripada mengambil bahagian dalam aktiviti anti-denggi.
Ringkasan tinjauan itu menunjukkan sebilangan besar warga Malaysia jahil akan bagaimana berlakunya demam itu serta akibatnya dan ini merupakan penghalang besar dalam usaha pencegahan.
Tinjauan ini yang diusahakan oleh Sara Lee, syarikat pemasaran racun serangga nombor satu di negara ini, akan menjadi asas bagi satu kempen anti denggi yang akan dijalankan oleh syarikat itu pada April.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Dua Kematian Akibat Denggi Minggu Lepas
KUALA LUMPUR,20 Mac (Bernama)-- Sejumlah 988 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan pada minggu lepas sehingga 14 Mac lalu, berbanding 1,017 kes bagi tempoh sama bulan lepas.
Setakat ini walaupun terdapat trend penurunan kes sepanjang tahun ini, jumlah kes yang dilaporkan masih tinggi pada kadar 49 peratus dibandingkan dengan jumlah kes bagi tempoh yang sama tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satukenyataan Jumaat.
Satu daripada kematian yang dilaporkan minggu lepas adalah di Kuala Lumpur dan satu lagi di Pahang.
Dr Ismail berkata lima negeri yang menunjukkan peningkatan kes yang ketara ialah Melaka sebanyak 100 peratus, Sabah 72 peratus, Kelantan 23 peratus, Selangor 17 peratus dan Terengganu 14 peratus.
Katanya pemantuan di tempat nyamuk aedes membiak mendapati bahawa kawasan yang melaporkan kes denggi adalah di rumah kediaman, kedai, kawasan kilang, tanah/lot kosong, tapak binaan dan sekolah.
Mengenai kes Chikungunya pula, Dr Ismail berkata ia menunjukkan trend penurunan sebanyak 52 peratus dan tiada kes kematian dilaporkan.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
naseb umah sewa aku x derk...
apartment perdana mmg harus hot kot...
pool dia gile kotor....
x penah cuci.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sharp rise in dengue in Dagang Jaya
March 27, 2009 Categories: News
TAMAN Dagang Jaya抯 alarming rise in dengue cases over the school holidays has the Ampang Jaya Municipal Council worried.
It announced yesterday that the area would be one of several within the municipality to undergo an extensive Communication for Behavioural Impact (Combi) Programme.
Council president Datuk Mohammad Yacob said reported dengue cases shot up from a mere 28 cases a week before to 40 as of March 21.
He believes the rise is partly due to the rainy season, as well as it being school holidays.
揂 study done at another council showed that dengue cases tend to rise during school holidays. This is probably because during long breaks, families would go away (for vacation) and the houses are left untended, |
|
|
|
|
|
|
|
kat puchong ni mmg parah denggi..
skrg ni member aku ada kat damansara specialist kena denggi baru msk 3 hr..
nyamuk mmg byk lps tu x de mpsj nak sembur.. pandai2 sendiri je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wabak denggi terus merebak
KUALA LUMPUR 1 April - Wabak denggi di Malaysia semakin membimbangkan apabila 146 kes baru dilaporkan dalam tempoh dua minggu ini iaitu peningkatan 14 peratus.
Minggu lalu, 1,029 kes denggi dilaporkan dengan Selangor merupakan negeri paling berisiko terdedah kepada ancaman penyakit tersebut.
Sehingga kini, tiga kes kematian dilaporkan ekoran wabak itu iaitu dua di Selangor dan satu di Negeri Sembilan.
Peningkatan wabak itu turut melibatkan tujuh negeri lain iaitu Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu, Johor dan Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan akhbar di sini berkata, kes kematian denggi turut meningkat tahun ini iaitu 38 kes.
"Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 25 kes diikuti lima kes di Wilayah Persekutuan, empat kes di Negeri Sembilan, dua di Johor, manakala Pahang dan Sabah masing-masing mencatatkan satu kes," katanya.
Kementerian turut mengenal pasti 27 lokaliti hot spot baru antaranya Taman Sri Andalas, Rumah Teres Putrajaya Jalan P11 A2 dan A1 serta Kampung Sungai Bedil Besar.
Sebanyak 423 kompaun bernilai RM76,760 dan 312 notis arahan pembersihan dikeluarkan di seluruh negara ekoran masyarakat tidak prihatin tentang wabak ini.
Bagi penyakit chikungunya, 45 kes baru dilaporkan di seluruh negara iaitu peningkatan sembilan peratus berbanding 36 kes pada minggu sebelumnya.
"Jumlah keseluruhan kes chikungunya tahun ini ialah 1,117 kes dan tiada kematian dilaporkan," jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes Denggi Dan Chikungunya Menurun
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kes demam denggi di negara ini dalam tempoh seminggu dari 29 Mac hingga 4 April lepas mencatatkan penurunan sebanyak 21 peratus, iaitu 923 kes berbanding 1,175 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata selain itu, tiada kematian dilaporkan pada minggu ke-13 tahun ini.
Dalam kenyataannya Selasa, beliau bagaimanapun berkata terdapat dua negeri yang menunjukkan peningkatan kes denggi bagi tempoh sama iaitu Perlis sebanyak 100 peratus (empat kes) dan Melaka 90 peratus (sembilan kes).
Selangor pula masih lagi penyumbang terbesar daripada keseluruhan kes iaitu 509 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Putrajaya (78 kes), Perak (66 kes), Johor (59 kes), Pulau Pinang (52 kes) manakala negeri lain mencatat kurang daripada 5 peratus kes demam denggi.
Dr Mohd Ismail berkata jumlah keseluruhan kes denggi yang dilaporkan sehingga 4 April ialah 15,031 dengan 38 kematian berbanding 9,889 kes dan 22 kematian bagi tempoh sama pada 2008.
Beliau berkata pada minggu sebelumnya, terdapat 94 "titik panas" yang dilaporkan dan pada minggu ini, 20 lokaliti telah bebas daripada senarai tersebut.
Bagaimanapun, terdapat 21 "titik panas" baru dikesan menjadikan jumlah terkini lokaliti "titik panas" sebanyak 95.
Katanya sebanyak 1,597 premis yang diperiksa sepanjang minggu tersebut juga menunjukkan positif pembiakan nyamuk Aedes dan sejumlah 488 kompaun bernilai RM90,700 serta 291 notis arahan pembersihan telah dikeluarkan.
Bagi kes Chikungunya, Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 42 kes telah dilaporkan bagi tempoh yang sama (29 Mac hingga 4 April) berbanding 45 kes pada minggu sebelumnya.
Daripada jumlah itu, seramai 25 pesakit Chikungunya hanya mendapatkan rawatan pesakit luar manakala yang selebihnya memerlukan rawatan di hospital dan setakat ini, tiada kes melibatkan kematian dilaporkan.
Katanya lagi, hanya satu lokaliti wabak Chikungunya iaitu di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau, Perak.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Dua Kematian Akibat Denggi Minggu Lepas
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Dua kematian akibat demam denggi dilaporkan berlaku di Selangor minggu lepas, menjadikan 39 kes kematian di seluruh negara setakat ini ini tahun ini.
"Jumlah kematian ini adalah meningkat berbanding 26 kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas," kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Bagaimanapun kes demam denggi sepanjang minggu lepas iaitu dari 5 hingga 11 April menurun sebanyak 14 peratus atau pengurangan sebanyak 129 kes berbanding minggu sebelumnya, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Pada minggu lepas, kes demam denggi yang dilaporkan hanya 794 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu sebanyak 923 kes," katanya.
Beliau berkata walaupun terdapat trend penurunan kes, namun jumlah kes yang dilaporkan setakat ini tahun ini adalah masih tinggi iaitu pada kadar 48 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.
Jumlah terkumpul bagi kes denggi setakat ini tahun ini di seluruh negara ialah sebanyak 15,825 kes dengan 39 kematian berbanding 10,645 kes dengan 26 kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas," katanya.
Mohd Ismail berkata pada minggu lepas tiga negeri menunjukkan peningkatan kes pada minggu lepas berbanding minggu sebelumnya iaitu Pahang kepada 14 kes berbanding sembilan, Kelantan kepada 27 kes berbading 18 kes dan Perak kepada 72 kes berbanding 66 kes.
Beliau berkata 96 "hot spot" telah dikenal pasti iaitu 95 di Selangor dan satu di Sarawak.
Mengenai Chikungnya, katanya kes yang dilaporkan pada minggu lepas menurun sebanyak tujuh peratus atau berkurangan sebanyak tiga kes berbanding minggu sebelumnya.
"Pada minggu lepas, 39 kes telah dilaporkan berbanding 42 kes pada minggu sebelumnya dan jumlah terkumpul kes bagi tahun ini sehingga 11 April lalu adalah 1,198 kes dengan tiada kematian dilaporkan setakat ini," katanya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan panas denggi
Oleh Mohd Azam Shah Yaacob
[email protected]
GOMBAK: Walaupun pelbagai usaha dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menangani wabak denggi di kawasan pentadbirannya, ia tidak menampakkan kesudahan apabila satu lagi 慿awasan panas |
|
|
|
|
|
|
|
Denggi di Selangor membimbangkan
SHAH ALAM 18 Mei - Sebanyak 36 kes kematian akibat demam denggi dicatatkan di Selangor sejak awal tahun sehingga bulan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier A. Jayakumar berkata, kebanyakan kes berlaku di daerah Klang, Petaling, Gombak dan Hulu Langa |
|
|
|
|
|
|
|
Denggi di Selangor membimbangkan
SHAH ALAM 18 Mei - Sebanyak 36 kes kematian akibat demam denggi dicatatkan di Selangor sejak awal tahun sehingga bulan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier A. Jayakumar berkata, kebanyakan kes berlaku di daerah Klang, Petaling, Gombak dan Hulu Langat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Beliau berkata, demam denggi juga dilaporkan sebagai penyakit berjangkit paling tinggi di negeri itu apabila sebanyak 10,168 kes telah dilaporkan ke Jabatan Kesihatan negeri sehingga 7 Mei lalu.
"Daerah Petaling mencatatkan kes tertinggi iaitu 3,135 kes diikuti Hulu Langat (2,428 kes), Klang (1,948 kes) dan Gombak (1,170 kes)," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan negeri di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Rosnah Hadis dan Ketua Unit Penyakit Mudah Berjangkit, Dr. Anita Suleiman.
Xavier menegaskan, kerajaan negeri memandang serius peningkatan kes demam denggi itu dan tidak akan memberi amaran lagi kepada pihaknya yang kawasan mereka dikesan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Sebaliknya, kata beliau, Jabatan Kesihatan akan terus mengenakan kompaun kepada mereka yang didapati bersalah.
Beliau berkata, pendekatan kompaun itu lebih berkesan kerana kegagalan menjelaskan kompaun boleh menyebabkan barangan pesalah disita atau kawasan terlibat tertutup sehingga ia disahkan bebas daripada aedes.
Katanya, sebanyak 2,589 kompaun dikeluarkan melibatkan denda sebanyak RM370,375 sejak awal tahun dengan rumah kedai mencatatkan kes tertinggi dengan sejumlah 2,289 kompaun.
"Sebanyak 234 kilang turut dikompaun manakala tapak binaan (58), sekolah (38), pejabat kerajaan (enam), kawasan-kawasan lain (84) dan sebuah rumah ibadat," jelasnya.
Beliau berkata, walaupun nyamuk aedes tidak boleh dihapuskan sepenuhnya tetapi kerajaan negeri telah melancarkan Operasi Mega dan Operasi Bersepadu sejak Mac lalu terutama di empat daerah tersebut sebagai usaha mengurangkan bilangan kes penyakit berkenaan.
Langkah itu, ujarnya, sudah menampakkan hasil apabila hanya sekitar 400 kes dicatatkan seminggu itu penurunan sebanyak 50 peratus berbanding enam bulan lalu dan langkah-langkah kawalan akan terus dilakukan sepanjang masa.
Malah, katanya, pihak sekolah juga sudah mengambil inisiatif sendiri untuk membersihkan kawasan mereka bagi mengelak pembiakan nyamuk aedes.
"Usaha itu nyata berjaya apabila tiada lagi sekolah dikenakan kompaun berhubung kes pembiakan nyamuk aedes," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kini waktu kemuncak denggi: Liow
SEREMBAN: Kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menangani penyakit demam denggi kerana ketika ini adalah waktu kemuncak serangan penyakit itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Katanya, sejak 1 Januari hingga 24 Januari sahaja, sudah ada 11 kematian dengan 3002 kes demam denggi.
"Ini adalah satu bilangan yang tinggi dan saya beri amaran kepada rakyat Malaysia bahawa ini perlu diberi perhatian dan ia lebih banyak mendatangkan kematian berbanding wabak H1N1 (wabak selsema babi)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program kebajikan dan kesihatan Magnum Cares 2010 di Hospital Mawar hari ini.
Beliau berkata, tahun lalu saja demam denggi mengorbankan 88 nyawa rakyat Malaysia berbanding hanya 77 kematian di kalangan pesakit H1N1.
"Cuma wabak H1N1 ini merebak dengan cepat sedangkan denggi ada kaitan dengan tempat pembiakan nyamuk aedes. Rakyat tidak melihat nyamuk aedes ini sebagai ancaman, dia ingat dia boleh tawan ini nyamuk," katanya.
Katanya, mereka bagaimanapun lupa bahawa walaupun kawasan itu habis dibersihkan daripada nyamuk dan larva aedes tetapi telur nyamuk itu boleh bertahan sehingga enam bulan di tempat kering.
"Bila hujan balik dan tempat yang sudah kering itu ditakung air, telur itu akan menetas dan keluar nyamuk baru kerana itu tidak mustahil, apabila wabak denggi ini datang dari kawasan yang kita sangka sudah selamat," katanya.
Sementara itu, Liow berkata masalah kerosakan buah pinggang di negara ini semakin serius dengan 20,000 rakyat Malaysia sedang menderita akibat penyakit itu berbanding hanya 836 orang 20 tahun lalu.
Beliau berkata, jumlah itu adalah angka yang dikumpul daripada mereka yang mendapat rawatan di pusat mencuci buah pinggang di klinik kerajaan, swasta atau pusat hemodialisis milik pertubuhan bukan kerajaan.
"Dahulu hanya ada 836 orang sahaja yang sakit buah pinggang pada 1990 tetapi hari ini jumlah itu semakin membesar," katanya.
Katanya, berikutan itu itu, kerajaan terpaksa mengeluarkan bantuan subsidi mulai 2001 dan sehingga sekarang, ia kini menjangkau RM145 juta.
"Subsidi itu dikeluarkan untuk golongan yang tidak bernasib baik kerana penyakit ini adalah penyakit yang mahal (kos rawatan)," katanya.
Katanya, setiap pesakit buah pinggang memerlukan lebih kurang RM160 untuk setiap kali rawatan mencuci organ itu dan kerajaan memberi subsidi sebanyak RM80.
"Jika memerlukan suntikan erythropoietin, kerajaan membantu rakyat sebanyak RM30 setiap suntikan dan pesakit buah pinggang memerlukan tiga suntikan setiap minggu," katanya.
Katanya, tinjauan kementeriannya mendapati 57 peratus kes kegagalan buah pinggang adalah disebabkan serangan kencing manis dan tujuh peratus lagi akibat penyakit darah tinggi manakala bakinya berpunca daripada penyalahgunaan dadah serta sebab-sebab lain. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Arahan Keras Cegah Denggi Yang Semakin Meningkat
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengarahkan supaya penguatkuasaan dipertingkatkan terhadap premis yang membiak nyamuk Aedes dan pengamal perubatan yang gagal melaporkan kes denggi kerana kes yang semakin meningkat.
Pada minggu lepas sehaja, enam kematian dilaporkan, tiga daripadanya di Selangor, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 31 tahun ini.
Sehubungan itu, pihak kementerian telah mengadakan mesyuarat semalam bersama pegawai jabatan kesihatan negeri dan daerah yang bermasalah denggi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan.
"Sebilangan besar daripada kematian denggi berlaku di kawasan wabak denggi dan kawasan yang mempunyai pembiakan Aedes," katanya.
Beliau meminta orang ramai memeriksa dan menghapuskan tempat pembiakan Aedes di sekitar luar dan dalam kediaman mereka seminggu sekali.
Bagi tempoh 21 hingga 27 Februari, jumlah kes meningkat 20 peratus kepada 1,121 kes dengan enam kematian berbanding 935 kes dengan dua kematian pada minggu sebelum itu.
"Ini merupakan kes mingguan yang tertinggi yang dilaporkan sejak tahun lepas dan tujuh negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya antaranya Pulau Pinang (55 peratus), Sarawak (39 peratus), Perak (33 peratus), dan Selangor (29 peratus)," katanya.
Dr Mohd Ismail berkata walaupun jumlah kes denggi setakat tahun ini menurun 16 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, namun angka kematian tahun ini lebih tinggi dan keadaan itu amat membimbangkan.
Jumlah terkumpul yang dilaporkan sehingga 27 Februari adalah 8,349 kes dengan 31 kematian berbanding 9,937 kes dengan 28 kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Bagi penyakit Chikungunya pula, jumlah kes menurun kepada 22 minggu lepas berbanding 29 pada minggu sebelumnya. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Tujuh lagi kawasan panas denggi dikesan di Kuala Lumpur
09/03/2010 12:30pm
KUALA LUMPUR 9 Mac – Tujuh lagi kawasan panas denggi dikesan di sekitar ibu kota, kata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.
Pengurus Komunikasi Korporat DBKL, Anwar Mohd. Zain berkata, kawasan itu ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, PPR Desa Tun Razak, Taman Setapak Jaya (Jalan Rejang 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 10) dan PPR Air Panas.
Tiga lagi kawasan ialah Keramat Wangsa (Kelumpuk Kuang, Kelumpuk Teratai, Menara Merak Kayangan), Bandar Baru Sentul (Menara Orkid) dan Flat Sri Selangor.
Anwar berkata, kesemua kawasan itu mencatatkan tempoh wabak berpanjangan selama 30 hari. Tiada kes kematian dilaporkan.
"Pasukan pemantauan DBKL telah melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan mendapati kebanyakan penghuni kawasan terbabit mengabaikan penjagaan kebersihan yang boleh meningkatkan risiko denggi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada 4 Mac lepas, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, Selangor mencatat jumlah kawasan panas denggi paling banyak iaitu 36 kawasan dan 31 kes kematian direkod bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini. – Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Published: Khamis Julai 15, 2010 MYT 1:45:00 PM
Jangan Hantar Suspek Denggi Pulang Ke Rumah - Liow
PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta doktor supaya tidak menghantar pulang mereka yang disyaki dijangkiti demam denggi sebaliknya diletakkan di bawah pengawasan di wad hospital.
Beliau berkata beliau menerima aduan bahawa terdapat mereka yang disyaki menghidap denggi telah diminta untuk pulang dahulu ke rumah, sementara menunggu hasil ujian yang dilakukan ke atas suspek.
"Saya melihat sejumlah kes di mana pesakit denggi mati di hospital selepas sehari, dua tiga hari dimasukkan ke wad. Saya mahu mereka (doktor) melihat kepada kes kematian, bagaimana mahu mengurangkan kematian.
"Selepas kita memasukkan mereka (suspek pesakit) di wad, ia mudah untuk dipantau. Selain itu, pemantauan perlu dilakukan secara kerap dan berkesan, setiap empat jam.
"Jangan hantar suspek pesakit denggi balik," katanya.
Liow berkata usaha akan dipertingkatkan untuk memerangi denggi selaras dengan sasaran kementerian untuk melaksanakan sehingga 1,000 program komunikasi untuk perubahan tingkah laku (COMBI) di seluruh negara.
COMBI diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan menggunakan pendekatan komunikasi bagi mencegah dan mengawal penyakit berjangkit seperti penyakit TB, kusta dan filariasis di beberapa negara.
"Kita akan mendapatkan bantuan NGO (badan bukan kerajaan), menghantar pegawai untuk memantau semua COMBI agar COMBI akan menjadi berkesan," katanya.
Selain COMBI, Kementerian Kesihatan juga turut melaksanakan rancangan lima tahun Pelan Strategik Kebangsaan untuk mengawal denggi sejak April lalu bagi tempoh masa 2009-2013.
Sasaran pelan ini ialah untuk mengurangkan jumlah kes sebanyak 10 peratus setiap tahun dan 50 peratus daripada 49,335 kes pada 2009 kepada 21,430 kes tahun ini.
"Masalah denggi adalah sangat serius kerana jumlah kes masih dianggap tinggi di mana kementerian sering menggalakkan penyertaan lebih ramai anggota masyarakat dalam program mengawal denggi," kata Liow.
Beliau mengingatkan bahawa peperangan terhadap denggi merupakan tanggungjawab setiap orang kerana tindakan penyemburan kabus semata-mata tidak boleh mengawal denggi.
Selagi masih terdapat tempat pembiakan nyamuk Aedes yang menjai punca kepada penyakit denggi, Aedes akan terus muncul dan mendatangkan penyakit, kata beliau. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
insya Allah, perubatan JAWI boleh membantu merawat/mengelak wabak berkenaan dengan izin Allah! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|