CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6258|Reply: 15

Apa saje yang berkaitan dgn MANTIN

[Copy link]
Post time 1-2-2009 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Lapang Sasar Mantin Bernilai RM6.8 Juta Terabai?

Oleh Ahmad Muliady Ab Majid

SEREMBAN, 1 Feb (Bernama) -- Bukit Mantin kembali sepi. Tiada lagi bunyi ledakan memecah keheningan rimbanya setelah kompleks lapang sasar menembak bernilai RM6.8 juta yang dibina sempena Sukan Malaysia (Sukma) 2004 terbiar lapuk tanpa penyenggaraan.

Tinjauan Bernama di kompleks itu, yang terletak di Kilometer 10 Jalan Seremban-Mantin, mendapati banyak kerosakan berlaku selepas tidak diselenggara untuk manfaat sukan menembak.

Biarpun kelihatan gah dari luar, keadaan di dalam kompleks antaranya lapang sasar bagi 25 dan 50 meter, lapang sasar elektronik, bilik rehat dan surau dipenuhi sampah sarap manakala beberapa dinding sasar pecah.

Hanya seorang pengawal keselamatan kelihatan mengawasi kompleks.

Selepas beberapa pertanyaan melalui telefon dengan beberapa pihak, difahamkan lapangan sasar tersebut sebelum ini sekadar digunakan sebagai venue latihan dan pertandingan menembak oleh Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Rela.

Selepas berakhirnya Sukma, tanggungjawab untuk menyenggara kompleks itu terletak di bahu Majlis Perbandaran Nilai.

"Penyenggaraan hanya dilakukan jika terdapat tempahan. Kali terakhir kompleks ini digunakan ialah pada awal September lepas oleh peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Ulu Pari, Rembau," kata seorang pegawai majlis itu yang tidak mahu dikenali.

Menurutnya tiada atlet menembak menggunakan kemudahan itu sejak Sukma 2004.

Bagaimanapun, katanya, mulai Februari, tanggungjawab menyenggara lapang sasar itu diserahkan kepada Majlis Sukan Negeri Negeri Sembilan (MSNNS).

Bernama difahamkan, sesi latihan yang pernah diadakan oleh pasukan beruniform hanya melibatkan ruang terbuka kompleks tersebut dan bukan lapang sasar berdinding.

Ketika dihubungi, Pengarah MSNNS Foudzee Abdul Aziz berkata pihaknya akan segera menyenggara kompleks tersebut untuk kemajuan sukan menembak.

"Atas saranan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohd Hassan, MSNNS akan membangunkan Lapang Sasar Mantin sebagai pusat latihan bagi atlet menembak di negeri ini," katanya.

Foudzee berkata lapang sasar itu akan digunakan untuk pemilihan skuad menembak Negeri Sembilan yang dijangka memulakan latihan sebagai persiapan menghadapi Sukma Melaka tahun depan.

"MSNNS akan mengambil dua jurulatih tempatan yang berpengalaman bagi membimbing skuad penembak muda," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2009 08:25 AM | Show all posts
nak citer pasal mantin..tapi bukan pasal lapang sasar tembak tuh....ni tentang  lebuh raya lekas tuhhh.... saya dah lalu dah.....dari kajang ke mantin ..memang dekat betui laaa... sebab keluar ke situ nak ke seremban pun dah dekat sangat...

seronoknya  tak sabar nak tunggu lebuh raya Lekas keluar ke senawang siap ...mesti lagi dekat kalau nak balik ke kuala pilah....

[ Last edited by  sri_rampai at 13-3-2009 12:29 ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 08:30 AM | Show all posts


[ Last edited by  sri_rampai at 13-3-2009 12:33 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 07:07 PM | Show all posts
apa yang best kat mantin eh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 03:16 PM | Show all posts
adik ez pelatih kt PLKN kem perkasa mantin..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 11:27 PM | Show all posts
Yang best pasal manti ialah Roti Canai Mantin...tapi den makan kat gerai2 Makan Kat Pasar Borong Nilai 3...memang best Tapi kat mantin tak tahu tompetroti tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2009 04:19 PM | Show all posts
Restoren yang sedap kat situ apa ek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2009 05:26 PM | Show all posts

Reply #6 tom5190's post

yang kat indah mini market tu ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2009 09:47 AM | Show all posts
yang best kat mantin.... petai mantin.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2009 01:42 PM | Show all posts

Reply #9 sri_rampai's post

ya betul

petai yang dijual dek orang asli

apa ke nama kg orang asli tu..

pastu kat bukit mantin tu pun ada ramai gak orang jual
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 06:09 PM | Show all posts

Reply #5 ezzda's post

samalah adik saya pun pelatih kem perkasa tu.....last year pergi lah jengok dia....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 11:39 AM | Show all posts
yang best kat mantin.... petai mantin.....
sri_rampai Post at 12-5-2009 09:47 AM


betul tu....petai dia fresh...dah dekat nar kat umah haku mantin ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 02:12 AM | Show all posts
Nama kampung orang asli tu 'Belihoi'

Kenangan aku kat Mantin :
Aku buat direct selling kat situ masa bujang dulu...
Aku kena kejar ngan hantu....
Orang jual cempedak kepada aku yang dia amik dari kebun arwah mak aku dan dia kata dia punya kebun.....
Bau busuk yang amat sangat apabila bersarapan di gerai (dekat ngan pasar)
sebabnya ada land rover polis yang pakir kat tepi jalan dan anggota dia pun sarapan jugak...dalam kereta tuh ada mayat yang dah busuk...
Memanjat pokok manggis arwah pak cik aku hingga tak ingat aku dah terlampau dewasa...
Memancing ikan puyu hingga habis satu kolam ikan tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 02:41 PM | Show all posts
Yang best pasal manti ialah Roti Canai Mantin...tapi den makan kat gerai2 Makan Kat Pasar Borong Nilai 3...memang best Tapi kat mantin tak tahu tompetroti tu
tom5190 Post at 5-5-2009 23:27


den tengok pokan mantin 2 samo jo cam pokan pilah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 02:41 PM | Show all posts
pasal mantin ni..terengek kawan den budak mantin..
kami panggil dio mantin...
lamo dah tak jumpo....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 01:51 PM | Show all posts
yg pasti sedap roti canai dkat kdai mara(tapi roti canai kat beranang lagi sedap),nasi ayam mantin popular dan satay kat pekan mantin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.198372 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list