CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2175|Reply: 0

Muzium Mafia -

[Copy link]
Post time 8-2-2009 07:40 AM | Show all posts |Read mode
Muzium mafia pertama bakal dibina di Las Vegas



SELAIN kasino, Las Vegas bakal memiliki sebuah
muzium mafia yang akan menjadi tarikannya
.

LAS VEGAS - Bukan saja dikenali sebagai penyumbang bidang pendidikan, Las Vegas bakal mempunyai satu lagi daya tarikan pelancongan baru menjelang tahun hadapan dengan adanya muzium mafia.

Perancangan Muzium Jenayah Terancang dan Penguatkuasaan Undang-Undang Las Vegas itu melibatkan perbelanjaan sebanyak AS$50 juta, bakal dibuka pada 2010.

Ia akan menjadi pusat penyelidikan sejarah dan budaya jenayah terancang keluarga mafia di Amerika yang pertama di samping peranan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam keruntuhan empayar mafia.

Bangunan klasik-neo setinggi tiga tingkat itu merupakan bangunan mahkamah pertama di Amerika. Ia meliputi keluasan 3,900 meter persegi di pusat bandar Las Vegas dan bakal menampung kehadiran pelancong.

"Malah, pengunjung boleh mengambil gambar dengan berdiri sama dengan barisan polis tiruan yang dipamerkan," kata Pengarahnya, Dennis Barrie.

Pada tahun 2000, kerajaan persekutuan bertindak menyerahkan bangunan usang itu kepada pengurusan bandar tersebut dengan harga satu dolar atas perjanjian mengubahnya bagi kegunaan pendidikan atau muzium.

Idea 'panas' menjanakan semula sejarah itu adalah daripada Datuk Bandar Las Vegas, Oscar Goodman yang juga bekas peguam bela bagi beberapa tokoh mafia sekitar tahun 1970-an dan 1980-an.


"Saya berkata pada diri saya sendiri, walaupun ibu saya seorang artis terkenal, tiada siapa akan datang ke bandar ini untuk melihat hasil seni seperti lukisan.

"Apa yang dicari mereka adalah sesuatu yang tersemat dalam sejarah, sesuatu yang berlainan dan unik berbanding bandar lain. Dan disebabkan kami mempunyai perbicaraan Kefauver, saya terus terfikir muzium mafia dan ia amat tepat," jelasnya.

Walaupun begitu, idea tersebut mendapat kritikan. Dengan adanya muzium mafia tersebut, Datuk Bandar memberi pengiktirafan ke atas komuniti Itali-Amerika yang pernah menjadi isu sensitif sekitar tahun 2002.

Bagi mengelakkan insiden mengagungkan kumpulan penjenayah tersebut, Goodman menugaskan Ejen Khas FBI, Ellen Knowlton mempengerusikan muzium tersebut sebagai ahli lembaga bukan berasaskan keuntungan.


************************************************************************************

that would be interesting -
nanti nak baca tentang al capone dan elliot ness yang
buru dia, tentang vito corleone, virgil sollozzo plus tattaglia
family etc etc..-  bagus juga baca sejarah tentang depa ni -  manusia
yang jenis kejam.. tapi banyak interesting stories going on in
the family -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.581131 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list