CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Syd

[NFO] Jalan / Area Kemalangan @ N9

[Copy link]
Post time 25-9-2009 07:02 PM | Show all posts
jln Bdr Seri Jempol ke Pilah tu pun bahayo gak...
jalan naik bukit turun bukit....
tu pun ada gak spesis kamben yg nak cubo2 motong....
bukannya nampak keto dtg dari dopan...
kalau blk dari umah mertua kek Pahang...
terpakso lalu situ....
mmg bedeghau jo raso eh...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2009 11:30 AM | Show all posts
Melaka&Negeri Sembilan: Jalan maut
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
[email protected]

Selekoh tajam menuruni Jalan Bukit Tangga punca kerap nahas

KUALA KLAWANG: Penduduk Kampung Ulu Klawang di Batu 18 Jalan Seremban-Jelebu dekat sini, yang masih terkejut dengan kemalangan ngeri yang meragut tiga nyawa Sabtu lalu, kini hidup dalam keadaan bimbang selagi pihak berkuasa tidak melakukan sesuatu terhadap jalan maut di kampung itu.

Kemalangan itu bukan kali pertama berlaku, tetapi adalah kali kedua dalam tempoh lima bulan lalu menyebabkan penduduk bimbang jalan itu mungkin meragut nyawa lagi.

Ini berikutan selekoh tajam selepas menuruni Jalan Bukit Tangga adalah antara faktor menyebabkan lori tangki minyak terbabas sebelum meletup menyebabkan dua beradik dan pemandu lori maut dalam kejadian kira-kira jam 8.39 pagi itu.

Tinjauan Berita Harian mendapati, keadaan jalan itu bahaya kerana kenderaan yang bergerak laju selepas menuruni laluan bukit yang lurus akan menghadapi selekoh tajam yang boleh menyebabkan pemandu yang tidak berhati-hati terbabas.

Penduduk, Syed Amin Syed Jamil, 45, menggesa pihak berkuasa bertindak segera sebelum lebih banyak lagi kemalangan berlaku selepas ini.

Katanya, tidak dapat dinafikan bahawa keadaan jalan itu turut menyebabkan kemalangan berlaku dan digabungkan dengan kecuaian pemandu.

"Bayangkan pemandu yang memandu laju ketika menuruni laluan berbukit, tiba-tiba ada selekoh tajam. Jika tidak berhati-hati, kenderaan boleh terbabas," katanya.

Untuk sementara waktu, katanya antara pendekatan yang boleh dilakukan termasuk meletakkan papan tanda amaran untuk mengingatkan pemandu bahawa jalan di kampung itu adalah kawasan kemalangan.

"Saya juga minta pihak berkuasa membuat garisan kuning berhampiran kawasan kejadian supaya kenderaan yang menuruni Bukit Tangga menjadi perlahan.

"Tembok juga perlu dibina di sepanjang jalan ini supaya jika berlaku kemalangan seperti ini, kenderaan tidak akan merempuh rumah," katanya.

Dalam kemalangan Sabtu lalu, Mohd Hafiz Hanapiah, 7, dan kakaknya, Anisah, 15, ditemui rentung dalam keadaan bertindih selepas rumah milik ibu mereka, Mariani Cembeng, 45, yang ketika itu tiada di rumah hangus terbakar akibat dirempuh lori tangki minyak yang terbabas sebelum meletup.

Kejadian itu juga menyebabkan pemandu lori, Samsulkahar Bahudin, 36, yang dalam perjalanan dari Port Dickson menuju ke Kuala Klawang untuk menghantar bekalan minyak, maut akibat 60 peratus kesan terbakar pada tubuhnya.

Kebimbangan penduduk terhadap keadaan jalan itu mendapat reaksi segera kerajaan negeri apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri akan diminta berhubung dengan JKR di Kuala Lumpur untuk mendapatkan peruntukan meluruskan jalan itu.

Beliau berkata, jalan itu perlu diluruskan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 12:40 PM | Show all posts
kalo kita kaji jalan hiway plus dari hentian pedas smpi persimpangan g nilai mmh byg giler org eksiden..

artis2 pon ader 2 org x silap aku eksiden kat jalan nie....

member aku citer lar x tau bo ...
mrhanks14 Post at 15-3-2009 14:30


aku kalo tibo ujan lobek, lalu kek jalan nih memang cuak amek....... lampu emergency memang aku pasang sepanjang2 jalan......:re:
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 12:06 PM | Show all posts
bukit putus pun hebat gak kan
Syd Post at 12-2-2009 10:39



    bukit putus 2 kali je eden kono.. layan lap.... sekali naik rxz.. sekali nak 125z.. haha dok banggo cilok.. kono sumpah kek driver keto yg ke 40 .. toruih lap terlajak.... ado lain kosan kek lutut ngan siku.. kek bibir ni ha dulu mcm ni baizura kono jahit..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 12:12 PM | Show all posts
Melaka&Negeri Sembilan: Jalan maut
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi


Selekoh tajam menuruni Jalan ...
Syd Post at 15-12-2009 11:30



    kek bukit tanggo tu den rasa kadang mistake driver sendiri.. montang jalan bosar.. turun bukit pun dok layan laju layan lap.. bersungguh2 xroti nak menyabar..  kadang2 org keto belakang tgk keto yg layan lap.. mcm nak senget sebolah.. xtau la.. maybe malang diaorang berbau agak eh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 08:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by Asdira at 14-10-2010 20:07

10.10.10 eksiden yg teruk kat highway tu..
dh masuk area N9 ke tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-5-2019 08:51 AM | Show all posts
Tragedi pulang ke kampung

SEORANG pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang, Jelebu, maut, manakala 24 penumpang dan seorang pemandu cedera selepas bas mereka naiki terbabit kemalangan di Jalan Kuala Klawang-Seremban berhampiran Bukit Tangga, dekat Seremban, hari ini.

Turut cedera, dua lelaki yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail yang terbabit dalam kemalangan itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul berkata, dalam kejadian 3.39 petang itu, 25 pelajar berkenaan menaiki bas awam dari Kuala Klawang menuju ke Seremban.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, bas itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail yang dinaiki dua lelaki.

“Akibatnya, bas yang membawa 25 pelajar terbalik di kaki bukit, manakala SUV berkenaan terbalik di tengah jalan,” katanya.

Menurut Ibrahim, kejadian menyaksikan seorang pelajar Kolej Vokasional maut dan selebihnya cedera dan parah.

Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, 25 pelajar yang menaiki bas itu adalah dari Kolej Vokasional dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang.

Katanya, mereka menaiki bas itu menuju ke Terminal One, Seremban berikutan cuti sekolah.

“Pelajar mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi membuat persiapan Aidilfitri,” katanya.

Menurutnya, bomba menerima panggilan jam 3.41 petang sebelum mengerahkan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Jelebu, Seremban dan Senawang ke lokasi berserta dua jentera dan enam ambulans.

Katanya, sebaik tiba jam 4.01 petang, anggota mengeluarkan semua mangsa tersepit termasuk dua lelaki di dalam SUV berkenaan.

“Mayat dan mangsa diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban bagi tindakan lanjut,” katanya.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2019 @ 6:14 PM
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Abnor Hamizam Abd Manap
[email protected]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2019 08:52 AM | Show all posts
kasihan yo lahh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2019 08:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2019 08:57 AM | Show all posts
Rakan sedih tak berkesempatan berbuka puasa bersama
ZULKIFLI MANZOR
23 Mei 2019 9:05 PM

Nazhan (Gambar kecil, atas) merancang untuk berbuka puasa bersama-sama Allhahyarham Firdaus (Gambar kecil, bawah) di Kuala Selangor, Selangor petang ini.

JELEBU - "Saya sedih dan terkilan sebab saya dan Firdaus (Allhahyarham Muhammad Firdaus Shahrul Azam) sepatutnya berbuka puasa bersama-sama di Kuala Selangor, Selangor petang ini".

Itu luahan hati pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang dekat sini, Mohamad Nazhan Mohd. Nazhari, 17, yang turut terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas henti-henti di Jalan Kuala Kelawang - Seremban dekat Bukit Tangga di sini petang tadi.

Menurutnya, Allahyarham Muhammad Firdaus, 17, yang maut dalam kemalangan itu merupakan rakan karibnya dan semasa kejadian dia duduk di bahagian tengah, manakala Muhammad Firdaus duduk di bahagian depan bas berkenaan.


"Kami sama-sama berasal dari Kuala Selangor dan kami menaiki bas itu ke Seremban untuk pulang bercuti di kampung sempena cuti semester.

"Sebelum kejadian, Muhammad Firdaus mempelawa saya berbuka puasa bersama setibanya di kampung. Saya sedih dengan apa yang terjadi. Saya tidak mengalami kecederaan teruk," katanya ketika ditemui Kosmo! di Hospital Jelebu di sini hari ini.

Mohamad Nazhan mendakwa, kemalangan itu berlaku apabila bas henti-henti tersebut terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar beberapa batang pokok selepas memotong sebuah kenderaan lain di lokasi kejadian.

Dakwanya, bas itu bergerak terlalu laju dan dia mendengar ramai penumpang menjerit supaya bas itu berhenti sebelum rempuhan itu berlaku.

Katanya, semasa kemalangan berlaku dia memejamkan mata dan berpaut pada sebatang palang besi dalam bas tersebut sebelum mendapati bas itu sudah terbalik apabila membuka mata.

Seorang lagi mangsa, Mohamad Alimi Lutfi Azimi, 15, berkata, dia yang duduk di bahagian tengah bas menundukkan kepala semasa kemalangan berlaku dan terpaksa merangkak keluar dari bas itu melalui pintu belakang.

Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang itu mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah bas henti-henti Mybas dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-Trail.

Beliau dalam satu kenyataan media mengesahkan seorang penumpang bas iaitu pelajar Sekolah Vokasional Kuala Klawang maut di tempat kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, semasa kejadian terdapat seramai kira-kira 20 penumpang dalam bas itu.

Kosmo! difahamkan, bas itu dipenuhi pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang semasa kemalangan tersebut berlaku. - K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2019 06:27 PM | Show all posts
Kemalangan di Negeri Sembilan meningkat

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]

SEREMBAN: Jumlah kemalangan di Negeri Sembilan terus mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 926 kemalangan dilaporkan berlaku dalam tempoh 12 hari Op Selamat 15/2019 bermula 29 Mei lalu sehingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 10 kes kemalangan maut dicatatkan dengan 11 kematian.

Katanya, kematian tertinggi membabitkan pemandu dan penumpang kenderaan dengan mencatatkan enam kes, manakala penunggang atau pembonceng motosikal (empat) serta pejalan kaki (satu).

“Selain itu, sebanyak 17 kes kemalangan mengakibatkan kecederaan parah dan 14 cedera ringan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengguna jalan raya mesti mematuhi peraturan dan had laju ditetapkan, selain mengutamakan keselamatan sepanjang perjalanan pulang bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Op Selamat 15/2019 dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula pada 29 Mei lalu sehingga 12 Jun ini.

Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 68 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal sempena Hari Raya Aidilfitri di Jalan Tuan Haji Said di sini, malam tadi.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Borhan, berkata operasi bermula jam 8 malam sehingga 11 malam itu turut disertai polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Dalam operasi itu, sebanyak 221 kenderaan diperiksa. Namun, sebanyak 28 kenderaan diambil tindakan kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, cukai jalan dan lesen tamat tempoh.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 68 notis saman dikeluarkan termasuk 12 notis arah periksa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Selain itu, Azrin berkata, seramai tiga individu ditahan AADK selepas ujian saringan dilakukan mendapati positif syabu.

Katanya, Jabatan Imigresen turut menahan enam pendatang asing tanpa izin masing-masing dua Bangladesh dan empat Indonesia untuk tindakan mengikut Akta Imigresen 1963.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2019 09:35 AM | Show all posts
Syd replied at 10-6-2019 06:27 PM
Kemalangan di Negeri Sembilan meningkat

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.440672 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list