CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Perkhidmatan KTM Tren Komuter / Shuttle KL-Seremban-KL

[Copy link]
Post time 26-2-2009 10:57 AM | Show all posts
Den bukan nak komplen ko apo ... tp servis komuter ehh tosangek toghuk solopeh lobeh sopuluh tahun bokhedmat ngan ughang nogoie.

Yg tak goma ehh, sket2 delay, sket2 delay ... buek paneh ati yooo. Dolu, daie 1998 - 2002, dogheh ngan lancar yo khedmat ehhh, lopeh tuh toghuih moghudummmm toghuk.

Camano ughang tak bising ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by robotech at 26-2-2009 10:57 AM
Den bukan nak komplen ko apo ... tp servis komuter ehh tosangek toghuk solopeh lobeh sopuluh tahun bokhedmat ngan ughang nogoie.

Yg tak goma ehh, sket2 delay, sket2 delay ... buek paneh ati y ...

Camano ughang tak bising ..


tu menunjukkan org n9 ni baik2...... maleh nak oghuk2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2009 02:25 PM | Show all posts
E-mel anda: Koc komuter macam sardin


MENAIKI komuter dari stesen KL Sentral ke Seremban amat memeritkan kerana terpaksa bersesak-sesak dengan terlalu ramai penumpang. Keadaan dalam koc terlalu padat sehingga untuk menutup pintu automatik komuter itu kadangkala agak sukar dan membahayakan penumpang yang tidak mahu berganjak.

Selalunya keadaan sesak ini berlaku pada waktu puncak sebelah lewat petang hingga jadual komuter terakhir keSeremban.

Ini berlaku kerana beberapa sebab antaranya:

1. Jadual perjalanan tidak menepati masa dan kerap tertangguh yang kadang-kadang melebihi sejam.

2. Perjalanan komuter yang bermula dari stesen Rawang dan berhenti mengambil penumpang di setiap stesen sebelum sampai ke KL Sentral menyebabkan kesesakan.

Penumpang yang menunggu di KL Sentral terpaksa bersesak dan berdiri sepanjang perjalanan ke destinasi setiap hari. Diharap pentadbiran komuter menyediakan jadual perjalanan khas bermula dari KL Sentral ke Seremban terutama pada waktu puncak.

3. Kurang pengawasan pihak pentadbiran stesen itu seolah-olah membiarkan orang ramai berebut dan bersesak untuk menaiki komuter hingga sendat dan sikap penumpang hampir tidak terkawal.

4. Tambang dari KL Sentral ke Seremban RM6 dianggap mahal jika penumpang terpaksa berdiri sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih sejam.

Saya mencadangkan untuk mengelakkan penumpang berhimpit setiap hari pada waktu puncak antara jam 5 petang hingga 11 malam, sediakan koc khas untuk wanita dan kanak-kanak yang tidak mahu atau tidak selesa berhimpit dengan lelaki dan terpulang kepada penumpang wanita itu untuk memilih koc yang mereka suka.

Dicadangkan juga wujudkan semula tiket komuter harga istimewa pergi dan balik seperti yang pernah wujud satu ketika dahulu.

Galakkan penumpang menggunakan 'touch n' go' bagi kemudahan pengguna kerana ada ketikanya di stesen tertentu tiada penjualan tiket di kaunter dan penumpang terpaksa menyediakan syiling untuk membeli tiket melalui mesin tiket.

SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 02:34 PM | Show all posts
dah lamo tak naik komuter ni..
mcm2 ceghito ado ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2009 02:36 PM | Show all posts

Reply #24 Asdira's post

biarlah PM dah tukar 5 kali mcm mana pung
tetap service mcm tu gak

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2009 11:52 AM | Show all posts
Pekerja KTM ugut piket Isnin depan
Jun 23, 09 9:53am

Pekerja KTM Berhad mengancam mengadakan piket 29 Jun dan 1 Julai ini sebagai membantah pelantikan Sarbini Tijan sebagai pemangku pengarah urusan syarikat tersebut.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM), Abdul Razak Md Hassan berkata pihaknya membantah pelantikan Sarbini - kini pengurus besar operasi - kerana terlibat dalam kes pertikaian perusahaan yang telah dirujuk kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan.

Menurut Bernama, Abdul Razak berkata bantahan itu bukanlah untuk membelakangi kuasa anggota lembaga pengarah tetapi pemilihan pengarah urusan mestilah dibuat di kalangan pengurus besar KTMB.

Sehubungan itu, katanya, pihak kesatuan akan mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta agar pelantikan Sarbini ditarik balik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2009 09:36 PM | Show all posts
aku mmg tak paham kenapa org prefer naik train/komuter untuk ke KL..dah la lambat..kadang2 padat gile sampai kena bersesak dlm train tu mcm sardin..

naik jer bus SKS or SE..dalam 30-35 minit dah sampai..stop kat CM..then naik je la LRT sampai KL sentral..ape susah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 02:05 PM | Show all posts
den upkan umah ni...
stesen komuter senawang dan sungai gadut dah dibuka..
jd den nak tayo kt celah mano duduknya stesen ni...
den google tak jumpo?
masuk website ktm pun tak jumpo gak?
lopeh sonang skit, naik kek sewawang, tak nak naik kek somban lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.064326 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list