View: 5420|Reply: 6
|
Taman Hutan @ Taman Bukit Kiara
[Copy link]
|
|
Sentral: Taman hutan hak rakyat
Oleh Nurhasyima Hasim
[email protected]
KUALA LUMPUR: Menyedari perlunya pengekalan alam sekitar dalam memberikan kehidupan yang lebih baik kepada warga kota, sebuah taman hutan milik rakyat bakal dibangunkan di Taman Bukit Kiara, di sini.
Pembangunan menerusi program Hutan Kita - Kiara yang mensasarkan pembabitan anggota masyarakat, ia akan dilaksanakan melalui aktiviti pembelian pokok pada harga RM60 sebatang dan menanamnya sendiri di taman berkenaan.
Cetusan idea isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah yang juga Pengerusi Panel Penasihat Landskap Malaysia, beliau mahukan kawasan itu direka bentuk menjadi taman berkonsepkan hutan hujan semula jadi yang boleh memberi impak positif kepada masyarakat.
Program anjuran bersama Panel Penasihat Landskap Malaysia, Jabatan Landskap Negara (JLN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) dan Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) itu mendapat sokongan badan bukan kerajaan, Friends of Bukit Kiara, Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Ismail dan Yayasan Anak Warisan Alam (Yawa).
Lokasi program Hutan Kita - Kiara yang berkeluasan 98 hektar di Tapak Arboretum, Taman Bukit Kiara dipilih berdasarkan potensinya dijadikan sebahagian daripada 慻reen lung?Kuala Lumpur selain sebagai pusat rekreasi komuniti setempat.
Jeanne berkata, usaha mewarta taman itu dan membangunkan kawasan berkenaan menerusi penyertaan orang ramai adalah antara langkah kerajaan melakukan perhutanan-semula Taman Bukit Kiara di samping antara usaha Malaysia menangani isu pemanasan global dengan cara yangmenyeronokkan.
Orang awam dan pihak berkenaan yang berminat boleh menjadikan pokok yang dibeli sebagai hadiah kepada mereka yang tersayang, memperingati kelahiran, ulang tahun perkahwinan atau sebarang sambutan di samping membantu negara mencapai hasrat menghijaukan persekitaran.
Sebagai menghargai sumbangan orang awam dalam aktiviti ini,kita menyediakan insentif plak peringatan mengandungi nama atau organisasi yang menyumbang dan ditempatkan di kawasan penanaman.Penyumbang juga akan didaftarkan sebagai pemilik pokok selain boleh menikmati rebat cukai dan pemberian sijil penyertaan.
Mereka yang ingin turut serta boleh menghubungi Jabatan Landskap Negara untuk mendaftar dan menetapkan hari bagi menanam pokok yang dipilih daripada pelbagai spesies yang disediakan. Bayaran yang dikenakan itu termasuk kos penanaman dan penyelenggaraan pokok selama tiga tahun, katanya pada prapelancaran program itu di sini.
Pelancaran program Hutan Kita - Kiara pula akan dirasmikanJeanne bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Ahad ini yang mana pada hari itu sebanyak 1,000 pokok akan ditanam.
Jeanne berkata, pihaknya berhasrat meluaskan program berkenaan keseluruh negara terutama di kawasan bandar yang memerlukan kawasan hijauyang khas bagi mengimbangi aktiviti pembangunan di sekitarnya.
揜amai pelancong khususnya dari Timur Tengah datang ke Malaysia kerana ingin menikmati keindahan hutan, sungai dan pantai.Mereka anggap Malaysia sebagai syurga dunia kerana mempunyai ciri muka bumi seperti itu. Justeru, kawasan hijau yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan menjana pelbagai faedah kepada negara,攌atanya.
Ketua Pengarah JLN yang juga Pengerusi Persekutuan Antarabangsa Pentadbiran Taman dan Rekreasi Asia Pasifik, Datuk Ismail Ngah, berkata konsep taman itu adalah untuk menjadikan ia seolah-olah kawasan penanaman hutan hujan semula jadi dan jenis tanaman yang dicadangkan pula perlu dari spesies hutan supaya ia menjadi arboretum yang berintegrasi dengan taman awam berskala besar.
揟apak penanaman akan dibahagikan mengikut plot iaitu zon peringatan seluas 2.5 hektar, zon korporat (58 hektar), zon persendirian (27.5 hektar) dan zon orang awam (10 hektar). Setiap hektar dapat menampung sehingga 500 pokok dan sasaran program adalah untuk menanam 50,000 batang pokok bagi keseluruhan zon.
揂ntara spesies pokok hutan yang boleh dipilih seterusnya memperkayakan lagi koleksi hutan sedia ada di Bukit Kiara ialah Drybalanops aromatica atau pokok kapur, Shorea curtisii (seraya), Dyeracostulata (jelutong), Koompassi malacensis (kempas), Eusideroxylonzwageri (belian) dan Koompassia excelsa (tualang).
揇enai atau laluan pejalan kaki pula akan dibentuk secara semula jadi sebagai pemisah atau sempadan kepada zon atau blokberkenaan, katanya.
[ Last edited by Syd at 30-4-2009 14:20 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku selalu lalu ttdi tiap kali balik dari Curve to KL.. best lalu kat ttdi kan... cantik, pokok/bunga rendang tersusun je! Bertuah org ttdi, DBKL bagi special attention kat korang banding tmn perumahan yg lain!
Tapi selalu wondering kat mana entrance nak pegi Tmn Bkt Kiara ni.. leh bagitau tak?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 applemy's post
ler...ko x tau ker?
kalau dr d curve masuk penchala link ug nak ke hartamas 2...
pas2 jgn terus, lalu bwh flyover n ambik kanan...then 2nd traffic lite ambik kiri, straight jer sampai abis jln then turn right...kat sebelah kiri ko la tmn 2..tapi kena jln terus lg sampai nampak entrance dpn skolah rendah ttdi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok.. orait.. aku nat 1 by 1 ko nye route |
|
|
|
|
|
|
|
Keluarga diraja sokong program Hutan Kita-Kiara
TUANKU Mizan Zainal Abidin memerhati Tuanku Nur Zahirah menanam pokok sempena Program Hutan Kita-Kiara di Taman Bukit Kiara di Kuala Lumpur, semalam. Turut serta, Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Jeanne Abdullah, selain dihadiri oleh keempat-empat anakanda baginda berdua. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 5 April - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan mencemar duli menanam pokok kempas di tapak Program Hutan Kita-Kiara di Taman Bukit Kiara di sini.
Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta putera dan puteri baginda iaitu Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail; Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Muhammad Mua'az; dan Tengku Fatimatuz Zahra'.
Tuanku Nur Zahirah menanam pokok keruing belimbing manakala Tengku Muhammad Ismail menanam pokok keruing gombang merah.
Tengku Nadhirah Zahrah pula menanam pokok nyatoh taban merah manakala Tengku Muhammad Mua'az menanam pokok giam lintah bukit. Dalam pada itu, Tengku Fatimatuz Zahra' menanam pokok berlian.
Ia sekali gus membuktikan sokongan keluarga diraja terhadap Program Hutan Kita-Kiara yang bertujuan mewujudkan satu ruang hijau bagi mengimbangi pembangunan fizikal di kawasan bandar.
Hadir sama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah yang juga Pengerusi Panel Penasihat Landskap Malaysia.
Jeanne ketika ditemui pemberita berkata, masih banyak kawasan yang kosong dan beliau menyeru orang ramai untuk membeli pokok untuk ditanam di kawasan tersebut.
"Langkah menanam pokok ini bukanlah untuk saya tetapi untuk negara dan mereka sendiri.
"Pokok yang ditanam mampu bertahan bertahun-tahun dan setiap keluarga boleh mewujudkan plot masing-masing dan melawat pokok yang ditanam dari masa ke masa,'' katanya.
Katanya, Taman Bukit Kiara mempunyai banyak pokok getah yang sudah tua dan apabila pokok berkenaan sudah mati, penanaman semula perlu dilakukan.
"Kalau boleh, komuniti yang duduk di sekeliling kawasan ini kena hargai tempat ini, kerana ini sahajalah kawasan hijau terakhir yang terdapat di kawasan ini.
Program Hutan Kita-Kiara dilancarkan oleh Abdullah pada 15 Februari lalu dengan objektif menanam 50,000 batang pokok oleh pelbagai lapisan masyarakat, agensi kerajaan, swasta dan korporat.
Sehingga kini sejumlah 16,000 batang pokok telah dijanjikan untuk ditanam di Taman Bukit Kiara.
Penyertaan badan korporat ialah berdasarkan plot iaitu 500 pokok untuk setiap plot manakala bagi orang awam penyertaan ialah mengikut bilangan pokok iaitu RM60 setiap satu.
Setiap pokok yang ditanam mempunyai plak peringatan mempamerkan nama individu atau organisasi yang menyumbang. Mereka juga akan mendapat sijil penyertaan dan rebat cukai.
Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan melalui laman web Jabatan Landskap Negara iaitu www.kpkt.gov.my atau menelefon 03-40470000. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|