CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Defcon

Derma Kilat - Pendaki Yg Hilang - Memerlukan Sukarelawan SAR yang Layak

[Copy link]
 Author| Post time 27-2-2009 05:58 PM | Show all posts
PERHATIAN :-

Pergerakan untuk konvoi team malam ni 27 Feb 2009.

Berkumpul jam 9.30 malam dan akan memulakan perjalanan TEPAT JAM 10.00 malam. Minta kerjasama dari semua samada peserta konvoi @ para penderma untuk mematuhi jadual perjalanan.

Tempat berkumpul : TERMINAL LRT PUTRA GOMBAK.

Terima kasih diucapkan atas kerjasama anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2009 01:59 AM | Show all posts
moga cepat ketemu.dh berapa hari nih ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2009 03:56 PM | Show all posts
Kepada yg nak jadik sukarelawan misi SAR Yong Yap. Antara info yang kami perlu tahu

1 - Nama dan tempat (so leh tau korunk gerak dari mana)

2 - Berapa orang nak pergi (klu yang dalam group)

3 - Bila nak masuk, dari bila sampai bila

4 - Pernah masuk kat kawasan yang terlibat atau tidak...

Sila hubungi rembau  0123358658 sekiranya anda berminat especially pada penggiat penggiat outdoor di sana. Ini adalah kerja amal atas dasar semangat setiakawan dan keikhlasan, sekiranya anda mengharapkan sesuatu 'kemewahan' mungkin pihak kami xmampu sediakan tetapi dari segi ration/bantuan lelain kami cuba berikan dengan yg termampu dan juga MUNGKIN surat perlepasan dari polis boleh disediakan atas budi bicara semasa. Sekian. Harap Maklum
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 07:18 PM | Show all posts
Operasi mencari kerani hilang dihentikan

GUA MUSANG: Operasi mencari dan menyelamat seorang kerani RHB Bank cawangan Bangi Selangor, Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28, yang hilang di Gunung Yong Yap, dekat Pos Brooke 21 hari lalu dihentikan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, DSP Aziz Hassan berkata, operasi itudihentikan setelah menerima arahan daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, hari ini.

"Hari ini masuk tiga minggu kehilangan mangsa dan pihak kita telah menerima arahan daripada Ketua Polis Kelantan untuk menghentikan operasi mencari dan menyelamat.

"Sehingga operasi terakhir yang dijalankan semalam juga, tiada sebarang perkembangan atau petanda terbaru yang kami terima untuk membantu polis membawa kepada penemuan mangsa menyebabkan operasi terpaksa dihentikan," katanya.

Beliau berkata, anggota penyelamat yang lain seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut menghentikan operasi berkenaan. - Bernama


http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 04:36 PM | Show all posts
Operasi dari pihak berkuasa dihentikan sehingga diberitahu kelak atau jika terdapat tanda tanda/kesan positif dari mangsa maka pihak berkuasa akan meneruskan kembali walaubagaimanapun operasi SAR daripada kengkawan outdoor dan lelain NGO masih diteruskan seperti biasa. Kepada sesiapa ingin menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk boleh menghubungi individu terbabit yang telah diberikan di atas.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.049131 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list