CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: cakciboojaki

Jalan Bukit Putus dah Putuih

[Copy link]
Post time 11-3-2009 11:02 AM | Show all posts
RM6.2 juta dilulus pulih laluan Bukit Putus

SEREMBAN 10 Mac - Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM6.2 juta untuk membaik pulih sepanjang laluan dan lereng yang runtuh akibat hujan lebat di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, peruntukan itu dipohon melalui Kementerian Kerja Raya bagi mempercepatkan kerja-kerja pemulihan lereng yang runtuh terutama di Kilometer 14.7 jalan berkenaan.

"Ketika ini kontraktor telah memulakan kerja pemulihan lereng yang runtuh di Kilometer 14.7 di Bukit Putus.

"Kita menjangkakan, kenderaan berat akan dibenarkan menggunakan laluan tersebut selewat-lewatnya hujung minggu ini dan ia bergantung kepada kesesuaian faktor cuaca," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail memberitahu, peruntukan segera yang diperoleh daripada Kementerian Kewangan itu meliputi kerja-kerja pemulihan beberapa lagi lokasi runtuhan sepanjang laluan berkenaan dan kerja itu akan dilakukan segera.

"Walaupun kita akan membenarkan laluan kenderaan berat terutamanya lori, itu tidak bermakna semua kerja telah selesai.

"Ia masih berlaku lagi dan saya berharap kenderaan berat dapat mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak Jabatan Kerja Raya negeri," ujar beliau.

Laluan di Bukit Putus itu yang akan dibuka kepada semua kenderaan hujung minggu ini telah mengambil kira faktor kepadatan tanah, selain pemasangan beberapa penghadang tembok bagi menghalang sebarang gegaran.

"Kerajaan akan terus mengawasi kerja-kerja pemulihan ini bukan saja di Kilometer 14.7 itu malah di sepanjang laluan bagi memastikan tiada kawasan lain yang berlaku pergerakan tanah sehingga membahayakan pengguna jalan raya," tambahnya.

Sementara itu, Ismail juga mengulas perkembangan Jalan Rembau-Johol di Bukit Miku yang langsung tidak boleh digunakan sebarang kenderaan.

"JKR negeri bersama konsultan sedang membuat kertas kerja mengenai kerosakan serta faktor tanah runtuh di jalan terbabit sebelum ia diserahkan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk tindakan.

"Buat masa ini, kita belum dapat melakukan apa-apa dan berharap penduduk yang menggunakan jalan penghubung tersebut dapat melalui Jalan Tampin-Repah-Johol untuk sebarang urusan," ujar beliau.

Sebelum ini Jalan Seremban-Kuala Pilah dan Jalan Rembau-Tampin mengalami kejadian tanah runtuh sehingga menjejaskan perhubungan dan laluan kenderaan berikutan hujan lebat pada awal bulan ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2009 03:54 PM | Show all posts
umang aiii..x elok2 laei ko jln nih....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 06:09 PM | Show all posts
sesapo yg balik minggu lopeh..update la kek senia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 12:39 PM | Show all posts
marin den lalu ok jo.........
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 12:06 PM | Show all posts
baru alik pilah smlm.
diorg tutop bukit yg runtuh tu guno plastik jo ko ?
mcm tak secure. klo ujan lobek mau runtuh lg tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 04:59 PM | Show all posts
sesapo lalu amik la gambar kok sompek..den sojak runtuh tu tak lalul laie kek situ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2009 06:21 PM | Show all posts

Reply #66 nizam_syah82's post

baghu lalu semalam...
x sompek amek pon.
time tu cam nak ujan. awan pon dok selubung.
omak den ckp mcm nak poie genting lak. ado kabus2


time balik pon x sompek.
den turun dr bukit putuih pon da pukol 10 malam
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 11:02 PM | Show all posts

Balas #67 nanie\ catat

den baru jo lalu tadi.sampai yo kek mendaki yang mulo2 tu (kek tengkolok) dam mula jem .masa tu baru 18.00pm, begorak bukan mian perlahan(boghengsot) nasib baik nak poie sorhomban jalan menurun skit kalau nak balik pilah maun berasap ketor dek eh....sampai kek kobun dian tu den tengok ado sobuah keto nonggok tongah2 jalan dah accident...mampuih den dek menyumpah...sobabkan ketor sebuah...lopeh tu den sampai kek kobun belimbing tu jalan arah sorhomban dah jem plak sampai kek petronas...tongah jalan den selisih dgn 2 motor polis tongah KETUPEH nak doreh...laie skali kono sumpah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 1.064331 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list