CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3119|Reply: 3

PERU News : Update: bas eksiden, 23 maut!!

[Copy link]
Post time 4-3-2009 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 3-7-2009 10:30

13 terbunuh, tanah runtuh di Peru

LIMA 3 Mac - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 30 lagi hilang akibat tanah runtuh melanda sebuah perkampungan perlombongan di Peru semalam, lapor pegawai kerajaan.


Menurut Gabenor Daerah Ituata, Miguel Angel Sotomayor, tujuh orang dipercayai tertimbus dan 13 lagi disahkan terbunuh dalam kejadian tanah runtuh itu.

Katanya, kejadian tanah runtuh itu berlaku awal pagi semalam, ekoran hujan turun dengan lebat sehingga menyukarkan usaha bantuan dan menyelamat ke atas mangsa-mangsa yang terlibat di perkampungan tersebut.

"Kejadian tanah runtuh itu berlaku di kawasan yang terpencil, dan menyukarkan usaha menyelamat kerana tiada jalan untuk ke sana.

"Kita terpaksa bergerak malam ini supaya tiba ke lokasi kejadian pada esok pagi dan meninjau keadaan di sana," katanya memberitahu sebuah stesen televisyen tempatan, CPN, semalam.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku awal pagi semalam, di perkampungan wilayah Carbaya, kira-kira 1,300 kilometer, ke tenggara bandar Lima.

Kawasan kampung itu dihuni kira-kira 50 orang penduduk yang terdiri daripada pelombong-pelombong. - AFP


********************************************************************************

nanti kalau ada gambar2 - kita boleh share... tanah runtuh ni di mana2 saja -
kalau kat lombong2 ni.. memang bahaya lah sangat.. tengok aje kat China -
berapa kali landslide kat mines depa.. ---
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2009 09:54 AM | Show all posts
semakin hari, semakin banyak bencana...
Ingatlah wahai umat sekalian...
kiamat semakin hampir
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 10:33 PM | Show all posts
Kerajaan derang x ambil ape ape tindakan ke????
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 10:31 AM | Show all posts
Kemalangan bas Peru: Meragut 23 nyawa berhampiran Tasik Titicaca

LIMA: Dua bas yang bertembung di jalan pergunungan berhampiran Tasik Titicaca, Peru, semalam meragut sekurang-kurangnya 23 nyawa dan mencederakan 50 yang lain.

Kemalangan di sebelah pagi itu berlaku di daerah Santa Lucia, kira-kira sejam memandu dari kawasan tinggi Tasik Titicaca di Andes, menurut pegawai polis lebuh raya negeri Puno.

Krew kecemasan berkata, Kemungkinan lebih empat mangsa masih terperangkap di dalam bangkai bas terbabit, kata seorang pegawai rasmi. 14 yang maut sudah dikenal pasti, di mana kesemua mereka adalah warga Peru.

Bas terbabit adalah milik syarikat pengangkutan Julsa dan Destinos, yang mana beroperasi setiap hari antara negeri di kawasan pedalaman tenggara Peru.

Kemalangan bas yang meragut nyawa sering berlaku di negara itu, di mana penyelarasan laluan tempatan adalah longgar dan penyelenggaraan lebuh raya yang lemah. - AP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 1.768902 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list