CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3470|Reply: 7

Banjir @ Hulu Langat

[Copy link]
Post time 13-3-2009 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Banjir melanda beberapa buah kampung di Hulu Langat13/03/2009 4:16pm

oleh Normala Salleh
HULU LANGAT 13 Mac – Lebih 300 buah rumah di beberapa buah kampungdi daerah ini dilanda banjir sejak pukul 10 pagi ini berikutan hujanlebat yang melanda kawasan itu, bermula awal pagi ini.

Sehingga petang ini, sembilan penduduk termasuk dua warga kurangupaya terpaksa dipindahkan di Kampung Sungai Serai di Batu 11, ke balairaya kampung itu apabila paras air meningkat kepada satu meter.

Selain kampung tersebut, kawasan lain yang terlibat ialah SungaiCongkak, Kampung Padang, Kampung Lubuk Kelubi Batu 18; Kampung Seberangdan Dusun Tua Batu 16, Kampung Rantau Panjang Batu 14 dan KampungSungai Raya.

Paras air di semua kampung berkenaan, kecuali di Kampung Sungai Serai bagaimanapun beransur surut mulai petang ini. – Utusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2009 05:21 PM | Show all posts
kat CI pun ada tengah tanye rumah AN kena tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 05:24 PM | Show all posts
La ye ke, baru ingat nak ajak anak2 buah gi sungai congkak ahad ni.. hmy3: abislah budak2 tu meroyan kang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2009 08:23 PM | Show all posts
50 pindah, 300 kediaman terjejas banjir di Hulu Langat

KUALA LUMPUR: Seramai 50 penduduk, kebanyakannya warga tua dari lapan kampung sekitar Hulu Langat terpaksa dipindahkan sementara ke Balai Raya Batu 9 apabila kediaman mereka ditenggelami air setinggi paras pinggang akibat hujan lebat, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Abdul Rashid Hassan, berkata hujan lebat sejak jam 5 pagi menyebabkan paras air naik sehingga 0.8 meter pada jam 10 pagi tadi dan menjejaskan kira-kira 300 kediaman di kampung berkenaan.

"Antara kampung yang terjejas Kampung Sungai Serai, Kampung Lubuk Kelubi, Sungai Congkak, Kampung Padang, Kampung Batu 12, Kampung Seberang di Dusun Tua Batu 16, Kampung Rantau Panjang Batu 14 dan Kampung Sungai Raya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, menjelang jam 1 tengah hari, air surut di semua kawasan yang terbabit kecuali di Sungai Serai dengan paras air masih lagi berada di paras lutut.

"Seramai 20 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Pandan Indah, Bangi, Shah Alam, Pelabuhan Klang dan Tanjung Karang yang dikejarkan ke tempat kejadian bertungkus-lumus memindahkan mangsa dan masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga," katanya.

Beliau berkata, dua jentera dan lima bot bomba digunakan dalam operasi menyelamat itu dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3). - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 11:07 PM | Show all posts
Opismate kak dilla yang kam[ongnya KAT SG SERAI pun dibanjiri air rumahnya diparas betis.....
nak masuk jalan umah dia pun tak leh
gara2 sg kecik tu dah melimpah.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 08:39 AM | Show all posts
nasib baik ada jalan alternatif ke kajang melalui semenyih..kalau tidak tertangguh appointment ngn pejabat kadhi kajang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2009 09:53 AM | Show all posts
nasib baik ader gak jalan alternatif  ikut bukit ampang....kalau tak ...tak balik  laaa i kat umah dari pejabat......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2009 12:19 AM | Show all posts
Banjir Hulu Langat terburuk 15 tahun

Oleh NORMALA SALLEH
[email protected]


SEBUAH kenderaan pacuan empat roda rosak ketika meredah banjir untuk memberikan bantuan kepada mangsa di Kampung Sungai Congkak, semalam.

HULU LANGAT 13 Mac - Hujan lebat berterusan selama kira- kira tiga jam mengakibatkan lebih 800 buah rumah di beberapa kampung di sini dilanda banjir.

Hujan sejak pukul pukul 5 pagi itu mengakibatkan paras air Sungai Langat melimpah dan memasuki kampung-kampung berkenaan kira-kira pukul 7 pagi.

Antara kawasan teruk terjejas ialah Kampung (Kg) Sungai Congkak, Kg. Padang, Kg. Jawa, Kg. Lubuk Kelubi Batu 18, Kg. Seberang, Kg. Dusun Tua Batu 16, Kg. Rantau Panjang Batu 14 dan Kg. Sungai Raya.

Berikutan itu, lebih 100 buah keluarga di Kampung Sungai Serai, Batu 11 terpaksa dipindahkan ke balai raya kampung itu apabila rumah-rumah mereka dimasuki air.

Banjir yang dianggap terburuk sejak 15 tahun lalu itu turut menyebabkan beberapa jalan di kawasan terlibat terpaksa ditutup sehingga mengakibatkan ramai pelajar sekolah dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di situ serta penduduk terkandas.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati limpahan air dari sungai tersebut memasuki kawasan kampung dengan laju sehingga sedalam dua meter.

Keadaan itu mengakibatkan ramai penduduk tidak sempat menyelamatkan barang-barang dan perabot mereka.

Paras air di kampung-kampung terlibat hanya beransur surut kira-kira pukul 1 petang kecuali di Kg. Sungai Serai pada pukul 6 petang.

Pegawai Operasi Balai Bomba Pandan Indah, Yusri Suharjo, berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai banjir tersebut kira-kira pukul 10 pagi.

Katanya, seramai 30 anggota dari Balai Bomba Pandan Indah, Balai Bomba Kajang dan Balai Bomba Bangi dikejarkan ke lokasi bagi membantu mangsa.

"Bomba menggunakan bot-bot untuk membantu memindahkan mangsa terlibat ke kawasan selamat," ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.042913 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list