View: 8357|Reply: 18
|
Keunikan Pasar Warisan
[Copy link]
|
|
Keunikan Pasar WarisanOleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
[email protected]
| salleh Seron menunjukkan pelbagai barangan antik yang dijual di tapak Pasar Warisan, Seremban.
|
SEREMBAN 15 Mac – Sinonim dengan nama yang diberi, Pasar Warisan diJalan Lee Sam di sini jelas menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakatuntuk menambah koleksi peribadi barangan antik masing-masing.
Sesuai dengan objektif kewujudannya, penjualan barangan antikmenjadi tarikan utama pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negaraterutamanya pengumpul barang antik untuk mendapatkan barangan yang kianmencecah usia beratus tahun di lokasi tarikan pelancongan itu.
Lebih menarik, pelbagai aksesori seperti jam tangan, duit lama, matawang asing, syiling, pisau, alat mesin jahit, barangan tembaga danpelbagai barangan antik boleh didapati di pasar tersebut.
Kunjungan santai orang ramai pada setiap hujung minggu ke situmerupakan salah satu langkah proaktif Majlis Perbandaran Seremban (MPS)untuk memperkenal dan mempromosikan lagi bandar Seremban kepada rakyattempatan dan pelancong asing.
Menurut seorang penjual barangan antik, Salleh Seron, 56, kawasanberkenaan kini kian menjadi tumpuan ramai kepada golongan yang berminatuntuk mencari barangan terpakai terutamanya barangan antik.
‘‘Para pengumpul barangan antik begitu tertarik membuatkan merekauntuk datang dari jauh sebagai contoh dari negeri-negeri lain termasukpelancong dari luar negara bagi mendapatkan barangan lama yang tingginilai estetikanya.
‘‘Ini kerana, barangan antik ini sukar serta tidak boleh lagiditemui di kedai-kedai biasa selain ia ditawarkan pada harga yang lebihmurah dan berpatutan, '' katanya ketika ditemui di Pasar Warisan disini hari ini.
Salleh yang juga merupakan seorang pesara berkata, berteraskan minatuntuk mengumpul jam-jam lama sejak 1972 telah mencetuskan minat beliauuntuk mengumpul pelbagai jenis barang antik yang lain.
‘‘Pada awalnya, saya hanya mengumpul jam-jam tangan danlama-kelamaan minat tersebut kian berkembang seperti menjadi hobi,’’ujar beliau.
Di samping itu, Salleh memberitahu, beliau yang telah berniaga ditapak pasar itu sejak tiga tahun lalu terpaksa menjelajah ke seluruhpelosok negara bagi mendapatkan barang-barang antik yang unik bagidipasarkan di lokasi berkenaan.
‘‘Memandangkan pasar ini hanya dibuka pada hujung minggu, maka sayamengambil peluang pada hari bekerja untuk ke negeri lain bagimendapatkan pelbagai barangan antik,” jelas Salleh.
Tambah beliau, harga barangan yang dijual di tapaknya boleh didapatidari serendah RM2 hingga ke RM2,000 dan ini bergantung kepada hargapembelian.
Seorang lagi peniaga barangan antik, Aminudin Baharuddin, 41, ataulebih disenangi dengan panggilan Amir ‘Klasik’ berkata, tapak PasarWarisan ini semakin menjadi tumpuan pengumpul barangan antik untuktujuan membeli atau menjual barangan antik.
‘‘Sejak ia dibuka dari tahun 2004, ramai yang ke sini untukmendapatkan barangan antik dan ada juga yang menjualkannya kepada saya
‘‘Dalam pada itu, ada juga yang datang untuk bertukar suka sama sukabarangan mereka dengan barangan antik milik saya,” tambah beliau.
Pasar Warisan dibuka seawal 7 pagi hingga pukul 5 petang pada setiaphari Ahad yang menyaksikan penawaran pelbagai pilihan barangan antikyang diyakini akan memikat hati orang ramai yang mengunjunginya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Barangan sukar ditemui di tempat lain
SEREMBAN 15 Mac - Demi minat apa saja akan dilakukan oleh individu bagi mencapai kepuasan mereka.
Itulah senario yang boleh digambarkan terhadap para pengunjung Pasar Warisan di Jalan Lee Sam yang terletak di tengah pusat bandar ini.
Kewujudan pasar sehari itu nyata membolehkan para penggemar barangan antik agar tidak lagi perlu ke Kuala Lumpur atau Teluk Intan, Perak yang telah sedia maklum terkenal dengan pasar barangan antik.
Seorang pengunjung, Abdul Halim Shamsuddin, 46 berkata, pembukaan serta penyediaan tapak khusus bagi memperdagangkan barangan antik sebegini merupakan langkah terbaik kerajaan negeri untuk menarik tumpuan orang ramai terutamanya pengumpul barangan lama dan juga pelancong asing.
''Keunikan pasar ini dapat dilihat dari beberapa aspek termasuk penjualan barangan yang tidak lagi boleh ditemui di pasaran dan ia dijual pada harga yang berpatutan.
''Bagi saya konsep menyelaraskan lokasi khas bagi penjual barang antik ini perlu diaplikasikan setiap negeri bagi mempermudahkan urusan pembelian dan penjualan barangan antik dapat dijalankan,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Seorang lagi pengunjung, Anndaber a/l Samikanoo, 41, berkata beliau gembira kerana kewujudan pasar berkenaan memudahkan beliau sebagai pengumpul duit syiling untuk menambah koleksi peribadinya.
''Sangat menyenangkan saya kerana di sini banyak penjual barang antik, maka mudahlah untuk mencari barang yang tidak boleh didapati di pasaran," ujarnya.
Seorang lagi pengunjung, Yap Meiow Yin, 72, berkata, setiap hujung minggu kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari barang keperluan dan juga barang terpakai.
''Orang ramai memang suka ke sini kerana barangan yang dijual adalah pada harga yang berpatutan.
''Selain itu, orang ramai yang pada awalnya hanya sekadar ingin melihat turut tidak terlepas mendapatkan barangan antik di sini, kerana pelbagai jenis barangan lama yang unik dan pelik ditawarkan oleh para peniaga," jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
jalan lee sam nih celah mana kat tgh bandar neh?
aku tahu jalan dato bandar tunggal je
|
|
|
|
|
|
|
|
wa br jer nak tanya lu landmark yg senang nak cari.. |
|
|
|
|
|
|
|
hah.. dah jumpa..
wa gi date ngan abang gugel tadi..
Kat Pusat Penjaja MPS
Syd.. The Store tu ada 2 kan?
yang menghala ke Terminal One tu yg baru kan?
wa `lost'lan Seremban nih..
jarang masuk sana.. lalu tepi jer..
jem semedang..
[ Last edited by lynna164 at 16-3-2009 09:07 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 lynna164\ catat
Jalan Lee Sam adalah jalan kecik sebelah monsoon drain, the road yang menghubungkan The Store lama dgn The Store Baru (walaupun tak berapa nak baru lagi). Jalan dari Terminal One (sebelah belakang) beluk kiri. Sepanjang jalan itu lah Jalan Lee Sam.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 sixsix2's post
ok.. tq.. |
|
|
|
|
|
|
|
lama betul tak lalu seremban ni. last lalu ari tu pun sebab nak ke jelebu kebetulan pulak ada event tengah bandar so kena divert ikut jalan kata
tmn tasik kuar kat kubur Tuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sixsix2 at 16-3-2009 09:05
Jalan Lee Sam adalah jalan kecik sebelah monsoon drain, the road yang menghubungkan The Store lama dgn The Store Baru (walaupun tak berapa nak baru lagi). Jalan dari Terminal One (sebelah belakan ...
yang ngadap sekolah methodist tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 Syd\ catat
Jalan yang mengadap sekolah ACS tu nama nya Jalan Lintang...dari jalan Lintang ni beluk kiri. Paralel dgn monsoon drain tu adalah Jln Lee Sam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 sixsix2's post
rasanya dah tahu dahh
dulu bas foh hup
nak p kajang ke apa semua
lalu belakang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Lama Akak tak dengar orang sebut Bas Foh Hup ( laluan KL jalan lama), bas Southern (laluan SBan - Tampin), Bas United (Sban - Pilah). ni zaman bas ada hidung dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 lynna164's post
waden tak nmpk ah...mano satu jalan eh??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 sixsix2's post
heheh
masa kat dok hostel kat semban dulu
mmg tahu pasal bas2 ni
buruk2 belaka bas tu
tapi lari kencang
|
|
|
|
|
|
|
|
Den sejak awal buko dulu taun 2005 ko 2006 dah pernah poie, sayang x dikomersialkan macam jalan ps x pon chow kit.. patutnya jadikan salah 1 produk pelancongan ke seremban, dah la semban tu ala2 segan mati x mau, tambah 1 produk pelancongan kat banddar sekurang2nya orang dapat melihat apa keunikkan adda pada seremban tu.. aku rasa aku dah ada tulis mende ni kat benang lain aritu, x sangka plak ada isu ni kuar balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
jln ni yang pasar malam aka benteng kek tetongah bandar pindah kek situ kan... den awl taun ituari g somban nk g tabung aji sosek gak... tak tau yg tabung aji dh pindah dokek ngan terminal 1... berpusing nk carik parking.... |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu..baru pagi td Poca pusing2 kt Jalan Lee Sam sbb nk carik Kedai Paper Heng. Bnyk kertas yg cantik2 kat sitew.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|