CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: amazed

Lexus RX350 SUV

[Copy link]
Post time 30-3-2009 01:58 PM | Show all posts
kete hebat ...harga pun hebat jugak  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2009 12:21 AM | Show all posts
lawa kereta nihhh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 01:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2009 04:41 PM | Show all posts
Originally posted by tossee at 28-3-2009 15:55
Stim pulak aku tgk awek pakai baju kaler coklat tuh....



ko stim kat awex baju cekelat tak aper... jangan ko stim kat hidayah dah  wokeyyyyy mate!! :victory:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2009 04:44 PM | Show all posts
Lexus RX350 jadi rebutan ramai


Oleh JOHARDY IBRAHIM


Garis reka bentuk belakang diberi sentuhan yang menekankan elemen aerodinamik yang tinggi.

SEMUA patut sudah tahu sekarang jenama kereta Lexus pada asalnya ialah untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat.

Atas faktor ini, jenama ini agak perlahan popular di Malaysia, melainkan kategori kereta import terpakai (reconditioned). Selain segmen sedan, Lexus melahirkan model RX300 bagi menerobos pasaran kenderaan utiliti sports (SUV) mewah.

Dan kini, 11 tahun kemudiannya, model RX ini telah melalui dua fasa generasi dan cukup kukuh pasarannya di Amerika Syarikat. Sebenarnya.

Lexus tidak pernah mengeluarkan varian enjin 2.4 liter. Maka jika anda terserempak dengan kereta yang serupa tapi tercatat 2.4 liter pada badannya, sahlah ia Toyota Harrier iaitu versi untuk jualan di luar Amerika Syarikat.

Kini, generasi ketiga RX muncul dengan enjin lebih bertenaga iaitu 3.5 liter, yang seiring dengan namanya Lexus RX350.
Ditawarkan pada harga RM377,000 tanpa insurans atau RM382,000 dengan insurans, ia adalah kira-kira RM4,000 lebih mahal berbanding model sebelum ini.

Pemerhati industri menyifatkan harga yang ditawarkan oleh Lexus Malaysia itu sebagai 慴aik' jika dikira daripada kadar tukaran Ringgit Malaysia dengan Yen Jepun.

Daripada segi reka bentuk, RX350 tidak banyak berbeza daripada model asasnya sebelum ini tetapi perubahan yang dibuat adalah nyata dan disifatkan sebagai permulaan kepada falsafah reka bentuk L-finesse yang memberikan arah tuju rekaan bagi semua model Lexus.

Memperoleh inspirasi dari model konsep LX-Fh, RX350 ini menawarkan rupa yang lebih tegap, sporty tetapi anggun dan pintar.

Daripada segi saiz, walaupun dari luaran ia kelihatan tidak jauh berbeza - ia sebenarnya telah melalui sedikit penambahan dimensi di seluruh badan.

Lebar keseluruhannya telah ditambah 40 milimeter (mm), dengan kedudukan roda juga dipanjangkan iaitu tambahan 55 mm di depan dan 65 mm di belakang. Tingginya juga naik sedikit iaitu 1685 mm, ia tidak kelihatan kerana kelebarannya memberi rasa yang selesa kepada pemandu terutama semasa mengambil selekoh.

Model baru ini juga memindahkan tempat letak tayar ganti daripada bahagian bawah kenderaan ke dalam ruang but. Ia mungkin mengambil sedikit ruang but tetapi tidaklah terjejas teruk.

Rasional menukar tempat itu ialah bagi mewujudkan ciri aerodinamik pada bahagian bawah RX350 untuk menyalurkan angin. Ia diterjemahkan sebagai mengurangkan tekanan berat yang bersamaan dengan menjimatkan kos bahan api.

Satu ciri yang mengagumkan ialah Sistem Masuk Pintar yang memberi kemudahan kepada pemandu untuk memasuki kereta hanya dengan satu sentuhan tanpa memerlukan kunci. Terdapat satu punat kecil pengesan pada tombol setiap pintu. Dengan hanya menyentuh lembut, pintu boleh dibuka atau ditutup.

Satu perbezaan ketara pada Lexus dengan yang dibawa oleh pengimport bebas, RX350 tidak mempunyai paparan navigasi satelit atau apa-apa sistem interaktif melainkan maklumat asas seperti radio dan sistem pendingin hawa. Difahamkan Lexus masih mempertimbangkan untuk menyediakan ciri-ciri tersebut bagi pasaran ASEAN tetapi belum sekarang.

Tatkala lain-lain model Lexus dipasang dengan sistem audio Mark Levinson - yang tersohor sebagai yang terbaik dalam dunia audio automotif, RX350 tidak memilikinya.

Sebaliknya, ia menggunakan sistem Audio Premium Lexus dengan 9 pembesar suara yang berasal dari Pioneer. Percayalah, ia tidak menjejaskan pun sistem audio di dalam kabin.

RX350 masih menggunakan enjin 2GR-FE iaitu 3.5 liter V6 yang telah diberi penambahbaikan bagi meningkatkan kelancaran, kejituan dan jimat bahan api. Kuasa terjahan menunjukkan bahawa lebih 90 peratus daripada puncak keluarannya mencapai 346 Newton meter (Nm) pada 2300 dan 6100 revolusi per minit (rpm).

Ia mampu mencapai kuasa maksimum 273 brek kuasa kuda (bhp) pada 6200 rpm. Enjin itu memiliki generasi ketiga DVVT-I yang membantu melonjakkan paras respon ke seluruh rpm dengan mempelbagaikan kemasukan udara-bahan api dan injap ekzos bagi menepati pada bila-bila masa keadaan. Ini telah meningkatkan penjimatan bahan api dan mengurangkan pelepasan asap toksik.

Selain itu, RX350 menggunakan transmisi automatik 6-kelajuan serba baru yang dipasang pada enjin V6. Ia telah melalui proses kejuruteraan yang mantap bagi menjadikannya paling lancar, paling ringan dan paling kompak semasa penukaran gear dalam kelasnya.

Berat keseluruhan 95 kilogram adalah 6 kg lebih ringan berbanding transmisi 5-kelajuannya sebelum ini.

Transmisi Pelbagai Mod Automatik membolehkan pemandu menukar gear secara manual, manakala set kawalan Artificial Intelligence (AI-SHIFT) menetapkan bentuk penukaran berdasarkan kelajuan kenderaan dan menganggar keadaan jalan, misalnya semasa mendaki dan menurun bukit.

Satu sistem baru yang diperkenalkan dalam RX350 ini ialah sistem Kawalan Tork Aktif AWD yang boleh mengedarkan aliran tork pada nisbah 100:0 kepada 50:50 (depan ke belakang), bergantung kepada dinamik pemanduan dan permukaan jalan.
Ia adalah 16 kg lebih ringan berbanding sistem sebelum ini dan mengurangkan kehilangan kuasa sebanyak 30 peratus.

Daripada segi keselamatan, RX350 ini memiliki tidak kurang daripada 10 beg udara di dalam kabin, termasuk beg udara di paras lutut bagi kedua-dua pemandu dan penumpang depan.




mmg kelasss lexus nih....   keta yg hebat mate!!  :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2009 09:47 PM | Show all posts
pernah nampak kete ni kat jalan raya hr tu..kat KLIA pun ade dia tunjuk. sempt la aku bergambar.. ..setakat bergambar je la yg aku mampu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-9-2009 02:14 PM | Show all posts
Mantap semantapnyaOleh Mohd Razlan Salleh




KENDERAAN Sport Utiliti (SUV) Lexus RX350 atau Harrier di negara ini tidak perlu diperkenalkan.

Sambutan hangat pembeli menyebabkan pemegang permit import (AP) aktif membawa masuk model berkenaan di pasaran.

Bagaimanapun, ramai antara pengguna tertipu dengan model berkenaan apabila pemilik menukarkan logo Toyota kepada jenama Lexus yang lebih eksklusif.

Baru-baru ini, Lexus Malaysia memperkenalkan model SUV Lexus RX350 tulen yang mendapat jaminan sepenuhnya daripada pengeluar kenderaan mewah itu.

Peluang memandu uji jentera terbaru itu merungkai tanda tanya mengapa ramai pemilik Toyota Harrier menukar nama jentera mereka kepada Lexus.

Model terbaru ini diberi suntikan berbeza termasuk kerangka lebih lebar berbanding model sama sebelumnya.

Malah, RX350 menerima suntikan pelbagai teknologi terkini yang membolehkannya bersaing bersama jenama pengeluar kenderaan lain dari Eropah.

Terkini, teknologi Smart Entry and Start System benar-benar memberi kelainan terhadap mana-mana SUV di negara ini.

Penulis hanya perlu menyentuh pemegang pintu dan RX350 juga boleh dihidupkan dengan menekan butang Engine Start/Stop tanpa mengeluarkan anak kunci dari dalam poket.

Terdapat sensor khas yang mengesan pemilik anak kunci, seterusnya membenarkan penggera dimatikan dan enjin boleh dihidupkan sebelum dipandu.

Itulah antara teknologi terkini RX350 yang dibawa Lexus Malaysia, sebuah satu syarikat di bawah UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

Ruang hadapan dihiasi dengan gril krom bergaris halus bersama perumah lampu hadapan meruncing diisi bersama projektor HID AFS.

Lampu AFS RX350 membolehkan cahaya yang dipancarkan membelok mengikut putaran stereng pemandu.

Susuk tubuh RX350 yang besar dengan alur lembut menampakkan personaliti maskulin selain gaya mewah terserlah.

Lampu belakang kristal jernih menjadi 'trademark' semula jadi Lexus RM350.

Ruang dalaman kaya dengan elemen mewah sebaik sahaja punggung dilabuhkan ke kerusi empuk pemandu.

Paparan meter dan ruang kokpit sangat kemas, butang kawalan audio dan penghawa dingin disusun memanjang memudahkan pemandu mencapai punat diperlukan.

Sistem elektronik banyak mempengaruhi ruang dalamannya seperti mengubah kedudukan stereng mahupun tempat duduk dengan tiga mod memori.

Balutan kulit berkualiti tinggi dan latar hitam menjadikan RX350 membuatkan pemandu dan penumpang berasa selesa sepanjang perjalanan.

Hampir keseluruhan ruang dalaman RX350 terbaru ini mengalami perubahan ketara berbanding model terdahulu.

Ini termasuk paparan pelbagai maklumat White Organic Light Emitting Diode (OLED) yang menambah ciri mewah pada kenderaan.

Nadi yang dibekalkan pada RX350 masih menyamai model terdahulu iaitu 3.5L enam silinder (V6) 24 Injap DOHC Dual VVT-i.

Bagaimanapun, penggunaan sistem transmisi Super ECT dengan AI Shift Automatic enam kelajuan menjadikannya lebih faham gaya pemanduan pemandu.

Walaupun terpaksa memerah tenaga membawa badan agak besar, enjin RX350 tetap lancar dan senyap sehingga penulis merasai seperti memandu sebuah sedan mewah.

Jika memandu secara santai, simbol ECO akan keluar di papan meter menandakan enjin berfungsi dengan optimum.

Namun, jika memerlukan kuasa serta-merta, tekan saja pedal minyaknya dan RX350 akan meluncur seperti peluru.

RX350 mampu memecut sehingga 200 km/j manakala lapan saat diambil untuk bergerak dari pegun sehingga ke kelajuan 100 km/j.

Teknologi terbaik Toyota menjadikan Lexus RX350 memiliki pelbagai personaliti sama ada sebagai kenderaan mewah santai atau lasak dan gagah.

Sistem suspensi daripada pegas MacPherson (depan) dan Double Wishbone (belakang) banyak membantu kestabilan RX350 dan keselesaan penumpang.

Sistem audio premium dari Lexus menawarkan pemain cakera padat dengan penukar bersama sembilan pembesar suara berkualiti tinggi.

Bagaimanapun, ketiadaan sistem GPS mengurangkan kelebihan yang ada model ini berbanding pesaing lain.

Mengimbangi kuasa yang ada pada RX350, jentera gagah ini dibekalkan dengan 10 beg udara, ABS, BA, VSC, TRC dan EBD.

Berharga RM377,000 (tanpa insuran), RX350 adalah sebuah jentera SUV mewah terbaik pernah dikeluarkan Lexus.

SPESIFIKASI
Lexus RX350
Enjin: Dual VVT-i V6 24 Injap DOHC, 3,456cc
Transmisi: Super ECT dengan AI Shift Automatik enam kelajuan
Kuasa maksimum: 273hp pada 6,200rpm
Tork maksimum: 346Nm pada 4,700rpm
Ciri-ciri keselamatan: 10 beg udara, VDIM, ABS, BA, EDB, EPS, HAC, TRC dan VSC.
Harga: RM377,000 (tanpa insurans)

Tayar dicadangkan
ContiCross Contact UHP
235/60 R18 103V FE
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 02:26 PM | Show all posts
cantiknya...em adalah model harrier 2nd gen akan tukar macam model lexus juga?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2009 01:00 PM | Show all posts
em takda orang tahu ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 01:44 PM | Show all posts
RM377,000..mahalnye..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.468099 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list