CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11296|Reply: 8

Daftar TAWAS RM100 - Umur 18 Dapat RM1500

[Copy link]
Post time 27-3-2009 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menyediakan booth pendaftaran untuk Tabung Warisan Anak Selangor pada 28 & 29 Mac 2009 di Universiti Industri Selangor Seksyen 7 Shah Alam sempena Program Wacana Ekonomi Ummah & Gerak Usahawan Siswa dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang sesiapa yang berminat dijemput hadir.

Sekian. Terima Kasih.

Wassalam.

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERKAITAN
TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan TAWAS?
TAWAS adalah singkatan kepada Tabung Warisan Anak Selangor. Tabung ini diwujudkan selaras dengan tawaran Kerajaan Negeri untuk membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.

2. Apakah faedah yang akan diterima daripada tabung ini?
Faedah-faedah yang akan diterima adalah seperti berikut:-
a) Setiap anak kelahiran akan diberi RM100 melalui pelaburan di dalam tabung ini.
b) Anak-anak akan dilindungi insurans sehingga berusia 18 tahun.
c) Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada caruman di dalam pelaburan dana ini.

3. Apakah syarat-syarat permohonan tabung ini?
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-
a) Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja dan tertakluk kepada tafsiran anak Selangor. Bagi tujuan TAWAS tafsiran anak Selangor adalah seperti berikut:-
“Anak Selangor” bermaksud rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:-
• Warganegara Malaysia; dan
• Lahir di  Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor; dan
• Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
• Ibu atau Bapa lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
b) Kelahiran mulai 1 Januari 2008 adalah layak untuk memohon. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelahiran dan bagi kelahiran sebelum tarikh pelancaran, permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pelancaran.

4. Bagaimana prosedur permohonan tabung ini?
Prosedur permohonan adalah seperti berikut:-
a. Pendaftaran bagi setiap anak adalah RM10.
b. Di peringkat permulaan, Pusat Pendaftaran akan dibuka pada waktu pejabat (8.00 pagi – 4.30 petang) di Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
c. Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh Ibubapa/penjaga dengan menyertakan dokumen sokongan (asal dan salinan) berikut:
(i) Sijil kelahiran / Mykid anak; dan
(ii) Kad Pengenalan Ibubapa/penjaga.
d. Setiap pendaftaran akan diberi Sijil Pelaburan yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti caruman di dalam Tabung ini.

5. Bagaimana sekiranya pemohon ingin membuat tuntutan atau mencairkan pelaburan?
Tuntutan boleh dibuat seperti berikut:-
a. Setiap pencarum boleh memilih untuk mencairkan pelaburan pada:
(i) Ulangtahun Pertama pada jumlah RM110.00;

ATAU

(ii) Ulangtahun ke-18  pada jumlah  RM1,500.00.

b. Bagi  Ibubapa/penjaga yang memilih pilihan (ii),  pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan menghubungi pencarum pada ulangtahun ke-18 untuk urusan bayaran caruman berjumlah RM1,500.00.

c. Pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) juga berkemungkinan akan mengumumkan pembayaran bonus pada setiap 5 tahun selama tempoh caruman di dalam Tabung ini.

d. Bayaran akan dibuat kepada pencarum dengan hanya  mengemukakan Sijil Pelaburan sebagai bukti caruman di dalam Tabung ini.

6. Bilakah tarikh pelaksanaannya?
31 Ogos 2008

[ Last edited by  stormyrain at 27-3-2009 11:41 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2009 11:51 AM | Show all posts
dulu kat SUK ada kaunter dia..

tapi sekarang dah tutup.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 02:55 PM | Show all posts
tarikh tutup 31/03/09...???
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 03:18 PM | Show all posts
xleh apply
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 04:32 PM | Show all posts

Reply #4 nanie's post

takde anak lagi ker??
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 06:46 PM | Show all posts
b) Kelahiran mulai 1 Januari 2008 adalah layak untuk memohon. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelahiran dan bagi kelahiran sebelum tarikh pelancaran, permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pelancaran.

Kelahiran sebelum 1 januari 2008 tak layaklah ye???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2009 12:32 PM | Show all posts
Kalau lahir di KL dan stay di selangor, boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 01:02 PM | Show all posts
aku leh mohon untuk diri sendiri ke..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2009 03:52 PM | Show all posts
Originally posted by kawasakininja at 27-3-2009 16:32
takde anak lagi ker??


kawen pon lom
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.072907 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list