|
hooliganism pasal bola, abis lori polis dibakar...
[Copy link]
|
|
meh kita tgk senjata polis lak......
Riot-Gun
Shell-Gas |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik tak bakar stadium .. he he he
kalo bakar stadium, mau nye main kat padang ragut ..
kita ISA kan pembakar trak tu .. huh |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #41 jofizo\ catat
Penuntut ILP mungkin buta
Oleh Adnan Mohamad
[email protected]
KOTA BHARU: Seorang penuntut Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pengkalan Chepa, dekat sini, mungkin buta kanan selepas didakwa terkena tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah malam ketika pembantu gerai, Mohd Huzaifah Mohd Nor, 18, bekerja di kawasan rusuhan membabitkan penyokong bola sepak Kelantan berdekatan Stadium Sultan Muhammad Ke IV, di sini, malam Selasa lalu.
Mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika dia sedang bersiap untuk menutup kedai sebelum terkena serpihan gas pemedih mata mengakibatkan mata kanannya cedera parah dan berdarah.
“Ketika itu, saya bersama sepupu, Abdul Rahman Hussin, 48, yang berasal dari Kampung Pasir Tok Kambing, Kedai Lalat, bersiap-siap untuk menutup gerai yang kira-kira 100 meter dari stadium.
“Saya bimbang jika lambat menutup kedai, besar kemungkinan gerai kami akan menjadi mangsa rusuhan itu, sebelum satu objek dipercayai serpihan pemedih mata terpelanting dan mengenai mata kanan,” katanya ketika ditemui di Wad Melati, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, semalam.
Katanya, orang ramai yang melihat matanya yang parah segera memintanya mendapatkan rawatan sebelum dihantar sepupunya ke hospital kerana berasa terlalu sakit di bahagian berkenaan.
Dalam perkembangan sama, abang mangsa, Salahuddin Mohd Nor, 41, berkata berdasarkan kecedaraan itu doktor mengesahkan adiknya berkemungkinan besar buta mata kanannya selepas pancainderanya rosak akibat terkena objek keras.
“Kejadian itu menyebabkan adik saya yang dihantar ke HRPZ II terus menjalani pembedahan selama empat jam tetapi diberitahu matanya tidak dapat dipulihkan kerana kecederaan dalaman.
Menurutnya, dia turut kesal dengan kejadian yang menimpa adiknya itu yang kini berhadapan masa depan yang gelap.
“Kami sekeluarga kesal dengan kejadian yang menimpa adik saya itu dan sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|