CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5010|Reply: 4

Pasar Wirawati kat Taman Maluri - Lengang -

[Copy link]
Post time 14-4-2009 06:12 AM | Show all posts |Read mode
Pasar Wirawati lengang

Oleh NAZMIL.NASIRUDDIN
[email protected]


HANYA sebahagian gerai di kawasan pasar basah di Jalan Wirawati,
Kampung Pandan yang dibuka oleh penyewanya menyebabkan
orang ramai tidak berminat membeli-belah di pasar itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2009 06:16 AM | Show all posts
Wajibkan semua peniaga buka kedai

KUALA LUMPUR 13 April - Para peniaga di Pasar Jalan Wirawati, Kampung Pandan di sini meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan segera mempromosikan pasar berkenaan yang kini mengalami masalah kekurangan pelanggan yang serius.


Kata mereka, walaupun komited untuk terus berniaga di situ tetapi mereka khuatir satu hari nanti mereka juga akan 'tewas' kepada keadaan lengang di pasar itu.

Peniaga mencadangkan kepada DBKL supaya mewajibkan semua peniaga yang menyewa gerai di situ membuka perniagaan masing-masing bagi menjadikan kawasan itu sentiasa meriah.

Kata mereka, jika enggan, gerai itu harus ditarik balik dan diberikan kepada orang lain yang benar-benar mahu berniaga.

"Tindakan wajar perlu diambil terhadap peniaga yang enggan membuka perniagaan mereka. Ini kerana masih banyak individu yang mahu menyewa premis di sini," kata seorang peniaga yang dikenali sebagai Ridwan.

Seorang tukang gunting rambut di pasar itu, Nakalinggam Anparesan, 32, berkata, dalam sehari, hanya lima atau enam pelanggan sahaja yang datang ke kedainya.

Katanya, jika keadaan itu berlaku, sukar baginya untuk terus bertahan kerana kos operasi kadang-kadang lebih tinggi daripada perolehan hariannya.

"Promosi perlu dilakukan bagi memperkenalkan pasar ini dan mengatasi masalah kekurangan pengunjung ini daripada berlarutan," katanya.

Seorang peniaga ayam, Nor Hadi Nordin, 46, pula berkata, kekurangan pengunjung ke pasar itu memang tidak dapat dinafikan.

"Dalam sehari saya hanya boleh mendapat 50 orang pelanggan sahaja sedangkan kawasan itu dihuni oleh ramai orang.

"Aktiviti di pasar pula hanya di awal pagi sahaja, apabila menjelang tengah hari, ia menjadi lengang dan semakin lengang pada sebelah petang," katanya.

Katanya, pihak DBKL telah menjalankan tugas penyelenggaraan yang baik di kawasan pasar Jalan Wirawati itu tetapi faktor kebersihan itu masih belum berjaya menarik pengunjung.

Dia berpendapat, salah satu sebab kurangnya pelanggan di situ ialah kerana terdapatnya persaingan daripada dua buah pasar raya besar di kawasan berhampiran.


"Kerajaan perlu mengambil tindakan bagi mengatasi masalah kesuraman pasar dan juga mengambil iktibar ini sebelum meluluskan pembukaan pasar raya besar di mana-mana kawasan," katanya.

Nor Hadi turut mencadangkan supaya agensi-agensi kerajaan yang penting seperti Pos Malaysia dan DBKL dapat membuka pejabat di situ bagi menarik kehadiran orang ramai.

"Dengan wujudnya kemudahan seperti itu, pasar ini akan menjadi tumpuan orang ramai kerana mereka boleh melakukan urusan lain seperti membayar bil jika berkunjung ke situ," jelasnya.

Dia tidak nampak cadangan itu sukar dilaksanakan kerana masih terdapat banyak gerai yang kosong dan boleh diubah suai menjadi pejabat agensi kerajaan yang bersesuaian.

***************************************************************************************

well - cakap aje lebih --- ramai lagi nak sewa kat situ?  tak ada nya orang nak sewa kat
situ bila location yang tak sesuai -
nak wajibkan penyewa buka kedai pun... tak boleh majukan pasar ni sebab depa akan rugi
so, rasanya depa just forgo contract tu --- baik jual kat pasar2 malam -- lebih banyak hasilnya -

buat Pos Malaysia memang bagus - tapi orang akan pergi Pos Malaysia aje kat depan tu
tak ada yang nak pergi belakang ke pasar tu... -

tak sesuai nak buka post malaysia kat dalam pasar tu - sebab bau lagi, keadaan basah sana
sini..  memang tak sesuai -

not sure apa yang patut dilakukan nak improve pasar ni -- rasanya kena ubah location tu -
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 07:26 AM | Show all posts
jangankan orang luar kawasan....aku yg tinggal hanya beberapa meter drpd pasar tu pun tak membeli barang basah kat situ. Harga jgn cakap la...baik pegi Pasar Pudu ke...Tesco ke....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 02:17 PM | Show all posts
patut convert je pasar tu jadi "uptown"... mini uptown pun jadik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 02:20 PM | Show all posts


[ Last edited by  bzzts at 22-4-2009 14:29 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.140968 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list