|
Originally posted by masterixs at 21-4-2009 17:39
Aku konfius nie.... Keta engkau manual ke auto? Tapi mestilah manual kan pasal cite ada gear 5 . tapi minyak Castrol ada klasifikasi dexron III ke utk minyak gear manual? Tak tahu laaa...
Utk gear manual. Terpampang tulis dekat dekat botol. Castrol ST90, Dexron III. Dah 13 tahun aku pakai minyak gear nie. Kalau salah minyak, dah lama dah jahanam gear box aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by geng_tx at 21-4-2009 19:10
sudah tiba masa utk di overhaul...
kos tak melebihi rm600
kalau tukar yg recond pun price mcm tu gak, trade in dengan gear box yg kaput tu
kalau area kl, doktor GB ni cukup banyak... da ...
Dah ok dah. Minyak clutch ada problem. Mungkin masuk air. Bila minyak tu dah panas, pressurenya kurang jadi susah nak shift gear. Tukar minyak clutch - settle...alhamdullilah. Nasib baik aku tak bawak kereta aku kat bengkel overhaul gearbox. Kalau tak mesti kena sembelih punya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 Bell's post
Aku ada jugak beli produk Castrol tapi minyak gearbox yg aku pernah beli mcm Castrol EP 80W-90 GL5 utk manual dan Castrol TQ-D ATF Dexron II kalau tak salah. Tapi tak perasan pulak minyak yg engkau guna tue....Tak per laaa aku check sendiri kat internet mana tau minyak nie pun best ...
[ Last edited by masterixs at 22-4-2009 08:51 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by masterixs at 22-4-2009 08:50
Aku ada jugak beli produk Castrol tapi minyak gearbox yg aku pernah beli mcm Castrol EP 80W-90 GL5 utk manual dan Castrol TQ-D ATF Dexron II kalau tak salah. Tapi tak perasan pulak minyak yg engk ...
Engkau tukar kat kedai atau buat sendiri? Kalau selama nie engkau asyik tukar di kedai, try pulak buat sendiri. Seronok weyyy. Puas hati. Boleh drain minyak lama sampai habis. Tp biasa la - kena ada 'special tool' - corong dgn tube kecik... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 masterixs's post
Kereta kalau jaga mcm baby memang tahan lama. Aku guna syntium800. Bagus minyak nie. And aku amalkan panas engine 3 minit sebelum bergerak (tak kira masa - walaupun pukul 2 ptg di bawah matahari terik)
Aku memang minat habis bab-bab kereta nie. New Sunday Times wajib beli. Aku ada satu lagi kereta - myvi (partner pakai). Itu pun aku DIY. Tukar absorber belakang pun aku DIY sebab myvi tak perlu spring compressor utk rear abosrber. Kekadang, aku rasa tak adil lak pada bengkel. Aku duk asyik DIY saja. Aritu aku tukar alternator, air cond, alternator belt belts Wira aku - pun aku DIY. Timing belt susah skit la - aku bawak kedai.
Thanks for the tahniah...
[ Last edited by Bell at 22-4-2009 11:58 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Bell at 22-4-2009 08:05
Dah ok dah. Minyak clutch ada problem. Mungkin masuk air. Bila minyak tu dah panas, pressurenya kurang jadi susah nak shift gear. Tukar minyak clutch - settle...alhamdullilah. Nasib baik aku ...
Nak tanya pepakar kat sini. Wira aku gear shift dia tak smooth - ketat dan sangkut-sangkut. Minyak gear dah tukar baru. Minyak gear yg baru seminggu ditukar telah didapati sudah berwarna kehitaman dan ada warna ala-ala karat gitu. Apa kah puncanya? Wira aku tu dah 13 tahun - 330,000km.
ni aku qoute balik apa yg ko post.....
minyak seminggu dah jadi itam... ada kesan karat.... tu bermaksud ada proses "grinding" sedang berlaku... sudah makan besi.
ko tukar minyak baru, sekali tu dah settle....
either your GB kaput, atau 1st time tu you beli minyak tipu/ciplak/clone/recond/recycle dsb
fyi, minyak GB dan minyak itam berserta minyak masak.. merupakan antara barang yg giat di ciplak di mesia ini.
di kampung aku saja, ada 2 port utk refine balik minyak minyak yg aku sebut tu....
bagi aku, aku lebih selesa membeli minyak GB jenama proton di pusat servis proton , walaupun aku nak tukar minyak tu bawah pokok ceri je.......
utk GB yg berumur, boleh try product " gearbox additive" atau seumpamanya... ianya menambah kelikatan cecair minyak GB utk jadi lebih likat. keta rasa berat sikit lah.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 geng_tx's post
Gear Box additive dlm gambor tu ada jual kat Malaysia ker? Kat mana ada jual? Aku nak beli memandangkan umur Wira aku tu. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya kwn2..kalo bila tekan clutch (even masa tak on enjin kereta) & dia ada bunyi mcm "okk..eek" tu kenapa yek?..kereta aku ada bunyi camtu bila tekan clutch..tu yang buat aku risau tu..FYI my car is Toyota Unser..ni pun sangkut dgn gearbox jugak ke..gear aku ok jer.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|