CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5297|Reply: 14

NS bakal jadi hab ikan, udang bakar

[Copy link]
Post time 7-5-2009 11:13 AM | Show all posts |Read mode
NS bakal jadi hab ikan, udang bakar

KAKITANGAN Jabatan Perikanan Negeri membakar ikan dan udang pada majlis Program Makan Ikan Bakar dan Hasil Perikanan di hadapan Pejabatan Jabatan Perikanan NegeriSembilan, semalam.

SEREMBAN 6 Mei - Orang ramai serta pelancong kini boleh menikmati keenakan ikan dan udang bakar dengan wujudnya Medan Ikan Bakar dilokasi strategik seluruh negeri.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Wan Muhammad Aznan Abdullahberkata, antara lokasi yang dikenal pasti ialah di Kampung Telok PasirPanjang, Port Dickson dan Sungai Timun, Rembau.

Katanya, dua kawasan terbabit akan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur untuk keselesaan pelanggan dan dijangka dimulakan pada Jun tahun ini, sekali gus menjadikan negeri ini hab ikan dan udang bakar terkenal.

''Lokasi berkenaan akan dijadikan tarikan kepada pengunjung menikmati keenakan hidangan ikan dan udang bakar yang diusahakan oleh pengusaha yang mendapat bimbingan jabatan ini.

''Lima pengusaha tempatan telah diberikan latihan dan bantuan peralatan bagi menjalankan perniagaan yang akan dijangka dilaksanakan pada Jun ini," katanya.

Wan Muhammad berkata demikian ketika ditemui pada majlis Program Makan Ikan Bakar dan Hasil Perikanan di hadapan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, di sini hari ini.

''Peralatan membakar bernilai kira-kira RM20,000 diberikan kepada pengusaha dan jabatan yakin mereka yang terpilih akan menyajikan hidangan yang memberi kepuasan kepada pelanggan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2009 04:17 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

Kat pasir panjang bukan dadah ada kedai ikan bakar ke, aku dah gi beberapa kali gak la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2009 05:25 PM | Show all posts

Reply #2 princebrunei's post

dadah???

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 08:41 PM | Show all posts

Balas #3 Syd\ catat

Ko ni syed.......

Besok jgn ada HUB jo.......Ikan nak dibakar tak do....

Ado HUb dan Ado Ikan ......org pulak tak ado.....

Kono cari tempat yg dekat ngan Kl sikit.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 10:59 AM | Show all posts
uik...sodap tuh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2009 10:40 AM | Show all posts
RM1.4j lepaskan benih ikan, udang di 26 sungai N. Sembilan

JEMPOL 27 Mei - Jabatan Perikanan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta untuk tujuan pelepasan benih ikan dan udang air tawar di sungai sekitar negeri ini sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, kos tersebut merangkumi nilai benih ikan dan udang yang akan dilepaskan ke dalam 26 batang sungai di mana merangkumi sebanyak 29 kali tuaian di seluruh negeri ini.

''Langkah itu bertujuan untuk menambah stok ikan air tawar di sungai-sungai di negeri ini selain menyediakan sumber protein kepada penduduk setempat.

''Inisiatif tersebut juga secara tidak langsung diyakini dapat meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk berhampiran sungai terbabit," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pelepasan Benih Anak Ikan di Sungai Rompin di sini hari ini.

Menurut beliau, setakat ini, hampir 2.2 juta benih ikan dan udang telah dilepaskan ke sungai-sungai di negeri ini bagi tahun ini.

''Antara jenis benih ikan air tawar yang dilepaskan adalah seperti Kerai, Lampam Kunyit, Lampam Jawa, Baung, Sepat Siam, Puyu, Patin dan termasuk udang galah.

''Dari awal tahun sehingga hari ini, pihak kami telah menjalankan 18 kali pelepasan anak-anak benih ke dalam sungai yang dikenal pasti sesuai untuk menjadi habitat ikan dan udang berkenaan," jelas Muhammad Aznan.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan orang ramai agar tidak menjalankan aktiviti haram ketika menangkap ikan.

''Saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan kaedah yang terlarang seperti meracun, menuba atau menggunakan bom bagi menangkap ikan.

''Ini kerana, ia akan merosakkan kitaran hidupan akuatik sekali gus menjejaskan alam sekitar," tegas beliau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2009 03:42 PM | Show all posts
udang bakar? perghhhh..
erkk.. sotong bakar xde ke?
peberet tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 11:26 AM | Show all posts
jom poei ramai2 kek sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2009 07:53 AM | Show all posts
NS pembekal udang galah terbesar negara

SEREMBAN 10 Jun - Negeri Sembilan mencatatkan RM30.3 juta nilai eksport udang galah pada tahun lalu sekali gus menjadikan negeri ini sebagai pengeluar dan pembekal terbesar sumber makanan tersebut di negara ini.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, senario itu dipengaruhi oleh permintaan yang tinggi dari negara jiran iaitu Singapura selain keupayaan untuk membekalkan stok udang galah yang berkualiti.

''Jumlah tersebut banyak bergantung kepada pengeluaran udang yang dihasilkan secara bermusim.

''Kita peroleh stok udang ini daripada 26 pengusaha di negeri ini dan dari jumlah tersebut 15 merupakan pembekal utama," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini pula pihaknya telah merekodkan sebanyak 50,000kg udang galah dieksport ke Singapura.

Tambah beliau, kejayaan pengusaha terbabit untuk menghasilkan udang galah yang berkualiti menjadi faktor utama pembekal memilih untuk mengambil sumber protein berkenaan dari negeri ini.

''Hasil dari maklum balas pembekal tempatan dan luar negara, udang galah di negeri ini mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding dari negeri-negeri lain.

''Ini kerana, mereka (pembekal) mengatakan bahawa udang galah yang diambil di negeri lain mempunyai kekenyalan isi yang tidak begitu baik dan tidak tahan lama berbanding udang galah yang dihasilkan di negeri ini," jelas Aznan.

Beliau berkata, antara lokasi penghasilan udang galah yang terbesar di negeri ini adalah di Sendayan, Jelebu dan Kuala Pilah.

''Ada masanya, kita tidak dapat memenuhi permintaan untuk tujuan eksport kerana permintaan lebih tinggi dari jumlah penghasilan. Kita sedang berusaha mengatasi kemelut ini," kata beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 07:35 PM | Show all posts
wah bole test ikan bakar kat pd nie,...

udang galah nyum2
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 03:03 PM | Show all posts
orang nogori sendii lari ke umbai nak makan ikan baka ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 09:36 PM | Show all posts
Originally posted by princebrunei at 7-5-2009 16:17
Kat pasir panjang bukan dadah ada kedai ikan bakar ke, aku dah gi beberapa kali gak la..


aku penah gi sekali je.. service dia punyelah lambat cukup arrr skali aku pegi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 09:49 PM | Show all posts
Usahawan Berazam Jadikan Negeri Sembilan Hab Ternakan Udang Galah Malaysia

Oleh Razali Pilus

SEREMBAN, 30 Okt (Bernama) -- Seorang usahawan udang galah yang berjaya di sini, Low Chong Ming, 43, berazam untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai hab pengeluaran udang galah utama, dengan mengusahakannya secara besar-besaran di negara ini.

Dengan permintaan yang baik terhadap udang galah yang menjanjikan pulangan yang tinggi kepada para pengusahanya, katanya beliau bersedia berkongsi pengetahuan dengan mana-mana individu atau syarikat yang berminat untuk mengusahakan projek ternakan udang galah.

Untuk mencapai matlamat itu, beliau menjemput para pemilik tanah yang sesuai di Negeri Sembilan menyertainya menjadi pengusaha ternakan udang galah.

"Saya bersedia menjalin usahasama dengan pemilik tanah yang sesuai untuk tujuan itu," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau ditemui selepas lawatan kerja Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan Datuk Yunus Rahmat di kawasan ternakan udang galahnya di Kampung Felda Sendayan, Labu.

Low, bekas penternak babi di Bukit Pelandok mula mengusahakan projek ternakan udang galah pada 2000 dengan 16 buah kolam terbiar dengan modal permulaan RM165,000, melalui syarikatnya YHL Aquaculture Enterpriose.

Beliau masih tinggal di Bukit Pelandok, Port Dickson.

Kini beliau mempunyai 35 buah kolam di kawasan seluas 20.25 hektar di situ dengan anggaran hasil pengeluaran antara 2.0 dan 3.0 tan metrik sebulan.

Katanya wabak JE yang melumpuhkan penternakan babi di Bukit Pelandok pada tahun 1999 tidak melemahkan semangatnya.

Malah, usaha beliau beralih dengan mengusahakan projek ternakan udang galah di Kampung Felda Sendayan telah berjaya mengubah kehidupannya dan keluarga.

"Projek ternakan udang galah ini bukan sesuatu yang mudah tetapi berkat kesungguhan saya mengikuti kursus anjuran Jabatan Perikanan telah memberi keyakinan dan berani mengambil risiko dengan membuat pelaburan besar dalam projek ternakan udang galah.

"Saya berterima kasih kepada Jabatan Perikanan dan juga Kerajaan Negeri Sembilan yang banyak memberi sokongan dan bantuan sehingga saya berjaya sampai ke tahap ini," katanya.

Projek ternakan udang galah beliau merupakan salah satu projek bimbingan Jabatan Perikanan dan bertaraf MoA-Inc bagi daerah Seremban pada tahun 2006 dengan pinjaman sebanyak RM360,000 dari AgroBank.

Selain itu, projek ternakan udang galah beliau juga mendapat pengiktirafan dari Jabatan Perikanan sebagai ladang yang mengamalkan Skim Amalan Baik Akuakultur (SAAB).

Tidak hairanlah Low mampu mencapai kadar hidup yang tinggi bagi ternakan udang galah ini sehingga 75 peratus hidup setiap pusingan ternakan yang mengambil masa selama 5.0 hingga 6.0 bulan.

"Udang galah di sini diberi makanan rumusan yang kaya dengan kandungan protein bagi tumbesaran yang cepat, di samping penggunaan benih yang berkualiti serta bebas penyakit.

"Kolam di sini mendapat bekalan air dari dua anak sungai yang terletak berhampirannya. Air dialirkan ke kolam secara graviti yang mana secara tidak langsung menjimatkan kos operasi.

"Perusahaan ini dibantu oleh sembilan orang pekerja dan menggunakan peralatan teknologi yang sesuai untuk kolam seperti 'paddle wheel' dan 'blower' serta pam air bagi memastikan udang mendapat pengudaraan yang cukup," katanya.

Katanya projek ternakan udang galah ini mampu mengeluarkan hasil sekurang-kurangnya 4.5 tan metrik sehektar dengan nilai RM157,500 sepusingan dan mampu menghasilkan pengeluaran sehingga 18.0 tan metrik dengan nilai RM756,000.

"Kebanyakan udang galah yang telah matang dipasarkan secara hidup kepada pengusaha kolam pancing terutamanya di sekitar Selangor, Johor dan Pahang serta menerima tempahan dari restoran di Singapura," katanya.

Beliau berhasrat membesarkan serta mengembangkan operasi ternakan serta tanaman seperti buah markisa, buah naga dan kelapa pandan di kawasan tepi kolam dengan mencari kawasan baru yang sesuai.

Atas kegigihannya, Low telah dianugerahkan sebagai pemenang Usahawan Ikan Jaya (kategori air tawar) peringkat Negeri Sembilan dan kebangsaan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan tahun 2009.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2009 12:45 AM | Show all posts
ini dah dikira bagus...semoga berjaya la dorang ni ek..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 11:36 AM | Show all posts
sabtu lepas gi seremban ngan PD, carik gak gerai udang bakar ni, tak jumpa pon...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.112018 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list