View: 5420|Reply: 4
|
Pelihara Warisan Melayu -
[Copy link]
|
|
Pelihara warisan Melayu Melaka
MELAKA 5 Jun - Menyedari betapa pentingnya usaha membawa kembali kegemilangan adat perkahwinan Melayu dahulu kala, Institut Seni Malaysia Melaka (Ismma) menganjurkan Festival Adat Perkahwinan Melayu Melaka dan Serumpun bagi mempopularkan kembali adat itu di kalangan generasi muda Melayu.
Pengerusi Ismma, Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, acara itu diadakan selama lima hari bermula pada 29 Mei hingga 2 Jun lalu di Perkampungan Seni Muara Sungai Duyong di sini.
Katanya, ia bertujuan untuk memartabat dan memelihara warisan adat perkahwinan Melayu khususnya di Melaka bagi melambangkan jati diri masyarakat Melayu agar tidak luput di telan zaman.
''Malaysia merupakan salah satu negara asal orang Melayu dan atas alasan ini, kita perlu memastikan adat istiadat Melayu terpelihara dan tidak luput ditelan zaman menerusi aktiviti yang boleh mengetengahkan kebudayaan Melayu kepada masyarakat antarabangsa.
''Ia juga diharapkan dapat menghidupkan kembali tradisi asal Melayu di kalangan masyarakat dan mendekatkan hubungan persaudaraan antara orang Melayu di daerah asal dengan orang Melayu di luar daerah asal," katanya.
Selain itu, katanya, Festival Adat Perkahwinan Melayu Melaka juga bertujuan memperkenal dan memberi pendedahan serta menghidupkan kembali adat perkahwinan Melayu kepada generasi muda masa kini bagi memastikan mereka menghayati warisan adat tersebut.
Katanya, ia juga meletakkan matlamat untuk merapatkan hubungan silaturahim di kalangan peserta dan mengeratkan hubungan satu rumpun antara Malaysia dan Indonesia.
Pelbagai aktiviti, seminar dan dialog diadakan sepanjang enam hari karnival itu yang dianjurkan secara kerjasama antara Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Perbadanan Muzium Melaka, Pejabat Pembangunan Negeri dan Biro Sosio Budaya Dunia Melayu Dunia Islam.
Antara aktiviti yang diadakan seperti bengkel tata rias pengantin, seminar adat perkahwinan Melayu serumpun, majlis perkahwinan, pertemuan pemimpin adat Melayu serumpun, peragaan pakaian pengantin, majlis kenduri perkahwinan beradat dan persembahan kumpulan kesenian.
Abdul Latiff berkata, paling istimewa ialah program majlis kenduri perkahwinan beradat yang diadakan pada malam terakhir festival di mana ianya diadakan mengikut tradisi perkahwinan masyarakat Melayu.
''Pada majlis itu, kita tunjukkan antara acara perkahwinan tradisi yang sebetulnya dilakukan oleh masyarakat Melayu di mana pengantin diiringi persembahan muzik rebana keras sebelum persembahan silat dan upacara berpantun," katanya.
***********************************************************************************************
..bukan warisan melayu melaka saja.. mana2 warisan melayu juga-
perkahwinan tradisi... etc - |
|
|
|
|
|
|
|
Kembalikan perkahwinan tradisi
Oleh norizan abdul muhid
PASANGAN pengantin menyaksikan persembahan silat pada Festival
Adat Perkahwinan Melayu Melaka dan Serumpun 2009 di Muara Sungai
Duyong, Melaka, baru-baru ini. - utusan / abdul razak latif
MELAKA 5 Jun - Corak kehidupan yang sentiasa sibuk mengejar masa sedikit sebanyak mempengaruhi budaya kehidupan masyarakat pada masa ini terutama dalam mengubah sikap dan pemikiran kepada lebih moden dan ringkas.
Perubahan ini tidak terkecuali dalam adat perkahwinan tradisi masyarakat Melayu yang banyak memberi penekanan dalam beberapa adat seperti merisik, meminang, bertunang, bersanding dan upacara merenjis pengantin.
Akibat daripada angin perubahan moden hari ini, budaya asal orang Melayu ini semakin berbeza terutama dari aspek pakaian dan upacara majlis perkahwinan yang dianjurkan berlainan dengan adat lama yang dipraktikkan sebelum ini.
Hakikatnya, tidak semua perkahwinan masyarakat Melayu hari ini benar-benar mengamalkan adat dan budaya perkahwinan lama hanya semata-mata generasi baru Melayu gemarkan lebih bersifat moden dan ringkas.
Keadaan itu mendatangkan kebimbangan kepada kumpulan pemimpin adat yang terdiri dari kalangan sidang kampung tradisi yang menganggap adat istiadat perkahwinan Melayu kian terhakis. Mereka berharap ia dapat dihidupkan kembali demi memastikan adat itu tidak lenyap begitu sahaja.
Menurut salah seorang ketua masyarakat, sidang Mohd. Sharif Huslili, 65, ketika ini perlu ada usaha yang berterusan untuk menyedarkan kembali masyarakat Melayu mengenai pentingnya adat istiadat Melayu tradisi agar ia dapat dibanggakan oleh generasi muda hari ini.
Katanya, budaya dan adat perkahwinan tradisi semakin terhakis dan banyak dipengaruhi unsur luar yang banyak menekankan soal moden dan ringkas sehingga mempengaruhi golongan anak muda Melayu pada masa ini.
''Saya merasakan pada hari ini perlu ada banyak program yang menonjolkan keunikan adat perkahwinan Melayu agar generasi muda hari ini dapat melihat sendiri dan mengamati keistimewaannya.
''Perlu diingatkan, adat istiadat dan cara perkahwinan tradisional masyarakat Melayu sangat unik dan istimewa, oleh itu, kita agak terkilan jika ini semua dilupakan dan terhakis begitu sahaja satu hari nanti," katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis Festival Adat Perkahwinan Melayu Melaka dan Serumpun di sini, baru-baru ini.
Selain itu, menurut sidang Mohd. Yunus Minin, 63, pelbagai adat perkahwinan Melayu yang masih dipraktikkan pada hari ini seperti merisik, bertunang dan bersanding namun tidak semua adat itu dipraktikkan kerana menganggap ianya tidak lagi penting pada zaman moden hari ini.
''Saya lihat ada sesetengah adat seperti makan beradap dan persembahan untuk pengantin juga semakin dilupakan kerana masyarakat Melayu khususnya generasi muda hari ini menganggap ianya tidak lagi penting," katanya.
Ini kerana, katanya, perkahwinan Melayu ala tradisi dianggap kolot dan tidak popular di kalangan generasi baru pada hari ini menyebabkan sebahagian daripada mereka lebih gemar memilih gaya perkahwinan moden yang kebanyakan mengandungi unsur Barat.
Menurut sidang Mansor Tawil, 62, masyarakat Melayu sendiri perlu mengangkat martabat dan memperjuangkan adat dan budaya perkahwinan tradisi sekiranya mereka tidak mahu keunikan dan keistimewaan itu terhakis pada masa depan.
''Sebagai kumpulan masyarakat terdahulu, kita tidak mahu, arus kemajuan yang melanda pada hari ini menyebabkan adat lama dilupai," katanya.
Beliau berkata, pendekatan yang berterusan perlu diambil untuk memperkenalkan kembali adat dan budaya perkahwinan tradisi agar ianya dikenali dan diketahui oleh generasi baru terutama tentang tujuan serta asal usul perkahwinan tradisi Melayu itu diperkenalkan.
Sementara itu, sidang Mazlan Hassan, 62, berkata, adalah wajar usaha mempertahankan amalan perkahwinan tradisi terus menjadi kelaziman dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu seterusnya memastikan ia diperturunkan daripada generasi ke generasi.
''Walaupun pada hakikatnya banyak kalangan generasi muda memilih perkahwinan cara moden, namun setidak-tidaknya usaha ini mampu menarik minat mereka untuk mengekalkan adat lama.
''Di sinilah, ibu bapa dan pemimpin Melayu memainkan peranan untuk memastikan amalan ini terus dikekalkan," katanya.
Menurutnya, jika generasi baru Melayu itu memahami asal usul adat istiadat dan upacara perkahwinan tradisi, mereka pasti tidak ketinggalan untuk mempraktikkan istiadat dan adat Melayu dengan mudah tanpa beranggapan ia sebagai amalan karut dan sia-sia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
warisan melayu ke? bukan ke adat perkahwinan org melayu ni ada pengaruh hindu sikit?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada pengaruh Hindu tapi adatnya tetap Melayu.Macam alat muzik melayulah,tetap ada juga pengaruh luar sebab melayu ni berhubungan dengan pelbagai bangsa sejak berkurun lamanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pengaruh Hindu ni bukan sikit tapi memang banyak.....sebab sebelum agama Islam datang ke kepulauan Melayu... pengaruh agama Hindu dah ada...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|