|
nampak sgt tamak rete dunia....
maklangtu Post at 18-6-2009 13:10 
Terpulang apa yg org lain nak kata, pendapat masing2...Masalah psl pembahagian harta ni hanya sedikit shj dr masalah yg saya hadapi. Kalau ia berlaku pd diri sendiri, adik beradik yg dikasihi mungkin sedikit sbyk korang akan paham kenapa saya buat mcm ni.
Saya tak kan bertindak sebegini jika hubungan saya baik dgn bekas isteri hubby. Hubungan kami sgt complicated. Walaupun saat perkenalan kami pun selepas setahun mrk sah bercerai dan kami berkahwin stlh dkt 5 thn mereka bercerai, , saya dianggap seolah2 merampas suaminya..
saya difahamkan oleh keluarga mentua bahawa suami enggan rujuk apabila bekas isteri ajak bersama semula slps bercerai. Saya juga tahu bahawa bekas isteri masih ada rasa cinta pd hubby saya.
Malah, wpun saya hadir sbg isteri slps mrk berpisah, saya rasa seolah2 saya dimadukan. Bukan dimadukan oleh hubby tetapi perbuatan bekas isteri yg meletakkan syarat dan sbgnya terutama ttg penjagaan anak. Antaranya, kalau nak jumpa anak, bawa keluar anak mrk perlu dgn kehadiran dia (bekas isteri). mksdnya kalau kami keluar bersama anak2, bekas isteri juga akan turut serta. Dah la, hubby selalu outstation..bila bersama2 ada pulak bekas isteri sekali.. kalau tidak, anak tiri tak boleh nak turut serta kalau outing bersama kami shj. itu kalau outing hujung minggu, jd bayangkan kalau time holiday, raya etc...
Pernah hubby utarakan nak bawa hak penjagaan anak ke mahkamah, spy lebih adil. Tetapi, bekas isteri tukarkan sekolah, nurseri anak dan berpindah rumah tanpa pengetahuan hubby. Nasib baik, ada kawan yg tahu yg memaklumkan kpd kami. Bekas isteri pernah mengugut utk bertindak lg teruk drpd itu jika psl penjagaan anak dibawa ke mahkamah..
Kalau shopping utk anak tiri, keperluan makan pakai, bekas isteri seolah2 mengambil kesempatan utk shopping bg diri sendiri. kita sendiri boleh menilai, kalau pad, seluar dalam wanita hubby yg bayarkan..adakah anak lelaki tu yg pakai??? Kita yg tgk, sbg isteri, apa yg u all rasa??? Kita pon beli pad sendiri...
Itu hanya sebahagian yg saya hadapi, lg pun bukan tujuan saya utk bercerita ttg bekas isteri suami di sini. Tujuan asal nak tahu ttg pembahagian harta sepencarian kami jer...Hal ttg bekas isteri tu kena wat topik lain laa...Tp, jauh disudut hati...saya mengharapkan hubungan yg baik dgn bekas isteri hubby..bukan utk org lain tetapi utk kepentingan anak2. Tp, ada masa tahap kesabaran, kegeraman kita ada hadnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Roadwindy tak cita habis masa first post, sebab tu lah aku sendiri nampak kau macam mak tiri yang kejam. Sedangkan dalam masa yg sama, kau cita suami tak ada harta sepencarian dengan ex wife. Tu namanya cerita setengah-setengah. Kalau dari mula kau dah bagitau husband kau ada reta sekian2 sebelum kawin dengan kau, so bahagian anak tiri kau dah secured, rasanya takde sapa meroyan kat sini cakap kau tamak harta dunia.
Aku setuju dengan yg cadang kalau tak nak harta jatuh kat pihak di sana, baik rumah tu terus letak nama anak2 korang. |
|
|
|
|
|
|
|
ikut jer nasihat loyer ko tuh ...
mana2 harta yg ko takut sangat terlepas ke tangan anak tiri .. ko tukar nama awal2 .. nak suruh masukkan sekali dalam kubor pun boleh .. takde masalah ..
errr .. aku musykil kalo mak anak tiri ko tuh meninggal .. sanggup ke ko jaga anak tiri tuh dan mengasihi die seperti anak ko sendiri .. |
|
|
|
|
|
|
|
ikut jer nasihat loyer ko tuh ...
mana2 harta yg ko takut sangat terlepas ke tangan anak tiri .. ko tukar nama awal2 .. nak suruh masukkan sekali dalam kubor pun boleh .. takde masalah ..
errr ...
kudajantan77 Post at 29-6-2009 10:30 
selama ni pon kami dah biasa kuar sama2 mcm satu family. aku leh terima anak tiri aku sbg sebahagian dr hidup aku..aku tak kisah kalau ditakdirkan aku yg menjaga dia kiranya jd apa2 pd bekas isteri hubby aku...lg pon dia ngan anak2 aku tak batal air smbhyg, seayah lg...boleh jd wali kat anak2 aku... |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru jek dipanggil oleh amanah raya bhd..
kalau pun bapak aku buat wasiat menamakan mak muda aku sbg penama semua harta2 dia.. aku sbg anak & mak aku sbg 1st wife boleh bawak ke mahkamah & buat sekatan..
sipenama tu hanya berhak ke atas 1/3 jek dari keseluruhan harta yg dia patut dpt. ini kes yg terkini laa..
nasihat ARB, tukar jek semua harta pd nama anak yg kita nak bagi.. parents ni hanya pemegang hak sementara masih hidup. so, utk tuan rumah, anak2 dri 1st marriage hubby ko tetap akan dpt harta yg ada nama bapak dia org.. wlu pun rumah tu korang beli bersama masa korang kahwin ni. |
|
|
|
|
|
|
|
maklumat2 begini kita kan perolehi kalau kita rajin membaca............... |
|
|
|
|
|
|
|
maklumat2 begini kita kan perolehi kalau kita rajin membaca...............
dukalara Post at 20-7-2009 11:27 
kalau aku, aku tau dari kisah benar.
kalo membaca, kekadang, ayat tu berbelit2. susah nak paham.
kalau pengalaman/kisah benar - mmg senang nak paham.
kalau rasa marah/tak puas hati - lagi cepat paham.
ekekekekekeekekekekeke |
|
|
|
|
|
|
| |
|