|
17# puteri7
aku takut masa rene sorok bawah katil tu omg scary gilerr |
|
|
|
|
|
|
|
Filem seram yang membuatkan anda menjerit
Judul: Case 39
Pelakon: Renée Zellweger, Bradley Cooper, Ian McShane, Kerry O'Malley, Callum Keith Rennie dan Jodelle Ferland
Pengarah: Christian Alvart
Penulis skrip: Ray Wright
Genre: Seram Thriller
Durasi:1 jam 51 minit
DALAM pada orang sibuk memperkatakan mengenai kehebatan filem seram Paranormal Activity, ada sebuah lagi filem yang bergenre sama yang tidak kurang hebatnya pada pengamatan penulis. Hasil tulisan Ray Wright dan diarahkan oleh Christian Alvart, filem Case 39 mampu membuatkan bulu roma berdiri serta mengundang perasaan cemas dan takut sepanjang filem ini diputarkan.
Kisah bermula dengan memaparkan babak di sebuah rumah usang pada waktu malam. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang dalam ketakutan dan begitu juga kedua ibu bapanya. Biarpun ia sekadar babak pengenalan, namun situasi itu bakal menjawab persoalan yang timbul di pengakhiran filem itu nanti.
Berbeza dengan filem Paranormal Activity yang diambil dari situasi sebenar di lokasi kejadian, Case 39 pula membongkar misteri seorang kanak-kanak yang dikatakan menjadi mangsa penderaan ibu dan bapanya sehingga menyebabkan pelajarannya merosot. Kes ini kemudian dikendalikan seorang pekerja sosial yang dilakonkan oleh bekas pemenang Oskar, Renee Zellwegger menerusi watak Emily Jenkins.
Percaya bahawa kanak-kanak itu mengalami trauma apatah lagi apabila dia sendiri menyaksikan Lilith hampir menjadi mangsa kekejaman kedua orang tuanya sendiri menyebabkan Emily nekad untuk mendapatkan penjaga baru kepada kanak-kanak malang itu. Namun melihat kepada kebaikan yang ditunjukkan Emily membuatkan Lilith merasa Emily adalah penjaga paling layak untuk melindungi dirinya.
Walaupun pada awalnya Emily agak keberatan namun atas dasar simpati akhirnya dia bersetuju memelihara kanak-kanak berusia 10 tahun itu tanpa menyedari tindakannya itu adalah permulaan kepada segala-galanya.
Sejak Lilith tinggal bersamanya, pelbagai kejadian aneh berlaku dan lebih menakutkan apabila berlakunya kematian yang mengerikan membabitkan mereka yang rapat dengan Emily.
Kekuatan filem ini sebenarnya terletak pada kehebatan pelakon utamanya. Watak Lilith yang dilakonkan Jodelle Ferland cukup berkesan. Sebagai kanak-kanak yang teraniaya, mimik muka dan lontaran dialognya cukup meyakinkan sehingga ramai yang bersimpati dengan penderitaan yang dialaminya. Tak siapa yang tahu bahawa di sebalik kelembutan wajah dan tutur katanya, Lilith sebenarnya menyimpan rahsia hitam yang hanya dapat diketahui di penghujung ini.
Filem ini digarap dengan cukup kemas. Plotnya tersusun serta mudah difahami penonton. Paling menarik adalah dari segi gerak kerja kamera kerana ia menyumbang kepada ketakutan penonton ditambah dengan kesan bunyi yang menyeramkan. Walaupun ramai yang menyifatkan filem seram pada masa kini agak kelise namun Case 39 memberikan kelainan kepada penonton. Nantikan kejutan di penghujung filem ini. Selamat menjerit di pawagam. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tgk citer ni.. budak tu mcm ada sihir.. mcm ada benda yg jaga budak tu.. dr jauh pun dia bole pastikn yg org tu akn mati.. lastnyer mati gak... :@ |
|
|
|
|
|
|
|
best ker? mcm ala ala crita Orphan tuh...
aku rasa tak baloi la nk tengok....
share la pendapat korang yg dah tgk tuh.. best dari segi aper ekkkk? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tengok...ai suka ceta mcmni. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tengok...
budak ni ada demon dalam badan die...dia boleh control fikiran org lain... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun dah tgk.... mula2 slow skit
pastu ya allah leh sakit jantung aku tgk....
budak tu comel.. tapi last2 punya la hodoh muka dia jadi antu...
aku cadangkan korang g tgk..
sure tak nyesal |
|
|
|
|
|
|
|
dah tgk..geram sgt kt budak tu..rase nk pukul je..huhuhu
sian renee sgt2
niat nk tolong.. |
|
|
|
|
|
|
|
why emily...? why emily...?? why emily...???? why emily...???? wHYyyy Emily...??? WHY EMILY...???? WHY EMILY..!!!?????
omg... scene ni mengerikan... arrggh... |
|
|
|
|
|
|
|
kan kan??
dah la berdua je dlm lift |
|
|
|
|
|
|
|
cete niew 4 me bule la tahan.. adew unsur2 saspen.. tp xlew beat orphan la.. hihi |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka aku suka filem ni.. mmg best lakonan budak tu dan juga renee.. nasib sempat tgk... dah hujung2 dah citer ni. baik cepat sapa lom tgk... |
|
|
|
|
|
|
| |
|