View: 7629|Reply: 14
|
Misteri peti besi terungkai - Koleksi berharga Tunku Abdul Rahman dibongkar
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 3-7-2009 07:34
Misteri peti besi terungkai - Koleksi berharga Tunku Abdul Rahman dibongkar
Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
[email protected]
DR. RAIS melihat artifak yang dibawa keluar dari peti besi milik Perdana Menteri pertama Malaysia di Memorial Tunku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Selepas lebih 19 tahun menjadi misteri, isi peti besi milik Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang tersimpan di Memorial Tunku Abdul Rahman, Jalan Dato' Onn di sini terbongkar juga petang semalam.
Namun proses membuka peti besi model Stafford buatan England seberat 300 kilogram itu bukannya mudah.
Tiada siapa tahu kombinasi angka bagi membukanya termasuk ahli keluarga Almarhum sendiri.
Akhirnya dua kakitangan daripada syarikat peti besi terkemuka, Chubb(Malaysia) Sdn. Bhd. bermandi peluh selama 40 minit menggerudi peti itu dan mengalihkan palang penguncinya.
Sebaik pintunya dibuka, kelihatan sembilan kotak tersusun kemas, ada di antaranya diselaputi baldu.
Selepas satu demi satu kotak itu dibuka, kesimpulannya peti besi tersebut menyimpan lebih 30 barangan cenderamata Almarhum sepanjang tempoh menjadi Perdana Menteri yang pertama.
Antara barangan tersebut ialah jam tangan, butang baju, dua kunci emas, dua syiling emas, plak Persatuan Menembak Kebangsaan, pen emas,gunting emas dan beberapa barangan yang belum dikenal pasti.
Bagi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr.Rais Yatim yang turut menyaksikan usaha membuka peti besi itu, penemuan itu adalah sesuatu yang sangat penting kepada negara.
"Ada pihak yang mengatakan peti besi itu menyimpan dokumen-dokumen penting.
"Kita masih tidak tahu lagi nilai sebenar semua barangan yang dijumpai ini,'' kata Rais pada sidang akhbar di memorial Tunku AbdulRahman semalam.
Kata beliau, peti besi itu dibuka bagi merungkai rahsia yang tersimpan di dalamnya sejak kemangkatan Tunku pada 6 Disember 1990.
Kesemua barangan itu akan disenaraikan secara terperinci dengan laporan mengenainya diserahkan kepada Kabinet.
Ditanya kemungkinan pemilikan barangan tersebut akan menjadi isu dikalangan ahli keluarga Tunku, Rais berkata, kesemua barangan tersebut adalah hak negara.
"Ia milik negara, bukan peribadi, semua artifak ditulis atas nama Perdana Menteri dan nama Tunku sendiri, sudah tentu isu tersebut tidakakan timbul," katanya.
Peti besi itu pernah digunakan oleh Tunku Abdul Rahman semasa beliaumenjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ia pada mulanya diletakkan di pejabat beliau di Bangunan Residensi sebelum dipindahkan ke kediaman Almarhum di No 1, Jalan Langgak Tunku apabila beliau bersara sebagai Perdana Menteri pada 1970.
Peti itu kemudian diserahkan kepada Arkib Negara untuk diletakkan semula di Bangunan Residensi pada 1994 oleh anakanda Tunku, Tunku Ahmad Nerang sebagai sebahagian daripada artifak negara. |
|
|
|
|
|
|
|
MISTERI TERBONGKAR
RAIS Yatim menunjukkan sebatang pen bersalut emas yang merupakan sebahagian barang kemas peninggalan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam peti besi misteri di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 2 Julai – Misteri peti besi milik Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj akhirnya terbongkar setelah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan untuk membukanya secara rasmi hari ini.
Setelah mengambil masa kira-kira 30 minit, peti seberat 400 paun yang berada di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra sejak tahun 1994 itu akhirnya berjaya dibuka dengan bantuan sekumpulan pakar kunci besi.
Peti besi yang tidak diketahui kombinasi nombor keselamatannya itu bagaimanapun hanya mengandungi sebahagian barang-barang peribadi peninggalan Tunku merangkumi sembilan kotak yang berisi kira-kira 30 artifak dan barang kemas.
Artifak tersebut merangkumi butang baju lama, jam dan medal yang tertulis ‘Persatuan Menembak Kebangsaan 1970’, manakala barang kemas pula seperti pen bersalut emas, syiling bergambar wajah bekas Sultan Terengganu, gunting dan beberapa bentuk emas lain.
Rais Yatim berkata, dengan terungkap misteri peti besi itu, bermakna tidak ada sebarang dokumen penting yang ditinggalkan bekas penjajah atau pihak Tunku seperti didakwa pihak-pihak tertentu.
“Oleh itu, diharap tidak ada lagi spekulasi yang mendakwa kerajaan menyimpan atau menyembunyikan sebarang dokumen penting negara mahupun peninggalan bekas penjajah.
“Semuanya telah terjawab hari ini dan tidak lagi menjadi misteri,” katanya selepas majlis pembukaan peti besi peninggalan Bapa Kemerdekaan itu di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini hari ini.
Terdahulu, seorang pengarah filem dan dokumentari, Mansor Puteh menerusi sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini mendakwa kemungkinan besar terdapat dokumen penting negara yang ditinggalkan penjajah dalam peti besi tersebut.
Beliau yang mengadakan penggambaran dokumentari bertajuk Kediaman Residen, Tunku bagaimanapun berharap kerajaan dapat mendedahkan isi kandungan sebenar peti besi yang tidak pernah dibuka sejak Tunku meninggal dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
kayo pakcik... banyak nyer emas.... |
|
|
|
|
|
|
|
so tak betol la spekulasi pasal dokumen british tu ek... |
|
|
|
|
|
|
|
dorang speku
ada dokumen british bagai dalam tu |
|
|
|
|
|
|
|
dh mcm cite national treasure plak yg nicholas cage jadi hero 2. |
|
|
|
|
|
|
|
wow... gunting emas tue... |
|
|
|
|
|
|
|
koleksi peribadi jer la..takder yang pelik2 dan bersejarah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo datok2 skung sure ada simpan anu boya.....hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik dia x simpan yg pelik2.... |
|
|
|
|
|
|
|
03 Julai, 2009 21:48 PM
Artifak PM Pertama Akan Dipamer Semula
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Artifak berupa barang peribadi milik Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra akan dipamerkan semula di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini selepas Arkib Negara selesai menyenaraikan barangan berkenaan.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf berkata Arkib Negara juga akan mendapatkan nasihat pakar mengenai polisi barang-barang berkenaan.
"Buat masa ini pihak Arkib sedang menyenaraikannya dan mendapatkan nasihat pakar bagi menenentukan polisi barang-barang itu sama ada ia bersalut emas ataupun emas tulen," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sembang Kopi di Angkasapuri di sini, Jumaat.
Semalam Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan kandungan peti besi milik Almarhum selepas mengarahkan Arkib Negara untuk membukanya.
Daripada lapan kotak kayu dan baldu itu yang terkandung di dalamnya, Rais menemui seutas jam tangan, dua kunci emas termasuk satu daripada bekas Datuk Bandaraya New York Robert Wagner, dua set kafling, syiling emas bernilai seringgit daripada Yang di-Pertuan Agong keempat Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, syiling peringatan daripada bekas Presiden Taiwan Chiang Kai Shek dan plak emas bertarikh 1970 daripada Persatuan Menembak Kebangsaan.
Di dalam satu lagi kotak terbesar yang berupa kotak logam empat segi berwarna emas, ditemui 23 barang perhiasan daripada emas seperti pen Parker, tulisan Cina yang bermaksud "Umur Panjang", dua bilah gunting, kunci-kunci dan plak bulat yang tertera angka 65.
Mengenai nilai artifak berkenaan, Kamaruddin enggan mengulas tetapi menganggap artifak itu tidak ternilai kerana ia merupakan barang-barang lama yang diberikan pihak negara luar kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman.
Dalam perkembangan lain, Kamaruddin berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat laporan mengikut dasar yang ditetapkan dan memilih maklumat yang perlu disampaikan.
"Berdasarkan inilah (maklumat) kita membuat laporan dalam Parlimen dan kita pastikan sebaik mungkin yang kita juga tak nak tunjuk benda-benda yang tak baik.
"Itulah dasar kita. Kita tidak berat sebelah dalam soal itu. Kita tentukan apa yang kita nak tunjuk. Kita fikirkan itu wajar diketahui rakyat," katanya mengulas mengenai dakwaan RTM tidak menyiarkan secara menyeluruh siaran langsung sesi Parlimen selama 30 minit, sebaliknya dibuat secara berpilih.
Sementara itu, Kamaruddin berkata program "Sembang Kopi" anjuran kementerian berkenaan akan diperluaskan ke peringkat negeri dan daerah dengan dikendalikan pegawai penerangan dan pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas.
Program itu, yang dilancarkan 5 Jun lepas di Angkasapuri, adalah program berbentuk santai yang menjadi gelanggang untuk kakitangan RTM menunjukkan bakat seni selain membincangkan mengenai isu-isu semasa.
"Konsep program di negeri dan daerah sama dengan apa yang dibuat di RTM Kuala Lumpur...Kita pergi kedai kopi sama-sama, kita buat kumpulan kebudayaan sikit, kita buat persembahan sikit, dan kita bercerita sikit," katanya
Kamaruddin berkata program "Sembang Kopi" di negeri-negeri pula akan melibatkan masyarakat setempat dengan tujuan memaklumkan mengenai dasar-dasar kerajaan dan isu semasa.
Beliau berkata setakat ini Kelantan merupakan negeri pertama yang melaksanakan program itu sejak dua minggu lepas.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
nasib la die x simpan pelik2 dlm tuh...kalu x ade gak kecoh nnti........... |
|
|
|
|
|
|
|
Dokumentasi Kandungan Peti Simpanan Tunku Dibentang Pada Kabinet
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pendokumentasian barang-barang di dalam peti besi milik bekas Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet minggu depan sebelum dipamerkan kepada umum, kata Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Datuk Sidek Jamil.
Beliau berkata pendokumentasian barang-barang itu sudah siap disenaraikan dan telah dikemukakan kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
"Kita akan maklumkan kepada Kabinet dahulu mengenai bahan-bahan yang akan dipamer...ada 46 barang semuanya dalam peti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan portal versi baru Arkib Negara dan pembukaan Kursus Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) 2009 di sini, Jumaat.
Peti besi itu pernah digunakan oleh Tunku Abdul Rahman semasa beliau menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Antara kandungan peti besi itu termasuk jam tangan, dua kunci emas yang satu daripadanya daripada bekas Datuk Bandar New York Robert Wagner, dua set kafling, syiling emas bernilai seringgit daripada Yang di-Pertuan Agong keempat Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, syiling peringatan daripada bekas Presiden Taiwan Chiang Kai Shek dan plak emas bertarikh 1970 daripada Persatuan Menembak Kebangsaan.
Sidek berkata perancangan untuk mempamerkan khazanah itu harus dilakukan dengan teliti terutamanya dari segi keselamatan dan kesesuaian tempat pameran.
"Kami sedang membuat persiapan namun masih ada beberapa perkara yang belum diputuskan lagi," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata arkib telah mendapat pengiktirafan ISO pada bulan lepas kerana berjaya mendokumentasikan bahan-bahan terkini berbentuk Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) supaya terpelihara menjadi bahan arkib pada masa depan.
Katanya Arkib Negara akan terus menambahkan jumlah bahan arkib yang ditukarkan ke dalam bentuk digital supaya disebarkan melalui laman web di samping memelihara keasliannya dalam simpanan Arkib Negara.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
anti barang2 tu akan di pamerkan tak.... nak.... tgk gak..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|