Tadi tengah tengok TV 1 ada macam dokumentari skit pasal Bukit Ajaib di jalan keningau-kimanis di sabah.
Dekat km 11 kat jalan keningau-kimanis ni ada satu bukit yg dipanggil bukit ajaib. Ajaib sebab tarikkan gravitinya yang agak pelik.
Kawasan ni agak curam, so secara logiknya kalau kite letak sebiji bola, bola tu sepatutnya akan bergoleh ke bawah, TAPI sebaliknya berlaku kat sini, bola tu bergolek ke atas! Tadi bila sampai kat km 11, wartawan tu matikan enjin kereta, sepatutnya kereta tu meluncur ke bawah kan? Tapi tak, kete tu sebaliknya meluncur keatas macam ditarik oleh satu tarikkan graviti.
sape penah pi tempat ni, ada duduk kat sini atau tau kenapa fenomena ni terjadi, co habaq mai sat.
tengok kat intenet, km 13 kat jalan simpang pulai cameron highland pun ada fenomena ni jugak. tol ke?
dalam dunia ni banyak gak tempat mcm ni, kat mesia ada 2. kat negara lain pun ada gak, depa panggil fenomena ni magnetic hills atau pun mystery hills.
ade suare time bukak tad.
mule2 dia bitau, ada misteri, konon2 ada askar mati kt situ masa perang.
pstu askar2 tu tolak kereta naik bukit.
tapi sbnrnya cume pmndngn tu mcm bukit, sbb suasana jln tu, n pokok2 tepi tu uatkn ia nmpk mcm bukit, kalu berdiri kt bwh bukit tu n ukur pkai 'pengukur yg ade air' (apetah namanya..haha), mmg bubble tu senget ke bwh, mknanya jln tu mmg kebawah / menurun..
pandangn mata nmpk mcm jln menaik, tapi sbnrnya jln tu menurun dlm 1~5 darjah.
so, ia nmpk mcm illusi optik.
sy org keningau.....yup...memang betul ada satu jalan dkt keningau - kimanis mcm tu....sy pernah try.....msa tu trun bukit.....sy free kan gear pastu berhenti jap....ingatkan kreta sy tu trus turun...rupa2nya mengundur naik atas bukit balik.....
sy org keningau.....yup...memang betul ada satu jalan dkt keningau - kimanis mcm tu....sy pernah try.....msa tu trun bukit.....sy free kan gear pastu berhe ...
yarid Post at 9-7-2009 08:20
so pandangan kamu, fenomena tu cuma ilusi optik atau tak?
sy pn tak tau nak ckp pa....sebab mau alami sndri bru tau....klau nak kata ilusi optik...tak jgak....sbab secara logik pemikiran.....klau bukit trun ke bawah....konfom pa benda pn akan trun ke bwh bila dilepasakn....tp ni terbalik.....memang kuasa tuhan.....so nak terangkn pn susah jgak.....
saya selalu lalu jalan kimanis keningau ni..memang saya ada dengar cerita pasal ni, tapi saya belum cuba lagi di tempat tu..mungkin betul seperti yg batmana paste sumber wiki tu, ilusi optikal.
pengalaman saya, ada sesetengah tempat, tempat tu tidak curam, tapi bila saya tekan pedal minyak kereta tu macam tidak dapat lebih laju lagi, terasa macam kereta tu kena tarik dari belakang, ada pula tempat yg nampak curam sangat, tapi dapat naik jauh lebih mudah dari tempat yang saya katakan tadi.. apapun jalan keningau kimanis ni memang curam, sesetengah tempat kena bagi rating 19% kecerunan! banyak tempat kereta saya terpaksa naik pakai gear 1, dan selalu nampak kereta berhenti repi jalan (selalunya keta lama) enjin bay mereka dibuka, mungkin sebab enjin over heat..memang mencabar jalan ni, saya rasa tiada tempat lain di sabah yg begini curam jalannya..
orang kata masa buat jalan ni, secara tak sengaja terpotong bukit yg yg dekat dengan sumber graviti, itu sebabnya jadi macam tu, kiranya mereka katakan graviti sana suda terganggu..
yang menariknya, saya terdengar cerita bagaimana mereka menemui fenomena ni. kononnya ada couple berhenti dekat kawasan tu, konon2 nak bermadu asmara lah, tertiba mereka terkejut kereta mereka tertarik keatas, yg lawaknya, lelaki tu yg pengsan, bukan pompuan tu hahaha.sebab dia fikir mungkin mereka diganggu oleh makhluk halus di kawasan itu. tapi kesahihan cerita tu tak dapat disahkan ler.
jalan ni melintasi banjaran crocker..scenery memang cun, sejuk lagi tu, even tengahari terik..paling cun ada satu bahagian jalan ini yang mana kalau hari tu tiada awan atau jerebu, kita boleh nampak pulau labuan dari sana..saya pernah sekali nampak, cuma tiada lagi peluang mau berhenti di sana melihatnya betul2..tapi kalau persisir pantai memang senang nak nampak.
paling puncak jalan ni ada satu resthouse,boleh makan2 sana, takpun menginap sana.cuma view dia tidak berapa sebab pemandangan ke inland, bukan kearah laut.