View: 2815|Reply: 1
|
INDIA: 5 mati jejambat runtuh!!
[Copy link]
|
|
5 maut jejambat runtuh di Delhi
SEBUAH kren digunakan untuk membersihkan
bahagian yang runtuh di sebuah jejambat kereta api di New Delhi semalam.
NEW DELHI - Salah satu bahagian sebuah jejambat yang dibina untuk sistem kereta api di bandar raya ini runtuh semalam menyebabkan lima pekerja maut.
Sebanyak 13 orang lagi cedera dalam satu projek yang memberi tamparan hebat terhadap pegawai-pegawai kerajaan kerana ia perlu disiapkan sebelum Kejohanan Sukan Komanwel 2010 berlangsung.
Stesen kereta api itu menjadi kebanggaan kerana ia merupakan kemudahan yang dianggap lebih baik daripada bas, beca roda tiga dan motosikal.
Ketua Projek Kereta API Delhi Metro Raiol Corp., E. Sreedharan dipuji kerana dianggap menjadi hero dalam projek pemodenan itu.
Bagaimanapun, semalam beliau bertindak meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab berhubung kes jejambat yang runtuh itu.
"Itu merupakan kemalangan yang betul-betul serius," katanya.
Beliau dikenali sebagai tokoh yang mempunyai dedikasi dan intergiti yang tinggi.
Menurutnya, surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Ketua Menteri New Delhi, Sheila Dikshit.
Sreedharan menyatakan angka kematian akan menjadi lebih tinggi jika kemalangan itu berlaku pada awal pagi.
Menurutnya, projek itu sudah ditangguhkan selama tiga bulan.
Kemalangan itu mencetuskan kerugian sebanyak AS$1.25 (RM4.47 juta) juta, katanya. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
my sympathy to the bereaved and more so to the indian government who's gonna faced the music of "who's fault is it, who built it, what are the safety measures, what's the compensation etc" |
|
|
|
|
|
|
| |
|