CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9764|Reply: 2

Sungai Labu dicemari ammonia

[Copy link]
Post time 15-7-2009 10:26 AM | Show all posts |Read mode


                                                                                                            

PENCEMARAN... Seekor ikan ditemui menggelupur di gigi air kawasan pertembungan Sungai Nilai dan Sungai Labu di Sepang semalam, mungkin disebabkan airnya tercemar.

Air Sungai Labu yang dicemari ammonia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2009 10:31 AM | Show all posts
LPA Salak Tinggi mungkin ditutup

Oleh THOMAS CHONG
[email protected]


SEPANG 14 Julai - Loji Pembersihan Air (LPA) Salak Tinggi yang membekalkan air kepada 10,000 penduduk di sini mungkin terpaksa ditutup sepenuhnya akibat pencemaran berterusan di Sungai Labu.

Loji tersebut pernah ditutup sebanyak 13 kali sejak 2005 dan mencatat rekod penutupan selama tiga bulan gara-gara air sungai tercemar dan tidak menepati piawaian kesihatan.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, pencemaran ammonia di Sungai Labu menjadi serius terutama pada musim kemarau ketika paras air sungai rendah.

''Pencemaran ammonia berpunca daripada sampah dan bahan buangan industri di sungai," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan operasi LPA Salak Tinggi di sini terpaksa dihentikan kerana pencemaran ammonia, air berbuih dan berbau busuk.

Loji ini pernah ditutup pada 26 Jun lalu tetapi dibuka semula pada 28 Jun. Ia terpaksa ditutup semula pada 6 Julai lalu selepas air Sungai Labu didapati tercemar.

Bekalan air di Sepang bagaimanapun tidak terjejas kerana Syabas telah menyalurkan air dari sumber alternatif melalui Sungai Semenyih.

Penduduk di Kampung Tanjung, Nilai yang menetap di tepi sungai mendakwa pencemaran Sungai Labu berpunca daripada bahan buangan industri dari Sungai Nilai yang mengalir ke Sungai Labu.

Abdul Halem berkata, selain LPA Salak Tinggi, LPA Batu 11 di Cheras merupakan satu lagi loji yang yang paling kerap dihentikan operasi kerana pencemaran di Sungai Langat.

Menurutnya, LPA Batu 11 Cheras telah dihentikan operasinya pada hari ini selepas Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (Puncak Niaga) mengesan pencemaran ammonia di sungai tersebut.

''Bekalan air bagaimanapun tidak terjejas kerana Syabas telah menyalurkan air dari sumber alternatif.

''Puncak Niaga telah memaklumkan kepada pihak berkenaan termasuk Kementerian Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar sebaik menerima laporan mengenai pencemaran sungai," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2009 09:47 AM | Show all posts
Loji air Salak Tinggi ditutup lagi

Oleh JUNHAIRI ALYASA
[email protected]


RUSLAN (tiga dari kanan) meninjau Loji Rawatan Air Salak Tinggi di Sepang yang terpaksa dihentikan operasinya disebabkan kandungan ammonia yang tinggi.


KERATAN Kosmo! 16 Julai lalu.

SEPANG - Loji Pembersihan Air (LPA) Salak Tinggi yang membekalkan air kepada 10,000 penduduk di sini terpaksa ditutup lagi akibat pencemaran ammonia yang berterusan di Sungai Labu.

Malah sungai yang mengalir merentasi Negeri Sembilan itu turut mengalami masalah air yang berbuih dan berbau busuk menyebabkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) terpaksa menghentikan operasinya pada pukul 3.15 petang kelmarin.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan, keadaan semakin buruk apabila hujan tidak turun sejak 10 hari lalu menyebabkan kualiti air pada tahap yang tidak menepati piawaian Kementerian Kesihatan.

"Peningkatan kadar ammonia dan air yang berbau ini disebabkan pencemaran hasil aktiviti di kawasan tadahan. Di samping itu paras sungai yang rendah akibat kekurangan hujan mengurangkan pencairan semula ammonia," katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan ke loji tersebut di sini semalam.

Sebelum ini media melaporkan, loji tersebut telah ditutup sebanyak 14 kali dan tahun ini merupakan kali ketiga selepas ditutup pada Julai lalu selama 47 hari menjadikan loji itu sebagai paling kerap ditutup.

Dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 10.8 juta liter sehari, loji itu membekalkan air bersih kepada 19 buah kampung dan beberapa kawasan seperti Labu Lanjut, Salak Tinggi, Salak Tengah, Ginching Hulu, Ginching Hilir, Lembah Paya, Pekan Salak, Kampung Baru Salak, Chincang, Taman Salak Murni, Desa Salak Permai, Desa Bistari, Salak Baiduri, Rumah PKNS Salak, Salak Indah dan Salak Mulia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.093699 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list