View: 3126|Reply: 9
|
2 hotel dibom di Jakarta
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 17-7-2009 12:50
9 mati dalam letupan akibat bom di dua hotel di Jakarta
17/07/2009 12:36pm
JAKARTA 17 Julai - Menteri Penyelaras Keselamatan Indonesia, WidodoAS berkata, sebanyak sembilan orang mati dalam kejadian letupan di Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz Carlton yang terletak bersebelahan kawasan Mega Kuningan di sini pagi ini.
Katanya, kejadian berlaku akibat letupan bom yang kuat yang berlaku sebanyak dua kali, berselang dua minit antara satu sama lain pada 7.45pagi dan 7.47 pagi waktu Indonesia Barat.
“Ini jenis mempunyai ledakan tinggi,” katanya kepada pemberita didepan Hotel JW Marriott tersebut, yang turut diiringi Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri, Ketua Badan Inteligen Nasional, Syamsir Siregar dan Gabenor Fauzi Bowo.
Widodo yang dipetik media massa tempatan berkata, letupan pertama terjadi di lobi Hotel Marriott dan disusuli letupan kedua di restoran di Ritz Carlton.
Menurutnya, enam orang mati di tempat kejadian di JW Marriott, dua orang di Ritz Carlton dan seorang di Hospital Medistra.
Beliau bagaimanapun belum mahu mengaitkan kejadian dengan sebarang aktiviti pengganas dan sebaliknya mahu ia disiasat dengan terperinci terlebih dahulu. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Letupan hotel di Jakarta: 9 terbunuh, 50 cedera
JAKARTA: Menteri Keselamatan Indonesia berkata 9 terbunuh dan 50 lagi cedera dalam letupan bom di dua hotel di sini. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
JEMAAH ISLAMIAH???hmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
10 maut, 40 cedera letupan di dua hotel
Jul 17, 09 11:18am
kemaskini 1.37pm Sembilan mati dan 40 lagi cedera apabila dua letupan kuat berlaku hampir serentak di dua hotel mewah yang terletak berdekatan di pusat bandar Jakarta pagi ini, lapor agensi berita AFP.
Sementara laman web berita Tempo Interaktif, sepuluh mayat ditemui di lantai bawah Hotel JW Mariott - enam daripadanya bertaburan.
Memetik sumber polis, media itu serpihan badan itu kemudian dikumpulkan untuk dimasukkan ke dalam beg mayat.
Dua daripadanya dilaporkan sudah hancur lebur "seperti potongan daging korban". Sementara empat lagi masih boleh dikenali ciri-ciri tubuhnya.
Empat yang terkorban disahkan warga asing, lapor media tempatan pula.
Mereka yang tercedera dalam ledakan kuat di Hotel Ritz-Carlton dan Hotel Marriott jam 7.55 pagi waktu tempatan (8.55 waktu Kuala Lumpur) termasuklah warga republik itu dan orang asing.
Serpihan kaca dan bahan binaan kelihatan di merata-rata tempat.
Letupan bom kereta
Menurut laporan awal Tempo Interaktif, ledakan pertama di Hotel Mariott, diikuti Ritz Carlton lima minit kemudian - yang menghancurkan beberapa bahagian di kedua-dua bangunan.
Sementara dalam laporan berasingan, AFP turut melaporkan letupan ketiga melibatkan bom kereta di plaza tol lebuhraya di Muara Angke, utara Jakarta, mengorbankan dua orang - dua jam selepas ledakan pertama.
Hotel Marriott pernah menerima serangan bom pada 2003 yang mengorbankan 12 orang - dipercayai dilakukan jaringan pengganas Jamaah Islamiah (JI), yang dikaitkan sebahagian sel al-Qaeda.
Menurut akhbar web itu lagi, Indonesia sering menjadi sasaran serangan bom mulai 1999 hingga 2005 yang mengorbankan 280 orang, yang terburuk meragut 202 nyawa di Bali pada 2002.
Sebuah bom meledak di luar bangunan Kedutaan Besar Australia pada 2004 yang meragut sembilan nyawa.
Sementara itu, seorang wartawan di tempat kejadian memberitahu The Star bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat. |
|
|
|
|
|
|
|
eerrrmmm...
mcmana APM nti...
dgr cite artis msia dok kt hotel tu... |
|
|
|
|
|
|
|
artis malaya?
bab berhibur sanggup
MU punye team pung
kensel nak p sana |
|
|
|
|
|
|
|
di kabarkan MU akan menetap kat RItz Hotel besok mlm kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebutir bom lagi ditemui di kompleks Hotel JW Marriot
JAKARTA: Polis menjumpai sebutir lagi bom yang masih aktif di Plaza Mutiara dalam kawasan kompleks Hotel JW Marriott, lokasi kedua letupan bom yang menggemparkan satu kawasan komersial di sini dan membunuh sembilan orang, hari ini.
Penemuan bom ketiga oleh pasukan khas bom dan polis Indonesia itu diketahui wartawan apabila seorang pegawai polis meminta mereka meninggalkan bangunan kerana bom itu hendak dipindahkan ke tempat lain untuk dimusnahkan.
Bangunan Plaza Mutiara, yang terletak di sebelah hotel itu, turut menempatkan pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) iaitu di tingkat 12.
Seorang pegawai Matrade yang dihubungi berkata, semua kakitangan di pejabatnya selamat.
Katanya, semua pegawai dan petugas Matrade pada ketika kejadian belum berada di pejabat kerana kejadian berlaku jam 7.45 pagi sedangkan pejabatnya dibuka sejam selepas itu.
Sementara itu, daripada sembilan mangsa yang mati, hanya identiti seorang mangsa saja yang sudah dikenal pasti iaitu Pengarah Urusan PT Holcim Indonesia, Timothy Mackay, yang masih berada di ruang kecemasan Rumah Sakit Medistra, Jakarta Selatan.
Setakat ini, jumlah mangsa yang mati masih sembilan orang manakala yang cedera parah dan ringan sudah meningkat menjadi lebih 50 orang selepas lebih ramai datang mendapatkan rawatan di tiga buah hospital di sini. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
JW Marriot, Ritz Carlton Diletup Pengebom Berani Mati - Polis
Oleh Mohd Nasir Yusoff
JAKARTA, 17 Julai (Bernama) - Polis Indonesia mengesahkan kejadian letupan bom di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton di sini pada pagi Jumaat yang meragut lapan nyawa dilakukan oleh pengebom berani mati.
Ketua Polis Indonesia Bambang Hendarso Danuri berkata hasil siasatan di tempat kejadian, didapati dua pengebom berani mati terlibat.
"Polis sedang memeriksa identiti pelaku. Yang di Ritz Carlton, kepalanya masih utuh, yang di JW Marriot pula tempurung kepalanya sudah tertanggal tetapi masih boleh dikenali," katanya pada sidang media di sini petang ini.
Polis bagaimanapun belum dapat memastikan sama ada pengebom berani mati itu warga asing atau rakyat Indonesia.
Sebelum itu laman web berita detikcom, yang memetik sumber berkata seorang pengebom berani mati dipercayai Nurdin A. yang menurut daftar tetamu hotel menyewa bilik 1808 hotel JW Marriott selama seminggu.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Indonesia itu berkata orang yang didedahkan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebagai penembak dari kelompok tertentu yang menggunakan gambar wajahnya sebagai sasaran latihan menembak telah ditangkap.
Bambang Hendarso berkata gambar-gambar yang ditunjukkan oleh Susilo pada sidang media di Istana Presiden berkaitan kejadian pengeboman dua buah hotel itu, disahkan benar dan diambil di Kalimantan Timur pada 5 Mei.
"Pelakunya sudah kita tangkap. Dia mengakui bahawa Presiden Susilo memang merupakan sasaran (untuk ditembaknya)," katanya sambil menambah bahawa orang itu akan segera dihadapkan ke mahkamah.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|