CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4249|Reply: 9

H1N1 di Pahang

[Copy link]
Post time 14-8-2009 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Salam..

Semua pun tau virus ni semakin merabak. Negeri kita Pahang darulmakmur yang tercinta tidak terkecuali. Apa yang menyedihkan ianya semakin menigkat dr hari ke hari. Kerisauan dan kebimbangan kita semakin menghantui.

Marilah semua..kita memohon kepada Nya supaya mereka terselamat dan kita tidak dijangkiti..


Pahang Catat Korban Pertama H1N1

KUANTAN, 5 Ogos (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menjadi korban pertama jangkitan influenza A (H1N1) di Pahang, menjadikan jumlah kematian akibat pandemik itu di Malaysia kepada 13 setakat ini.

Kanak-kanak berkenaan, Mohd Hyafiq Aiman Mohd Saiful Afendi meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, tengah hari tadi.

Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai "Tia" berkata anaknya itu yang sebelum ini bersekolah di Tadika Perpaduan Taman Bukit Setongkol, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 1 Ogos lepas setelah mengalami demam dan mengadu sakit perut.

Katanya anak tunggalnya itu yang dikuarantin di HTAA sejak 1 Ogos disahkan meninggal dunia 12.40 tengah hari tadi selepas mengalami radang paru-paru.

"Sepanjang tempoh kuarantin itu, saya tidak dibenarkan untuk berjumpa anak saya sehinggalah dimaklumkan dia sudah meninggal tengah hari tadi," katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Bukit Setongkol, dekat sini.

Jenazah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Ubi pada 5.30 petang tadi, bersebelahan pusara ayahnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang Datuk Hoh Khai Mun ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

-- BERNAMA

A(H1N1): Kesihatan Tengku Puan Pahang baik


DIKUARANTIN...Anak-anak Tengku Puan Pahang, Tengku Muhammad dan Tengku Afzan mendapatkan vaksin anti-viral Influenza A(H1N1) di hospital.
FOTO IHSAN: TENGKU PUAN PAHANG TUANKU AZIZAH AMINAH ISKANDARIAH.




KUANTAN: Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Iskandariah dan lima anakanda baginda yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana dijangkiti Influenza A (H1N1) dilaporkan dalam keadaan baik.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar Dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun berkata baginda bagaimanapun masih dalam pengawasan pihak hospital.
"Baginda sekeluarga sedang berehat," katanya kepada pemberita di sini, semalam.Lima anakanda Tunku Azizah yang berumur tujuh hingga 14 tahun dimasukkan ke HTAA pada Jumaat lepas manakala baginda dimasukkan keesokan harinya.
Hoh juga berkata, daripada 13 orang yang disahkan positif H1N1 di hospital berkenaan kini dalam keadaan kritikal.
Katanya, dua pesakit berkenaan ialah seorang guru lelaki berusia 38 tahun dan seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan.
Hoh juga berkata, dua hospital di negeri itu iaitu HTAA dan Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh yang menempatkan pesakit H1N1 masih mempunyai antiviral, kelengkapan dan kakitangan mencukupi bagi menangani wabak itu walaupun jumlah pesakit semakin bertambah.
"Jumlah mereka yang mendapatkan rawatan bagi sakit tekak dan demam sebelum ini hanya sekitar 250 orang sehari, namun sejak penularan wabak H1N1 ini, pesakit yang mengunjungi hospital meningkat kepada 450 hingga 750 orang sehari," katanya.BERNAMA

H1N1: Empat sekolah di Pahang pula ditutupOleh SHAHRULANOOR ISHAK
[email protected]



SEORANG pengawal sekolah SMART menampal notis penutupan sekolah tersebut akibat penularan wabak selesema babi di Kuantan semalam.



KUANTAN - Sebanyak empat buah sekolah dengan 3,288 pelajar di negeri ini ditutup sehingga Ogos ini selepas lapan pelajarnya disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1) di sini semalam.
Arahan itu membabitkan 1,220 pelajar Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Kuantan, 680 pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SMSTA) Raub, 571 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Jengka Maran dan 817 pelajar SMK Clifford Kuala Lipis.
Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, arahan penutupan tersebut dibuat selepas lima pelajar di SMK Clifford Kuala Lipis dan masing-masing satu di SMART, SMSTA serta SMK Sri Jengka disahkan positif H1N1.
"SMART dan SMK Clifford ditutup mulai hari ini (semalam) sehingga 7 Ogos ini, manakala SMSTA sehingga 6 Ogos. SMK Sri Jengka ditutup mulai semalam (kelmarin) sehingga 5 Ogos ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

~kosmo!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2009 04:40 PM | Show all posts
Tengku Mahkota Pahang mahu kerajaan kategori ancaman H1N1

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar), mahu kerajaan mengkategorikan tahap ancaman Influenza A (H1N1) bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai bahaya wabak itu yang setakat ini sudah pun mengorbankan 51 orang.

Tengku Abdullah yang baru pulang dari London, dua hari lalu, menegaskan baginda terkejut kerana kes kematian akibat H1N1 semakin meningkat, tetapi tiada langkah lebih ketat diambil bagi mengekangnya, manakala kebanyakan rakyat seolah-olah menganggap ancaman wabak itu sebagai perkara biasa.

"Kerajaan perlu memaklumkan berapakah jumlah kematian akibat H1N1 yang boleh dikategorikan negara berada di tahap bahaya. Saya ingin tahu kita sekarang berada di tahap mana?

"Ini umpama bencana banjir yang biasanya kita kategorikan tahap bahaya sama ada pada tahap satu, dua atau tiga," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Semalam, tujuh lagi kematian akibat H1N1 dilaporkan menjadikan angka korban meningkat kepada 51 orang. Sebanyak 2,350 kes H1N1 pula disahkan sehingga kelmarin, tetapi angka terbaru kes itu tidak diumumkan semalam.

Isteri baginda, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan lima anakanda mereka – Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12, pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, serta Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7, turut dijangkiti wabak itu.

Bagaimanapun, keadaan Tengku Puan dan lima anak baginda yang dirawat di wad diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sejak Jumaat lalu, kini semakin pulih.

Tengku Mahkota berharap kerajaan mengambil langkah lebih drastik dan melaksanakan program kesedaran yang lebih berkesan supaya rakyat peka terhadap ancaman wabak maut itu.

"Saya berkata seperti ini bukan disebabkan isteri dan lima anak saya menjadi mangsa H1N1, tetapi untuk kebaikan rakyat. Bila kes kematian semakin sukar dikawal, ia sudah terlambat untuk mengambil tindakan dan ketika itu jangan salahkan rakyat.

"Bagi saya, jumlah kematian sekarang sangat membimbangkan kerana peningkatannya secara mendadak dan tidak boleh dikawal tetapi kita masih bersikap alpa. Kenapa perlu menunggu lebih banyak kematian, baru mahu bertindak lebih keras termasuk membatalkan majlis keramaian yang tidak berfaedah?

"Saya sedih kerana kebelakangan ini, ramai kanak-kanak dan bayi yang menjadi mangsa. Saya berharap wabak ini tidak sampai memudaratkan negara dan di Pahang, saya akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mengadakan sembahyang hajat bagi memohon kepada Allah supaya diberi perlindungan daripada wabak maut ini.

"Saya sendiri dinasihatkan doktor supaya berehat kerana mengalami masalah asma, lelah dan sinus serta berisiko tinggi untuk dijangkiti H1N1 jika tidak berhati-hati," titahnya.

Tengku Mahkota bertitah, tindakan proaktif kerajaan penting kerana setakat ini tiada ubat khusus untuk merawat H1N1, selain menggunakan antiviral, Tamiflu.

"Sebab itu, saya akan mengarahkan Kerajaan Pahang supaya membatalkan semua program membabitkan kedatangan orang ramai kerana tidak mahu jumlah mereka yang dijangkiti wabak H1N1 itu terus meningkat.

"Ini bermakna, kelulusan permit oleh pihak berkuasa tempatan perlu diperketatkan. Sebagai contoh, dalam keadaan sekarang, tidak wajar mengadakan pesta keraian (fun fair) kerana ia tidak memberi faedah.

"Jika sesuatu majlis perlu diadakan juga, penganjur perlu menyediakan topeng muka dan pembersih tangan supaya orang ramai yang hadir menggunakannya sebagai langkah berjaga-jaga," titah baginda.

Tengku Mahkota juga kesal kerana masih ramai rakyat membawa anak-anak tanpa memakai topeng muka ke tempat awam, termasuk di pusat beli belah.

Baginda bertitah, dalam keadaan cuaca berjerebu sekarang, kegiatan luar sepatutnya dihadkan, malah sekolah wajar ditutup jika ada guru dan murid mempunyai simptom H1N1.

Mengenai keadaan kesihatan Tengku Puan dan lima anakanda baginda, Tengku Mahkota bertitah, mereka kini semakin pulih tetapi perlu terus berada di wad pengasingan HTAA sehingga disahkan bebas daripada jangkitan itu sepenuhnya.

"Mungkin keluarga saya dibenarkan pulang ke istana minggu depan. Akibat penyakit itu, doktor tidak membenarkan saya bertemu mereka dan tidak dinafikan, perasaan sedih dan bimbang saya dengan keadaan yang menimpa keluarga kami," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2009 04:41 PM | Show all posts
H1N1: Empat sekolah di Pahang pula ditutup

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
[email protected]



SEORANG pengawal sekolah SMART menampal notis penutupan sekolah tersebut akibat penularan wabak selesema babi di Kuantan semalam.

--------------------------------------------------------------------------------




--------------------------------------------------------------------------------


KUANTAN - Sebanyak empat buah sekolah dengan 3,288 pelajar di negeri ini ditutup sehingga Ogos ini selepas lapan pelajarnya disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1) di sini semalam.

Arahan itu membabitkan 1,220 pelajar Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Kuantan, 680 pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SMSTA) Raub, 571 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Jengka Maran dan 817 pelajar SMK Clifford Kuala Lipis.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, arahan penutupan tersebut dibuat selepas lima pelajar di SMK Clifford Kuala Lipis dan masing-masing satu di SMART, SMSTA serta SMK Sri Jengka disahkan positif H1N1.

"SMART dan SMK Clifford ditutup mulai hari ini (semalam) sehingga 7 Ogos ini, manakala SMSTA sehingga 6 Ogos. SMK Sri Jengka ditutup mulai semalam (kelmarin) sehingga 5 Ogos ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 04:45 PM | Show all posts
kolej aku tutup semingu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2009 04:47 PM | Show all posts
kolej ape ola??
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 05:41 PM | Show all posts
boleh thn gak phg rupanya...huhu, temerloh apa citer...sek. maran dh kena, dekat jer tu, ya Allah jauhkan la family aku dr penyakit ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-8-2009 10:25 AM | Show all posts
cimiau org maran ke??
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2009 11:45 AM | Show all posts
moga2 semua selamat........dimana2 aje situasi merisaukan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2009 08:16 AM | Show all posts
Tengku Puan Pahang, lima anakanda pulih


KUANTAN: Selepas 12 hari menerima rawatan akibat dijangkiti virus Influenza A (H1N1), Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan lima anakanda baginda, dibenarkan keluar daripada wad diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, pagi ini, selepas disahkan pulih daripada penyakit berbahaya itu.

Baginda bersama lima anakandanya - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12, pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, serta Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7, dibenarkan keluar pada jam 11 pagi, selepas selesai mengambil ubat antiviral, Tamiflu selama tujuh hari.

Pengarah HTAA, Datuk Dr Ardi Awang, berkata baginda dan lima anakandanya disahkan bebas daripada penyakit berkenaan dan sudah selesai mengambil ubat antiviral.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20090818010645/Article/
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 12:09 PM | Show all posts
dearest friends,

I just wanna share some info. pertaining to H1N1....

I just got the info. over the weekend from somebody close to Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Tok Guru recommends to us to recite the 58th verse in Surah Yasin,  " salamun qaulamirrabbihim." ..28x ..everyday to avoid us being infected by H1N1.

wallahualam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 1.838164 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list