CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5475|Reply: 17

punca keta TERbakar!!

[Copy link]
Post time 23-8-2009 07:09 AM | Show all posts |Read mode
Punca kereta terbakar
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

Sebanyak 45 peratus akibat pengubahsuaian enjin kenderaan yang ekstrem.



KEBAKARAN boleh berlaku di mana-mana sahaja.

SAYA tidak ingat apa-apa kecuali jeritan Allahuakhbar suami sebelum saya tercampak keluar menerusi cermin depan bersama anak kedua yang saya peluk erat.

“Dalam keadaan separuh sedar, saya cuba meminta tolong daripada orang ramai supaya selamatkan suami dan seorang lagi anak saya yang berada di dalam kereta yang terbakar.”

Begitulah cerita Rohana Ahmad, 26, yang kehilangan suami, Lans Koperal Mohd. Azni Abdul Aziz, 29, dan anak sulung, Mohd. Norakmal Danial, 6, dalam kemalangan di Kilometer 270.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Seremban, Negeri Sembilan pada 2 Disember 2008.

Suaminya, arwah Mohd. Azni yang bertugas di cawangan kereta Peronda di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan Mohd. Norakmal meninggal dunia dengan tubuh separuh terbakar di dalam kereta Proton Perdana V6 yang mereka naiki.





Sebelum itu, keluarga ini dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Seksyen 20, Shah Alam.

“Kami bercuti selama empat hari di rumah mertua saya di Felda Sungai Emas, Kota Tinggi, Johor. Selepas balik ke Shah Alam, kami bercadang untuk pulang ke kampung saya di Bota Kanan, Perak pada sebelah malam,” katanya.

Mengimbau kembali kenangan hitam itu, kata Rohana, kereta yang dipandu suaminya hilang kawalan setelah mereka terkejut melihat satu kemalangan lain di depan. Gagal mengelak, kereta mereka merempuh kereta-kereta yang terlibat lebih awal dalam kemalangan itu.

“Selepas itu kami merempuh pembahagi jalan sebelah kanan sebelum dirempuh kereta Proton Waja dari arah belakang. Akibatnya kereta kami terbakar,” kongsi Rohana.

Kes meningkat setiap tahun


Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Jabatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Yahaya Madis, kes yang melibatkan kereta terbakar di negara ini meningkat setiap tahun.

“Untuk rekod, pada tahun 2008 terdapat 2,101 kes melibatkan kebakaran kereta di seluruh negara berbanding 2,052 kes pada tahun sebelumnya. Pada tahun 2006 pula sebanyak 1,811 kes dicatatkan.

“Jika melihat kepada bilangan kes, ia meningkat setiap tahun. Walaupun peningkatannya tidak mendadak, ia perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan nyawa,” katanya.

Ujarnya lagi, punca utama kebakaran kereta disebabkan oleh kemalangan iaitu pelanggaran kereta dengan kereta atau jentera berat lain. Selain itu, kebocoran minyak petrol juga menjadi punca.

Menyentuh mengenai lokasi kejadian, Tuan Yahaya tidak dapat memberi penjelasan yang spesifik kerana kemalangan yang melibatkan kebakaran kereta boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada di lebuh raya, jalan persekutuan mahupun jalan kampung.

“Tetapi peratusan kes kemalangan kebakaran kereta yang menyebabkan kematian tidak tinggi. Namun saya menasihatkan setiap pemilik kereta persendirian supaya menyimpan alat pemadam api di dalam kenderaan masing-masing sebagai langkah keselamatan.

“Bukan mahal, beli alat pemadam api jenis natrium hidrogen karbonat/amonium sulfat seberat tiga kilogram pada harga antara RM60 hingga RM80.

“Situasi mungkin panik tetapi sekiranya kita bertindak pantas ia dapat menyelamatkan jiwa dan juga harta seseorang,” ujarnya.

Ubahsuai supaya lebih laju

Mohd. Nizam Abrahim, 32, seorang mekanik yang berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam membaiki dan mengubahsuai kereta berpendapat, 45 peratus kereta terbakar disebabkan oleh pengubahsuaian enjin yang melampau.

Realitinya ramai pemilik kereta di negara ini yang gemar mengubahsuai enjin kereta untuk membuatkan kenderaan mereka lebih laju.

“Malangnya ramai yang tidak sedar pengubahsuaian yang keterlaluan tanpa mengikut spesifikasi asal serta kemampuan enjin kenderaan boleh menyebabkan kereta terbakar,” ujarnya yang bekerja di sebuah bengkel kereta di Cheras, Kuala Lumpur.



KEMALANGAN turut menjadi punca kereta terbakar.

Katanya lagi, walaupun sekadar perubahan paip enjin sebanyak 30 darjah daripada kedudukan asal, ia mampu memberi impak buruk kepada enjin.

Bahagian enjin boleh menjadi panas secara tiba-tiba kerana sistem pengaliran bendalir tidak sempurna selain masalah sistem elektrik dan hidraulik yang boleh menyebabkan kereta terbakar.

“Namun, penambahan aksesori seperti lampu, radio, pembesar suara dan pedingin hawa, risiko kereta terbakar tidak begitu besar berbanding pengubahsuaian melampau enjin dan faktor kemalangan sendiri,” kata Mohd. Nizam yang mengendalikan kira-kira empat kes kereta terbakar dalam setahun.





semalam member aku ajak pi uia kat gombak sinun... kitorang pi kat engin building.. lepas tu masa nak balik.. (kena round ler pulok...) nampak sebijik keta...datsun kalu tak silap aku.... hangus!! heran napa letak tepi jalan keta lalu ke hulu ke hiliq tuh.... tapi  mmg hangus sehangus-hangusnyer....  tu yg aku rasa artikel ni bagus gak.... kita tau some of the punca2 napa keta TERbakar nih....  yg eksiden pastu TERbakar tu...tak der ler TERkujut lak...!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2009 07:22 AM | Show all posts




salah satu punca nya adalah menda alah tu


charcoal canister.



sebab tu, dlam sejarah, proton dah ubah kedudukan CC tu dari depan beteri ke belakang beteri. utk mengelakkan kejadian meletop on impact.


dan menda ni perlu ditukar.

sila periksa buku servis masing masing utk mengetahui bila perlu ditukar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 08:01 AM | Show all posts
wayaring shot pong bahya gak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 03:13 PM | Show all posts
mmmm kalau tukar minyak hitam ke jenis yang terlalu ringan pun menjadi punca.... kawan aku dulu baru beli proton 3 bulan kereta terbakar..

selepas proton siasat.. dia tukar minyak injin ke tahap yang paling ringan.. ala-ala kereta racing..

so proton tak ganti kereta baru... melopong ajeeeeeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2009 07:28 PM | Show all posts
lepas tu tentu dia jadi die hard proton basher apa? hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 12:36 AM | Show all posts
3# mycos79


ha'ah..betoii...member aku ada beli sebiji merc lama ntah model (value dlm RM80k)ap a aku pun tak reti. Baru pakai berapa bulan je dah terbakar dashboard dia. Puncanya dia cuma kata (hasil siasatan pomen) wiring short. Abes dah lah kena tukar dashboard...pastu nak kena belai len pulak immobilizer dia sekali ngan kunci kat mercedes service center.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2009 12:44 AM | Show all posts
kami bercadang untuk pulang ke kampung saya di Bota Kanan, Perak pada sebelah malam,” katanya.


orang bote ke yeop?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 12:47 AM | Show all posts
hurm, masih lg tak paham nape ek pakai minyak ringan2 ala racing pon enjin leh terbakar?

lagi satu ape kebendannye charcoal yang tuh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2009 08:24 AM | Show all posts
entah.. aku tak paham sangat mekanikal dan petroleum punya hal nie.....
tapi emamng membera ku tukar minyak hitam ringan... memang berdesup kereta pegie.. tapi itulah.....

maybe alasan proton entahlah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 02:56 PM | Show all posts
8# dune1989


hmmm..teori beng la kan...sebab dulu pernah la try pakai minyak racing gak..SELENIA ke Q8 kalu tak silap...mmg gred nipis...tak ingat dah baper.. Disebabkan keta aku salu main @ hi rpm sokmo2....lepas seminggu aku check deep stick...rerupanya dah tinggai sikit. Heran gak awatnya...nak kata piston ring dah haus...tak jugak sebab aku baru tukar piston n top overhaul semer...malahan kat ejoih takde pulak asap putih or kesan basahan minyak carried over.

Kesimpulannya...maybe gini; disebabkan lube oil tu gred nipeh..maka bila salu main hi rpm yg mana akan menyebabkan minyak tu jadi cepat panaih. Dan ianya bukan berlaku sekali sekala...byk kali. Begitu jugak kalu lama tak tukaq minyak.  Minyak leh jadik kerin wooo. Bila temperature henjen exceeded more than lube oil max. working temperature ....maka oil tu akan degradation (maybe cracking pada rantaian isomer). Mana minyak tu pegik ilang? Maybe vaporized dan ikut keluaq dari blok henjen ke intake melalui pcv (pressure control valve) yang mana hos tu disambungkan semula ke intake manifold/air ram intake. Kalu dah jadik sampai lagu neh..try bukak throttle body..then leh calit ngan jari kesan minyak dalam plenum intake manifold tu.

Kenapa keta racing takde masalah? Sebabnya depa pakai oil cooler utk sejukkan semula minyak tadi so dapat maintain below max. working temp lube oil tadi. Then lepas habis race...minyak tu akan dibuang..tak pakai lagi dah. Minyak nipeh mmg baguih untuk mengoptimumkan rpm henjen.

Last but not least; keta yang henjennya dah lama...tak seswai pakai engine oil yang gred nipis...sebab piston ring maybe dah loose...so minyak akan mudah carry over ke combustion chamber..dan seterusnya terbakar bersama2 campuran a/f masa combustion. Better pakai gred yang tebai sikit nohhhhhh!

p/s: atas tadi tu teori beng je....kalau ada expert yang leh jelaihkan lagi baguihhh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 04:36 PM | Show all posts
Very informative lah Beng.... Cayalah..... Bang mod... tacang tambahan untuk beng...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 05:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by masterixs at 24-8-2009 17:04

Kalau enjin terbakar pasal minyak enjin yg nipis aku rasa mcm tak berapa logik....Mungkin ada faktor2 lain benda nie berlaku agaknya enjin overheat yg disebabkan kegagalan sistem penyejuk sesebuah kereta bertindak menstabilkan kepanasan enjin. Kalau kita cuba pandu kereta dekat redline pun kalau sistem penyejuk radiatornya berfungsi sempurna enjin tak akan overheat walaupun guna minyak jenis nipis malah lebih baik kerana sistem pelinciran lebih sempurna.
Minyak yg nipis biasanya adalah minyak sintetik dan merupakan minyak yg dihasilkan dari sebatian kimia kejuruteraan yg tinggi dihasilkan dgn menggunakan perlaburan yg banyak memakan wang utk menghasilkannya. Dicipta supaya lebih lasak berkeupayaan melindungi enjin yg lebih tinggi berbanding minyak biasa atau mineral dan bukan menjadi minyak yg mudah terbakar atau mudah terperuap.....Kecuali kalau enjin sudah mempunyai masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 05:55 PM | Show all posts
12# masterixs


hmmm....betoi jugak....radiator yer.....buleh jadi penyebab utama henjen jadi overheated tuh....dan seterusnya..head akan jadi bengkok kalau berterusan overheated....itupun kalau tak detonation dulu ah.



p/s: btw, ada sesapa pernah tgk minyak henjen yang dah tertitis ataih extractor ejos jadi meruap bila henjen keta dah panas masa idle?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 07:13 PM | Show all posts
ohh i see..banyak imfo mike bagi ek..
thanks..
teman memahami kini ekeke..
patutnya minyak full synthetic akan beri full blast power n protection laeh..
kalau terbako maknenye de masalah lain la tuh hu4..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 09:13 PM | Show all posts
Kalau ikut silibus kurikulum driving skool yang sekarang nyer, tak silap haku ada dibagitau kebanyakan punca keter tebako ni pasal short circuit laa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 10:08 PM | Show all posts
tapi tue lah report yang dikeluarkan oleh proton..... adakah ianya alasan ataupun benar... ianya terus menjadi misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2009 10:09 PM | Show all posts
tapi tue lah report yang dikeluarkan oleh proton..... adakah ianya alasan ataupun benar... ianya terus menjadi misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 10:58 AM | Show all posts
mine...

short  circuit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.063402 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list