CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BingkaUbi

juadah hari raya dan selera keluarga ......

[Copy link]
Post time 13-9-2009 10:07 PM | Show all posts
100# Hana

hana dlm pantang?
avatar tu baby hana ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2009 02:55 AM | Show all posts
aku pun suka sambal jawa..
sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 10:07 AM | Show all posts
aku pong x leh terima makanan yg mcm x ngam rase dia cth yg tuan umah kate sotong sumbat rase manis. tp klu org kelantan punye ori nasi kerabu sodap, kari darat sodap. tp kuih2 kelantan sorry to say.. to sweet for me... makanan jawe mmg ngan haku sukeeeee.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 09:35 PM | Show all posts
85# maizana

serunding yang tu ana xde resepinya
nanti ana tanyakan makcik2 yang pakar
serunding ana tu simple je
serunding daging tapi tulah setiap kali nak buat kena buka buku resepi dulu
ingat mmg malas tambah lagi kakak sepupu yang pakar memasak dah offer nak buatkan so
kami terima dengan tangan terbuka ajelah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 09:39 PM | Show all posts
byknya menu.......brp ramai tukang makan ni?
BingkaUbi Post at 13-9-2009 07:11


tukang makan tu klu family sendiri adalah dalam 15 orang
pastu kami mengunjung ke rumah makcik2 belah ayah dan arwah mak
kena bagi jiran tetangga yang sebelah dan depan rumah
so adalah dalam lingkungan 18 buah rumah yang nak kena mengunjung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2009 09:36 PM | Show all posts
tukang makan tu klu family sendiri adalah dalam 15 orang
pastu kami mengunjung ke rumah makcik2 belah ayah dan arwah mak
kena bagi jiran tetangga yang sebelah dan depan rumah
so adalah dalam li ...
fatehana Post at 14-9-2009 21:39




dlm sibuk2 masak2 tuhhh jgn lupa pd yg tak berkemampuan yekkk.....sedekah kat org miskin jgn lupe tauuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2009 11:14 PM | Show all posts
Raya tahun ni nak pergi kat rumah anak-anak yatim.  Ada 5/6 budak-budak kat situ yg tak ada rumah untuk balik beraya.  Tak ada family yg ambik dia orang beraya.  I plan nak bawak kuih Raya and rendang, nasi impit.  Ingat nak beli KFC sekali kot.  And some toys, books, colouring materials & duit Raya.  Spend some time with them.  Asyik berjalan-jalan kat rumah sedara-mara buat letih je.  Same old same old.  

Kalau boleh bawak dia orang pegi jalan-jalan pun best jugak.  Tapi management rumah tu tak kasi pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2009 11:58 PM | Show all posts
Raya tahun ni nak pergi kat rumah anak-anak yatim.  Ada 5/6 budak-budak kat situ yg tak ada rumah untuk balik beraya.  Tak ada family yg ambik dia orang beraya.  I plan nak bawak kuih Raya and rendang ...
AnitaSabrina Post at 15-9-2009 23:14



good.....x ramai yg ingat nak sambut raya camnie...sokmo sibuk nak balik raya kat kg cam aku ni......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2009 01:52 AM | Show all posts
103# arinieva


sotong sumbat manis ni...time raya je ke ada?
aku dulu 1 thn blaja kt kelantan...tak pernah jumpa pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 08:54 AM | Show all posts
109# bezita60


bukan juadah lazim di hari raya pun...tu yg ku heran tu apsal ketupat sotong tetiba jek glemer
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 11:24 AM | Show all posts
dlm sibuk2 masak2 tuhhh jgn lupa pd yg tak berkemampuan yekkk.....sedekah kat org miskin jgn lupe tauuu
BingkaUbi Post at 15-9-2009 21:36


insya Allah biasanya ayah akan bawa some of the foods tu ke rumah anak2 yatim yang xde keluarga dan tahun ni mungkin kami akan beraya dengan 2 org anak orang asli yang baru converted (bukan takat anak je yang converted tapi mak paknya sekali). Mak pak bebudak ni akan beraya kat pusat Perkim tapi bebudak ni ayah ana plan nak bawa ke rumah nak bagi dia rasa suasana menyambut Aidilfitri sebagai seorang muslim. Tahun lepas ayah bawa satu keluarga yang baru converted join our family, start dari petang raya sampai raya ke-4. Kalau xde apa aral bebudak tu akan berada kat rumah ayah ana dari pagi Sabtu ni sampai hari khamis depan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 11:43 AM | Show all posts
ni utk sesapa nak beramal ibadat di musim raya

Assalamualaikum w.r.t
  
Tuan/Puan
  
Kita perlu memberi bantuan yang termampu diatas penderitaan adik beradik ini.
  
  
" Kalau ayah meninggal, ayah harap sangat doa dari anak-anak yang soleh mendoakan ayah..." ucap Abdul Karim Abd Aziz , 51 kepada anak keempatnya , Imanina Abdul Karim , 19 , sehari sebelum beliau terkorban dalam satu kemalangan ngeri di Lebuh Raya Persekutuan , berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya pagi Ahad lalu 30 August 2009.
  
Imtinan yang ditemui dirumahnya di No 40 Jalan KM3 , Darul Hidayah , 43100 Hulu Langat , Selangor berkata , mereka sekeluarga tidak menyangka pesanan ayahnya itu menjadi kenyataan .
  
Dalam tragedi tersebut , Abdul Karim memandu kereta perodua kancil maut apabila kenderaannya dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan. Abdul Karim yang bekerja sendiri , meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala isterinya , Maimon Said , 52 dan anak lelakinya , Mohd Ihsan yang berada dalam kereta itu turut parah. Maimon dan Mohd Ihsan dirawat di PPUM dan mereka berdua yang koma semasa kemalangan tersedar pagi selasa lalu .
  
Abdul Karim meninggalkan dua belas anak yang berusia antara 9 hingga 24 tahun , Sementara itu Imtinan yang terpaksa mengambil alih tugas untuk menjaga adaik-adiknya berkata , beliau reda dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga. Beliau yang berkerja sebagai guru di sebuah sekolah agama rakyat , dekat sini berkata biarpun gajinya lebih kurang RM1000 beliau akan cuba sedaya upaya menjaga adik-adiknya. Memanglah selama ini kami adik-beradik bergantung penuh kepada ayah, baik duit belanja ataupun menghantar adik-beradik kesekolah dan sebaginya. Lagipun nasib umi (ibunya) tidak tahu lagi sebab dia pun serius juga, ujarnya dengan nada sedih. Malah katanya beliau tidak mahu adik-adiknya tercicir dalam pelajaran walaupun terpaksa menyara enam lagi adik-adiknya yang masih bersekolah. Katanya , selagi termampu beliau akan menjaga adik-adiknya biarpun masih kabur untuk mencari wang secukupnya.
  
Disaat ini juga katanya , beliau belum terfikir untuk membuat persiapan menyambut kedatangan Adilfitri tidak lama lagi. Beliau berkata, ini termasuklah baju raya adik-adiknya belum dibeli lagi . "tidak tahulah sama mampu beli ataupun tidak kerana sebelum ini ayah yang belikan dan biasanya ayah beli pada akhir Ramadhan,"ujarnya sambil merenung adik-adiknya. bahkan ujarnya , mungkin mereka adik-beradik tidak dapat balik kampung di Lenggung Perak pada hari raya ini. "macam mana nak balik kereta kancil ayah remuk sama sekali dan kami pun ramai. Mereka terdiri daripada , Imtinan ,24 , Ibtihal 23, Inshyirah , 21, Izyani , 18 , Ilhamina , 17 , Ibtisam , 17 , Ibtihaj , 16 , Ismahani , 15 , Mohd Ikram 14 , dan Imtiyaz , 9 tahun. Sementara seorang lagi adiknya , Imanina, 19 berada di PPUM menjaga ibu dan adiknya, Mohd Ihsan 11 tahun yang terlibat dalam kemalangan tersebut,
  
Setiap kali kakak mereka bercerita mengenai ayahnya masing-masing bergenangan air mata. paling tersentuh apabila melihat Mohd Ikram yang diapit kakak dan adik-adiknya tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun apabila ditanya mengenai cita-citanya. Beliau terus menundukkan kepala beberapa ketika bagi menahan sebaknya . Pelajar Maahad Tahfiz , Batu 16 , Ulu Langat ini hanya mampu memandang keluarganya dengan penuh sayu sambil menyapu air matanya. Ketika ini juga adik-adiknya yang lain termasuk neneknya berlinangan air mata melihat kesedihan dan keshahduan Ikram.
  
Dalam pada itu, Inshyirah yang mengambil upah menjahit baju , berkata beliau akan mencari pekerjaan lain untuk membantu adik-adiknya . Beliau yang menetap bersama neneknya di Perak berkata , tidak akan membiarkan adik-adiknya susah, yang penting persekolahan mereka dan ayah pun sebelum ini bersengkang mata untuk menyara kami,"katanya.
  
Sementara itu sesiapa yang ingin menyumbang kepada keluarga anak yatim tersebut bolehlah menghulur bantuan menerusi akaun bank
  
INSHYIRAH ABDUL KARIM : 158136726121 MAYBANK

Tolong panjangkan email ini kepada sahabat anda yang lain . terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 04:04 PM | Show all posts
108# BingkaUbi

I Raya kat KL je.  Mum & MIL both close by.  Relatives pun dah kurang - ada yg dah arwah, pindah jauh etc.  So my sons macam tak ada aktiviti masa Raya.  By first day Raya dah habis visiting sedara-mara.  

That's why I incorporate beraya with anak-anak yatim.  Anak I pun dua orang je.  Asyik-asyik gaduh & main with each other.  And I so miss holding babies in my arms.  Kalau kat sana adalah babies yang kita boleh gendong, susukan and main agah-agah.  Best!  But sedih jugak at the same time.  Rasa nak je bawak dia orang balik rumah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.056568 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list