View: 3670|Reply: 14
|
John Lennon : Legenda Yang Terus Dikenang -
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by dexa at 13-9-2009 15:03
Sabtu September 12, 2009
John Lennon, lagenda yang terus dikenang
Susunan oleh SHAHRIL ADZRIN
John Winston Lennon.
JIKA John Lennon hanya wujud sebagai salah seorang daripada empat ahli kumpulan 'The Beatles', keabadian artistiknya akan tetap terserlah. Beliau digelar 'smart Beatle' kerana memiliki ketajaman akal dan pintar dalam membawa muzik 'Beatles' dan penyampaian dirinya sendiri. Tetapi dalam lagu-lagu seperti 'Strawberry Fields Forever', Norwegian Wood (This Bird Has Flown)', 'Rain' dan 'In My Life' beliau telah menghasilkan serta menyusun melodi-melodi yang indah sehingga berjaya membuatkan pendengar merasakan mereka berada di dunia yang indah.
Setiap hasil kerjanya bukan sahaja menggambarkan betapa pekanya beliau terhadap muzikal dan sastera, tetapi juga memperlihatkan keperibadiannya yang pintar.
Secara ringkasnya, hasil kerja beliau lebih kepada satu wawasan hidup dan begitu realistik.
John Lennon atau nama sebenarnya John Winston Lennon telah dilahirkan pada 9 Oktober 1940 di Liverpool Maternity Hospital, Oxford Street.
Bapa John, Freddie Lennon dan ibunya Julia telah menamakannya hasil gabungan dua nama iaitu sempena nama datuknya, John Jack Lennon dan Winston Churchill.
Sejarah perkahwinan John Lennon bermula apabila beliau telah jatuh cinta dan berkahwin dengan Cynthia Powell pada 23 Ogos 1962. Hasil dari perkahwinan tersebut, Powell telah melahirkan anak pertama John Lennon iaitu John Charles Julian Lennon pada 8 April 1963 di Sefton General Hospital.
Perkahwinan keduanya ialah dengan seorang wanita Jepun bernama Yoko Ono. Pasangan ini telah berkahwin pada 20 Mac 1969 di Gibraltar. Namun pada Jun 1973, mereka telah berpisah tetapi kemudian merujuk semula pada 1975.
John Lennon bersama isteri keduanya, Yoko Ono, setelah berpisah dengan Cynthia Powell. - foto AP
John dengan Ono mempunyai seorang anak lelaki bernama Sean Taro Ono Lennon. Sean telah dilahirkan pada hari lahir bapanya yang ke-35 iaitu 9 Oktober 1975.
Karier bersama 'The Beatles'
Ketika beliau memutuskan untuk menghasilkan muziknya sendiri, John Lennon bersama temannya dari Quarry Bank High School, Eric Griffiths, telah belajar bermain gitar di Hunts Cross, Liverpool. John Lennon mula menubuhkan kumpulan pertamanya 'The Quarrymen' pada Mac 1957.
The Beatles, dari kiri: Paul McCartney, George Harrison, Ringo Starr dan John Lennon.
Pada 6 Julai 1957, John Lennon telah bertemu Paul McCartney ketika mengadakan konsert kedua 'The Quarrymen' di St.Peter Church Garden.
John Lennon telah mula menulis lagu pertamanya pada tahun 1958 yang berjudul 'Hello Little Girl' di mana telah direkodkan kemudiannya oleh 'Beatles' pada tahun 1962 ketika satu sesi ujibakat di Decca Records.
John Lennon sentiasa dianggap sebagai ketua kumpulan 'The Beatles' kerana kepintarannya dan usianya yang lebih tua berbanding anggota yang lain.
'The Beatles' membuat penampilan pertama mereka di Cavern Club, Liverpool pada Januari 1961 dan mereka telah bersetuju untuk melantik Brian Epstein sebagai pengurus mereka.
Pada 11 Februari 1963, kumpulan ini berjaya merakamkan album pertama mereka 'Please Please Me' dalam masa satu hari.
Ketika bersama 'The Beatles', John Lennon telah menulis dua buku berjudul In His Own Write dan A Spaniard in the Works, sementara itu 'The Beatles' telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan British apabila dianugerahkan 'Members of the Order of the British Empire' pada tahun 1965.
Pada tahun yang sama juga, John Lennon telah menghasilkan lagu 'Help!'.
Beliau mengejutkan banyak pihak apabila meninggalkan 'The Beatles' pada September 1969, namun bersetuju untuk tidak membuat sebarang pengumuman. Tetapi John Lennon menjadi marah apabila McCartney mengeluarkan satu kenyataan dalam satu wawancara pada April 1970, mengatakan John Lennon bukan lagi seorang anggota 'The Beatles'.
Kontroversi John Lennon
Sewaktu masih bersama 'The Beatles', John Lennon telah menunjukkan sikapnya yang bersuara lantang yang membawa kumpulan ini dilanda kontroversi.
Beliau dikatakan telah membuat kenyataan kontroversi pada 1965, mengatakan bahawa 'The Beatles lebih popular dari Jesus'. Kenyataannya itu telah mengakibatkan semua album mereka dibakar dan dikeluarkan dari senarai stesen radio di Amerika Syarikat.
Namun pada 11 Ogos 1966, 'The Beatles' telah mengadakan satu sidang akhbar di mana John Lennon telah meminta maaf dan mengatakan kenyataannya itu telah disalah tafsir oleh pihak media.
Ahli-ahli Vatican pada ketika itu telah memaafkan John Lennon dan kekecohan isu tersebut pun berakhir. Sejak kejadian itu, 'The Beatles' telah memutuskan untuk tidak lagi membuat sebarang persembahan atau konsert.
John Lennon juga pernah berjaya dengan karier solonya
dan banyak menghasilkan album bersama Yoko Ono.
Karier solo John Lennon
Pada penghujung 1968, John Lennon telah membuat persembahan bersama kumpulan 'The Dirty Mac'. Kumpulan ini dibarisi oleh John Lennon, Eric Clapton, Keith Richards, Mitch Mitchell dan Yoko Ono.
Album solo pertama mereka berjudul 'Live Peace in Toronto' telah dirakamkan di Festival Rock 'n' Roll di Toronto bersama 'The Plastic Ono Band' pada tahun 1969.
Beliau turut merakamkan tiga single solonya iaitu 'Give Peace a Chance', 'Cold Turkey' dan 'Instant Karma!'
John Lennon banyak menghasilkan lagu-lagu yang berbentuk anti peperangan dan kebanyakkan lagunya telah dilarang untuk disiarkan di stesen radio.
Beliau telah bersara pada November 1980, selepas menghasilkan album 'Double Fantasy' yang turut menampilkan Ono. Pada Jun sebelumnya, beliau telah pergi ke Bermuda dan di sana dia telah menulis lagu untuk sebuah album.
Nama album tersebut merujuk kepada sejenis bunga freesia yang ditemuinya ketika berada di Bermuda Botanical Gardens dan merasakan bunga tersebut adalah lambang perkahwinannya bersama Ono.
Pemergian lagenda rock ini memberi impak yang besar terhadap industri muzik. - foto AFP
John Lennon telah menulis dan merakamkan lagu untuk album seterusnya yang dirancang sebagai album lanjutan berjudul 'Milk and Honey' yang telah dikeluarkan selepas kematiannya pada tahun 1984.
Perginya seorang lagenda
Pada malam 8 Disember 1980, kira-kira pada pukul 10.50 malam, Mark David Chapman telah menembak John Lennon dari belakang sebanyak empat kali di hadapan pintu masuk kediamannya di Dakota.
Sebelum itu, John Lennon telah memberikan autografnya kepada Chapman di atas kulit album 'Double Fantasy'. Chapman telah mengekori John Lennon sejak Oktober lagi.
Yoko Ono berdiri di sebelah poster mendiang suaminya, John Lennon,
yang sentiasa dikenang hingga kini, malah muziknya tetap berkembang. - AP
John Lennon telah dikejarkan ke bilik kecemasan Hospital Roosevelt tetapi telah disahkan meninggal dunia setibanya di hospital tersebut pada jam 11.07 malam.
Mayat John Lennon telah dibakar di Kawasan perkuburan Ferncliff di Hartsdale, New York dan abunya telah disimpan oleh Ono.
Sepanjang kariernya, John Lennon telah menerima banyak anugerah seperti:
Ketika bersama The Beatles (Anugerah BRIT)
1977: Sumbangan cemerlang terhadap industri muzik sejak 25 tahun lepas.1977: Kumpulan British terbaik sejak 25 tahun lepas.1977: Album British terbaik sejak 25 tahun lepas.1983: Sumbangan cemerlang pada industri muzik.
Karier Solo
1982: Anugerah Grammy - Album terbaik sepanjang tahun 1981 (Double Fantasy).1982: Anugerah BRIT - Sumbangan cemerlang terhadap industri muzik.1992: Anugerah Grammy - John telah menerima anugerah pencapaian seumur hidup2008: Majalah Rolling Stone menyenaraikan John Lennon sebagai '100 Penyanyi Terbaik Sepanjang Masa'.
Pengaruh John Lennon sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Muziknya, seperti akan hidup selamanya.
Mendengar lagu dan muzik ciptaanya akan membuat kita faham bahawa setiap muzik yang dihasilkannya adalah berdasarkan satu wawasan dan beliau cuba untuk menjadikannya satu kenyataan.
*******************************************************************
bila sebut john lennon... mesti sinonim ngan the beatles... tak sah the beatles tanpa john...
in fact, nak kirakan.. john ni leader the beatles....
saya minat the beatles dari kecil lagi...(ada thread the beatles rasanya kat international celebrity
re: the beatles) -
.. masa kecil2 sokmo tengok cartoon the beatles (masa tu of course dah tak ada the beatles dah -
dah berpecah..) - intro dia lagu - help - the beatles terpaksa
lari sampai nyorok dalam tong sampah etc etc... great cartoon.. rasanya half an hour aje tapi
BEST... sebab semuanya musical - depa main lagu2 the beatles.... saya collected semua album
depa dari masa study kat oversea.. -
... bila john was assassinated dec 8th 1980, memang menyedihkan fan beatles in general and
john specifically... memang kalau nak kira saya suka paul lagi..(girls suka paul lebih sikit dari john)
tapi depa berdua memang musician yang hebat.... lagu2 yang depa gubah dan tulis lyric semua
best belaka.....
sekarang semua tinggal kenangan, eh... tapi.. lagu2 depa tetap jadi kenangan dan memang
semuanya ada sejarah tersendiri..... suka lagu john - norwegian wood, you've gotto hide your love away...
in my life... whoaaa memang banyak kalau nak disenaraikan....
john pun handsome sangat... - masa pergi new york few years ago - saya pergi dakota apartment tu
depan tu yang john kena assassinated by mark chapman... (masa dia kena tangkap - dia bawa buku
catcher in the rye - by jd salinger - and in fact, dia baru aje dapatkan autograph john )
tak silap lepas tu buku tu jadi best seller.. saya pun baca gak... -
anyway... john lennon... you weren't forgotten...the gifted musician -
|
|
|
|
|
|
|
|
btul..lagu2 dia semua bessss |
|
|
|
|
|
|
|
band legend yang cukup best...penuh dengan facts yg interesting.... lastly disudahi dengan tragedi...gooodness somehow aku rasa pembunuhan tu menjadikan band ni leebih2 legend. |
|
|
|
|
|
|
|
IMAGINE BY JOHN LENNON... lagu ni memang superb
Imagine there's no heaven
It's easy if you try
No hell below us
Above us only sky
Imagine all the people
Living for today...
Imagine there's no countries
It isn't hard to do
Nothing to kill or die for
And no religion too
Imagine all the people
Living life in peace...
[ Find more Lyrics on www.mp3lyrics.org/jG ]
You may say I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will be as one
Imagine no possessions
I wonder if you can
No need for greed or hunger
A brotherhood of man
Imagine all the people
Sharing all the world...
You may say I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will live as one |
|
|
|
|
|
|
|
Bapa John, Freddie Lennon dan ibunya Julia telah menamakannya hasil gabungan dua nama iaitu sempena nama datuknya, John Jack Lennon dan Winston Churchill.
dexa,
winston churchill ni PM britain ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
the beatles are the best
tapi antara smue aku suka george. |
|
|
|
|
|
|
|
selejen mana ben bitels..metalika tetap lejen dihati aku |
|
|
|
|
|
|
|
Masa aku sekolah rendah dulu tahun 70an , ada seorang cikgu bahasa inggeris , depa panggil cikgu "Rahim Beatles"..bila aku dah remaja dah mula ikuti hiburan baru aku tau muka cikgu Rahim tu mirip George Harrison sebab tu depa panggil Cikgu Rahim Beatles sampai la ni |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti aku balik raya , aku cari gambar Cikgu Rahim Beatles pastu aku paste kat sini.
cm_matjawasp Post at 17-9-2009 02:58
haha.. macam2... ha.. nanti kita compare kan... ada ala2 george tak....
btw george was considered anggota beatles yang PENDIAM....
saya suka lagu2 dia even post beatles...
macam -- i've got my mind set on you...
yang best masa dia jadi one of the wilbury's.... band travelling wilbury's....
saya simpan cassette tw tu... suka semua agu2 dia - handle with care (yang george nyanyi)
pun best -
anggota travelling wilbury's semua BEST.... dylan, jeff, orbison, harrison.... best sangat.. -
suka lagu depa - CONGRATULATION - |
|
|
|
|
|
|
|
Bapa John, Freddie Lennon dan ibunya Julia telah menamakannya hasil gabungan dua nama iaitu sempena nama datuknya, John Jack Lennon dan Winston Churchill.
dexa,
winston churchill ni PM britain ke ...
joyahglam Post at 15-9-2009 13:19
yup
winston churchill was britain PM twice
1940-1945 then 1951-1955 |
|
|
|
|
|
|
|
haha.. macam2... ha.. nanti kita compare kan... ada ala2 george tak....
btw george was considered anggota beatles yang PENDIAM....
saya suka lagu2 dia even post beatles...
macam -- i've ...
dexa Post at 17-9-2009 09:16
Tak caya muka Cikgu Rahim Beatles muka cam George Harisson nanti aku cari album lama lama masa balik raya ,
Cikgu Rahim ni mengajar kat Sekolah Tikam Batu tahun 1963 sampai 1990, Ton Mat Jiwa kakak Datok K pun pernah ngaji kat dia |
|
|
|
|
|
|
|
Tak caya muka Cikgu Rahim Beatles muka cam George Harisson nanti aku cari album lama lama masa balik raya ,
Cikgu Rahim ni mengajar kat Sekolah Tikam Batu tahun 1963 sampai 1990, Ton Mat Jiwa ka ...
cm_matjawasp Post at 17-9-2009 09:22
ah... kira orang kedah la ye... tikam batu tu kat kedah, kan.. -
so kiranya mat ni ex tikam batu la, eh -
* boleh aje post gambar cikgu rahim aka george dengan mat sekali --
mana la tau... mat ala ala john pulak... - |
|
|
|
|
|
|
|
Majalah mempunyai tandatangan John Lennon dijual RM44,209
18/09/2009
AMHERST, New Hampshire 18 Sept. – Sebuah majalah tahun 1966 yang mempunyai tandatangan John Lennon dan mengandungi artikel yang menyatakan Beatles lebih popular daripada Jesus dijual pada harga AS$12,713 (RM44,209) hari ini.
Seorang pakar bedah ortopedik di Pusat Perubatan Mount Sinai, New York telah memenangi bidaan tertinggi lelongan secara di dalam talian yang dianjurkan oleh RR Auction of Amherst, New Hampshire.
Lennon menandatangani `John C. Lennon’ di atas gambarnya pada majalah `Datebook’ keluaran September 1966.
Dalam majalah itu, Lennon berkata: “Kristian akan lenyap. Ia akan hilang dan semakin pudar. Saya tidak perlu berdebat tentang itu.
“Ini adalah kenyataan dan saya akan buktikan kebenarannya. Kami lebih popular daripada Jesus. Saya tidak pasti siapa yang akan lenyap dahulu, sama ada rock `n' roll atau Kristian.” katanya.
Komennya itu menyebabkan banyak sentimen anti-Beatle di Amerika Syarikat. – AP
*********************************************************************************
...dia signed John C. Lennon -- c = christ? ....by right W = winston -
ingat lagi baca article pasal dia dikecam kata beatles is more popular than jesus -
habis album2 beatles gambar2 beatles kena bakar
-- agaknya yang bakar tu sesal la juga - otherwise boleh jadi antik harga ribu ribu
kalau jual la ni, eh - |
|
|
|
|
|
|
| |
|