CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7669|Reply: 15

Organised Crime in Malaysia (Jenayah terancang di Malaysia)

[Copy link]
Post time 16-9-2009 01:15 AM | Show all posts |Read mode
MICHAEL CHIA, TOKOH PERNIAGAAN BN YANG BERJAYA?
Written by Admin   
Tuesday, 15 September 2009 09:03



Oleh: MOHD YATIM SUHAILI
  

  ‘PENGGUBAHANwang Haram’ seringkali dikaitkan dengan ‘Kegiatan Membiayai Keganasan’seperti kes yang dibongkar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong(ICAC) dengan penangkapan Michael Chia Tien Foh pada 14 Ogos 2008bersama $16 juta wang Singapura ketika cuba menyeludup keluar wangtersebut ke Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok,Hong Kong.

  'PengubahanWang Haram' (PWH) atau ‘money laundering' merupakan aktiviti mensabotajekonomi yang telah mengakibatkan kerugian berbilion ringgit kepadaMalaysia sehingga mendesak kerajaan mengamalkan dasar yang agak ketatbagi menangani masalah jenayah terancang ini.
  
PWH dikatakan amat popular di peringkat antarabangsa terutamanyagolongan pengedar-pengedar dadah, pembalak haram, kongsi gelap, bookie,pemain judi dan kumpulan pengganas.

  

  Kendatipunterdapat pelbagai undang-undang telah digubal di seluruh dunia, namunPWH semakin sukar di kawal kerana ‘penjenayah kolar putih’ inimempunyai cara untuk menyelamatkan diri dengan rangkaian antarabangsa,melainkan yang melakukannya secara amatur seperti Michael Chia.


  
MODUSOPERANDI....  Michael menggunakan kaedah pelapisan untuk menggubah wangharam agar tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa  Malaysia.

PWHdikatakan berasal daripada satu kumpulan kongsi gelap/ penjenayahantarabangsa yang menggunakan duit hasil kegiatan jenayah untuk'dilaburkan' atau 'dibersihkan' dengan menggunakan jalan-jalan yangberlandaskan undang-undang seperti menerusi aktiviti pembelian saham,stok, derivatif, futures, FOREX, insurans, pembiayaan industri/ projekyang besar, terlibat dalam sektor hartanah dan sebagainya.
  

  Malah'penjenayah' menggunakan wang berkenaan bagi 'membiayai' dan 'membeli'bank-bank tertentu (yang bermasalah) untuk diniagakan menerusi pelbagaiskim pinjaman berfaedah termasuk segala potongan cukai bagi'membersihkan' wang berkenaan dan mengikut 'lunas undang-undang' sertadianggap sebagai 'revenue'/hasil atau sebagai mana kata pepatahInggeris, 'doing the wrong thing by the right way'.
  
PWH juga menandakan wujudnya operasi jenayah terancang (organisedcrime) dan transnasional kerana evolusinya amat pantas disebabkanpenjenayah amat bijak menyesuaikan teknik 'pelaburan' agar sukardikesan tambahan pula dengan adanya teknologi ICT yang mempermudah danmempercepatkan lagi urusan 'perniagaan'.

  

  Lazimnyaapabila banyak keuntungan diperolehi dari 'pelaburan' PWH, maka dengansendirinya kemungkinan 'keuntungan' ini digunakan pula untuk membiayaiaktiviti jenayah adalah tinggi.

  




TUHAN....Wang ini menjadi 'Tuhan Manusia' yang disembah peniaga yang mahu cepatkaya melalui kegiatan haram, namun penguatkuasa seperti tidakberkuasa...

Prosesyang dilakukan Michael Chia dinamakan ‘Proses Pelapisan’ iaitumerupakan konsep menjadikan wang haram menerusi proses pusinganpelbagai tingkat yang kompleks termasuk menyerap ke dalam sistempengauditan.
  

  Tujuanutama 'pelapisan' dilakukan ialah untuk 'menidak-kaitkan sejauhmungkin' wang berkenaan daripada 'sumber asalnya'. Pelapisan biasanyadilakukan dengan aktiviti simpanan dan pengeluaran secara berulang kalimenerusi akaun di bank-bank offshore kerana
akaun-akaun ini melibatkan syarikat-syarikat 'kosong' yang menggunakan kaedah Electronic Funds Transfer (EFT).

  

  Aktivitiini amat sukar dikesan kerana wang berkenaan dibahagi-bahagikan kepadaterlalu ramai individu dan 'syarikat-syarikat' dan lebih menyulitkanlagi, 'penjenayah' mengetahui bahawa apabila berlaku terlalu banyaktransaksi harian di pihak bank-bank offshore, maka mereka akan mudah'menyelinap masuk' tanpa dikesan.

   

KNOW...Hey, do you know me? It's look like me, smile like me, but i cantrecognise either it is me? Do we know each other? Oh! may be atDanagaya Reloaded... yeah... yeah..

  Selainitu, mereka juga membuat pembelian stok, komoditi, FOREX dan urusniagalain yang sukar dikesan kerana transaksi harian yang terlalu tinggi.
  
Michael Chia juga menggunakan kaedah Integrasi dan Penyerapan Wangharam yang diintegrasikan atau diserap ke dalam sistem kewangan danekonomi yang sah dan menjadikan wang ini akhirnya seolah-olah 'dimilikisecara sah' oleh 'penjenayah'.

  
Dengan menubuhkan beberapa syarikat di Sabah dan luar negara, 'transaksinya
terjamindirahsiakan' kerana kononnya 'diluluskan' pinjaman yang berasaldaripada 'wang haram' sehingga memberikan ruang untuk mendapatkan'potongan cukai' dan 'pembayaran kembali' wang berkenaan dengan'faedah'nya sekali.


   

MEWAH....MichaelChia hidup mewah bermandikan wang atas usaha bersungguh-sungguh BNmelahirkan usahawan yang berjaya di peringkat antarabangsa.

MichaelChia juga menghantar invois yang bersabit dengan perniagaan import/eksport terutama kayu balak bulat atau bergergaji yang memudahkanpenjenayah ini memindahkan wang berkenaan dari satu syarikat ke satusyarikat yang lain atau dari satu negara ke satu negara yang lain.
  
Namun Michael tidak cekap menggunakan kaedah EFT menerusi bank-bankyang 'dikuasai' oleh 'penjenayah' ini seperti melalui pembelian,pelaburan, pembiayaan wang yang tinggi.

  

  Sekalipunbanyak undang-undang Anti-Laundering digubal di seluruh dunia sepertiperuntukan menghadkan jumlah simpanan pada sesuatu masa, tempohbertenang untuk pemeriksaan, tetapi penjenayah seperti Michael Chiatetap pandai mengaburi mata pihak insitusi perbankan dan kewangandengan hanya menerusi kaedah-kaedah menggunakan nama ramai individu,syarikat-syarikat yang menjalankan berbagai jenis perniagaan sehinggamampu melumpuhkan ekonomi negara dalam masa yang sangat pantas.
  

  KehebatanMichael Chia kerana beliau mendapat ‘Suaka Politik’ Kerajaan Malaysiadi ‘sebalik tabir’ dan Kerajaan Negeri Sabah sehingga berjaya melakukan'Total Media Black-Out' apabila tidak ada satu media cetak yangmelaporkan kes beliau sekalipun Suruhanjaya Pencegah Rasuah Hong Kong(ICAC) menangkap beliau ketika cuba membawa keluar $16 juta dolarSingapura daripada Lapangan Terbang Hong Kong.



PEJABAT....Pejabat Michael Chia ini sedang diubahsuai agar kelihatan canggih danmenjadi tempat Yap Wai Lin yang 'buta huruf' membaca sabahkini.netsetelah membeli skrin besar.

  ‘Kekebalan’ atau ‘imuniti’ Michael Chia begitu terserlah apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum mendakwa
MichaelChia ke Mahkamah walaupun semua bukti kegiatan haramnya telahdiperolehi bersama siasatan ICAC di Kota Kinabalu kerana mendapat‘suaka (perlindungan) politik’ kerana beliau ‘dianggap’ sebagai ‘AdikAngkat’ kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.



  SekalipunMusa menafikan mengenali atau pernah berurusan dengan ‘Michael Chia’setelah pemimpin DAP yang diketuai Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr HiewKing Cheu dengan ditemani Lim Kit Siang membuat laporan polis di BalaiPolis Dang Wangi, Kuala Lumpur, namun majoriti rakyat Sabah mengetahuihubungan akrab Musa dengan Michael Chia sejak 1996 lagi apabila Musadilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah.


  Melaluidan dengan kerjasama Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah, DaudTampokong, Michael Chia yang telah dibantu ‘imuniti politik’ melakukankegiatan ‘Timber Laundering’ iaitu ‘melupuskan kepentingan JabatanHutan dengan menyerahkan kawasan hutan simpan komersil’ kepada YayasanSabah untuk dibalak.


  
SCOW....Sebahagiandaripada Scow milik Michael Chia yang memonopoli pengangkutan balanYayasan Sabah melalui tiga syarikat miliknya.Kesemua Scow ini dibelisecara tunai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2009 01:16 AM | Show all posts
YayasanSabah kemudiannya dipengaruhi agar memberikan konsesi berkenaan tanpamelalui kelulusan ‘Kabinet Negeri Sabah’ kerana mengikut peraturankelulusan kawasan konsesi melebihi 1,000 hektar wajib mendapatkelulusan Kabinet Negeri Sabah.
  MemandangkanYayasan Sabah berkuasa penuh melantik kontraktor atau subkontraktoruntuk membalak dan mengangkut kayu balak yang ditebang, maka MichaelChia telah mengungguli kegiatan ini sejak 2003 selepas Musa Amandilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.


  Sebelumini, Michael Chia dan bapanya, Chia Nyet Min hanya dilantik sebagai‘Agen’ menguruskan pembalakan dan pengangkutan scow bagi semua kawasanKonsesi Yayasan Sabah, namun apabila Musa mempunyai ‘Kuasa Eksekutif’,maka Michael Chia telah diluluskan kawasan pembalakan seluas 150,000hektar melalui lima syarikat miliknya dan syarikat kroni lain sejak2003 sehingga kini.


  Terbaru, pada 22 Ogos 2009, Michael Chia telah mendapat tiga konsesi di Kawasan Hutan Simpan Komersil Kuamut
iaitu YS 3/07 (5), YS 3/07 (6A) dan YS 3/07 (6B) kesemuanya seluas
6,688.55 hektar di kawasan tanah tinggi melebihi 25 darjah yang tidak boleh dibalak.



  
OPERASI...Scow Michael Chia sedang beroperasi di Pangkalan Silam Kennedybaysedangkan Jabatan Perhutanan Sabah memaklumkan tidak ada lagipembalakan di Lahad Datu, namun persoalannya daripada mana kayu balakini sedangkan kayu balak Michael dikumpul di Pangkalan Sapi, Beluran.

JabatanPerhutanan Sabah ‘bersandiwara’ dengan menangguhkan kebenaran membalakbagi dua konsesi YS 3/07 (6A) dan YS 3/07 (6B) berikutan laporan polisyang dibuat Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat merangkap PresidenYayasan Warisan Borneo, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.


  NamunJabatan Perhutanan Sabah tidak menghalang pembalakan di konsesi YS 3/07(5) sedangkan ianya juga di kawasan tanah tinggi melebihi 25 darjah dandisyaki terlibat dengan pemalsuan peta pembalakan yang dilakukan secaraterancang oleh Han Bersaudara iaitu Frank Han Kan Kong (Pengurus BesarDanagaya Sdn.Bhd) dan abangnya, Han Wai Kong yang bertugas di UnitPemetaan/GIS Jabatan Perhutanan Sabah.


  Memandangkankegiatan pembalakan yang dilakukan Michael Chia berskala besar dankebanyakannya melalui ‘Timber Laundering’ ini tidak direkodkan, makaMichael Chia terpaksa menggunakan kaedah PWH untuk membersihkan ‘WangHaram’ yang diperolehi melalui ‘jenayah pembalakan terancang’ ini agarterus dilindungi apabila ‘pihak yang melindunginya’ memperoleh habuanmelalui ‘Wang Haram’ yang sukar dikesan kerana melalui beberapa prosespelapisan dan transaksi sah seolah-olah berlaku ‘urusniaga’
perdagangan.



  Hanyakurang daripada 20 peratus urusniaga ‘pembalakan’ ini direkodkanmanakala selebihnya menyimpang daripada tatacara pengurusan untukmemberi keuntungan yang lebih dan membiayai dana
yanglebih besar kepada ‘rangkaian Mafia berkolar putih’ iaitu yang beradadi dalam sistem pentadbiran Kerajaan negeri yang melindungi kegiatan‘Timber Laundering’ melalui kegiatan ‘Money Laundering’ ini.



  PenangkapanMichael Chia adalah malapetaka yang besar bagi ‘Rangkaian Sindiket’berkenaan kerana satu persatu rahsia yang disimpan kemas selama iniberjaya dibongkar oleh media alternatif setelah media arus perdanatelah ‘ditawan’ oleh ‘pihak yang melindungi’ Michael Chia selama ini.


  Keghairahan‘Michael Chia’ berbelanja lebih dan rangkaian mafia antarabangsa yangbekerjasama dengannya selama ini menyebabkan beliau leka dan berasakebal sehingga tidak menyedari rekod masuk dan keluar anak mudaberambut ‘Dragon Ball’ ini dipantau oleh ICAC sejak tiga tahun laludengan kerjasama Interpol, walaupun SPRM hanya ‘memejamkan mata’.


  Padajam 2.30 petang, 14 Ogos 2008 adalah hari malang bagi Michael Chia dan‘rangkaian sindiket’ yang melindunginya selama ini kerana ‘tertangkapbasah’ apabila cuba menyeludup keluar $16 juta wang Singapuraberdominasi 10,000 setiap satu di dalam ‘brief case’.



KOSONG.....Syarikatkosong ini ditubuhka untuk mengaburi Lembaga Hasil dan pihakpenguatkuasa serta mendapat pengecualian cukai sedangkan ia menjaditempat Michael Chia menyuci wang haram.

  KetuaPesuruhjaya Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Panglima Ahmad SaidHamdan patut malu apabila Pengarah BPR Sabah, Puan Hajjah Latifah MdYatim yang menyiasat kes Michael Chia ditukar ‘24 Jam’ ke Pulau Pinangatas arahan ‘pihak atasan’ sedangkan Ahmad Said bertanggung jawab penuhmelindungi pegawainya yang menjalankan tugas dengan jujur, tanpa tundukkepada tekanan.



  Penukaranserta merta Latifah telah menutup rapat ‘Fail Jenayah’ Michael Chia,namun gagal menutup mata media alternatif seperti Sabahkini.net danMalaysiatoday.net yang tidak henti-henti menyiarkan kisah ‘istimewa’Michael Chia yang menjadi ‘Don’ atau ‘Superstar Mafia’ yang dikagumi dikalangan penjenayah antarabangsa.


  Anehnya,212 orang Ahli Parlimen Malaysia, termasuk Perdana Menteri Malaysia danKetua Pembangkang yang membahas dan menggubal Undang-Undang Di DewanRakyat sehingga menjadi Akta Penggubahan Wang Haram dan PencegahanMembiayai Keganasan 2001 gagal berfikir secara logik dan seolah-olah‘buta atau dikaburi’ dengan pangkat dan harta yang mereka miliki,bagaikan ‘Penyamun disuruh menangkap pencuri’.


  ‘Apake jadahnya’ apabila Seksyen 4 (1) (a) yang dibaca bersama Seksyen 87(1) (b) Akta Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Membiayai Keganasan2001 yang membawa hukuman denda maksima RM5 juta atau penjara.


  Dendayang dikenakan terlalu rendah sedangkan satu transaksi PWH melibatkanratusan juta menyebabkan Michael Chia sanggup ‘ditangkap’ 200 kalikerana mampu membayar denda bagi mengelak penjara bagaikan bermain‘Dota’ atau ‘Warcraft’ di cybercafé.



  Namunjika bagi kesalahan tersebut dipinda kepada Hukuman Gantung Sampai Matiatau Penjara Seumur Hidup atau Hukuman Tembak seperti diperkenalkan diTaiwan atau China, maka Michael Chia akan berfikir 200 kali sebelummembawa $16 juta Singapura dalam briefcasenya kerana ketika ditangkap,beliau mengaku telah melakukan perkara yang sama sebanyak 89 kali ataudengan kata lain setiap bulan sejak 2003.


  PenangkapanMichael Chia merupakan ‘Jackpot’ bagi ICAC namun amat memalukan Sabahapabila Ketua Menteri Sabah meniru gaya V.K.Lingam dalam drama ‘LingamGate’, “Look Like me, sound like me, but its no me’ apabila beliaumengaku tidak mengenali ‘Michael Chia’ atau tidak pernah berurusandengan ‘Michael Chia’ yang dianggap sebagai ‘invisible man’ ataumanusia halimunan.


  Menurutmaklumat dalaman yang agak sulit daripada ICAC, Michael Chiamenjelaskan modus operandi PWH yang dilakukannya sejak 2003 denganmemasukkan ‘Wang Haram’ ke akaun seorang Peguam terkenal di Sabah,Richard Barnes yang bertugas di Shelly Yap & Co sebelum wangberkenaan dipindahkan ke akaun seorang peniaga ternama.



  Peniagaberkenaan akan memindahkan transaksi tersebut ke akaun seorang tokohpolitik ternama bagi mengelakkan ianya dikesan Interpol dan ICAC sertaSPRM yang ‘buta huruf’ berhubung PWH, apatah lagi jika ianya dilakukandi luar negara.


  Praktikyang diamalkan di Malaysia agak mengelirukan kerana jenayah yangdilakukan di luar negara dianggap bukan jenayah di dalam negara.Sebagai contoh ada tokoh politik tertangkap di Australia kerana membawatunai melebihi RM2 juta namun akibat ‘I Speak No English’ tokohberkenaan dibebaskan dan tidak dianggap bersalah oleh Kerajaan Malaysiadan dilantik sebagai Senator dan Menteri.


  Begitujuga dengan tokoh yang hanya berkelulusan ‘Darjah Enam’ ditangkap dinegara jiran kerana melanggani pelacur dan memasuki negara tersebuttanpa pasport. Beberapa pemimpin Malaysia bersungguh-sungguhmembebaskan ‘tokoh kampungan’ tersebut daripada penjara melaluihubungan diplomatik. Setelah dibebaskan daripada penjara di negaraJiran’ dipilih sebagai calon BN dan memenangi pilihanraya dan menyucidosanya dengan perlantikan sebagai ‘Yang Berhormat’.




KILANG....Kilang Scow ini juga dibeli secara tunai, namun Lembaga Hasil hanyatersenyum sinis kerana tidak berani menyiasat kerana menganggap kawasanini sebagai 'Sarang Tebuan.'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2009 01:16 AM | Show all posts
Apatahlagi Michael Chia dan tokoh yang melindunginya, mereka dianggap ‘juara’sekalipun hakikatnya mereka adalah ‘penderhaka’ kepada negarasemata-mata kerana mereka memiliki ‘Tuhan Manusia’ yang disembah‘penjenayah antarabangsa’ iaitu ‘wang’ sehingga apa sahaja yang merekalakukan dianggap ‘maksum’ dan pihak yang membongkar kejalangan merekadituduh sebagai ‘penyebar fitnah’.


  Melaluikegiatan PWH, Michael Chia hidup mewah dan mampu membeli atau melakukanapa sahaja termasuk membeli bangunan, kereta mewah, mesin dan hartanahsecara tunai tanpa berani disentuh oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri atauJabatan Kastam.

  Walaupunundang-undang Negara menetapkan dan memberi kuasa kepada MenteriKeselamatan Dalam Negeri untuk menganggap mana-mana entiti sebagaipengganas dan boleh merampas harta benda entiti berkenaan dan bolehdilucuthakkan kepada Kerajaan Persekutuan, namun belum ada tanda-tandamenteri akan bertindak demikian sekalipun portal Malaysiatoday.nettelah mendedahkan segala-galanya.



TUNAI....Bangunan empat tingkat ini dibeli secara tunai menggunakan wang hasilmoney launderingnya namun tidak ada siapa berani mengganggu berbandingjika seorang kerani membeli peti sejuk secara tunai!

  Hasil kegiatan PWH yang dijalankannya selama ini, Michael Chia telah Berjaya memiliki harta berikut;
  1)
Empat buah kereta mewah Lamborghini dan satu daripadanya bernombor WDQ 12, sebuah daripadanya disimpan di Singapura.
  2)
Sebuah Mercedes S 350
  3)
Sebuah Mercedes SLK yang bernombor SAA63K
  4)
Dua buah Skyline Model Terbaru (R35)
  5)
Sebuah Nissan 350 (Ferlidy)
  6)
Sebuah Hammer
  7)
Sebuah BMW 7 Series bernombor SA9988R
  8)
Lima buah Scow atau Tongkang mengangkut balak
  9)
Sebuah Gudang Scow
  10)
Sebuah bangunan empat tingkat
  11)
Sebuah bangunan pejabat
  12)
Wang Simpanan USD100 juta atas nama isterinya Yap Loo Mien di Hong Kong
  13)
Wang Simpanan USD 30 juta atas nama gundiknya, Yap Siaw Lin di Hong Kong
  14)
Wang Simpanan USD 100 juta di UBS Hong Kong
  15)
Wang Simpanan USD 500 juta di HSBC Hong Kong atas nama pemegang amanahnya.
  16)
Dua buah rumah di Taman Tyng termasuk Garaj Kereta Mewah
  17)
Tiga Lot mewah di Sutera Harbour Kota Kinabalu

   

ISTANA....Rumah Michael Chia di Taman Tyng, Sandakan dan gambar bawah sebahagian kereta yang dibeli secara tunai.



Sesuatuyang agak menarik, Musa Aman yang mengakui tidak mengenali Michael Chiaatau tidak pernah berurusan dengan Michael Chia telah menjual BMW 7Series yang pada mulanya didaftarkan atas nama Innoprise CorporationSdn.Bhd sebelum dilupuskan dan dibeli Musa Aman. Namun BMW tersebutdijual kepada Michael Chia secara tunai dan didaftarkan atas namabeliau sendiri setelah bukti pemilikan Musa dilupuskan melalui kadpendaftaran baru kerana kad lama dilaporkan hilang.


TIDAKKENAL.... Kereta BMW 7 Series ini Michael beli daripada orang yangtidak dikenali bernama Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

  BMW ini digunakan Michael Chia di Kuala Lumpur dan disimpan di rumah No23, Jalan Sri Taming 1 B, Taman Sri Taming, Batu 9, Cheras, Selangoryang didiami ‘adik iparnya’, iaitu adik kepada Yap Siaw Lin.
  Dalamkenanaran pemimpin UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional untuk memperkasaKetuanan Melayu yang diumpamakan sebagai ‘jauh panggang daripada api’,namun mereka sepatutnya berbangga kerana telah melahirkan ‘TokohPerniagaan Terkemuka’ dalam bidang ‘Money Laundering’ yang bertarafdunia seperti Michael Chia!
  

NOTAANDANGAN atau artikel ini tidak semestinya pandangan Sabahkini.netyang menyiarkan artikel ini setelah menyiasat bukti yang disertakanadalah sahih dan dapat dibuktikan secara munasabah.
                        Last Updated on Tuesday, 15 September 2009 10:2

http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=2227:michael-chia-tokoh-perniagaan-bn-yang-berjaya&catid=40:laporan-khas&Itemid=49
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 06:35 AM | Show all posts
Fuiyooo...kayo tull
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2009 01:07 PM | Show all posts
pe lagik?! nak dunia atau akhirat?!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 04:21 PM | Show all posts
dasyat tul!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-9-2009 10:12 PM | Show all posts
kat akhirat lagik dahsyat
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 09:32 AM | Show all posts
mintak cikittttttttttttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2009 09:35 AM | Show all posts
peh, gempak gile nih..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 01:48 AM | Show all posts
wow mana dapat info ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2009 11:43 AM | Show all posts
kan dah bagik link sumber..............
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 11:44 PM | Show all posts
hebat la die ni..
buat jenayah tp secara professional...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2009 01:00 PM | Show all posts
UMNGOK meme bongok.......

Hengat pandai sgt........ last2 kantoi gak ngan ICAC.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2009 09:17 PM | Show all posts
ni la...mcm2 hal skrg...patutlah sabah x prnah maju....org2 yg diatas pn trlibat, bl la msalah ni dpt diatasi....PTI pn makin bnyak....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 01:03 PM | Show all posts
tak bikin filem pasal dia tak....start with businessmen and ending with... you all mesti tau apa ending dia kan....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:55 AM | Show all posts
satu lagi projek daripada kerajaan BN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 2.012962 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list