View: 12378|Reply: 8
|
masjid besi, putrajaya yg mesra alam
[Copy link]
|
|
Masjid Besi mesra alam
Masjid kedua di Putrajaya selepas Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak dilengkapi kipas angin mahupun pendingin hawa. Uniknya, ruang dalamnya tetap nyaman dan sejuk.
SEKIRANYA masjid lain di Malaysia lebih banyak menggunakan gabungan elemen Monghul, Uthmaniyah dan Eropah, masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya ini sebaliknya berbeza.
Menjadikan ayat 57 surah al-Baqarah sebagai teras pembinaan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang mula beroperasi pada 1 Ramadan lalu memberi signifikan dari segi kerohanian, teknologi dan arkitektur.
RUANG solat utama menggunakan teknologi pintar bagi menimbulkan
suasana yang penuh nyaman.
"Makna ayat itu ialah 'dan kami naungi kamu dengan awan', jadi arkitek masjid ini merekanya berdasarkan konsep itu.
"Malah terjemahan ayat ini juga diserlahkan pada binaan bumbung yang besar dan luas di ruang solat utama," ujar Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar, Ir. Mohd. Ridzwan K. Othman.
| MOHD. RIDZWAN
|
| IWAN Utama yang diukir halus memperlihatkan ketinggian seni kaligrafi Islam.
|
| TEKNOLOGI antipantulan pada Dinding Mihrab yang diperbuat daripada kaca setinggi 13 meter ini memudahkan jemaah membaca ayat suci yang diukir padanya.
|
Dikenali juga sebagai Masjid Besi, masjid yang dibina di tepi tasik dan terang-benderang pada waktu malam ini berupaya menampung seramai 50,000 jemaah.
Udaranya yang kekal nyaman walaupun tanpa pendingin hawa atau kipas ternyata memberi keselesaan kepada jemaah.
Anyaman besi tahan karat
Aspek terbuka cukup ketara sebaik sahaja pengunjung menjejakkan kaki ke dalamnya.
"Tiada struktur konkrit besar digunakan di ruang solat utama. Ini menjadikan ruang ini lebih berangin sementelah ia terletak di tepi tasik.
"Justeru, gabungan lantai marmar serta angin tasik membuatkan ruang tersebut sentiasa nyaman," ungkap Ridzwan.
Masjid ini menggunakan 70 peratus besi atau anggaran sebanyak 6,000 tan besi keluli sebagai bahan binaan utamanya manakala selebihnya adalah konkrit.
Malah besi tersebut juga memudahkan arkitek mereka bentuk gerbang masuk dengan lebih teliti, halus dan berseni.
Tambah Ridzwan, meskipun masjid ini menggunakan konsep terbuka, dengan adanya skrin Mashrabiyah, jemaah tidak perlu gusar apabila hujan.
"Fungsi utama kombinasi anyaman besi tahan karat atau Architectural Woven Wire Mesh dan steel latticework yang diimport dari Jerman ini ialah sebagai penahan tempias hujan di ruang solat utama. Ia juga membenarkan cahaya dan tiupan angin menembusinya," ujarnya.
Menyentuh mengenai aspek perapian, kepingan cermin yang berukir ayat-ayat suci al-Quran di Dinding Mihrab adalah bersifat antipantulan cahaya. Secara tidak langsung, ciri tersebut menjadikan tulisan khat tersebut kelihatan seolah-olah terapung.
Di bahagian luar, jejantas Kiblat Walk yang menghubungkan Dataran Putrajaya dengan bangunan masjid menambahkan lagi keistimewaan Masjid Besi. Jejantas seluas 13,639 meter persegi itu dihiasi kolam air di tepiannya.
Jemaah juga perlu melalui Iwan Utama atau pintu gerbang utama menuju ke laman yang dikenali sebagai 'Sahn'. Binaan konkrit putih itu dilatari tulisan kaligrafi 99 nama Allah, Asma ul-Husna.
Masjid ini mempunyai tiga gerbang utama dan setiap satunya selari antara satu sama lain dan berada dalam kedudukan lurus hingga ke ruang utama solat.
"Dengan adanya laluan ini, para jemaah dari Dataran Putrajaya terutama kakitangan kerajaan hanya perlu berjalan kaki untuk mengunjungi masjid ini dan sekali gus mengurangkan masalah meletak kenderaan," kata Ridzwan.
Taman mini Sahn
Sahn pula ialah satu ruang terbuka di luar masjid yang perlu dilalui sebelum jemaah memasuki ruang solat utama.
"Ia seolah-olah sebuah taman mini yang membolehkan pengunjung berehat atau kanak-kanak bermain sementara menanti ibu bapa beribadat," kata Ridzwan.
Elemen utama masjid iaitu kubah turut dititikberatkan. Dengan garis pusat 48 meter, arkiteknya memilih bahan besi tahan karat.
Bagi memastikan strukturnya kalis air dan mengelakkan kebocoran, kubah itu diliputi sebanyak tiga lapisan lengkap dengan titi khas bagi kerja-kerja penyelengaraan.
"Dengan kesan lampu, kubah ini akan kelihatan seperti berlangit-langit kerana lapisan
dalamnya dibina melalui teknik cantuman dan bersegmen," terang Ridzwan lagi.
LALUAN yang menghubungkan ruang solat utama dan Kiblat Walk.
Dianggarkan terdapat lebih 23,000 kakitangan kerajaan akan bekerja di Putrajaya apabila keseluruhan parcel pejabat kerajaan dibangunkan kelak.
Selain itu, seramai 28,000 penduduk akan mendiami kawasan sekitarnya apabila kesemua projek pembangunan perumahan siap dibina. |
|
|
|
|
|
|
|
lawat masjid besi di putrajaya
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
Bangunan guna enam ribu tan keluli dan material telus cahaya jadi mercu tanda baru di Putrajaya
BERKONSEPKAN seni bina moden kontemporari, berlatarkan TasikPutrajaya dengan keindahan alam yang kekal tidak bersentuh di Presint3, di situlah letaknya binaan sebuah bangunan berkerangka keluli ataudigelar Masjid Besi, Putrajaya.
Indahnya binaan dari keluli itu mungkin masih belum dapatdilihat dengan mata kasar namun keunikan masjid yang keseluruhannyaberkeluasan 73,795 meter persegi itu amat istimewa. Malah, Masjid Besiini dikatakan bakal menjadi sebuah mercu tanda baru pusat pentadbirannegara dan kebanggaan komuniti Islam di Putrajaya.
Pembinaan masjid dengan kos RM180 juta itubermula April 2004 dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun depan.Dengan keluasannya yang sekali ganda lebih luas berbanding MasjidPutra, Putrajaya ia dijangka mampu menampung 20,000 jemaah padasatu-satu masa.
Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar Perbadanan Putrajaya, IrMohd Ridzwan K Othman, berkata cetusan idea untuk membina sebuah masjidbaru di Putrajaya wujud sekian lama dulu. Malah, dalam Pelan IndukPutrajaya yang diluluskan kerajaan, ada diperuntukkan dua kawasan untukdibina masjid di Putrajaya.
揌asrat perbadanan adalah menyediakan tempat beribadat yangselesa bagi umat Islam sekali gus menampung keperluan kakitangankerajaan dan juga penduduk setempat iaitu dari sekitar pusat bandaratau core island di Presint 2, Presint 3, Presint 4 dan Presint 18.
揂nggaran kasar, sejumlah kira-kira 23,633 kakitangan akan dijanakanapabila keseluruhan parcel Pejabat Kerajaan dibangunkan kelak. Manakalaseramai 28,420 penduduk juga akan mendiami kawasan sekitar apabilakesemua projek pembangunan perumahan siap dibina,?katanya.
Berdasarkan kapasiti jemaah yang ditentukan di dalam PelanInduk Putrajaya iaitu 20,000 jemaah, pihak perbadanan meminta arkitekbertanggungjawab iaitu Kumpulan Senireka Sdn Bhd mereka bentuk sebuah masjid berkonsep berangin (airy), sederhana (light) dan telus(transparent).
Mohd Ridzwan berkata, selepas beberapa siri perbincangan,didapati binaan dari struktur keluli dapat memenuhi konsep reka bentukdiinginkan iaitu bangunan yang tidak kelihatan terlalu besar.
Lalu terhasillah sebuah masjid dengan penggunaan 6 ribu tankeluli bersamaan 70 peratus dari keseluruhan binaan manakala selebihnyaadalah konkrit.
Bagaimanapun, keluli hanya menjadi kerangka masjid kerana ia akandikemaskan dengan material telus cahaya pada setiap tiang dan dindingmenggunakan crystalized glass menjadikan masjid kelihatan berwarnaputih dari jauh. Apabila malam, cahaya lampu akan menambah keindahanMasjid Besi yang boleh dilihat dari jambatan Seri Saujana.
Ciri istimewa lain masjid yang menggabungkan teknologi modendari Jerman dan China ini ialah setiap panel dinding luar masjiddipanggil Masyrabiah diperbuat daripada anyaman besi tahan karat atauArchitectual Wire Mesh yang mempunyai ciri unik iaitu telus cahaya danangin membuatkan pengunjung selesa dengan hembusan angin segar.
Malah, di sini juga tiada dipasang walau sebuah kipas. Tapi,bagi menjamin keselesaan pengunjung, pihak perbadanan menggunakansistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) di dalambangunan masjid bagi menggantikan sistem penghawa dingin.
Anyaman Masyrabiah di Masjid Besi diimport khas dari Jermandan menjadikan ia satu-satunya bangunan dengan anyaman besi tahan karatyang wujud di negara ini. Kemudian ia dilitupi pula panel bercorakgeometri pada bahagian luar, juga dari jenis besi tahan karat.
Mohd Ridzwan berkata, rujukan yang digunakan untukmenggunakan dinding Masyrabiah adalah stadium terkenal milik pasukanReal Madrid iaitu Stadium Bernabeu, perpustakaan negara di Paris yangmenggunakan dinding berkonsep sama untuk ruang meletak buku setinggi 20tingkat dan ruang letak kereta di Barcelona.
Apabila pembinaan Masjid Besi siap nanti, pengunjung yangingin beribadat atau sekadar berkunjung ke masjid ini bakal disambutdengan seni kaligrafi yang terukir di hampir setiap ruang masjid.
Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yangmenghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walkseluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasidengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba AlHambra.
Begitu juga di sekeliling Masjid Biru, ia seolah-olah sebuahpulau dengan dikelilingi binaan konkrit kolam bertingkat. Ia kelihatanseperti mini air terjun yang melimpah ke dalam takungan kolam keduamenjadikan kawasan ini tempat yang sesuai untuk beristirehat sambilmenunggu azan berkumandang.
Disambut binaan pintu gerbang konkrit yang dibinamenggunakan glass reinforce concrete (GRC), pengunjung akan melaluiIwan Utama menuju ke laman atau Sahn dalam bahasa Arab. Indahnya binaankonkrit putih itu, ia dilatari ukiran Asma Ul Husna yang terkandung 99 nama Allah SWT menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth.
Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah Al-Israa?ayat 80.
Menjengah ke ruang solat, mata pasti terpaku melihat dindingMihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meterjuga diimport khas dari Jerman. Pada cermin itu terukir kerja tangantempatan iaitu dua baris ayat dari surah Al-Baqarah pada bahagian kanandan surah Ibrahim di sebelah kiri.
Uniknya cermin itu, ia tidak memantul kesan dari pancaransebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suciberwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung diudara. Dinding Mihrab inilah yang akan menjadi fokus utama ruang solatMasjid Besi Putrajaya itu.
揗asjid yang kini 75 peratus siap dan masih belum mempunyaisebarang nama mempunyai hanya satu kubah diperbuat daripada keluli.
揝elain itu, ia juga akan dilengkapi sistem audio visualterbaik bagi memastikan tiada sebarang masalah seperti pantulan bunyiberlaku ketika azan atau ceramah agama dibuat,?katanya.
Mohd Ridzwan yang ditemani Timbalan Pengarah PembangunanKemudahan Awam, Jabatan Pembangunan Awam Perbadanan Putrajaya,Norhayati Abdullah, pada pertemuan itu berharap umat Islam di negaramenggunakan kemudahan itu yang menjadi ikon pada Putrajaya. Walaupunmenjadi tumpuan diplomat dan pelancong dari seluruh dunia, umat Islamdi negara ini wajar mengimarahkan masjid dan tidak membiarkan ia kosongserta terbiar.
FAKTA: Kemudahan disediakan
Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
Dapur
Bilik VIP
Bilik penyelenggaraan
Bilik jenazah
Pejabat
Bilik kawalan audio visual
Ruang letak kereta (bawah tanah)
Kiblat Walk - Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat
Iwan Utama - Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna
Sahn - Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang
Dinding Mihrab - Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara
FAKTA NOMBOR: Masjid Besi, Putrajaya
RM180 juta - Kos pembinaan
60,156 - Meter perseti, luas masjid
20,000 - Kapasiti jemaah. |
|
|
|
|
|
|
|
tipu la...
aku g semayang kt sane xsejuk langsung...
panas ade la, walopon baru pas ujan... |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru sembahyang kat sini semalam..
memang lawa and besar
tapi kalo sembahyang dekat ngan imam sikit(saf2 depan) maybe panas coz ada dinding lindung daripada angin kat luar.but kipas still ada kat saf2 depan tu.
tapi kalo panas pon,xdelah panas jenis yang kacau solat pon.just x berangin or sejuk dari kebiasaan. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan masjid ja lawa....tapi buat hiasan saja...tak dak orang dak mengimarahkan masjid |
|
|
|
|
|
|
|
kita bole parking kereta kat basement. tapi laluan tangga nak ke tempat wuduk dan ke dewan solat bercampur pulak lelaki dan perempuan. mungkin belum betul2 siap lg kot |
|
|
|
|
|
|
|
8# zaianim
Ibadat Tawaf dan Ibadat Haji yg lain pun pergerakannya bercampur lelaki dan wanita mengapa laluan dalam Masjid pula nak dipertikaikan.Jangan bersentuhan hingga membatalkan wuduk sudahlah atau perempuan duduk dalam Saf solat lelaki.yang tu memang tak dibenarkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|