View: 2818|Reply: 2
|
INDIA: 2 keretapi BERlanggar di New Delhi, 21 maut!!
[Copy link]
|
|
Dua kereta api berlanggar di New Delhi, 21 maut
| PASUKAN penyelamat dan orang ramai bertungkus-lumus mencari dan mengeluarkan mangsa-mangsa kereta api yang berlanggar di tenggara New Delhi, India semalam. – AP
|
NEW DELHI 21 Okt. – Sebuah kereta api penumpang melanggar bahagian belakang gerabak sebuah kereta api lain yang dikhaskan untuk wanita dan golongan kurang upaya, menyebabkan 21 terbunuh dan 17 yang lain cedera dekat Taj Mahal di sini, utara India, hari ini
Jurucakap kereta api, Rajesh Bajpai berkata, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan peralatan memotong besi untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap selama beberapa jam dalam insiden di Agra, yang menempatkan monumen marmar putih, 210 kilometer di tenggara New Delhi.
Seorang anggota polis, Rajesh Dikshit berkata, sebanyak 19 mayat berjaya dikeluarkan dalam operasi yang memakan masa hampir tujuh jam. Dua daripada 19 mangsa yang cedera meninggal dunia di hospital.
Tambahnya, tiada warga asing terlibat dalam insiden ini.
Majistret daerah, Suresh Chandra Sharma berkata, kedua-dua kereta api sedang dalam perjalanan ke New Delhi dari selatan India.
Salah satu daripadanya Mewar Express berhenti pada lampu merah sebelum dirempuh kereta api lain dari belakang.
“ Kami merasakan gegaran kuat. Beberapa orang yang tidur di katil sebelah atas jatuh ke bawah disebabkan impak perlanggaran,” kata salah seorang penumpang Mewar Express, Ramesh Charan.
Penduduk kampung dan anggota tentera di kawasan berdekatan membantu polis dan pegawai kereta api dalam usaha menyelamatkan mangsa.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca kemalangan. – AP |
|
|
|
|
|
|
|
dah selalu berlaku kat india keretapi berlanggar nie. Sistem signalling tuh dah lama, manual lagi. Kena laa upgrade kalau tak nak berlaku lagi kemalangan yg sama. Beli military aircraft mampu sampai beratus ...? |
|
|
|
|
|
|
| |
|