|
(MERGED) PASUKAN SIMPANAN ATM (AW/PSSTLDM/PSSTUDM)
[Copy link]
|
|
PROJEK JIWA MURNI – PSSSTLDM KD SRI MANJUNG BANTU MANGSA BANJIR DI DAERAH PERAK TENGAH
Pegawai dan Anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dari unit KD Sri Manjung, Pangkalan TLDM Lumut mengambil inisiatif membantu mangsa banjir di kawasan daerah Perak Tengah.
Satu tim PSSTLDM yang terdiri daripada 17 pegawai dan anggota lain-lain pangkat PSSTLDM telah digerakkan ke Pusat Pemindahan Utama Banjir daerah Perak Tengah di MRSM Pasir Salak, Kampung Gajah dan Pusat Pemindahan Banjir SMK Sungai Ranggam, Kota Setia, Teluk Intan pada Sabtu dan Ahad, 3 dan 4 Januari 2014. Pegawai Memerintah KD Sri Manjung, Kept Veerakumar a/l Subbiah PSSTLDM turut serta dalam program ini.
Dalam projek jiwa murni ini PSSTLDM Lumut telah membantu dan menyumbangkan bekalan keperluan makanan dan pakaian terpakai kepada mangsa banjir di MRSM Pasir Salak, Kampung Gajah. Di Pusat Pemindahan Banjir SMK Sungai Ranggam, Kota Setia, Teluk Intan, pegawai dan anggota PSSTLDM bergotong-royong bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Wanita UMNO Parlimen Pasir Salak membantu menyediakan makanan bermasak iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam kepada mangsa banjir di pusat pemindahan tersebut. Bantuan yang dihulurkan oleh tim PSSTLDM ini merupakan tanggungjawab kepada masyarakat setempat dan negara.
Sumber:
http://www.navy.mil.my/index.php ... daerah-perak-tengah |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat PSSTUDM
KUALA LUMPUR, 28 Apr 15 – Majlis Pemakaian Pangkat Tauliah (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela TUDM (PSSTUDM) kepada lima orang ahli Akademik dan Korporat telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Che Akmar bin Mohd Nor TUDM di Eagle Nest, Markas Tentera Udara hari ini.
Dato’ Edron Hayata bin Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Johan telah dianugerahkan Pangkat Lt Kol Kehormat PSSTUDM sebagai penaung Pasukan Simpanan Sukerala AIROD, kini beliau bertugas sebagai Eksekutif Director Comercial MRO.
Profeser Doktor Nik Wan bin Omar juga telah dianugerahkan Pangkat Lt Kol Kehormat PSSTUDM sebagai Penaung Pelapes Udara Universiti Sultan Zainal Abidin, kini beliau berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin.
Manakala tiga lagi penerima bagi pangkat Mej (Kehormat) PSSTUDM adalah Mej (Kehormat) Doktor Salman bin Abu Mansor PSSTUDM, Mej (Kehormat) Profesor Madya Doktor Raman bin Nordin PSSTUDM dan Mej (Kehormat) Sayuti bin Yahaya PSSTUDM. Turut hadir semasa majlis berlangsung adalah pegawai Kanan TUDM.
Sumber:
http://www.airforce.gov.my/my-be ... t-kehormat-psstudm/ |
|
|
|
|
|
|
|
Salam satu malaysia saya rajkumar a/l kasi betul betul minat nak masuk askar.2013 saya layak dan dah habis 4 bulan training rekrut di pusasda.malangnya bulan saya tercedera masa latihan..sekurang kurangnya 3 bulan saya nak rehat untuk meneruskan latihan...komandan suruh masuk latihan yang akan datang tetapi umur saya dah 25...no tentera saya 1177818.. saya ada peluang untuk masuk simpanan dan masuk rekrut balik..harap harap tuan bagi peluang utk saya.saya mempunyai kelayakan diploma automotif engineering di politeknik.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|