CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: genot

Apa Ada Dengan Nasrani, Masehi, Christ....

[Copy link]
 Author| Post time 23-12-2009 03:28 PM | Show all posts
wassalam....

x salah belajar dari para ulama dan orang2 alim, tapi x boleh ambil mereka lebih daripada Allah SWT n nabi2.... mesti mulakan semua dari asas.... kalo kita umat Muhammad (saw) ni pon x mulakan dari asas, segalanya akan hancur....

sebab tu, shariah (jalan hidup) kita mula2 skalik masuk dengan aqidah, aqidah Tawhid (monotheism).... kemudian naik ke ibadah (perhambaan pada Allah SWT), kemudian naik ke Akhlaq (moral), dan seterusnya sampai la ke hujung sekali Jinayyah (perundangan negara terhadap jenayah)...... sama2 bukak kitab suci dengan ulamak, bukan biar je kat ulamak bukak kitab n kita men dengar membuta tuli.

Memang betul, wajar dibukak semula Quran n Sunnah.... Suhuf Ibrahim, Taurat, Zabur, n Injil smua ada dalam Quran.... tapi aku masih baca lagik Taurat n Injil dalam bahasa Arab, cuma x amalkan dalam semayang je sb dah ada Quran yg Suci.

Urmm, btol Nasara dalam bahasa Arab maksudnya Pembantu, tapi memang orang yang digelar Nasara tu sebab pengikut yang awal2 skalik di an-Naasirah (Nazareth)..... Kota an-Naasirah sebenarnya dibukak oleh etnik 'Amaliqah (Arab Liar) dari Selatan Tanah Arab, lama sblom pecahnya Saddo Ma'areb (Empangan Ma'areb).

Istilah orang Islam kat dorang yang 12 tu adalah Hawariyyoun, sebab dorang selalu berbincang dengan Yasou' atau nabi 'Isa (as). Istilah org Krist kat dorang adalah ar-Rasoul (Apostle), sebab dorang jadik Utusan dari Yasou' (Jesus) kepada orang ramai.  

nanti kita sembang lebih detail pasal Baulus (Paul of Tarsus).... tapi sblom tu aku nak sembang pasal Majlis Perhimpunan Kalsedon.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2009 04:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 23-12-2009 16:39

Majlis Perhimpunan Gereja Kalsedon

Walaupon paderi Nastoura dah kena laknat dengan Majlis Perhimpunan Efesus, tapi pengaruh aliran dia masih ada lagik dalam Majlis Perhimpunan Kalsedon n kecenderungan membezakan dua sifat ni nampaknya jelas sampai wujud plak tanggapan orang2 yang pandai2 wat teori sendiri tanpa tanya dolu kat orang yang isytiharkan pahaman tu macam Jesus Kristos tu adalah dua individu yang berbeza tapi sama. Seorang Jesus Tuhan, seorang Jesus manusia. Jesus Tuhan tu yang melakukan keajaiban, Jesus manusia plak yang menerima penderitaan n penghinaan manusia lain. Kira camni lar, masa Jesus menjalankan mukjizat, maka masa tu dia jadi Dewa. Masa dia kena hina n menderita kena paku smua, dia adalah manusia biasa.

seorang uskup Roma, nama dia Lee pon mengikut kecenderungan yang sama termasuklah mengisytiharkan fahaman dia dalam jilid2 tesis dia dan kemudiannya ditolak oleh gereja ortodoks Qubti di Mesir. Walau bagaimanapon, Majlis Gereja Kalsedon plak menerima n undi untuk fahaman ni supaya diterima semua. Jadi pahaman ni disokong oleh Majlis Gereja Kalsedon, dan dorang mengesahkan bahawa wujud dua sifat dalam diri Jesus Kristos selepas penyatuan kedua2 sifat: sifat ketuhanan (kedewataan) masa melakukan mukjizat, sedangkan pada masa yang lain plak bersifat manusia.

Nestoura tetap cakap dua2 sifat itu berbeza n x bersama. Majlis Cartage juga telah mengisytiharkan penyatuan sifat ketuhanan n kemanusiaan Jesus tapi Nastoura plak memisahkannya dan seolah2 mengatakan bahawa Jesus mempunya dua kehendak dan dua jenis tindakan.

Orang2 yang kondemn Nastoura ni percaya Jesus seorang dewa. Jadi dalam statement dorang, korang akan nampak dorang macam x leh terima pandangan Nastoura n tetap dok anggap Nastoura mesti percaya ketuhanan Jesus gak walopon orang tu dah cakap bahawa dia x iman Jesus sebagai Tuhan tapi cuma manusia biasa.

Masalah dua sifat n dua kehendak yg x bersatu ni kata dorang berpunca daripada aliran Nastoura ni dan menimbulkan gangguan dan pertelingkahan dalam kalangan jemaah Gereja. Skarang nih, dorang cuba menyelesaikan masalah ni dengan tulis semula artikel keimanan yang lebih memuaskan hati dan diterima oleh semua.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 06:50 PM | Show all posts
kenapa anak tuhan boleh dibunuh?? mengapa Jesus mati untuk mengampunkan manusia? sedanga Allah itu Maha pengampun.minta maaf kalau tanya..kerna saya betul2 keliru.jesus itu tuhan tapi mengapa boleh makan? minum dan mati?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2009 08:29 PM | Show all posts
Ermmmm, amenda lagi ha aku nak cakap? ha istilah2 aliran pemahaman Kristian yang guna perkataan2 Greek atau Yunani ni patut kita jelaskan sikit sb plek gak bunyinya.

sblom tu, aku gunakan istilah basa Arab untuk terangkan sifat Jesus Kristos, iaitu Lahut maksudnya dalam BI lebih kurang macam Divine. Dan Nasut maksudnya Kemanusiaan. Nanti kita akan cakap gak pasal sifat Lahut ni n etimologi perkataan ni. kena bukak kitab Latin plak, menyampah Sebab ramai orang pon salah paham termasuklah yang orang Krist tu sniri.

Tapi aku bukan nak betolkan orang Krist atau sapa2, sb tu bkn masalah aku, dorang sniri pon ada banyak fahaman n lantak dorang la dorang punya kepercayaan. Kita cuma letakkan apa yang kita penah dengar n lihat ja untuk tujuan pendidikan.

Dyophysite

Istilah ni adalah istilah ilmu pengajian akidah agama Krist, disebut dalam bahasa Greek sebagai Diophistai. Istilah ni adalah untuk mewakili pemahaman yang sifat lahut n nasut adalah saling berkaitan dalam peribadi Jesus Kristos. Istilah ni pon jadik satu cabang bidang pengajian dalam pengajian agama Krist. Maksud istilah ni adalah "dua sifat." Dua sifat merujuk kepada sifat nasut n lahut yang wujud dalam peribadi Jesus.

Dyophisite ni menerangkan tentang pendirian Majlis Gereja Kalsedon (451 M). Istilah ni memula skali digunakan oleh orang2 yang menolak pendirian jemaah Gereja Kalsedon sebab pemahaman mereka terhadap peribadi Jesus Kristos ni sama ada adalah Monophysite atau Miaphysite. Gereja Ortodoks Timur termasuk Gereja Qibti menganggap diri mereka sebagai golongan Miaphysite.  


Istilah Dyophisite ni jugak digunakan untuk menggambarkan pendirian Nestorius, bahawa Kristos wujud dengan dua peribadi iaitu Jesus manusia biasa serta kalimah ketuhanan. Walau bagaimanapon, orang2 yang menyokong pendirian Gereja Kalsedon ni, yang zaman skarang ni diwakili oleh gereja katolik roma dan gereja ortodoks timor tak menganggap diri mereka sebagai mempunyai pendirian yang sama dengan aliran Nestorius.


Monophysite

Maksudnya satu sifat dari perkataan Greek, monophisis. aliran pemikiran ni mewakili golongan yang berpendirian bahawa Jesus Kristos hanya mempunyai satu peribadi sahaja iaitu peribadi lahut. Hal ni berlawanan dengan pendirian Gereja Kalsedon yang memahami bahawa Jesus Kristos ada dua peribadi iaitu peribadi lahut n nasut.

Orang beraliran Monophysite ni berlawanan plak ngan orang aliran Nestoria. Dua2 pon saling bersengketa dan saling bersaing bagi mendapat sokongan orang ramai untuk ambil tempat dalam tradisi Krist yang tengah nak matang waktu tu sekitar abad pertama sampai abad kelima masehi. Era penghujung empayar Roma Barat diakhiri dengan satu zaman yang penuh dengan keganasan. Ia ditandakan dengan perubahan siasah dalam semua perkara di pusatnya di Baizantium iaitu Rom Timur. Kawasan kekuasaan Baizantium ni adalah di Syam, Levant (Lebanon), Mesir, n Anatolia n ramai orang berfahaman Monophysite di situ.  

Boleh dikatakan jugak, ada dua lagik aliran kecik bawah aliran Monophysite ni iaitu:

a) Eutachianism

berpendirian bahawa sifat lahut dan nasut Jesus Kristos ni melebur jadik satu (mono) sifat atau peribadi ja. peribadi kemanusiaan Jesus Kristos terlarut dalam sifat ketuhanan umpama madu menitik setitik jatuh dalam laut.

b) Apollinarism

berpendirian bahawa Jesus Kristos ada jasad manusia dan tabiat2 kehidupan manusia tetapi kalimah ketuhanan telah mengambil alih tabiat2 berfikir dia. macam nak serupa tapi x sama dengan akal yang kita panggil hari ni.  

Lepas aliran pemikiran Nestorius yang jadik ketua uskup di Konstatinopel kena tolak dengan Majlis Perhimpunan Efesus I, muncul la Outhaakhi (Eutyches) yang merupakan ketua biarawan di Konstatinople. Dia mengutarakan pendirian yang memang berbeza dengan Nestorius. Kelalaian Outhaakhi dengan penegasan pahaman dia ni menyebabkan dia dituduh sebagai seorang ahli bidaah pada tahun 448 M n kemudian dia kena kucil dari masyarakat Gereja.

Tahun 449 M, dianjurkan plak Majlis Perhimpunan Efesus II. Outaakhi dikembalikan semula dalam masyarakat Gereja, tapi tiga orang musuh pahaman dia plak kena guling. Dorang yang kena guling tu adalah Yusabius el-Qaisiri (Eusebius), Dominus Anthiochius, n Flavianus.


Tahun 451 M, pahaman Monophysite dan Eutyches kena tolak lagi di Majlis Gereja Kalsedon. Monophysite jugak ditolak di gereja2 ortodoks Timur tetapi diterima pulak di Syam, Levant (Lebanon), dan Mesir yang kemudiannya menyebabkan banyak ketegangan terjadi pada awal penubuhan empayar Baizantium.      


Kemudian, muncul plak aliran fahaman Monothelitism dalam usaha nak menghubungkan kembali fahaman Monophysite dengan pendirian gereja Kalsedon, tetapi perkara ni ditolak oleh perhimpunan gereja Kalsedon walaupon masa tu, beberapa kali ia disokong oleh maharaja Baizantine dan jugak oleh seorang Pope Roma iaitu Honorius I.

Stengah daripada pahaman Monothelitism ni masa dolo pernah dipegang oleh masyarakat Kanisat-ul-Maronah (Gereja Maronites) tapi dalam banyak bahagian, dorang cakap yang dorang x pernah terkeluar daripada tawassil gereja katolik.

Monothelitism

Bermaksud satu kehendak. Ajaran ni ajarkan tentang bagaimana sifat lahut dan nasut tu berhubungan dalam peribadi Jesus Kristos. Benda ni dikira jugak sebagai satu akidah dalam agama Krist. Ia bermula di Armenia dan Syam sekitar tahun 633 M. Ajaran ni cakap, Jesus Kristos ada dua peribadi tapi satu kehendak dua2 peribadi ni sama. Yang ni berlawanan lak dengan tafsiran ortodoks dalam agama Krist, yang mengajar bahawa Jesus Kristos ada dua kehendak berbeza iaitu kehendak lahut dan nasut bersesuaian dengan dua peribadi dia. Monothelitism ni merupakan perkembangan daripada perebatan antara fahaman Monophysite dalam perkembangan agama Krist. Monothelitism ni cuma bertahan dan dapat sokongan sampai abad ke-7 M sebelum kena cop sebagai bidaah gak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2009 09:27 PM | Show all posts
kenapa anak tuhan boleh dibunuh?? mengapa Jesus mati untuk mengampunkan manusia? sedanga Allah itu Maha pengampun.minta maaf kalau tanya..kerna saya betul2 keliru.jesus itu tuhan tapi mengapa boleh ma ...
mhdsafwanindera Post at 23-12-2009 18:50


yang itu nanti kita cakap pasal Baulus... Baulus yang ajarkan ini.... Majlis2 perhimpunan jemaah gereja kemudiannya cuma memajukan saja pemahaman yang Baulus ajar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2009 10:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 23-12-2009 22:31

Sblom cakap pasal aliran Arianism iaitu salah satu lagi "bidaah" dalam agama Krist, aku nak cakap pasal perkataan Lahut dolo, atau kalo trenslet dalam bahasa Inggeris, makna dia Divine. Aku cek balik orang Krist Barat suka pakai istilah divine ni kat tokoh Jesus Kristos ni bila cakap pasal konsep yang setara dengan Lahut.

Kalo nak trenslet satu2 benda tu, kena tengok tahap tamadun n kebudayaan sesuatu bahasa sebab bahasa ni hidup sekali dengan zaman, n masyarakat yang menggunakannya. Maksudnya benda ni saling berkaitan n x boleh ditnggalkan macam tu saja. Sebab tu aku rasa ada baiknya smua orang Islam belajar bahasa Arab sendiri supaya memudahkan pemahaman terhadap kitab suci. Nak lebih pengetahuan trenslet, bleh belajar dengan puan Ainon Ahmad. Aku xnah jumpa dia lagik, tp biasa dengar pasal dia.

Perkataan Divine ni asalnya dari bahasa Latin. Macam korang paham skarang ni, agama Katolik pada asalnya menggunakan kitab semayang n injil2 yang ditulis dalam bahasa Yunani (Greek). Walaupon orang Yunani ni antara bangsa bukan Saam yang awal menerima ajaran Jesus Kristos, tapi dorang ni pada asalnya adalah orang pagan yang percaya kepada dewa-dewi macam dewa Zeus Pateros (Zeus The Father) dan ada jugak manusia separuh dewa macam Hercules. Aku x tahu plak kalo masih ada orang Yunani yang berfahaman pagan selain yang mengikot Gereja Ortodoks Greek zaman skarang ni. Orang Greek Pagan ni x ada kitab suci, n setahu aku la dorang ni tersebar sampai ke kawasan Asia Selatan masa zaman Alexander of Macedonian bercampur2 dengan orang Hindu (India) dan Parsi.

Lepas pemisahan Gereja Barat n Timur, gereja Katolik menggunakan bahasa semayang Latin (Lazium). Kitab2 Taurat (Perjanjian Lama) dan kitab2 lain yang berbahasa Ibrani dan Greek diterjemahkan semula ke bahasa Latin oleh Jerome dan kemudian dikenali sebagai Vulgata. Jadi, ni sikit sebanyak tentang penterjemahan kitab Injil. Kalo di negara2 Eropah lain macam England, itu korang kena tengok jugak gak mengenai John Wycliff. Banyak penterjemahan, banyak lah masalah, kalo hanya bergantung kat terjemahan tapi tak ada teks sumber nak rujuk semula dan buat bandingan. Akhirnya iman semua bergantung semata2 hanya kat al-Kaahen, al-Qassees, ar-Raahib, al-Asaaqefa n etc..... harap ni jadik satu pengetahuan sejarah n teladan untuk umat Islam, bukannya kondemn orang lain atau iman mereka.

Balik semula ke perkataan divine, atau kata2 lahut dalam bahasa Arab yang membawa maksud tebiat ketuhanan mengikut pahaman orang2 Krist arus perdana. Perkataan ni pertamanya, wujud dalam bentuk kata sifat berasal dari bahasa Perancis lama kurun ke-13 M, iaitu devin. Bahasa Perancis lama ni pinjam dari perkataan bahasa Latin iaitu divinus bermaksud "sesuatu kepunyaan Tuhan atau berasal dari Tuhan." Dari kata akar divus bermaksud seorang dewa atau tuhan, serta turut berkait dengan perkataan deus yang bermaksud dewata (lihat gak Zeus). Bahasa Yunani (Greek), seorang dewa atau tuhan dipanggil theos.

Jadi secara asasinya, kata Divine dalam bahasa Inggeris ni dipinjam dari perkataan Perancis lama kurun ke-13 M. Sama tak pemahaman makna n pemakaian perkataan kurun ke-13 M dengan sekarang, hampir tahon 2010? Tak susah nak bandingkan, nenek moyang korang yang "melayu" n jowo pon adalah orang Hindu gak kanh skitar kurun gajah yg ke-... Ada kan perkataan2 tentang alam ghaib macam dewa, dewi, dewata yang asal dari bahasa Sanskrit, srumpon dengan bahasa Yunani (Greek).

Yang kedua, kata divine mempunyai makna dalam bentuk kata kerja. Maksudnya membuat tekaan, asal maknanya adalah "ramalan dari pandangan (ke alam) ghaib." Makna perkataan ni dalam bentuk kata kerja ni bermula pada awal kurun ke-14 M, asalnya dari bahasa Latin maksudnya peramal. Kalo dalam bahasa Arab aku rasa kita panggil, mutakahhen. Maksudnya macam, orang yang boleh tengok perkara yang akan terjadi di masa depan. Penghujung abad ke-14 M, muncul kata divination dari bahasa Perancis lama. Kata divination ni datang dari perkataan bahasa Latin iaitu divinationem (k.n divinatio) yang membawa maksud "kebolehan melihat perkara yang akan terjadi, ramalan." Asal dari kata divinatus, dan kata kerja divinare yang difahami makna secara harfiahnya sebagai "diilhamkan oleh tuhan atau dewa." Perkataan bahasa Inggeris iaitu divining rod atau kayu peramal disahkan berasal dari penggunaan perkataan tahun 1650-an.

(Douglas Harper, 2001)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-12-2009 11:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 24-12-2009 00:04

Arianism

Menurut ensiklopedia katolik, "Arianism ni merupakan satu cabang daripada orang Krist dan penyebabnya jadik bercabang." Daripada zaman Perhimpunan Gereja Konstantinopel I (381 M), fahaman Arianism ni menerima sokongan baru dari puak2 jerman di utara Eropah seperti puak Goth, Lombardi, Burgundi, Vandal, dan lain2. Hal ini terjadi sebab usaha seorang uskup Arian bernama Ulfillas dari suku Goth yangmenyebarkan aliran ni di negeri2 Teuton (Jerman). Ulfilla dihantar dariKonstantinopel pada tahun 341 M untuk membawa injil kepada puakVisigoth. Puak Visigoth kemudiannya menyebarkan ajaran Kristos kepada puak2 Jerman lain dan akhirnya aliran Arian ni diterima sebagai fahaman Kristos rasmi negara dorang sampai lah pada tahun 586 M apabila raja dorang iaitu Reccared dibaptiskan dan kemudian aliran ni tersebar jugak ke Sepanyol.

Kamus ensiklopedia inggeris oxford plak menyatakan bahawa, Arianism ni merupakan bidaah yang utama mengingkari sifat atau peribadi lahut Jesus Kristos. Aliran ni dinamakan sempena nama Arius yang menulis kitab mengenai pahaman ini. Arius berfahaman bahawa Jesus Kritos atau anak tuhan tu x abadi serta x sehakikat dengan Bapa, tapi dia diciptakan oleh Bapa dari tiada kepada ada sebagai punca untuk penciptaan semua makhluk. Makanya Jesus Kristos atau anak Tuhan itu tak sehakikat dengan Bapa dan x sama unsur atau peribadi dengan Bapa.

Bidaah ni katanya dikutuk oleh Majlis Perhimpunan Gereja Niqiah (Nicea)tahun 325 M, dan kemudian skali lagik dikutuk pada tahun 381 M diKonstantinopel. Walaupon aliran ni diharamkan dalam empayar Baizantium,tapi ia masih diterima oleh puak2 teuton (jerman) sehinggalah pembaptisan puak Frank (German) ke dalam agama katolik pada tahun 496 M.

Arianism merupakan pergerakan agama Kristos yang bermula dengan fahaman seorang rahib yang berasal dari Libya yang dikenali sebagai Arius(250-356M). Dia pulak menganggap bahawa fahaman thaaluth atau triniti sebagai bidaah.

Arius dilatih dalam bidang keagamaan oleh Lucian yang menjadi rahib diAnthaqiya (Antioch) dan Lucian ni pon merupakan seorang yang bukanberfahaman thaaluth (triniti). Berikutan dengan satu pemulihan, Arius kemudiannya dilantik menjadi ash-shamaas atau deacon oleh Uskup BetrusI al-Iskandariah (Peter I of Alexandria) pada tahun 306 M.

Pada saat tu, Arius memang diketahui ramai memegang kuat pahamannya itu dan berkaitan rapat dengan Lucian dan Meletius orang Mesir. Meletius Lycopolis ni merupakan seorang yang fahamannya bertentangan dengan Betrus I. Pertikaian kemudian berlaku dan menyebabkan Uskup Betrus mengucilkan Arius. Walau bagaimanapun lepas tu, Arius berkawan dengan Uskup Achillas dari Iskandariah. Uskup Achillas ni pengganti Uskup Betrus I. Arius dikembalikan semula kebebasan dan dilantik jadi al-Qassis-ul-Iskandariah pada tahun 313 M. Tahun yang sama gax, Uskup Achillas kena bunoh n Arius dinafikan dari mathraniah (patriarchate) di Iskandariah macam yang diaturkan oleh Uskup Iskandar I dari Iskandariah.  

Kata puak2 Krist lain yang mengecam Arius ni, dorang cakap yang fahaman Arius ni percaya Anak (Jesus Kristos) bukan Tuhan sepenuhnya. Anak (Jesus Kristos) tu diciptakan jugak, maksudnya adalah makhluk, dan tertakluk kepada Bapa (Tuhan). Kata anak Tuhan tu bukan makna harfiah bagi dorang, tapi merupakan satu gelaran kehormatan kepada orang yang berhak mendapat taraf mengabdikan diri kepada Tuhan, lebih kurang macam orang patuh kat Tuhan ler kot. Dorang faham bahawa Jesus adalah manusia biasa dilahirkan oleh Maryam n dia anak tiri kepada Yusuf an-Najjar. Tapi pada rohaninya plak, Jesus Kristos ni merupakan satu2nya anak-Nya sebab roh dia macam malaikat Jibril, yang diciptakan Tuhan n diutuskan oleh Tuhan, lebih hebat daripada malaikat2 lain (dia cakap pasal bandingan roh Jesus dengan malaikat Jibril). Kata dorang Jesus Kristos bukan disembah puja, tapi merupakan manusia yang patut diikuti n dicontohi.

Arius dikucilkan oleh Uskup Iskandardari Iskandariah pada tahon 320 M dan dicop sebagai ahli bidaah sebabmelawan akidah thaaluth (triniti). Gimanapon Arius, berjaya memenangisokongan dalam kalangan golongan agamawan dan ketua2 gereja bagifahaman dia tu, terutamanya mereka di bahagian timur empayar Rom,misalnya Auxentius yang merupakan Uskup Gereja Arian di Milan,Eusebius, Uskup Gereja Arian di Nikomedia, dan Ulfillas, Uskup GerejaArian di Dacia. Stengah ahli rowayat Krist jugak pada satu tahap anggapbahawa pengikut pahaman Arian ni sebenarnya lagi ramai daripadapengikot fahaman aliran Ortodoks.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2009 10:34 PM | Show all posts
Baulus ath-Tharsuusi (Saul of Tarsus)

Dia ni merupakan generasi pertama pemimpin orang2 Kristos n dianggap oleh sesetangah orang sebagai tokoh kedua terpenting dalam sejarah agama Kristos selepas Jesus Kristos snirik.

Dia ni dikenali jugak sebagai Rasul kepada orang mushrik (orang Rom), n Saul ni jugak merupakan orang terkenal dalam agama Kristos di Asia Minor n Eropah. Dia ada banyak penyokong n jugak musuh.

Menjangkakan yang dia tak menikmati taraf penghormatan yang sama drpd pengikut2 Kristos sebagaimana yang dinikmati oleh Butrus (Peter) n Ya'akub (Jacob), yang merupakan saudara Jesus Kristos, dalam surat2 kirimannya, dapat dilihat ciri2 pertelingkahan yang diwujudkannya bagi membuktikan kesahihannya dan jugak pertanggungjawaban dia sebagai salah seorang rasul Kristos.

Disebabkan oleh sumbangan Saul ini jugak, dia diangkat menjadik salah seorang tokoh terkemuka agama Kristos berabad2 lamanya, kelahirannya diraikan di seluruh dunia pada bulan tiap2 29 haribulan Jun.

Kehidupan Awal

Dia dilahirkan di kota Tharsus di Cilicia. Skarang ni Cilicia ada dalam Asia Minor di dalam negara Turki. Kemungkinan dia dilahirkan sekitar tahun ke-5 atau ke-10 kelahiran al-Masih. Nama dia masa lahir adalah Shaawul dan membesar dalam keluarga orang Yahudi bani Ben Yaamin berdasarkan kepada pengakuannya dalam surat kirimannya kepada warga Rom. Sebagaimana sesungguhnya dia itu juga adalah seorang warga kerajaan Romawi.

Dia asalnya bekerja sebagai tukang buat khemah. Shaawul pon berminat la jugak belajar shariah orang Yahudi apabila dia berpindah ke Urushaliyim (Jerusalem) sb dia nak berguru dengan Ghamali-yil al-Farisi (Gamaliel orang Farisi). Ghamali-yil merupakan salah seorang guru agama Yahudi masa tu. Dan nampaknya dia x bertemu lagi dengan Yasou' an-Naasiri (Jesus of Nazareth) pada zaman itu.

Perubahan

Lepas Shaawul menjadi seorang Farisiyyan (orang Farisi), dia mula cenderung berfikiran taksub dan berpendirian radikal. Dia berminat dengan pekerjaan melampau melawan kemunculan ajaran al-Masih yang dikatakan merupakan pecahan agama Yahudi sesat n bertentangan dengan tradisi Yahudi yang rasmi masa tu.

Maka, kita melihat awal kemunculan baginya dalam "Sifr A'mal-ur-Rasuuli" atau Book of Acts bab tujoh yang menyebut ketika Shaawul itu berdiri memerhatikan shaamas Istifanus kena rejam sampai mati smasa dia menjaga pakaian para perejam. Dia berasa suka dengan perbuatan perejam tersebut.

Lepas rejam, puak2 tersebut melancarkan kempen memerangi gereja Urushali-yim. Hal ni menyebabkan penikot Kristos tersebar2 n terpecah2 ke merata2 tempat. Shaawul mendapat perkenan kahinah (para guru2 agama yang jugak digelar orang2 shariah) untuk kejar pengikut2 Kristos tu sampai ke Damascus dalam Syria dan tangkap bawak balik ke Urushali-yim (Jerusalem).

Dalam perjalanan ke Damsyik, menurut Perjanjian Baru, dirowayatkan bahawa Shaawul dapat ru'yah (pandangan) yang mengubah kehidupannya. Dia menceritakan dalam surat kirimannya kepada orang Ghalatin bahawa dia ternampak Tuhan (Jesus Kristos).

duuuuh, panjang rowayat pasal Paulus ni...... nanti aku sambung lagik citer pasal die jumpe "Tuhan" die ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2009 02:47 PM | Show all posts
sambungan...........

Dalam kitab sifr a'maal-ur-rasuuli (perjalanan perbuatan para rasul), bab ke-7 menyebut tentang ru'ya (pandangan) itu. Maka digambarkannya: "dalam kejadian dia mendekati kota Damaskus maka tiba2 muncul cahaya bertali dari "langit" dan selepas itu dapatlah antaranya dan Kristos berbual. Maka berpuas hatilah Shaawul, katanya dia yakinlah selepas berbual yang Yasou' an-Naasiri (Jesus of Nazareth) tu adalah Messiah yang dijanjikan. Berkali2 jugak diulang dalam dalam kitab sifr a'maal dengan terdapat sedikit sana sini perbezaan antara satu sama lain dalam (22:6-11) dan (26:13-18).  

Selepas ru'ya itu, maka butalah sebentar Shaawul dan telah dibawa ia ke kota Damaskus bila mana dia dijaga dalam tangan Hanania (Anania). Dan kembalilah baginya penglihatannya menurut rowayat kitab suci (Perjanjian Baru) dan dikenalilah Shaawul dengan nama Baulus (Paulus) selepas dia memeluk ajaran Kristos. Baulus lepas itu menghabiskan banyak masanya di Tanah Arab (kemungkinan gurun Syria) sebelum kembali semula ke Damascus. Dan di sana pulak, ada pakatan hendak mebunuhnya dan hal ini telah dihalang oleh gubenor. Maka telah membantu gubenor itu akan dia dengan memasukkan Baulus dalam bakul besar yang diturunkan dari atas tembok (tapak yang dipercayai sebagai gereja St. Paul dalam Baab Keesan hari in).

sambung nanti....................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2009 07:56 PM | Show all posts
Pekerjaan Kerasulan Baulus

Tiga tahon lepas kepulangan Baulus (Shaawul) ke Urushali-yim, agaknya dalam skitar tahon 40 M, dia berkeinginan untuk bertemu dengan para Rasul al-Masih (hawari). Maka dia tinggal di sisi Butrus (Peter) selama 15 hari, n pada masa itu jugak dia bertemu dengan Ya'akub el-Baar (James).

Maka lepas itu, dia bermula lah dengan perjalanan tabshiriah (membawa injil) yang termasyur di Barat. Akan tetapi pada bermulanya dia bertabashir di Cilicia n Syria dulo. Dan dalam 20 tahun berturut2, Baulus mengasaskan banyak gereja di Asia kecil (minor) dan sekurang2nya 3 gereja di Eropa.

Perjalanan Tabshiriah Baulus yang Pertama

Duduklah Baulus sebentar di bandar kelahirannya, Tharsus, dan kemudiannya dia menyertai maar Barnaba. Mereka sama2 pergi ke Anthaakiah (Antioch) dan memberi peringatan selama setahon penuh. Dan dari sana, mereka turon di kawasan orang2 Yahudi membawa bersama mereka berita gembira dari gereja Anthaakiah. Beres semua tugasan penting, mereka meninggalkan Urushali-yim ditemani Marqus.

Misi pertamanya dimulakan di Anthakia. Dia ditemani oleh Barnaba n anak2 saudara Marqus el-Aakheer. Maka mereka telah menyeberangi laut ke Qibrous (Cyprus) dan kemudian ke selatan iaitu di dalam Turki, Beergah, Biseediah, Iquniah, Listrah, n Dirbah. Dan Baulus itu serta teman2nya mengajak dengan gaya yang tertentu dalam menyeru. Maka sesunggohnya mereka bergerak dari satu bandar ke satu bandar yang lain memanggil2 orang berlindung dengan shafa'at al-Maseeh di tempat2 berkumpul orang Yahudi (rumah ibadat) dan di pasar2 dan di tempat2 perkumpulan umum sehingga mewujudkan jemaah2 Masihi yang baru. Dan sehingga mendirikan bagi jemaah2 itu raa'ah n qasaawesa.

Terbahagilah orang2 Yahudi daripada yang mendengar seruan mereka itu sama ada setuju atau tidak. Maka Baulus sesungguhnya menghalakan wajahnya ke arah orang wathani (sembah n percaya dewa2) bagi mengajar mereka kepada apa yang diimaninya. Orang wathani ni adalah orang Romawi sama ada bangsa Greek atau Roma.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2009 08:40 PM | Show all posts
Muktamar di Urushaliyim

Skitarnya abad ke-48 M, terjadilah pertelingkahan antara pengikut al-Masih Anthakiah sekitar masalah berkhatan pada ketikanya muncul Baulus tiba di bandar yang pengikut al-Masih berlatarbelakang bangsa Yahudi yang menuntut agar diwajibkan berkhatan ke atas orang yang iman dengan al-Masih yang dahulunya dalam kalangan orang wathani (orang Yunani n Romawi) mudah2an mereka beroleh shafa'at.

Sebagainya Baulus n Barnaaba maka dua2nya berkhilaf akan hal tersebut dengan sesungguhnya. Dan belum dapatlah mereka memutuskan masalah tersebut, dihantarlah oleh gereja Anthakiah bersama mereka beberapa orang2 lain kepada para rasul dan sheikh2 di Urushali-yim untuk dinilai dalam perkara tersebut. Maka tamatnya diadakan muktabar ahli rowayat gereja yang awal yang merupakan ahli perhimpunan gereja Urushalim yang memberikan kata putus kepada Baulus dan Barnaabaa bahawa orang2 wathani yang dah beriman kepada al-Masih itu x perlu lah berkhatan dan sesungguhnya cukup saja bagi mereka melarang diri mereka daripada "najis berhala, berzina, makan benda2 kena cekik, n dari darah serta benda2 berkaitan" dengan perkiraan ini tercatat dalam sifr a'mal-ur-rasuuli.

Dan tamatlah sudah selepas muktamar itu, mereka mengenalpasti pulak kepentingan bertabshir dalam ahli gereja. Bila mana terbit Butrus (Peter) sama2 Ya'akob el-Baar (James), dan Yukhana Ben Zibdi jadi utusan bagi orang2 berkhatan (kabilah Yahudi), dan Baulus sama2 Barnaabaa jadi utusan bagi seluruh bangsa atau bangsa wathani (penyembah berhala). Dan lepas muktamar itu jugak, berubah hala ajaran al-Masih sebagai agama yang bebas dan bukan sebagai cabang dari cabang aliran dalam agama orang Yahudi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2009 09:07 PM | Show all posts
Perjalanan Tabshiriah Kedua

Dalam perjalanan kedua, Barnaabaa ingin membawa bersama mereka Marqus. Tetapi Baulus tidak setuju dengan hal tersebut maka bertelingkah la dua2 orang ini. Dan berpecahlah Baulus ikut jalannya sendiri bersama dengan penyebar ajaran al-Masih yang lain2. Adalah matlamat utama Baulus daripada perjalanan itu adalah orang2 yang lalu lalang di tempat jemaah al-Masih diasaskan di selatan Anadhoul (Anatolia) semasa perjalanan pertama dia selain dia ingin melihat keadaannya. Dan di Listrah, dia telah bertemu dengan Timothaos yang menyertainya pada saat2 lain. Kemudian dia telah sambung jalannya dengan menuju sehinggga tiba di ad-Dardaanel. Dan dari sana, dia melintas menuju ke al-Yunaan (Greece).  

Dan dalam tanah itu, telah mengasaskan Baulus gereja2 baru, Filibi (Philipi), Tisaaluniki (Thesaloniki), Biriah (Pireus), Atena (Athens), dan di Kourinthus (Corinth). Semasa bermukim lama di Kourinthus, bangkitlah Baulus dengan kitab tulisannya yang pertama dan kedua kepada ahli Tisaaluniki sekitar tahun 52 M. Barangkali dia telah menulis pada zaman itu jugak surat kepada ahli Ghalaatiin. Sama2 dengan beberapa orang penyelidik memperkira bahawa risalah2 ini, telah ditulis di Anthakiah yang merupakan kerjaan awalnya. Yang lain2 tu tertulis dalam zaman lain plak di kota Efesus. Kemudian Baulus belayar ke Qaisiria (Cesarea) di Palestin untuk ziarah ke Urushalim sebelum balik semula ke Anthakia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2009 12:20 AM | Show all posts
Perjalanan Tabshiriah Ketiga

Maka Baulus telah mengambil perjalanan yang ketiga ke negeri Ghalatia kemudian ke Frigia (Phrygia), dan darinya ke Efesus. Dalam masa dua tahon setengah yang dihabiskan di Efesus, banyaklah dia menghasilkan buah2 (jasa). Dia menulis di Efesus dua surat iaitu surat pertama dan kedua kepada orang Korinthus (Corinthian) sekitar tahun ke-56 M. Kemudian, dia sniri pergi ke Korinthus dan di sana dia dipercayai mengarang surat kepada orang Roma. Kemudian, dia pulang lah ke Efesus dan seterusnya ke Urusalim (Jerusalem). Di sana, dia ditahan dan itu menjadi ziarahnya yang terakhir di kota suci. Kejadian terjadi antara tahun2 57-59 M.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2009 02:06 AM | Show all posts
Penahanan n Kematian Baulus

Dalam tahun ke-50 M, Baulus telah berziarah ke Urusalim bersama beberapa pengikut al-Masih yang datang dari negara2 wathani yang telah beriman di atas tangannya. Di sana, dia telah ditahan kerana dia telah membawa masuk orang Yunani ke haram-ul-haikal (haikal yang dihormati). Selepas beberapa turunan daripada penghakiman yang dijalankan ke atasnya, dia dihantar ke Roma dan menghabiskan saki baki hidupnya di sana. Menurut rowayat ikutan orang Masihi, maka sesungguhnya Baulus itu dihukum pancung kepalanya dengan arahan maharaja Niiroun (Nero) atas sebab terjadinya kebakaran dahsyat di Roma yang mana puak2 pengikut Masihi itu dituduh menjadi dalangnya. Kejadian tercetus pada tahun ke-64 M.

Pemikiran Baulus dalam Ilmu Ketuhanan

Utamanya sahsiah Baulus ar-Rasuul ni dalam zaman rasul2 bagi ajaran Masihiah ni, bahawasanya surat2 kiriman dia itu memberikan kesan besar dalam perkembangan ajaran agama ini. Maka sesungguhnya terkandung pada tulisan2 awalnya mengenai ilmu ketuhanan agama al-Masih. Dia mengarang berkaitan kerohanian banyak daripada penelitian berkaitan sifat kaedah. Dan penerangan mengenai hal2 ketuhanan oleh Baulus menjadi sumber kepada akidah agama Masihi (Kristos). Telah memberi olehnya ahli2 ilmu ketuhanan agama Masihi (Kristos) tafsiran yang pelbagai. Maka telah mengambil ketetapan atasnya oleh gereja sejak awal2 zaman dan berpegang atasnya pada kemudian hari, firqah2 (kumpulan) penganut agama Masihi (Kristos) yang pelbagai bagi menyokong iktikad mereka.

Maka berpeganglah jugak Martin Luther sebagai contohnya dengan surat Baulus bagi menyabitkan permulaan shafa'at (keselamatan) melalui iman sahaja tanpa 'amal. Umumnya, pemikiran Baulus berkisarkan kehidupan, kematian, dan kebangkitan al-Masih. Juga berkisarkan gereja, sebagaimana jasad al-Masih yang penuh filsafah ketuhanan, dan pengajarannya tentang an-Naamuus (Jibril), dan nikmat. Pandangannya jugak menjadi asas kepada agama Kristian yang ada dalam bentuk sekarang ni.      

Baulus dengan Perjanjian Baru

Daripada 27 tulisan2 kitab Perjanjian Baru, 13 daripadanya yang jadi mubaashirnya adalag Baulus ar-Rasuul. Dekat2 separuh daripada a'maal-ur-rasuul menyentuh mengenai kehidupan Baulus, serta tugas2 tabshiriahnya. Kira2 separuh kitab Perjanjian Baru yang tamat penulisannya di tangan Baulus dan di tangan beberapa orang yang lain, dipengaruhi dengan fikiran dan syarah2 yang akhir ini.

Dalam 13 surat2 kiriman dalam Perjanjian Baru ni, ada tujuh yang diterima sebagai tulisan Baulus yang asli, sementara yang lain2 tu merupakan surat2 kiriman murid2 Baulus yang menulis dengan nama guru dorang iaitu Baulus. Murid2 Baulus menggunakan bahan2 dari surat2 kiriman lain atau dari surat2 kirimannya yang hilang. Dan dalam pembelajaran serta menjejaki dan menyoroti hidup dan pemikiran Baulus bersumberkan selalunya dengan melihat tujuh surat kiriman aslinya mula dengan tertib kedua dalam sifr a'maal-ur-rasuul (book of acts). Surat2 asli Baulus tu dalam kitab suci (Kristos) disusun dengan tertib:

1. risalah untuk ahli roma
2. risalah pertama untuk ahli korinthus
3. risalah kedua untuk ahli korinthus
4. risalah untuk ahli ghalatia
5. risalah untuk ahli filibi
6. risalah pertama untuk ahli tesaluniki
7. risalah untuk filiimoun

makanya dari segi sejarah, nampaknya surat2 ni plak dikelaskan seperti berikut dengan pengecualian terhadap filiimoun yang sukar sekali nak ditentukan bila tarikh dikarangnya susunan macam ini:

1. risalah pertama kepada ahli tesaloniki
2. risalah pertama kepada ahli kOrinthus
3. risalah kedua kepada ahli korintus
4. risalah kepada ahli ghalati
5. risalah kepada ahli filibi
6. risalah untuk ahli roma

Risalah2 dinasabkan kepada Baulus dalam PB

1. risalah untuk ahli roma
2. risalah untuk ahli korinthus
3. 1 risalah untk ahli korinthus
4. 2 risalah untuk ahli korinthus
5. risalah untuk ahli ghalatin
6. risalah untuk ahli efesus
7. risalah untuk ahli filibi
8. risalah untuk ahli kulousi

9. 1 risalah untuk ahli tesaloniki
10. 2 risalah untuk ahli tesaloniki
11. 1 risalah untuk timuthaus
12. 2 risalah untuk timuthaus
13. risalah untuk tithaas
14. risalah untuk filiimuun
15. risalah untuk orang2 Ibrani
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 2.764653 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list