View: 3947|Reply: 12
|
Posisi Seni Dalam Ilmu Pengetahuan
[Copy link]
|
|
Salam
Dah lama tak post aper2 kat sini. So I cuba cari something utk dikongsi bersama.
Mungkin nampak ilmiah tapi maksud yg nak disampaikan simple je...
selamat membaca
tq |
|
|
|
|
|
|
|
Seni membawa makna indah, halus, lembut, senang di dengar atau tutur, senang dilihat dan menerangkan sesuatu. Seni yang berasal dari bahasa Yunani membawa makna kecekapan dan kebolehan. Secara umum, seni adalah sebahagian daripada kebudayaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Seni adalah berdasarkan ilmu. Untuk menilai seni, penilai mesti mempunyai ilmu-ilmu seni. Terdapat tiga aspek dalam menggunakan ilmu iaitu tanggungjawab, kejujuran dan keberanian. Adalah menjadi fitrah manusia untuk menghasilkan karya seni dan menikmati keindahannya. Semuanya mengarahkan kita kepada mencari kebenaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fleurzsa at 19-1-2010 14:45
Seni merupakan sebahagian daripada disiplin ilmu yang mampu memupuk dan membentuk secara halus nilai-nilai dalam diri manusia melalui aktiviti-aktiviti seni yang mengabungjalinkan tiga domain iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. |
|
|
|
|
|
|
|
Pendidikan Seni juga memberi kesan afektif dalam membentuk perwatakan, mempraktikan kawalan-kawalan sosial yang sihat dalam kelompok masyarakatnya dan melatih daya pemerhatian serta menghargai keindahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kajian antropologi-budaya, seni itu termasuk dalam kebudayaan, diistilahkan sebagai “Cultural-Universal” iaitu segi kebudayaan yang universal ditemukan dalam tiap kebudayaan. (Sidi Gazalba, 1977) |
|
|
|
|
|
|
|
Ilmu pengetahuan sering dibezakan ke dalam tiga bidang, iaitu ilmu pengetahuan bidang alam (natural science), ilmu pengetahuan bidang sosial (social science), dan ilmu pengetahuan bidang budaya ( cultural science). |
|
|
|
|
|
|
|
Methodologi ilmu seni secara amnya, merangkumi tiga bidang falsafah utama, iaitu ontologi (teori wujud), epistemologi (teori ilmu) dan aksiologi (teori nilai). Ketiga-tiga bidang ini menyentuh prinsip dasar mengenai kehidupan dan matlamat hidup manusia. Ia juga meliputi faktor-faktor seperti kebudayaan, nilai, kehendak individu. falsafah, ideologi, sosial, sosiobudaya, ilmu pengetahuan dan teknologi. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fleurzsa at 19-1-2010 14:47
Dalam pandangan Ontologi, Seni adalah bidang ilmu yang tidak terpisah dalam kehidupan manusia. Ia berkaitan dengan bidang ilmu dan perkara-perkara yang menjadi ilmu itu. Permasalahan yang dihadapi oleh ilmu adalah bagaimana merealisasikannya kepada bidang yang berkaitan dengan alam dan sosial. |
|
|
|
|
|
|
|
Permasalahan Epistemologi berkisar mengenai proses atau cara memahami dan mengelaskan ilmu yang bersangkutan. Dalam Epistemologi , fungsi logik, kaedah pemikiran deduktif dan induktif, mempunyai peranan yang penting. |
|
|
|
|
|
|
|
Aksilogi pula menyentuh bagaimana ilmu seni memberi makna kepada nilai-nilai, ilmu pengetahuan, dan keyakinan-keyakinan yang menjadi pedoman bagi masyarakat. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulannya, Seni mempunyai perkaitan yang luas terhadap kehidupan seharian kita. Ilmu seni adalah bagi memahami apa yang berlaku dalam senario masyarakat. Seterusnya ilmu seni dapat memperkembangkan individu yang kreatif yang mampu bertanggung jawab dengan penuh yakin terhadap alam sekitar mereka, memelihara dan menjaga khazanah budaya bangsa serta dapat mengubah sosio-ekonomi mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Kefahaman seni menjadi satu asas untuk mengembangkan pemikiran kreatif. Kefahaman seni yang mendalam itu akan membantu seseorang individu untuk mencipta dan menjana perkembangan ilmu ke arah yang lebih berkesan
(Lois Fichner-Rathus, 1994). |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|