CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6135|Reply: 10

Asal Usul Raja/Sultan Melaka dari sudut Kesusateraan Melayu

[Copy link]
Post time 20-1-2010 12:43 PM | Show all posts |Read mode
1. PENAKHLUKAN ISKANDAR ZUL-KARNAIN

Raja Iskandar ialah anak kepada Raja Darab, berbangsa Rom dan berasal dari Mukadimah.

Hendak di jadikan cerita baginda telah meyerang Negeri Hindi pada masa itu diperintahkan oleh Raja Kida Hindi dan disuruh memeluk Islam.

Raja Iskandar kemudiannya terus berlahwin dengan Puteri Raja KinDa Hindi yang bernama Puteri Syahrul- Bariyah.
Perkahwinan baginda telah dikurniakan dengan lahirnya seorang putera yang bernama Raja Aristun Syah.

Selang beberapa tahun kemudian selepas kemangkatan Ayahanda baginda, baginda menjadi pemerintah di negeri Hindi.

Raja Aristun Syah mempunyai 3 orang putera iaitu Raja Hiran, Raja suran dan Raja Fandin.

Raja Suran yang telah berjaya menawan isi daratan ingin pula hendak melawan isi laut. Baginda pun memerintahkan orang membuat sebuat peti kaca berkunci dan berpesawat dari dalam.

Setelah siap baginda pun turun ke dasar laut dan jatuh ke bumi yang bernama Dika ( unsur mitos)


p/s : akan  disambung bagi mengelakkan keboringan semasa membacanya...:pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2010 01:06 PM | Show all posts
..........sambungannya

Pada masa tersebut bumi Dika diperintah oleh Raja Aktabu'l - Ard. Penghuni Dika terdiri daripada kaum Bu Sum yang sebahagiannya beragama Islam dah sebahagian lagi kafir. Ketibaan Raja Suran dimuliakan oleh Raja Aktabu'l - Ard.

Hendak dijadikan cerita, Raja Suran telah dikahwinkan oleh Raja Aktabu'l - Ard dengan puteri baginda yang bernama Puteri Mahtabu'l Bahri.

Selepas 3 tahun berkahwin mereka telah dikurniakan tiga orang putera.

Selepas itu raja suran menitahkan jin Asmaghiah membuat 3 buah mahkota bagi melambangkan mereka berasal daripada keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.

Tidak lama kemudian Raja Suran memohon kepada Raja Aktabu'l - Ard untuk naik ke dunia semula dan memesan kepada baginda supaya memakaikan anak2nya mahkota dan menyruh anak2nya pergi ke dunia apabila mereka sudah besar kelak
:pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2010 01:27 PM | Show all posts
..............:pompom:

Kisah Bermula Di Bukit Siguntang

Di Tanah Andalas terdapat sebuah negeri yang bernama Palembang. Negeri itu diperintah oleh Demang Lebar Daun yang berasal daripada keturunan Raja Sulan. Bukit Siguntang ini dihuni oleh dua orang balu iaitu Wan Empuk dan Wan Malini.

Apabila ketiga2 anak Raja Suran telah dewasa, mereka telah dihantar ke dunia oleh nenda mereka dengan lengkap berpakaian Raja dengan menaiki lembu putih (mitos Hindu)


Kedatangan mereka di Bukit Siguntang menyebabkan kawasan penanaman padi pasangan balu tersebut bernyala seperti matahari terbit. Padi mereka bertukar menjadi emas, berdaunkan perak dan berbatangkan gangsa.

Ketiga-tiga mereka tersebut memperkenalkan diri mereka kepada pasangan balu tersebut sebagai Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 01:37 PM | Show all posts
Teruskan teruskan...:pompom:
Saya pernah baca kisah wan empuk wan malini. Nanti anak2 raja Suran gi Bukit Seguntangkan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2010 01:38 PM | Show all posts
Teruskan teruskan...:pompom:
Saya pernah baca kisah wan empuk wan malini. Nanti anak2 raja Suran gi Bukit Seguntangkan?
bedahcyber Post at 20-1-2010 13:37


a'aa jap lagi teman sambung ok...huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2010 01:48 PM | Show all posts
...........:pompom:

Apabila Demang Lebar Daun mengetahui berita ini, dia telah menemui Wan Empuk dan Wan Malini dan membawa ketiga2 anak Raja itu ke Palembang.

Nama 2 orang raja itu telah ditukar oleh Demang Lebar Daun

i) Nila Pahlawan - Sang Si Perba ( memerintah Minangkabau)

ii) Krisyna Pandita - kekal ( Raja di Tanjung Pura)

iii) Nila Utama - Seri Teri Buana ( Raja di Palembang)

Sewaktu Demang Lebar Daun menukar nama Nila Pahlawan, telah berlaku satu peristiwa di mana lembu kenaikan mereka telah memuntahkan buih dan daripada buih itu keluarlah seorang lelaki berpakaian seraya membaca ciri dan dinamakan Batala (mitos Hindu)

p/s : sebab itulah kaum Hindu tidak memakan daging lembu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-1-2010 02:33 PM | Show all posts
.............:pompom:

Seri Teri Buana@STB ingin beristeri dan menyampaikan hasratnya itu kepada Demang Lebar Daun. Demang Lebar Daun segera mencari anak2 raja tempatan untuk dijodohkan dengan baginda. Akan tetapi suatu keanehan telah menimpa STB. Hal ini demikian kerana, semua anak2 raja Palembang yang ditidurinya dtimpa penyakit Kedal.

Apabila tiada lagi anak raja yang dapat dikahwini, STB teringat akan anak gadis Demang Lebar Daun dan berhasrat untuk mengahwini gadis itu.

INFO : anak2 Raja Palembang ditimpa penyakit kedal kerana mereka tidak setaraf dengan keturunan STB dan ini merupakan keistimewaan yang ada pada Raja Melaka berbanding dengan raja yang lain

Kedal - penyakit gatal2/kudis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2010 02:49 PM | Show all posts
...........:pompom:

Demamng Lebar Daud setuju untuk memenuhi permintaan STB, tetapi waad/syarat perlu dipersetujui olh kedua2 belah pihak.

6 butiran waad/waadat :

i) Raja tidak boleh menzalimi rakat / Raja mesti adil

ii) Rakyat tidak boleh derhaka kepada Raja walaupun Raja zalim

iii) Kalau rakyat derhaka - hukuman mati

iv) Kalau Raja zalim - negara dibinasakan

v) Kedua-dua pihak mesti setuju dengan syarat2

vi) Jika satu pihak langgar syarat - waadat terbatal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2010 06:05 PM | Show all posts
..........:pompom:

Selepas berteguh janji, STB pun berkahwin dengan puteri Demang Lebar Daun iaitu Raden Ratna Cendera Puri.

Puteri ini tidak ditimpa penyakit kedal sebagaimana anak2 raja sebelumnya. Ini kerana, isterinya pun berasal daripada keturunan Raja Sulan.

Selepas perkahwinan STB dgn RGCP, berlakunya peristiwa ajaib iaitu beroleh anak perempuan daripada buih yang hanyut .

STB menjadikannya sebagai  anak angkat dan dinamai Puteri Tanjung Buih
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 07:29 PM | Show all posts
nak tau lebih lanjut, bukala kitab teragung melayu- sulalatus salatin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2010 07:52 PM | Show all posts
nak tau lebih lanjut, bukala kitab teragung melayu- sulalatus salatin
sekngucing Post at 20-1-2010 19:29


khennnnnn...iols sjer nak wat nota KM kekdahnya...nnt ner tau ada yang google




voleyh??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.087929 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list