CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3650|Reply: 6

jumpa tulang puteri england abad ke 10!!

[Copy link]
Post time 22-1-2010 03:44 AM | Show all posts |Read mode
Tulang ditemui milik puteri England

GAMBAR menunjukkan keranda Puteri Eadgyth yang ditemui di gereja
Cathedral di Madeburg, Jerman.

LONDON - Pakar-pakar Jerman dan Britain berpendapat mereka telah menemui tulang Puteri Eadgyth yang hidup pada abad ke-10 dan berkahwin dengan salah seorang anggota keluarga diraja England.

"Dia (Puteri Eadgyth) merupakan seorang yang amat popular," kata seorang pakar arkeologi di Universiti Bristol, Profesor Mark Horton.

Menurutnya, semasa hidup, puteri itu sama seperti mendiang Puteri Diana iaitu bekas isteri pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles yang memiliki wajah cantik dan melakukan banyak kerja-kerja amal.

Horton merupakan salah seorang anggota pasukan yang berusaha untuk mengenal pasti identiti beberapa tulang yang ditemui dalam bungkusan kain sutera di gereja Cathedral, Magdeburg di Jerman.

Jika identiti itu disahkan, tulang tersebut merupakan tinggalan tertua milik anggota diraja Britain yang telah ditemui.

Ahli-ahli arkeologi menemui satu set tulang yang hampir lengkap itu dan dibungkus dengan kain sutera tersebut dalam sebuah keranda mengandungi namanya pada tahun 2008.

Horton berkata, rangka tulang itu merupakan wanita yang berumur antara 30 hingga 40 tahun. - AP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2010 07:38 AM | Show all posts
suka sangat depa ni dok gali2 tulang, mcm tikus jaa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 08:02 AM | Show all posts
cantik keranda dia...

amazed kalau hang terer... tepek mai la pic princess ni bleh la kita tatap tengok betul cantik ka atau propa jek
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 08:14 AM | Show all posts
pic keranda je..
mana pegi tulang2 dia?
dh kena ambik ek?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 08:55 AM | Show all posts
entahnye...gambo keranda je..
idok nampaknye tulang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 09:03 AM | Show all posts
why did they bury the body in Germany?

so she was popular, like princess Diana...ok...hmm abad ke 10  okay...circa 900 AD....hmm...zaman Abbbasiyyah ni ...okay dark ages ni ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2010 09:18 AM | Show all posts
nampak keranda je..dorg dah ambek ke tulang2 nye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 1.923853 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list