CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: JejakaKite

Macam Mana Nak Hapuskan Cicak?

[Copy link]
Post time 3-6-2010 10:00 PM | Show all posts
PM aku kalu sapa nak..
tupaiterbang Post at 3-6-2010 21:37

ehehehe.. cam wat bisnes lak ni..

   



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2010 10:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by tupaiterbang at 3-6-2010 22:39

Reply 61# freekey

sekadar berkongsi keseronokan menembak cicak..
actually aku x leh jual pun benda ni..aku tunjuk jelah barangnya..hehe

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 12:11 AM | Show all posts
boleh tahan lah..

geram sangat tgk!!!
freekey Post at 3-6-2010 22:00


sabor priki...sabor....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 08:44 AM | Show all posts
boleh tahan lah..

geram sangat tgk!!!
freekey Post at 3-6-2010 10:00 PM


dah try dgn gulungan getah ( org panggil Gunduk kalau x silap ) tu priki???
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 04:12 PM | Show all posts
Reply 53# tupaiterbang


    solf gun??? brand apa yang paling tupai recommend eak????
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 04:47 PM | Show all posts
soft gun ni..peluru dia apa yek???walaupun umah aku takder cicak ( belum ada lg)..tp berminat gak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2011 02:43 PM | Show all posts
Aku pun memang nak perangi cicak ni.
Rata-rata cara yang disarankan oleh kau orang ialah:
1) Guna spray ridsect yang beracun untuk bunuh terus
2) Guna spray ridsect yang membuatkan tembok dan permukaan laluan cicak menjadi licin dan cicak tak dapat nak merangkak lagi.
3) Guna lastik samada gunakan getah atau tembak
4) Gunakan pelapik gam untuk menjerat dan memerangkap cicak
5) Gunakan air panas

Cara-cara di atas memang ada yang aku dah praktiskan tapi memang kaum cicak kat rumah aku ni masih tak segan2 untuk bertandang lagi.
Aku harap boleh hidupkan topik ni lagi supaya boleh kita diskus cara yang paling berkesan.

Cicak Oh cicak
Kenapa kau datang rumah aku?
Macam mana aku tak datang
Ada makanan aku, ada makanan aku.

Aikkkk geramnya aku pada cicak ni.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 06:11 PM | Show all posts
Aku baru aja call Rentokil Malaysia. Perempuan tu check ngan boss dia pastu update aku.
Kelakar dia cakap selamba: Kita akan spray dan cicak tu akan mati. Nanti dah jatuh kita clearkan lah. (Dlm bahasa Inggeris).

Aku rasa lucu sbb kita semua lebih kreatif tentang cara2 nak bunuh cicak tu. Bila Rentokil sendiri keluar statement mcm tu, itu yang kelakar tu. Aku tanya takda cara nak kasi cicak langsung pupus di rumahku? Dia cakap takda cara boleh nyahkan cicak terus dari rumah kita.

Jadi aku terpaksalah pasrah rumahku dicabuli cicak sebegitu.
Ada statement dari sebuah syarikat pest control berbunyi:
Lizards are not considered as Pest in the Pest Control Industry
Tak ya jugak. Kalau dah bukan pest, macam mana nak control?
Kata syarikat tu lagi: Sebenarnya cicak ni boleh dianggap sebagai kawan kita dan bukannya lawan. Sbbnya cicak akan ada di tempat2 yg ada makanan dia. Serangga2 terbang dan merangkak. Terutama yg suka dengan lampu. Bila malam menjelang, cicak ni akan datang menangkap serangga tersebut. Bila dah terang, pagi, cicak2 akan sembunyi di belakang almari, kabinet, perabut kita. Jadi rumah kita takdalah serangga tersebut sbb cicak dah jaga baik. hahaha. Tak sangka aku cicak rupanya kawan baik manusia!

Tapi artikel tu cakap lagi. Cicak mmg tak boleh nak dihapuskan sama sekali. Keturunan dia memang tak boleh nak dipupuskan dari rumah kita. Tapi kalau kita nak jugak kawal cicak ini, kita kena hapuskan serangga2 yang jadi makanan dia.

Jadi, kita kena lah tahu selera diet cicak di rumah kita. Kalau dah tahu kita kena hapuskanlah makanan cicak tersebut. Contohnya kalau rumah kita banyak semut, jadi kita kena beli ubat yang matikan semut. Bila makanan takda, cicak pergi tempat lain cari sesuap nasi harian dia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2011 10:53 PM | Show all posts
kelakar gila.. habis tu, bila dah tembak cicak tu.. dah terbongkang, sapa lak nak bersihkan cicak2 yg dah parah di tembak tu? Gelinya if kena tangkap seekor2....  sedangkan yg dah melekat kat perangkap lalat(yg bergam) pun geli nak buang... apa lagi if kena kutip satu2...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 11:17 PM | Show all posts
ee..aku da ler geli lipas n cicak.. uma kl aku byk lipas.. uma jb mak aku lak byk cicak. besar2 lak tu.. penah skali cicak besar kulit die cam mengerutu skit (wek nk muntah aku cite psl cicak..) dlm bilik aku.. halau2 tanak pegi..kerek nk mampos cicak tu.. da ler aku nk tido.. last2 aku tertido gak.. ntah angin ape aku tesedar..tgk2 cicak kt sebelah aku jek.. eeeeeeeee!! kuang asam punya cicak nak cium aku ape!

p/s : soft gun tu bunuh cicak ek? maap jakon skit kalau ye nk beli mane??
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 11:45 PM | Show all posts
dulu umah mak aku pon byk cicak...
tp lps cat umah ngn warna terang cam kuning, umah tu dh takde cicak..aku pon tak tau knp..either cicak tak suka color terang sb takut orang nampak die...or mmg cat tu buat cicak tu tak leh nak melekat...tp mak aku ckp sb cicak takut dinding color terang...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 08:58 AM | Show all posts
tumpang tred..............

camne cara nk hapuskan koloni tikus kat umah aku.....ada cadangan tak

habis beras ngan biskut aku yg dalam kotak dimakannya :@
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 10:55 AM | Show all posts
tumpang tred..............

camne cara nk hapuskan koloni tikus kat umah aku.....ada cadangan tak  ...
tuan_wu Post at 28-6-2011 08:58


Rasanya ini kena buka thread lain ni sbb spesis perosak jenis lain sbb menarik jugak ketengahkan idea hapuskan tikus.

Tikus ini kategori pest yang boleh diserahkan kepada pest control untuk dihapuskan. Cicak tak boleh.
Dulu rumah golpos ada tikus suka bermain kejar2 dalam bumbung bahagian belakang rumah. Geram betul.

Nak dirumuskan sikit aja:

1) Ada satu alat elektronik yang boleh keluarkan bunyi mengikut gelombang bunyi yang tak boleh didengar manusia tetapi bunyi bising tersebut boleh menikam kalbu binatang2 seperti tikus. Alat tersebut jugak boleh mengeluarkan Frekuensi bunyi yg dipelbagai-bagaikan supaya binatang tersebut tidak boleh terbiasa dengan bunyi yang memekak itu.

Myth Buster: (ehwah, dah mcm astro lah pulak)
Golpos beli bukan satu, tapi dua! Pasang terus di dapur. Hasilnya cukup menghampakan. Tikus tu makin berdansa sehati sejiwa kat atas bumbung tersebut apatah lagi bila anaknya sudah semakin membesar (mungkin ada tercatat dalam surat beranak dia- tempat lahir: 'Dalam bumbung golpos yang baik hati, tuan tanah kedaung.')
Jadi janganlah beli alat ini. Membazir aja.

2) Kalau tikus yang masuk rumah, seekor dua, boleh berkesan kalau kita pasang umpan dan perangkap tikus. Tapi kalau nak hapuskan suku-sakatnya, maka perangkap tak efektif. Tikus ini pun bijak jugak. Satu dua dah kena, dia akan gunakan taktik lain. Dah macam godfather kongsi gelap lah pulak.

3) Kalau pasang racun tikus, dikhuathiri kalau tikus itu akan mati di satu tempat yang kita tak tahu di mana. Tahu2 rumah kita bau busuk. Lagi satu, ada yang mengatakan, tikus kalau termakan racun, ia akan jadi haus dan mungkin landing dalam tangki air (kalau tangki air kita tak ditutup). Mungkin juga ia akan mati di atas bumbung menjadikan tempat kita berbau busuk.

4) Golpos selesaikan masalah golpos begini. bawa kereta jalan2 sekitar taman, adalah terjumpa kucing yg dimulutnya ada bangkai tikus. Terus ada light bulb kat atas kepala golpos. Golpos pujuk kucing tu, merayu padanya supaya ikut golpos balik. Sogok dia dengan ikan mentah, lepas tu bawa balik ke rumah, letak di dalam rumah. 2-3 hari, kasi lah dia makan. Dia pun dah dengar bunyi sehati berdansa di atas bumbung golpos setiap hari. Nampak dia mcm ghairah amat sangat dengan rancangan sehati berdansa tersebut. Tujuan golpos beri kucing tu makan dalam rumah ialah supaya bila diletak di luar rumah, dia tak ke mana, tapi dengan setianya menanti masa makan dia di rumah golpos. Pada masa yg sama nak berikan asah semangat memburunya bila dia tahu ada sindikit kat atas bumbung golpos itu. Jadi hari yg keempat, kucing tersebut diletakkanlah di luar rumah bahagian dapur. Alhamdulillah, lenyap keturunan tikus tersebut.

Begitulah tamatnya rancangan sehati berdansa versi tikus tersebut. Pemenangnya golpos tak tahu sbb dah jadi arwah sebelum ditentukan siapakah juaranya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 01:01 PM | Show all posts
knp saya tgk trend umah saya ar.

kalo slalu tinggal sisa mknn lam bakul sampah time pas kemas2 dapor nak buang terus kasik clear bakul tuh
mmg akan byk cicak..berlari2..

tp kalo kuat disiplin jgn biarkan sisa2 mknn jgn kasik terbiar je lam umah....mcm ade kurang sikit cicak..ini dr pemerhatian saye laa.

dr segi teori tatau plak...

tp pagi tadi..saya betol2 heran...
tatau knp..bn je pg..bergelimpangan lipas2 atas lantai..seingat saya takde plk buh ubat bagai ke or spray hape2 ke
tp byk gile lipas ala2 nyawa2 ikan, mcm mabuk gitu ada lam 10 ekor kot...di atas lantai, bucu2 n tepi2 dinding..
knp yer..ade sesapa penah mengalami seperti ini ke.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 01:46 PM | Show all posts
selagi ade nyamuk selagi tu la ade cicak,sbb cicak makan nyamuk.umah aku pun banyak cicak
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 10:27 PM | Show all posts
arrrrr...... aku pn tgah stghesss dgan cicak... tiap2 mggu keje nak membersihkan taik dia je dalam umah, celah tingkap

xde ke spe2 yg nk cipta cat umah yg cicak xleh lekat ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.067219 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list